Insiden Fabrice Muamba Pengsan ketika menentang Tottenham
PEMAIN tengah Bolton, Fabrice Muamba pengsan ketika perlawanan menentang pasukan Tottenham dalam pusingan kelima persaingan Piala FA.Pegawai-pegawai perubatan meluangkan masa kira-kira 10 minit untuk memulihkan keadaan pemain berusia 23 tahun itu di padang, dengan para peminatnya tersentak dan ada yang menitiskan air mata.Ketika dia pengsan tiada pemain di sebelahnya.Laporan-laporan dari Britain menyebut pernafasan Muamba terhenti ketika dibawa keluar menerusi terowong stadium.Ketika kejadian, kedua-dua pasukan terikat 1-1 dan perlawanan yang berlangsung di White Hart Lane dan sudah masuk minit ke-41, terpaksa ditangguhkan.Dia dibawa keluar dari padang dengan alat sokongan pernafasan, dan diiringi beberapa anggota paramedik dan staf perubatan Bolton. Sejurus selepas dia meninggalkan kawasan padang, pengadil Howard Webb memutuskan untuk menangguhkan perlawanan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan