Live Streaming

Isnin, 1 Oktober 2012

Rajagobal panggil empat muka baru

Rajagobal panggil empat muka baru

Empat muka baru merupakan antara 33 pemain yang dipanggil menjalani latihan dan pemilihan pasukan Malaysia bagi menghadapi Hong Kong dalam 16 Oktober ini.
Berdasarkan senarai dikeluarkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini, empat muka baru dalam skuad kendalian ketua jurulatih bola sepak kebangsaan, Datuk K. Rajagobal itu ialah pemain tengah Pahang, R. Gopinathan; pertahanan Kedah, Khairul Helmi Johari, Affize Faisal dari Harimau Muda dan penjaga gol Selangor, Norazlan Razali.
Dalam satu kenyataan di sini hari ini, FAM berkata, kesemua pemain dikehendaki hadir ke Wisma FAM di Kelana Jaya untuk sesi latihan dan pemilihan dari 5 hingga 13 Oktober ini.

Senarai pemain:
Amar Rohidan, Baddrol Bakhtiar, Mohd Khyril Muhymeen Zambri dan Khairul Helmi Johari (Kedah); Azamuddin Mohd Akil dan R.Gopinathan (Pahang); penyerang Pelita Jaya, Mohd Safee Mohd Sali dan Shahrizal Saad (Johor FC).
Amiridzwan Taj Tajudin, D.Christie Jayaseelan, Mohamad Azmi Muslim, Mohamad Aidil Zafuan Abdul Radzak dan Mohamad Zaquan Adha Abdul Radzak (Angkatan Tentera Malaysia); Muhammad Zubir Mohd Azmi dan Mohd Faizal Muhammad (Terengganu).
Safiq Rahim, Mohd Bunyamin Umar dan Norazlan Razali (Selangor); Ahmad Shakir Mohd Ali, Mohd Farizal Marlias dan S.Kunanlan (Negeri Sembilan); Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Shakir Shaari, Norshahrul Idlan Talaha dan S.Subramaniam (Kelantan) serta Ahmad Fakri Saarani dan Yong Kuong Yong (Felda United).
Gary Steven Robbat, Mahalli Jasuli, Mohd Fadhli Mohd Shas, Mohd Affize Faisal Mamat, Mohd Izham Tarmizi Roslan dan Wan Zack Haikal Wan Nor (Harimau Muda A).


Tiada ulasan:

Catat Ulasan