Live Streaming

Sabtu, 31 Mac 2012

Kedah dabik dada, benam Perak




Kedah berjaya mencuri tiga gol dalam saingan Liga Super menentang Perak (3-0), untuk mengekalkan rentak kemenangan mereka selepas menumpaskan Terengganu T-Team dalam saingan suku akhir Piala FA.
Dalam aksi di Stadium Darul Aman itu, Hamidan Mohammed berjaya menghadiahkan dua gol untuk skuad hijau kuning sekaligus menamatkan kebimbangan peminat terhadapnya, selepas pemain import dari Ghana itu beraksi hambar sejak diawal permainan.
Satu gol selebihnya turut melibatkan pemain itu apabila usahanya yang membuat hataran di depan gawang, ditampan oleh pemain Perak Syazwan Roslan sehingga jaringan sendiri dihasilkan.
Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) yang sebelum ini mahu menggugurkan Hamidan pastinya akan menimbang semula hasrat itu selepas menyaksikan prestasinya pada malam ini.
Di awal saingan, Perak banyak menguasai perlawanan dengan membuat gerakan menarik sehingga membuahkan beberapa peluang berbahaya. Namun di minit-minit akhir babak pertama, Hamidan muncul menjaringkan gol pembukaan ketika keadaan kelam kabut didepan gawang Perak.
Penguasaan Perak dibabak kedua nyata tidak kelihatan ditambah, penampilan Akmar Rizal Rakhli turut kurang menyerlah.
Selepas, Syazwan Roslan menjaringkan gol sendiri diminit ke-78, Hamidan sekali lagi tampil dengan membuat rembatan dari jarak jauh menuju tepat kearah penjuru gol untuk menyempurnakan kemenangan Kedah 3-0.
Kemunculan semula Wan Jamak Wan Hassan daripada bangku simpanan untuk menerajui Kedah, jelas meyuntik semangat anak buahnya untuk terus mencari kemenangan selepas berjaya mara ke separuh akhir Piala FA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan