Live Streaming

Selasa, 3 April 2012

SUMBER MOVIE SEDUNIA



'Lubuk Movie' Pilihan Terbaik

MediaFireMoviez

OneClickMoviez

Lain-lain 'Lubuk Movie' Pilihan

TeamAMH

MoviezLink

TeamAryzs

Kraetiv.Net

Moviezforu300mb-movies





Blackburn 0-2 Manchester United


Blackburn vs Man United: Ashley Young


Jaringan-jaringan lewat Antonio Valencia dan Ashley Young menolong Manchester United menewaskan Blackburn Rovers dalam Liga Perdana.
Pengurus Manchester City Roberto Mancini telah mengharapkan Rovers dapat teruskan prestasi baik mereka di padang sendiri di mana mereka telah kalah hanya dua kali dalam dua belas perlawanan terakhir menentang United tetapi beliau akan kecewa dengan keputusan perlawanan itu.
Jika beliau sedang menonton perlawanan itu, pengurus dari Itali itu tidak boleh menyalahkan Blackburn.
Selepas beberapa halangan cemerlang dari David de Gea, serangan-serangan United akhirnya membuahkan hasil, dengan Valencia membuka jaringan sepuluh minit sebelum Young menajaringkan gol kedua United.
Keputusan itu juga bermakna Rovers jatuh kembali ke dalam zon penyingkiran atas perbezaan gol.

Walaubagaimanapun, nasib Rovers tidak dikesah sesiapa di Manchester.

Kegagalan City untuk menewaskan Sunderland pada hari Sabtu telah membuat suasana yang hangat di kalangan 7,000 penyokong United yang hadir di Ewood Park.

Setelah digelar juara buat kali ke-19 di perlawanan yang sama musim lepas, penyokong-penyokong United telah sedia untuk meraikan kemenangan ke-20 tidak lama lagi.

Dan selama 20 minit, ia kelihatan pemain-pemain United bersedia untuk menewaskan Blackburn dengan penyokong-penyokong mereka di belakang mereka.

Valencia kelihatan mengancam di sayap kanan dan Wayne Rooney beroperasi di posisi yang lebih luas daripada posisi serangannya yang lebih mengancam. Gerakan Javier Hernandez juga meneybabkan kebimbangan untuk Blackburn.  
Penyerang dari Mexico itu hampir-hampir membuka jaringan dari dekat apabila tendangannya dari hantaran Valencia terkena tiang lalu dihalang oleh Robinson.
Ia seolah-olah hanya menunggu masa untuk United membuka jaringan dengan pasukan lawat itu membuat serangan demi serangan. Michael Carrick dan Paul Scholes kelihatan mengancam dengan hantaran-hantaran mereka setelah diberikan banyak ruang oleh pemain-pemain Blackburn.
Carrick hanya dapat menyaksikan tendangannya menyeleweng ke atas dan rayuan penaltinya ditolak.

Patrice Evra dan Phil Jones, dalam perlawanan menentang bekas pasukannnya, hanya dapat menyaksikan tandukan mereka luas.

Blackburn mengambil hati daripada kegagalan United untuk menjaringkan gol, dan mula membuat serangan mereka sendiri.

Pengaja gawang United De Gea dijatuhkan dari kesebelasan utama United kerana persembahan buruknya dalam perlawanan kedua-dua pasukan ini di Old Trafford awal musim ini.
Tetapi prestasi beliau telah meningkat dengan dramatik sejak perlawanan itu dan beliau menunjukannya apabila membuat halangan yang cemerlang dari usaha Junior Hoillet.

Kemudian, seminit sebelum masa rehat, rembatan Marcus Olsson dan tandukan Grant Hanley - penjaring gol kemenangan Blackburn di Old Trafford awal musim - juga dihalang De Gea.

Itu menandakan perubahan dalam sikap permainan pasukan tuan rumah, yang terus membuat serangan-serangan yang bersemangat selepas masa rehat.

Scott Dann hanya dapat menanduk luas, penjaring gol terbanyak mereka Yakubu mensia-siakan beberapa peluang yang baik dan Rio Ferdinand menyelamatkan De Gea selepas beliau terlepas usaha sengit Morten Gamst Pedersen.

Selepas kemenangan kejutan Wigan dan QPR atas pasukan-pasukan "besar" liga, Blackburn kelihatan seperti akan membuat satu lagi kejutan apabila usaha Pedersen melepasi De Gea dan masuk ke dalam gol.

Walaubagaimanapun, penyokong-penyokong pasukan tuan rumah dikecewakan, kerana bola telah melintasi garisan sebelum Steven Nzonzi menghantar bola kepada Pedersen.
Ferdinand sekali lagi menyelamatkan United apabila beliau menghalang Yakubu, yang hampir-hampir menjaringkan gol dari hantaran rendah Marcus Olsson.
United mula terdesak, tetapi untuk tidak lama.

Walaupun Valencia telah cedera kebanyakan musim ini, tidak ramai yang akan menafikan beliau adalah pemain terbaik United musim ini.
Dengan perlawanan hampir-hampir tamat, pemain sayap Ecuador itu melepaskan rembatan kencang melepasi Robinson selepas menggelecek ke dalam kotak penalti.

Young menambah gol kedua untuk United sebelum akhir perlawanan dari luar kotak penalti untuk memberikan United kemenangan yang penting.

Ferguson: Masih belum tamat lagi

Blackburn vs Man United: Wayne Rooney, Jason Lowe



Sir Alex Ferguson menafikan pasukannya kini menerajui Liga Perdana walaupun berada lima mata di hadapan Manchester City selepas menang di Blackburn pada hari Isnin.
United mengalahkan Blackburn 2-0 pada hari Isnin untuk bergerak lima mata di hadapan pasukan di tempat kedua City, walaupun mereka terpaksa menunggu di hujung-hujung perlawanan untuk mendapat kemenangan itu.

Antonio Valencia menjaringkan usahanya dari sudut yang ketat sebelum jaringan Ashley Young menjaminkan tiga mata untuk United.

"Mereka bertanya adakah itu sebuah hantaran atau rembatan. Itu tidak penting," kata Ferguson.

"Dia merembat bola dengan begitu kuat dan itu akan sentiasa menjadi masalah untuk pemain-pemain pertahanan mereka.

"Ia adalah jaringan yang hebat. Pada pendapat saya, dia adalah pemain terbaik perlawanan ini."

Walaubagaimanapun, Ferguson tidak percaya akan menjadi satu kepastian pasukannya akan menjadi juara.

"Kami masih mempunyai tujuh perlawanan untuk dimain. Dalam pengalaman saya dalam situasi-situasi seperti ini, tidak kira berapa jumlah mata anda ada," katanya kepada Sky Sports 1.

"Yang penting adalah perlawanan seterusnya pada hari Ahad [menentang QPR]."

"Semua perlawanan yang tinggal adalah penting," katanya.

"Tidak kisah perlawanan Ahad depan, Rabu depan atau hari Ahad selepas itu, mereka semua adalah perlawanan yang penting.

"Para pemain saya sudah bersedia. Kami akan berjuang hingga ke akhir dalam semua perlawanan kami untuk memenangi mereka."

Pengurus dari Scotland itu mengakui pasukannya terpaksa bekerja keras menentang Rovers.

"Ia adalah satu malam yang panjang. Kami terpaksa bersabar dan tabah dan akhirnya kami mendapat ganjaran kami," katanya.

"Kami tidak dapat membuat peluang yang jelas untuk masa yang lama.

"Tetapi ia adalah satu kemenangan yang penting."

Ferguson juga merasakan beliau terhutang budi kepada penjaga gol David de Gea, yang membuat tiga halangan cemerlang pada separuh pertama untuk mengelakkan pasukannya daripada masuk ke waktu rehat di belakang Rovers.

"Peningkatan dalam prestasinya jelas untuk dilihat oleh semua," katanya.

"Beliau semakin yakin dan membuat tiga halangan cemerlang pada separuh masa pertama.

"David menolong kami kekalkan permainan kepada 0-0. Kami menguasai permainan, tetapi tidak dapat mejaringkan gol dengan cara Blackburn mempertahankan gawang mereka."

Young memuji paparan keseluruhan pasukannya dan memanggil kemenangan itu sebagai 'sangat penting' untuk pasukannya.

"Saya rasa ini adalah perlawanan yang 'sangat penting' untuk kami. Kami tahu jika kami menang, kami akan berada lima mata di hadapan City," kata Young.

"Ia adalah satu keputusan dan persembahan yang hebat."

Kemenangan ini adalah kemenangan ketujuh berturut-turut untuk United dan mereka telah mengambil peluang yang diberikan City untuk mendahului liga.
United akan menentang QPR dalam perlawanan seterusnya, yang keluar dari zon penyingkiran selepas keputusan hari Isnin itu, di Old Trafford pada hari Ahad sebelum City menentang Arsenal kemudian.
"Semua orang tahu ini adalah masa yang penting dalam musim kami," kata Young, yang mengakui jaringan gol Valencia sangat melegakan pasukannya.

"Kami tahu kami akan menjaringkan gol, sama ada ia adalah sebuah hantaran atau rembatan, ia tetap masuk ke dalam gawang."

Valencia memberikan satu lagi persembahan yang cemerlang dengan jaringan hebat itu, tetapi apabila ditanya sama ada ia adalah sebuah hantaran atau rembatan, beliau bergurau: "Ia adalah 50-50."

Pengurus Rovers Steve Kean menyaksikan pasukannya jatuh ke dalam zon penyingkiran tetapi percaya pasukannya telah menunjukkan mereka mampu untuk mengelak daripada tersingkir.
"Jika kami boleh bermain dengan prestasi yang sama untuk perlawanan-perlawanan akan datang kami - bukan untuk 80 minit tetapi 90 minit - kami akan mendapat banyak kemenangan," katanya.

"Kami harus mengambil semua yang positif daripada 80 minit pertama perlawanan ini. Kami harus tetapkan prestasi yang sama dalam perlawanan-perlawanan akan datang.

"Kami menentang pasukan yang mungkin menjadi juara.

"Pada pendapat saya, untuk 80 minit, kami bermain dengan baik untuk cuba menang. Penjaga gol mereka bermain dengan sangat baik. Beliau menghalang semua usaha-usaha kami.

"(Junior) Hoilett dan Yakubu menyebabkan mereka beberapa masalah."

FAM dapatkan khidmat polis


FAM dapatkan khidmat polis


FAM telah mendapatkan khidmat polis untuk mengawal keselamatan pada perbicaraam Jawatankuasa disiplin Tan Sri Annuar Musa esok.
Ratusan penyokong Kelantan dijangkakan akan hadir di Wisma FAM di Kelana Jaya untuk menyokong Annuar Musa dan FAM khuatir perhimpunan itu akan menyebabkan kecelakaan.
Annuar Musa boleh dikenakan penggantungan jika jawatankuasa disiplin mendapati beliau bersalah kerana mengkritik prestasi pasukan kebangsaan dan juga jurulatih K.Rajagobal.
"Kami telah meminta pihak polis untuk mengawal keadaan pada esok (Rabu)," kata Setiausaha Agong FAM, Datuk Azzuddin Ahmad.
"Penyokong Kelantan dikatakan akan berhimpun di sini dan kami berharap semua pihak akan berkelakuan baik. Kami memerlukan khidmat polis untuk memastikan keselamatan semua orang."
Pada 13 Mac, Annuar melanngar peraturan Artikel 88 Statut FAM apabila beliau mengkritik pasukan kebangsaan. Bekas Menteri Belia dan Sukan itu bagaimanapun telah enggan mengaku bersalah dan ingin mempertahankan dirinya sebelum mesyuarat esok.
Sokongan padu penyokong Kelantan terhadap Annuar Musa memuncak setelah mereka merasakan bahawa beliau telah diperlaku secara tidak adik oleh FAM.

Safee pertahankan resepi Rajagobal



Penyerang Malaysia, Mohd Safee Sali (kanan) berusaha melepasi pemain Singapura ketika perlawanan Kelayakan Piala Dunia Zon Asia di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 28 Julai 2011. 

 Penyerang sensasi negara, Safee Sali yakin skuad negara akan dapat mempertahankan Piala AFF Suzuki musim ini bersandarkan resepi sama yang digunakan pengendali K. Rajagobal.
Bagi Safee, apa yang dilakukan Rajagobal adalah jelas untuk memastikan tidak hanya "Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha mahupun Kharul Fahmi Che Mat" yang boleh disandarkan menjelang saingan Piala Suzuki hujung tahun ini.
"Keputusan jurulatih untuk terus mencuba pemain baru adalah satu keputusan yang bagus. Kita dalam bola sepak ini tidak boleh sahaja mengharapkan saya, Khairul Fahmi dan Norshahrul ataupun Safiq Rahim.
"Kita perlu bekerja sebagai satu pasukan dan harus mencari gandingan-gandingan baru untuk kita mengekalkan Piala Suzuki pada tahun ini," katanya.
Malah Safee yakin Rajagobal dapat mencari ramuannya dan mereka akan berdiri teguh dibelakang jurulatih kebangsaan itu.