Live Streaming

Khamis, 3 Januari 2013

Sir Alex puji RVP, Hernandez

Wigan vs Man United: Robin van Persie

Sir Alex Ferguson yakin bahawa penyerang Robin van Persie dapat membantu kelab Manchester United pada musim akan datang.
Pengurus Manchester City telah mengatakan pada hari Isnin bahawa beliau pernah hampir menandangani Van Persie pada musim lalu dan pemain itu telah lipat gandakan kekecewaan pengurus itu dengan dua jaringan gol dalam kemenangan United 4-0 mengatasi Wigan di Stadium DW sekaligus mencatatkan jumlah sebanyak 19 gol pada musim ini.
Gol pertama amat memuaskan apabila beliau menerima hantaran Javier Hernandez sebelum melulusi Ivan Ramis untuk memberikan sepakan kencang dengan kaki kanan yang dikatakan lebih lemah.
"Kami sedar bahawa kami telah mendapat seorang pemain teratas yang mampu membantu pasukan," Ferguson berkata. "Taktik kami terbukti berbalio setelah mendapat perkhidmatan beliau.
"Robin adalah seorang pemain bola sepak yang baik. Beliau mempunyai cukup pengalaman dan telah bermain untuk Arsenal selama tempoh tujuh tahun jadi beliau telah ke sini di tahap teratas dalam kerjaya beliau.
"Beliau mampu menciptakan dan memanfaatkan peluang. Gol pertama pada hari ini amat memuaskan."
Sumbangan Van Persie untuk kelab telah digandingkan bersama rakan penyerang Javier Hernandez yang turut menambahkan jumlah mata gol ke 12, hanya jarak lapan jauh dari rekod pada musim pertama di England.
"Javier telah menonjolkan kebolehan untuk beraksi dalam kotak penalti sejak beliau ke sini," Ferguson berkata.
"Beliau amat mengancam dan mempunyai kawalan yang baik dengan bola."
Kemenangan itu telah melebarkan jarak United di tempat utama ke sepuluh mata dari empat perlawanan baru-baru ini dan mereka juga berjaya mendapatkan clean sheet untuk kali kedua berturut-turut.
"Kami amat bahagia dengan pencapaian kelab pada masa ini," Ferguson berkata.


Benitez: Torres terima peranannya

Fernando Torres of Chelsea is congratulated by teammates Juan Mata and Eden Hazard

Rafael Benitez yakin Fernando Torres akan terima menjadi pemain simpanan jika Chelsea mendapatkan penyerang baru pada jendela perpindahan nanti.
Selepas Dabiel Sturridge akan meninggalkan Chelsea untuk menyertai Liverpool, Torres telah kerap diturunkan dalam kesebelasan utama perlawanan liga.
"Kami sedang mengurus pasukan jadi apabila saya boleh menggantikan Fernando, saya akan lakukannya," kata Benitez.
"Kami akan menguruskannya dan saya harap kami dapat melakukannya dengan baik.
"Dia mahukan pasukan menang perlawanan dan dia faham ini caranya dan dia akan terima perkara ini."
Chelsea semalam telah mengadakan perbincangan dengan wakil penyerang Newcastle, Demba Ba.
Satu-satunya yang Chelsea miliki dalam rundingan itu adalah mereka besar kemungkinan dapat menawarkan peluang beraksi dalam Liga Juara-Juara musim depan.


City masih mampu kejar United

Man City vs Stoke: Sergio Aguero

Jaringan Pablo Zabaleta, Edin Dzeko dan Sergio Aguero memberi Manchester City kemenangan 3-0 dalam perlawanan dengan Stoke di Stadium Etihad.
Juara bertahan BPL tidak menghadapi masalah dalam perlawanan dan telah meraih kemenangan yang senang di Stadium Etihad, terutama setelah Zabaleta membuka tirai dalam babak pertama.
Dzeko menjaringkan gol kedua pada minit ke 59 dan Aguero menyepak masuk tendangan penalti 16 minit sebelum wisel penamat.
Walaubagaimanapun Aguero terpaksa digantikan sebelum wisel penamat dan perlawanan ini juga merupakan yang terakhir sebelum Yaya Toure serta Piala Afrika dengan negaranya nanti.
Stoke kini telah kalah dalam lima pertemuan di Stadium Etihad serta telah dibolosi 14 kali tanpa balas.
Kemenangan terakhir di City adalah pada bulan Oktober 1997 dimana kedua-dua pasukan berada di taraf yang sama.
City telah menguasai perlawanan dari minit pertama tetapi hanya mampu membuka tirai pada minit ke 43.
Hantaran James Milner telah ditumbuk keluar oleh Begovic tetapi Zabaleta terus menyerang dan menyapak masuk gol pembukaan.
City meneruskan rentak serangan selepas masa rehat dan Robert Huth yang sentiasa diuji oleh Aguero, mengasari penyerang Argentina itu di luar kotak penalti.
Walaupun tendangan percuma berikut disia-siakan City, Toure telah merampas bola dan memberinya kepada Dzeko tetapi tendangan beliau melambung tinggi.
Dzeko akhirnya menjaringkan gol pada minit ke 56 setelah Aguero menggelecek ke dalam kotak. Begovic hanya mampu menumbuk keluar rembatan penyerang Argentina itu dan Dzeko menyepak masuk gol kedua dengan senang.
Dzeko telah meraikan gol beliau dengan menunjukkan mesej 'Selamat tahun baru' di baju beliau tetapi pengadil memberinya kad kuning dengan segera.
Penyertaan Matthew Etherington untuk Kenwyne Jones memberi Stoke lebih ruang untuk menyerang setelah Jon Walters ke posisi tengah padang.
Steven Nonzi kemudian mengasari David Silva dalam kotak penalti pada minit ke 74 dan pengadil memberi tendangan penalti kepada City.
Aguero menyepak masuk gol terakhir tetapi penyerang itu terpaksa digantikan akibat ketegangan hamtring dan keputusan kekal hingga wisel penamat.


RVP kagum dengan Red Devils

Wigan vs Man United: Robin Van Persie

Penyerang Manchester United Robin van Persie memuji keinginan beraksi untuk satu sama lain dalam skuad dan kagum dengan mentaliti juara mereka.
Van Persie membantu United menang 4-0 ke atas Wigan untuk mengekalkan jarak tujuh mata di puncak liga dengan jaringan dua gol sementara Hernandez juga turut memberi sumbangan.
Penyerang dari Belanda itu gembira dengan cara kemenangan mereka dan kagum dengan semangat pasukan Red Devils yang dikatakan hanya dimiliki oleh pemain yang dahagakan kejuaraan.
"Ini satu pasukan yang istimewa. Semua pemain ingin membantu satu sama lain. Semua ingin masing-masing menjaringkan gol. Pemain pertahanan bekerja keras untuk pemain tengah, pemain tengah berusaha untuk penyerang...semua terus berusaha dan mempunyai satu matlamat dalam minda.
"Kita harus lihat dari satu perlawanan ke satu perlawanan tetapi semua ingin menjadi juara. Saya merasakan diri saya dikelilingi oleh juara. Mereka tahu bagaimana untuk menang dan itu membuatkan kerja saya lebih mudah."
Bekas pemain Arsenal itu memuji rakan sepasukannya yang tidak pentingkan diri sendiri dan percaya itu adalah satu faktor yang besar disebalik kemampuan United untuk menjaringkan banyak gol musim ini.
"Saya dan Javier menjaringkan dua gol masing-masing dan dia membuat hantaran yang baik kepada saya bagi jaringan pertama saya. Ia merupakan jaringan yang baik kerana setiap sentuhan adalah sentuhan yang betul, pada pendapat saya.
"Gol yang pertama berada di belakang saya dan saya terpaksa membawanya menggunakan kaki kiri sata. Itu satu sentuhan yang baik. Kemudian saya menunggu seseorang untuk membantu, memberi sentuhan yang baik dari dalam dan memberi penyudah yang pantas. Tiga sentuhan tetapi semua sentuhan yang baik.
"Ia satu persembahan yang baik kami menjaringkan empat gol di masa yang tepat. Lihat sahaja gol yang terakhir - Danny mahu memberikan bola kepada saya agar saya dapat menjaringkan gol. Semua pemain seperti itu. Saya seperti itu, Chicha juga begitu...semua ingin berkongsi jaringan dan itu pada pendapat saya, satu cara untuk menjaringkan gol yang banyak."



Redknapp: Lampard tiada gantinya

Frank Lampard, Chelsea

Pengurus Queens Park Rangers berpendapat, keengganan Chelsea untuk menawarkan kontrak baru kepada Frank Lampard adalah kesilapan besar.
Kurang setahun selepas Chelsea dinobatkan sebagai juara Eropah, Lampard telah ditunjukkan pintu keluar dari Stamford Bridge sementara pemilik kelab, Roman Abramovich terus dengan rancangannya untuk merombak Blues menjadi pasukan yang muda dan berdinamik.
Majoriti penyokong kelab kurang senang dengan perkembangan ini tetapi pengurusan Chelsea tidak ambil peduli. Redknapp bingung dengan keputusan Blues untuk melepaskan pemain yang telah banyak memberi sumbangan kepada mereka.
"Secara peribadi saya rasa ia satu kesilapan yang besar untuk melepaskan Frank. Kita semua lihat beliau menjaringkan dua gol hebat menentang Everton. Beliau masih pemain yang hebat," kata Redknapp.
"Beliau mempunyai keistimewaan dengan berada di dalam kotak penalti tepat pada masanya. Itu satu anugerah yang beliau miliki dan saya rasa tiada siapa yang boleh menggantikannya."
Pengurus QPR itu turut percata setiap kelab memerlukan seorang pemain sepertinya untuk menjadi contoh kepada pemain lain.



Ferguson nafi akan bersara

Sir Alex Ferguson of Manchester United finds you funny

Sir Alex Ferguson telah menyatakan tiada tempat kosong bagi jawatan pengurus Manchester United dalam waktu terdekat ini.
Dengan Pep Guardiola yang akan menamatkan rehatnya pada musim panas depan, Jose Mourinho dikatakan akan meninggalkan Real Madrid dan kontrak David Moyes di Everton hampir tamat, tiga calon utama untuk menggantikan Ferguson mungkin bersedia pada hujung musim ini.
Terdapat khabar yang mengatakan Ferguson yang baru sahaja menyambut hari lahir ke-71 akan menamatkan tugasnya di United yang kini sudah mencecah 26 tahun.
Walaubagaimanapun, Ferguson menegaskan beliau tidak akan kemana-mana.
"Saya berharap untuk kekal lebih lama lagi," katanya.
"Ia satu perkara yang sukar.
"Terdapat banyak nama-nama yang diperkatakan. Anda boleh bercakap tentang pengurus muda yang mempunyai potensi besar, tetapi adakah dia akan kekal dalam masa dua atau tiga tahun?
"Kadang-kala pengurus hanya kekal dalam empat perlawanan jika beliau tidak menang.
"Pengurus yang hebat sentiasa dikehendaki tetapi tiada siapa tahu di mana beliau akan pergi dalam masa dua atau tiga tahun."



Henry tidak akan kembali ke Arsenal

Football News: Thierry Henry, Arsenal

Arsene Wenger telah mengesahkan pada hari Selasa yang penyerang bintang Thierry Henry tidak akan kembali ke Arsenal.
Penyerang yang kini berusia 35 tahun itu merupakan penjaring gol terbanyak dalam kelab dan telah menjaringkan 228 gol dalam 337 penampilan.
Beliau kini mewakili pasukan New York Red Bulls di Amerika Syarikat.
Henry telah kembali ke Stadium Emirates atas persetujuan pinjaman musim lepas dan ia dianggap yang beliau akan membuat yang sama musim ini.
Walaubagaimanapun pengurus Arsenal Arsene Wenger telah menyatakan selepas keputusan seri 1-1 dengan Southampton yang beliau tidak akan kembali.
"Saya rasa beliau ada rancangan lain." kata Wenger.
"Beliau tidak bersedia, beliau baru sahaja kembali. Kami tidak mengusahakannya."
Apabila penjelasan diminta, beliau berkata: "Tidak (ia tidak akan berlaku)".


Casillas ingin berjuang untuk tempat

Football News: Iker Casillas

Iker Casillas ingin berjuang untuk cuba menang tempat beliau kembali dalam kesebelasan utama Jose Mourinho.
Keputusan Mourinho untuk tidak masukan penjaga gol itu dalam kesebelasan utama telah menerima kritikan, terutama setelah Real tewas 3-2 kepada Malaga bulan lepas.
Mourinho telah menyatakan yang keputusan beliau dibuat "atas sebab teknikal" dan menegaskan yang beliau tidak menyesal dengan tindakannya walaupun kini 16 mata di belakang Barcelona.
Sifat professional Casillas amat menyerlah dan beliau hanya menyatakan kepada wartawan yang beliau memberi segala tumpuan terhadap usaha untuk memenangi tempat beliau kembali.
Casillas berkata: "Saya sedang melatih diri saya untuk berjuang, untuk cuba memenangi tempat saya kembali. Matlamat utama saya adalah untuk dipilih dalam kesebelasan utama dalam perlawanan akan datang."
Penjaga gol antarabangsa Sepanyol itu menambah: "Saya rasa sihat tetapi saya bukan mesin, saya perlu berlatih hari-hari."
"Madrid lebih besar dari Casillas. Keputusan akan dibuat oleh pengurus.
"Walau apa pun saya tidak akan menghentikan usaha saya hingga saya bersara."


Laporan: Ronaldo mampu kembali

Cristiano Ronaldo

Ia dilaporkan bahawa Manchester United boleh merampaskan bekas wira pasukan Cristiano Ronaldo dari Real Madrid untuk jumlah lumayan £60 juta.
Kelab Liga Perdana Barclays itu telah menjualkan Ronaldo kepada Real untuk jumlah lumayan £80 juta pada musim panas 2009 tetapi akhbar The Sun menyatakan bahawa kapten pasukan kebangsaan Portugal itu mampu kembali ke Old Trafford dengan jumlah lebih kurang yang sama pada awal musim depan.
Laporan itu turut yakin bahawa Ronaldo yang masih berbaki dua tahun dalam kontrak di Real, boleh meninggalkan pasukan juara bertahan La Liga itu dan Real terpaksa melepaskan pemain bintang itu sebelum nilai pemain bintang itu lebih merosot pada 2014.
Kini, Ronaldo bernilai sebanyak £122 juta dan The Sun difahamkan bahawa United mampu mengendalikan kos itu memandangkan David De Gea dan Nani mungkin dilepaskan.
Pengurus United Sir Alex Ferguson telah mengekalkan hubungan rapat bersama Ronaldo yang pernah menyifatkan pengurus Scotland sebagai 'ayah dalam bola sepak'. Akhbar yang sama turut mendakwakan bahawa beliau mampu menyakinkan Ronaldo untuk menerima gaji sebanyak £300k setiap minggu walaupun Paris Saint Germain kini dikatakan akan menawar sebanyak £500k setiap minggu untuk mendapat perkhidmatan pemain yang berusia 27 tahun itu.
Real akan bertemu United untuk perlawanan tempat 16 teratas dalam saingan Liga Juara-Juara.


Mancini yakin dengan trio City

Sergio Aguero

Pengurus Manchester City Roberto Mancini yakin dengan trio penyerang mampu berjuang untuk mempertahankan kejohanan Liga Perdana Barclays pada musim ini.
Edin Dzeko diturunkan dalam permainan pada hari Sabtu dan telah menjaringkan dua gol untuk meletakkan pasukan lawatan itu 2-0 dalam tempoh empat minit.
Penyerang Sergio Aguero turut membantu pasukan dalam kemenangan 4-3 yang diraih walaupun pemain tengah padang Samir Nasri dibuang padang dan telah mengekalkan tempat City dalam kedudukan.
Carlos Tevez pula ditingalkan di bangku simpanan di Carroq Road namun dijangka akan kembali bermain di padang sendiri bersama Stoke pada Hari Tahun Baru.
Mancini yakin bahawa kemampuan untuk mengubah kubu serangan mampu menjadi kelebihan pada masa akan datang.
"Kami telah membuat perubahan dalam perlawanan menentang Norwich kerana kami telah bermain dalam tiga permainan dalam tempoh enam hari jadi pasukan memerlukan tenaga baru," beliau berkata.
"Kami pernah menang dengan usaha Carlos dan Aguero, Edin dan Carlos, Aguero dan Edin, ketiga-tiga pemain itu mampu menjaringkan gol saguhati pada musim ini jika mereka kekal dengan prestasi diri."
Mancini menegaskan bahawa jarak tujuh mata di belakang United tidak membimbangkan. Dzeko turut percaya bahawa perjuangan masih belum berakhir dalam saingan Liga Perdana Barclays.
Pemain Bosnia itu yang digelar sebagai supersub, hampir mencatatkan hatrik pada minit ke 67 apabila percubaan melanggar tiang gawang.
"Ia bukan kali pertama tetapi pengurus telah memberikan peluang kepada saya jadi saya amat berterima kasih," Dzeko berkata.



Pertahanan lebih baik dari musim lalu

Man United vs West Brom: George Thorne, Patrice Evra, Graham Dorrans 

Patrice Evra menyatakan bahawa Manchester United telah mempertahan lebih baik dari musim lalu.


Pemain pertahanan itu menyatakan bahawa kubu pertahanan United lebih kuat dari musim lalu walaupun hanya mempu mencatat clean sheet ke empat dalam kemenangan 2-0 menentang West Brom.
Memandangkan pasukan Red Devils ketinggalan akibat perbezaan gol dan kini hanya jarak lima mata di belakang rekod 33 jaringan gol pada musim lalu, ia agak pelik untuk menerima kenyataan sebegitu kerana United telah membolosi banyak jaringan gol pada musim ini.
Namun, pemain Perancis itu kekal dengan kenyataan. Beliau tidak mencurigakan apa-apa walaupun rakan sepasukan dan pengurus telah meluahkan kebimbangan terhadap kubu pertahanan United.
"Saya kekal dengan keyakinan untuk mendapat lebih clean sheet," beliau berkata.
"Saya adalah seorang pemain pertahanan jadi saya kurang gemar membolosi gol.
"Saya lebih mementingkan kemenangan pada akhir perlawanan dan saya tahu kami mempertahan lebih kuat dalam perlawanan yang lebih sengit.
"Mungkin ia agak aneh tetapi saya berpendapat bahawa kami lebih lemah pada musim lalu walaupun telah membolosi gol pada musim ini.
"Saya sedar bahawa kami harus menumpukan lebih perhatian dalam perlawanan dan mampu memberikan yang lebih baik.
"Saya tidak merisaukan gol."
Walaubagaimanapun, United jelas mempunyai kekuatan di kubu serangan.
Walaupun Wayne Rooney tercedera dan kededua Javier Hernandez dan Robin van Persie dikecualikan, United masih mampu mengatasi pasukan West Brom yang pernah mengalahkan Liverpool, Everton dan Chelsea pada musim ini.
Apabila pasukan ketinggalan dalam perlawanan, Sir Alex Ferguson kemudian menurunkan Van Persie untuk mendapat gol ke 17 dalam United sekaligus meraih kemenangan dengan jarak tujuh mata di tempat utama sebelum akhir tahun ini.

Newcastle dapatkan Debuchy

Football News: Mathieu Debuchy, France




Newcastle berjaya menandatangani pemain antarabangsa Perancis Matthieu Debuchy dari Lille.
Press Association Sport telah melaporkan yang pasukan Magpies telah berjaya menandatangani kontrak yang bernilai enam juta Euros dengan pasukan Ligue 1 itu.
Pemain yang berusia 27 tahun itu, bekas rakan sepasukan Yohan Cabaye, telah mendedahkan yang beliau memang ingin berpindah ke Tyneside.
Sumber di Perancis telah melaporkan yang ia akan diumumkan apabila musim perpindahan bermula pada hari Selasa.
Pengurus Newcastle Alan Pardew telah menyaksikan pasukannya menjaringkan tiga gol dalam perlawanan dengan Manchester United dan tiga kali dalam perlawanan dengan Arsenal tetapi masih gagal mendapatkan mata akibat dibolos 11 kali.
Newcastle tidak mempunyai banyak pilihan dalam benteng pertahanan yang dilanda krisis kecederaan dan penggantungan dan telah ke Stadium Emirates dengan hanya satu pemain pertahanan tulen, ketua pasukan Fabricio Coloccini.
Steven Taylor cedera panjang sementara Mike Williamson digantung.
Newcastle juga tidak mempunyai banyak pilihan dalam posisi bek kiri dan kanan, Danny Simpson belum menandatangani kontrak baru - hanya Davide Santon yang mampu bermain.
Kehadiran Debuchy akan mengukuhkan pasukan Pardew.
Beliau telah bermain dalam kesemua empat perlawanan Euro 2012 Perancis di Poland dan Ukraine musim lepas dan telah mewakili negara 13 kali.