Live Streaming

Isnin, 19 November 2012

Arsenal menang, nasib Spurs malang

Arsenal vs Tottenham: Emmanuel Adebayor, Howard Webb

Emmanuel Adebayor telah dibuang padang dalam kekalahan 5-2 Tottenham di tangan Arsenal pada perlawanan London derby hari Sabtu.
Adebayor berjaya menjaringkan gol ke atas bekas kelab beliau apabila beliau membuka tirai pada minit ke 10 tetapi telah dibuang padang tujuh minit kemudian setelah mengasari Santi Cazorla.
Arsenal mengambil kesempatan dan Per Mertesacker menyamakan kedudukan sebelum jaringan Lukas Podolski serta gol kelima Olivier Giroud dalam lima memberi kelebihan dua gol sebelum masa rehat.
Tottenham berjuang kembali dan Gareth Bale berjaya menjaringkan gol saguhati selepas jaringan Cazorla.
Theo Walcott kemudian menjaringkan gol terakhir untuk mengakhiri saingan dengan keputusan 5-2.
Kemenangan ini bermakna Arsenal melompat atas Tottenham dalam kedudukan liga sementara Spurs kini telah mengalami kekalahan keempat berturut-turut di bawah pengurusan Andre Villas-Boas, yang pasti disoal mengapa beliau pilih untuk menyertakan Adebayor jika tidak yakin beliau dapat mengawal emosi.
Adebayor jelas amat bersemangat untuk bertembung dengan bekas rakan sepasukan beliau terutama setelah diabaikan mereka dalam terowong pemain.
William Gallas yang juga merupakan bekas pemain Arsenal telah diejek penyokong tuan rumah tetapi Spurs tidak terjejas dan berjaya membuka tirai pada minit ke 10. Szczesny telah menepis keluar percubaan Jermain Defoe ke Adebayor yang menyepaknya masuk dengan senang.
Walaubagaimanapun, tujuh minit kemusidan, asakan Adebayor ke atas Cazorla yang merbahaya telah berakhir dengan pengadil Howard Webb membuangnya dari padang.
Arsenal terus menyerang dan menyamakan kedudukan pada minit ke 23 apabila Walcott menerima hantaran Wilshere dan memberinya kepada Mertesacker yang menanduk bola lepas Hugo Lloris.
Kesilapan Huddlestone kemudian memberi bola kepada Podolski dan penyerang antarabangsa Jerman itu memberi rembatan kencang yang terpesong masuk oleh Gallas.
Cazorla mencipta gol ketiga apabila dikasari Kyle Naughton tetapi terus bangkit dan memberi bola kepada Giroud sebelum hantarannya kepada Gallas disepak masuk dengan senang.
Lloris telah bertindak dengan baik dalam separuh masa kedua tetapi gagal menangani tandukan Cazorla dari gerakan Walcott dan Podolski untuk gol keempat Arsenal.
Bale menjaringkan gol saguhati apabila memecut lepas Mertesacker dan memberi rembatan kencang pada minit ke 80.
Perlawanan berterusan hingga masa kecederaan dimana Alex Oxlade-Chamberlain mengambil kesempatan Jan Vertonghen dan mencipta peluang untuk gol kelima Arsenal oleh Walcott.



Norwich singkir United dari tempat utama


Norwich vs Man United: Anthony Pilkington

Norwich meneruskan prestasi yang mengagumkan dengan kemenangan 1-0 ke atas kelab gergasi Manchester United dalam Liga Barclays.

Manchester United memerlukan tiga mata untuk memastikan tempat di tempat utama kedudukan liga setelah saingan terdekat mereka, Manchester City menang Aston Villa 5-0.
Walaubagaimanapun, ketiadaan penyerang antarabangsa England Wayne Rooney akibat tonsilitis, kelemahan permainan pasukan Red Devils serta semangat berkobar-kobar pasukan Canaries memberi Anthony Pilkington peluang untuk menanduk masuk gol sulung perlawanan pada minit ke 60.
Penjaring gol terbanyak setakat ini, Robin van Persie, telah pulih dari ketegangan otot pada awal minggu itu dan kembali ke kesebelasan utama dan berganding bahu dengan Javier Hernandez di tonggak senrangan. Anders Lindegaard pula mengambil alih tempat David de Gea yang mengalami sakit gigi.
Manchester United telah memulakan perlawanan dengan baik dan serangan pertama mereka dilancarkan selepas tiga minit oleh Van Persie tetapi rembatannya dipesong keluar oleh John Ruddy.
Pada minit keenam, Wes Hoolahan memberi Pilkington bola di sayap kiri dalam serangan balas tetapi percubaannya tersasar.
United menguasai perlawanan dan sering menikmati kawalan bola tetapi gagal mengambil kesempatan dan Norwich terus menyerang kali ini dengan hantaran Hoolahan yang ditanduk oleh Snodgrass tetapi percubaannya terlalu tinggi.
Permainan pasukan tuan rumah terus meningkat dan Chris Smalling telah membuat asakan yang penting untuk menghalang Grant Holt dari menyepak masuk hantaran Snodgrass selepas pemain sayap Scotland itu melepasi Rio Ferdinand di sebelah kanan padang pada minit ke 37.
Pemain veteran Ryan Giggs, yang telah menjaringkan gol kemenangan pada minit terakhir pada penampilan ke 900 beliau, telah memberi hantaran baik tetapi Van Persie terlepas peluang itu.
Babak kedua bermula dengan lebih baik tetapi Van Persie sekali lagi terlepas peluang keemasan apabila gagal kawal bola dalam kotak penalti Norwich.
Selepas Snodgrass dikasari Evra di sayap kanan, tendangan percuma beliau ditendangan keluar oleh Rafael.
Norwich terus menekan benteng pertahanan United dan gerakan yang dimulakan Hoolahan apabila memberi bola kepada Garrido di saya kiri, dan hantaran beliau ditanduk masuk oleh Pilkington dengan baik untuk gol pembukaan.
Ferguson membuat perubahan 10 minit kemudian dengan menggantikan Antonio Valencia dan Hernandez yang tidak efektif dengan Paul Scholes, yang telah menyambut hari jadi ke 38 beliau semalam, dan Danny Welbeck.
United meningkatkan permainan mereka dan tandukan Welbeck meraih tendangan sudut apabila dipesong keluar.
Red Devils terus menekan dan melancarkan serangan bertubi-tubi tetapi gagal menyamakan kedudukan hingga wisel penamat.

City beri persembahan lima bintang

Man City vs Aston Villa: Sergio Aguero

Sergio Aguero dan Carlos Tevez menjaringkan dua gol dalam kemenangan 5-0 Manchester City ke atas Aston Villa dalam perlawanan Liga Barclays.
Juara bertahan Liga Barclays membuka tirai melalui David Silva di Stadium Etihad dan meningkatkan prestasi selepas itu.
Aguero dan Tevez menyempurnakan peluang penalti masing-masing serta termasuk satu lagi untuk melengkapkan kemenangan dengan lima gol di padang sendiri.
Seperti dijangkakan, City menguasai pembukaan perlawanan tetapi Villa masih mampu menlancarkan gerakan serangan mereka sendiri pada minit ke 12 tetapi percubaan Christian Benteke dihalang Vincent Kompany.
Penjaga gol City Joe Hart, yang telah menerima kritikan akibat prestasinya kebelakangan ini, bertindak dengan baik untuk menyelamatkan percubaan Matt Lowton dan Kompany menghalang percubaan Weimann.
Dua minit sebelum masa rehat, City akhirnya membuka tirai apabila tendangan sudut Nasri tidak dikawal Tevez tetapi Silva berjaya menyepaknya masuk.
City terus menguasai babak kedua dan Silva hampir-hampir mendapat gol kedua tetapi Guzan menyelamatkannya dengan kaki beliau.
Pasukan tuan rumah kemudian mendapat peluang penalti apabila penolong pengadil memberi isyarat ofsaid tetapi pengadil menandakan yang Weimann telah menggunakan tangan beliau untuk menghalang hantaran City.
Aguero menyempurnakan penalti beliau dengan senang dan Barry Bannan menjadi mangsa kedua pengadil apabila menghalang bola dengan tangan beliau pada minit ke 65.
Tevez menjaringkan penalti dengan senang dan meraikan gol beliau dengan berpura-pura yang beliau sedang memandu kereta - akibat kereta beliau yang dikunci oleh pegawai polis.
Hantaran Hart kemudian dikawal dengan baik oleh Aguero sebelum penyerang antarabangsa Argentina itu menjaringkan gol keempat pasukannya.
Edin Dzeko kemudian menggantikan Aguero dan penyerang Bosnia itu memberi bola kepada Nasri yang memberi hantaran tepat kepada Tevez yang menjaringkan gol terakhir perlawanan.



West Brom kejutkan Chelsea

West Brom vs Chelsea: Shane Long

Pengurus Chelsea Roberto Di Matteo kembali kepada kekalahan di Hawthorns setelah tewas 2-1 dalam perlawanan Liga Barclays.
Pemain antarabangsa Nigeria Peter Odemwingie menanduk masuk hantaran dari Shane Long, yang telah menjaringkan gol pembukaan, sebelum Eden Hazard menyamakan kedudukan.
Ia bermakna Di Matteo, yang telah mengurus Albion selama dua tahun, mengalami kekalahan pertama di padang lawan dalam kempen Liga Barclays musim ini.
Pasukan Blues telah menguasai kawalan bola dan mengancam saingan dari gerakan Victor Moses dan Daniel Sturridge.
Walaubagaimanapun penjaga gol Albion Boaz Myhill, yang mengambil alih Ben Foster akibat kecederaan, memberi persembahan terbaik beliau setakat ini dan berjaya menangani percubaan-percubaan Chelsea.
Ketiadaan ketua pasukan John Terry akibat kecederaan juga kelihatan menjejas permainan Chelsea dengan benteng pertahanan yang agak lemah.
Long dan Odemwingie telah mengambil kesempatan dan Long akhirnya membuka tirai dan meraikannya dengan mesej yang mengiktirafkan nenek beliau yang telah meninggal dunia.
Pasukan Baggies melancarkan gerakan serangan pertama mereka pada pembukaan perlawanan dengan hantaran Zoltan Gera kepada James Morrison yang memberi bola kepada Long untuk membuka tirai dengan tandukan yang baik.
Ia juga merupakan gol keenam bagi penyerang antarabangsa Ireland untuk musim ini.
Chelsea cuba balas dengan percubaan John Obi Mikel dari jauh tetapi ia tersasar.
Myhill kemudian membuat halangan baik untuk menyelamatkan percubaan Sturridge.
Albion sering mengancam dengan gerakan serangan balas mereka dan Long, yang ditanda oleh Gary Cahill, membuat percubaan baik dari hantaran Billy Jones yang diselamatkan Petr Cech.
Hazard menyamakan kedudukan selepas 38 minit untuk pasukan Blues dengan gol keempat kempen beliau apabila memecut lepas Myhill dan menanduk masuk hantaran Cesar Azpilicueta.
Chelsea terus menguasai perlawanan dan percubaan Moses dari hantaran Cahill tersasar.
Odemwingie menjaringkan gol terakhir perlawanan lima minit selepas masa rehat apabila Long memberi hantaran baik dan penyerang antarabangsa Nigeria itu menanduk lepas Cech untuk gol keempat beliau.
Di Matteo membuat dua perubahan dengan Fernando Torres dan Oriol Romeo yang tidak efektif untuk Juan Mata dan Oscar.
Myhill membuat halangan yang baik dari percubaan Sturridge setelah hantaran Mata menembus benteng Chelsea dan sekali lagi apabila menyelamatkan percubaan Hazard.
Sturridge gagal mengambil kesempatan peluang keemasan pada minit ke 87 apabila gagal mengawal rembatannya yang akhirnya tersasar dan Albion meraikan kemenangan besar pada wisel penamat.


Suarez bangkitkan Liverpool

Liverpool vs Wigan: Luis Suarez

Luis Suarez membuktikan kepentingan beliau kepada Liverpool dengan dua gol dan mencipta satu lagi dalam kemenangan 3-0 atas Wigan.
Penyerang antarabangsa Uruguay itu telah menjaringkan dua gol dalam sembilan minit dan mencipta gol ketiga untuk gol pertama Jose Enrique untuk Liverpool.
Ia telah dilaporkan bahawa Manchester City sedang bersedia untuk membuat tawaran £40 juta untuk Suarez pada bulan Januari tetapi ia telah dinafikan oleh Roberto Mancini dan Brendan Rodgers.
Walauapapun nilai Suarez pasti meningkat setelah menjaringkan gol dalam setiap dari lima perlawanan terakhir beliau dan kini mencatatkan 10 gol dalam 10 penampilan.
Tanpa sumbangan pemain yang berusia 25 tahun itu, biarpun dari aspek jaringan gol mahupun penciptaannya, pasukan Reds sudah tentu akan menduduki tempat tiga terakhir kedudukan liga.
Jose Reina pula telah membuat penampilan pertama sejak 7 Oktober dan Rodgers menggunakan formasi empat pemain pertahanan seperti biasa berbanding dengan tiga pada perlawanan lepas.
Pasukan tuan rumah telah memulakan perlawanan dengan baik dengan hantaran Suarez yang dipesong keluar oleh Ben Watson dan tandukan Daniel Agger yang diselamatkan oleh penjaga Wigan Ali Al Habsi.
Kedua-dua pasukan telah berkongsi kawalan bola tetapi gagal membuat gerakan serangan yang efektif pada babak pertama.
Rodgers telah cuba memberangsangkan pasukan beliau dan akhirnya membuka tirai pada minit kedua dalam separuh masa kedua.
Sterling telah merampas bola dari hantaran Andre Wisdom dan memecut lepas Maynor Figeroa sebelum memberi hantaran tepat untuk Suarez.
Suarez kemudian menonjolkan kemahiran beliau dengan rembatan kencang dengan sentuhan pertama, yang dipesong masuk oleh Ivan Ramis, untuk gol pertama perlawanan.
Enrique kemudian menggelecek bola dari sayap kiri dan memberi bola kepada Suarez yang mengatasi Al Habsi dengan senang untuk gol kedua beliau sembilan minit kemudian.
Suarez kemudian mencipta gol ketiga apabila hantaran cantik kepada Sterling dirembat pemain muda itu dan walaupun Al Habsi dapat memesongnya keluar, Enrique menyepak gol ketiga masuk dengan senang.
Pemain Sepanyol itu kemudian menraikan gol kedua dalam lima tahun di liga England - gol pertama beliau semasa mewakili Newcastle dalam pertemuan dengan Nottingham Forest pada bulan March 2010.


Jaringan Messi atasi Zaragoza

Barcelona vs Real Zaragoza: Lionel Messi, Javier Paredes

Barcelona menambah kepada jarak kelebihan seketika kepada enam mata di atas kedudukan liga dengan kemenangan 3-1 atas Real Zaragoza.
Barcelona yang berada di atas kedudukan La Liga menikmati kelebihan enam mata, sebelum perlawanan Real Madrid, setelah Lionel Messi mencatatkan dua jaringan gol dalam perlawanan - kali ketujuh beliau mencapainyanya musim ini.
Penyerang Argentina itu telah membuka tirai sebelum Alex Song menjaringkan gol pertama beliau untuk Barcelona, dan menjaringkan gol ke 17 beliau selepas itu.
Barcelona meneruskan rekod tanpa kalah dengan 34 mata dari 12 perlawanan.
Atletico pula dapat merapatkan jurang kepada tiga mata jika menang Granada.
Setelah percubaan pertama Messi tersasar, beliau akhirnya membuka tirai pada minit ke 16 di Nou Camp apabila mengawal hantaran Jordi Alba dan menyepaknya masuk dengan senang.
Zaragoza menyamakan kedudukan lapan minit kemudian apabila rembatan Francisco Montanes terpesong masuk oleh Carles Puyol, yang kembali setelah pulih dari kecederaan.
Song, yang telah serta Arsenal pada permulaan musim, memberi rembatan kencang setelah menerima hantaran Messi untuk mengekalkan kelebihan Barca pada minit ke 28.
Messi kemudian menjaringkan gol ketiga pasukannya selepas minit ke 60 dengan sepakan cantik dari jauh - ia juga merupakan gol ke 78 beliau tahun ini untuk kelab dan negara. Ia adalah jaringan ke 66 untuk Barca,yang ke 12 untuk Argentina dan beliau semakin menghampiri rekod pemain Jerman Gerd Mueller dengan 85 gol dalam satu tahun.