Live Streaming

Ahad, 1 April 2012

Semuanya Kerana Faktor X : Cristiano Ronaldo

ronaldo faktor x




Cristiano Ronaldo Dan Rahsia Faktor X


Kapten Pasukan Kebangsaan Portugal dan juga bekas pemain profolik Manchester United yang kini melakar kejayaan di Real Madrid, Cristiano Ronaldo berkongsi kisah kejayaannya menjadi seorang pemain bola sepak professional pada usia muda dan berjaya merangkul pelbagai anugerah dan penghargaan hanya dengan Faktor X.
Menurut Bekas Pemain Terbaik Dunia itu, dia sentiasa bangun pada pagi hari dengan semangat baru dan kekuatan mental yang jauh lebih kuat daripada hari semalam. Selepas itu Ronaldo akan melakukan latihan dengan bersungguh-sungguh sehinggakan tiada sesiapa yang dapat mengganggu fokus nya selagi latihan belum tamat.

Faktor X ELEMEN TERPENTING

Ronaldo juga menerapkan seberapa banyak FAKTOR X yang ada dalam dirinya. Kewujudan Faktor X tersebutlah yang mendorongnya untuk menjadi seorang pemain paling bernilai di dunia ketika ini, memadamkan rekod pemain-pemain hebat terdahulu seperti Zidane Zidane, David Beckham dan ramai lagi.
“Ya, saya tidak nafikan dalam diri saya terdapat Faktor yang amat bernilai dan mustahil saya akan melepaskan nya pergi walaupun untuk masa 1 saat. Ia mendorong saya untuk menjadi Cristiano Ronaldo yang anda lihat sekarang” kata Ronaldo kepada wartawan sukan selepas perlawanan Real Madrid VS Ossasuna.

Cristiano Ronaldo Buktikan Nilai Sebenar

"Cristiano Ronaldo"




Cristiano Ronaldo Buktikan Kualiti Hebatnya


Penyerang tinggi lampai Real Madrid, Cristiano Ronaldo buktikan kepada pengkritik bahawa dakwaan Lionel Messi jauh lebih hebat daripada nya adalah salah selepas menjaringkan dua gol penting buat pasukan pendahulu LA Liga itu pulang dengan tiga mata penuh selepas menewaskan Ossasuna 5 – 1.

Cristiano Ronaldo Buktikan Free Kick Terbaik

Dalam perlawanan tersebut, Ronaldo sekali lagi membuktikan kualitinya apabila sepakan percuma yang diambil olehnya akan menghasilkan keputusan positif. Dia telah pun menjaringkan satu gol melalui sepakan percuma pada perlawanan tersebut selain satu gol hasil sepakan dan satu lagi umpanannya membantu rakan sepasukan Ganzalo Higuan menjaringkan gol ke 5 perlawanan tersebut.
Permainan cantik antara Real Madrid VS Ossasuna jelas menunjukkan penguasaan penuh bola dimiliki oleh pasukan berjersi putih iaitu Real Madrid, yang hanya melepaskan satu gol bagi pihak lawan. Manakala membalas dengan jumlah jaringan yang besar. 3 gol diperoleh pada separuh masa pertama permainan dan selebihnya pada babak kedua perlawanan tersebut.

Cristiano Ronaldo Buktikan Faktor X Amat Membantu

Kami pernah kongsikan Faktor X Cristiano Ronaldo dan ternyata ianya mempunyai kebenarannya juga. Cristiano Ronaldo juga talah membuktikan Faktor X yang dimilikinya menjadikannya berbeza dan jauh lebih baik daripada pemain bola sepak yang lain.
Sumbangan Cristiano Ronaldo terhadap kelab Real Madrid terlalu besar dan ini membuktikan betapa pembelian termahal yang pernah direkodkan dalam sukan bola sepak bukan lah satu pembaziran. Ronaldo menjadi aset penting bagi Manchester United satu ketika dahulu dan kini dia merupakan pemain kesayangan Pengurus dan Peminat di Madrid pula.
Kini, Real Madrid semakin cemerlang dan mungkin juga satu hari nanti dominasi Barcelona dalam sukan bola sepak dunia akan digantikan semula dengan Kelab Unggul Real Madrid ini?

Kami Akan Pastikan ‘Jiran Bising’ Tidak Menang EPL


Chris Smalling-United

“CITY TAKKAN MENANG EPL”


Chris Smalling mengakui gelaran Liga Perdana Inggers lebih bermakna untuk Manchester United musim ini kerana ia melibatkan misi menafikan peluang City.
Pasukan jiran itu kini sedang bersaing sengit dan minggu lepas Sir Alex Ferguson memberitahu beliau ada ‘banyak penawar’ untuk perang satraf dengan Patrick Vieira begitu vokal mengkritik United kebelakangan ini.
Namun itu semua membantu ketegangan dalam lapan perlawanan terakhir musim dengan United kini mendahului tiga mata.
Persaingan kejuaraan liga diteruskan dengan City melayan Sunderland dua hari sebelum the Red Devils berkunjung ke Ewood Park untuk pertemuan dengan Blackburn.
Dan Smalling mengakui United mendambakan kejuaraan liga kali ke 20.
‘Ia pastinya lebih bermakna kerana City,’ kata Smalling.
‘Ia terpulang kepada kami berdua sekarang dan ia sangat penting. Media menghangatkannya dan sebagai pemain sudah tentu kami mahu memenanginya kerana kami mengenali beberapa pemain mereka.
‘Ia akan menjadi penting untuk memenanginya untuk tahun hadapan.’

Kelantan belasah Felda 5-1




Kelantan terus kekal mempertahankan kedudukan di persada Liga Super apabila mencatat kemenangan besar dengan membelasah Felda United 5-1 di Stadium Sultan Mohammed IV, Kota Bharu.
Skuad bimbingan Bojan Hodak kini mengumpul 26 mata dengan kelebihan dua mata di hadapan pencabar dekat Lions XII dari Singapura.
Pemain import Kelantan, Nwoha Onyekach menjadi wira skuad Red Warriors apabila menyumbangkan dua gol pada minit ketiga dan minit ke-45.
Gol lain disumbangkan Mohd Nor Farhan Mohamad pada minit ke-65, Indra Putera Mahayuddin (minit ke-67) dan ketua pasukan, Mohd Badhri Mohd Radzi (minit ke-81).
Manakala gol tunggal pasukan pelawat disumbangkan oleh Azrul Ahmad pada minit keempat.
Di Stadium Jalan Besar, Singapura, pasukan Lions XII mengutip tiga mata setelah mencatat kemenangan tipis 2-1 ke atas T-Team.
Gol pasukan Lions XII dijaringkan oleh Shahril Ishak pada minit ke-50 dan Shahdan Sulaiman pada minit ke-86 (penalti), manakala gol tunggal T-Team disumbangkan oleh Zairo Anuar pada minit ke-53.
Di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah seri 1-1 dengan Selangor. Gol Sabah hadir seawal minit ketiga hasil jaringan Michael Baird namun kegembiran pasukan tuan rumah tidak kekal lama apabila pemainan pertahanan Selangor, P.Gunalan berjaya meyamakan kedudukan pada minit ke-59.
Terengganu juga seri 0-0 dengan Johor FC di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin, Kuala Terengganu.
Sarawak pula menewaskan Selangor PKNS 4-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Gambar Earth Hour 2012 Di Malaysia Dan Dunia Sumber: Gambar Earth Hour 2012 Di Malaysia Dan Dunia


Berikut adalah gambar earth hour 2012 di malaysia dan beberapa bandar utama di dunia yang berlangsung pada 31 Mac 2012 sekitar jam 8.30 hingga 9.30 malam. Program ni disertai oleh semua negara terutama bandar utama setiap negara.

International Space Station

Malaysia Kuala Lumpur

Sydney Austraulia

Tembok Besar China

Hong Kong

Seoul
Shanghai skyline
Hotel Marina Bay Singapura


Sumber: Gambar Earth Hour 2012 Di Malaysia Dan Dunia | melvister.com