Live Streaming

Sabtu, 31 Mac 2012

Barca mengadu tentang padang Milan

Football News: AC Milan vs Barcelona

Barcelona telah membuat aduan kepada UEFA tentang padang di San Siro selepas pemain mengalami kesukaran beraksi di situ.
Lionel Messi tergelincir semasa mengambik sepakan percuma dan pemain Barca yang lain tidak berpuas hati dengan keadaan padang semasa seri 0-0 pada suku akhir Liga Juara Juara.
Barcelona telah mengadu kepada UEFA pada mesyuarat selepas perlawanan dan mereka telah memaklumkan perkara itu kepada AC Milan.
Pep Guardiola berkata: "Akhirnya kami menyesuaikan diri dengan semuanya, kami datang dan beraksi tetapi jelas terdapat masalah."
Messi menambah: "Kami beraksi tetapi sukar kerana keadaan padang yang teruk dan juga kerana AC Milan sangat kuat."
Rakan sepasukannya Javier Mascherano turut bersetuju dengan Messi dan memberitahu: "Padang itu memberikan masalah dan kesan tak baik untuk pasukan lain."
Milan membalas segala aduan dengan menyatakan bahawa padang mereka di tahap yang boleh diterima.
"1) Penyiraman air di padang sejam sebelum perlawanan dimulakan, seperti yang telah dipersetujui pada mesyuarat organisasi pagi semalam, tidak dilakukan kerana tahap kelembapan padang sudah memadai.
"2) Keadaan padang di mana Barcelona berlatih petang sebelumnya tanpa sebarang masalah, telah ditegaskan boleh diterima oleh pengadil dan pegawai UEFA."


Kedah dabik dada, benam Perak




Kedah berjaya mencuri tiga gol dalam saingan Liga Super menentang Perak (3-0), untuk mengekalkan rentak kemenangan mereka selepas menumpaskan Terengganu T-Team dalam saingan suku akhir Piala FA.
Dalam aksi di Stadium Darul Aman itu, Hamidan Mohammed berjaya menghadiahkan dua gol untuk skuad hijau kuning sekaligus menamatkan kebimbangan peminat terhadapnya, selepas pemain import dari Ghana itu beraksi hambar sejak diawal permainan.
Satu gol selebihnya turut melibatkan pemain itu apabila usahanya yang membuat hataran di depan gawang, ditampan oleh pemain Perak Syazwan Roslan sehingga jaringan sendiri dihasilkan.
Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) yang sebelum ini mahu menggugurkan Hamidan pastinya akan menimbang semula hasrat itu selepas menyaksikan prestasinya pada malam ini.
Di awal saingan, Perak banyak menguasai perlawanan dengan membuat gerakan menarik sehingga membuahkan beberapa peluang berbahaya. Namun di minit-minit akhir babak pertama, Hamidan muncul menjaringkan gol pembukaan ketika keadaan kelam kabut didepan gawang Perak.
Penguasaan Perak dibabak kedua nyata tidak kelihatan ditambah, penampilan Akmar Rizal Rakhli turut kurang menyerlah.
Selepas, Syazwan Roslan menjaringkan gol sendiri diminit ke-78, Hamidan sekali lagi tampil dengan membuat rembatan dari jarak jauh menuju tepat kearah penjuru gol untuk menyempurnakan kemenangan Kedah 3-0.
Kemunculan semula Wan Jamak Wan Hassan daripada bangku simpanan untuk menerajui Kedah, jelas meyuntik semangat anak buahnya untuk terus mencari kemenangan selepas berjaya mara ke separuh akhir Piala FA.

Jumaat, 30 Mac 2012

Penentu Juara EPL 30 April





PERTEMBUNGAN dua kelab Manchester pada 30 April ini akan menentukan siapa akan menakluki gelaran Liga Perdana Inggeris, demikian menurut pemain tengah Manchester United, Ryan Giggs.

United mendahului City dengan tiga mata, berbaki lapan perlawanan selepas menang 1-0 ke atas Fulham, malam kelmarin. Bagaimanapun, City mempunyai perbezaan gol lebih besar dan akan menjadi tuan rumah apabila kedua-dua pasukan bertemu.

“Kami mempunyai pengalaman tetapi City memiliki semangat,” kata Giggs. “Jika kedua-dua kelab meneruskan rentak mereka, semua ini akan ditentukan menerusi perlawanan setempat.”


Kedua-dua pasukan bagaimanapun masih mempunyai dua perlawanan selepas pertembungan di Stadium Etihad.

Mengenai kariernya, Giggs berharap dapat bertahan lebih lama untuk penampilan ke-1,000 buat United. Bulan lalu, dia beraksi dalam perlawanan ke-900 untuk Red Devils menentang Norwich City dengan menjaringkan gol pada minit kecederaan.


Merenung kembali kariernya, kebanyakannya di posisi sayap kiri, pemain berusia 38 tahun itu menamakan bekas pertahanan Arsenal, Lee Dixon dan pemain Inter Milan, Javier Zanetti sebagai lawan yang paling sukar ditentangnya.

“Saya menentang Zanetti buat kali pertama pada perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara 1999. Dia memegang posisi bek kanan manakala saya pula pemain sayap kiri.

“Kualitinya sebagai pemain menakjubkan kerana dia mempunyai kepantasan, tenaga, kepintaran dan skil. Saya menentangnya dalam dua lagi perlawanan lain dan dia adalah lawan paling sukar dan pemain paling sempurna.”

Bagaimanapun pemain Itali yang paling menarik perhatian Giggs adalah pemain Juventus, Alessandro Del Piero. Apabila Manchester United layak ke Liga Juara-Juara buat pertama kali sejak kelab Inggeris kembali dibenarkan bertanding di kejohanan Eropah, I Bianconeri adalah kelab paling berpengaruh di Eropah.

“Pasukan Juventus pada 1990 begitu hebat,” kata Giggs. “Del Piero adalah pemain Itali terbaik pernah saya temui. Umur kami sebaya dan saya mengikuti perkembangan sepanjang kariernya.

Mengenai Euro 2012, Giggs mungkin mengecewakan rakan sepasukannya apabila berkata dia tidak meletak harapan tinggi terhadap peluang England.

Rio Ferdinand, Ashley Young dan Wayne Rooney mungkin akan menjadi sebahagian skuad England manakala Phil Jones, Danny Welbeck, Tom Cleverley, Michael Carrick dan Chris Smalling turut berpeluang.

“Sepanyol dan Jerman adalah pasukan pilihan, diikuti Perancis, Itali dan Belanda,” kata Giggs. “Saya tidak lihat jika England boleh menang, mereka masih belum mempunyai jurulatih dan Rooney pula digantung dua perlawanan.”

Baru-baru ini, seluruh dunia heboh memperkatakan mengenai Lionel Messi sebagai pemain terbaik sepanjang zaman tetapi Giggs mengakui ada sesuatu yang hilang dari kabinet trofi pemain itu.

“Tidak syak lagi, dia adalah pemain terbaik dunia hari ini. Dia menjaringkan banyak gol, hampir setiap minggu dan bermain di tahap tertinggi.

“Bagaimanapun Diego Maradona dan Pele memenangi Piala Dunia buat Argentina dan Brazil. Bila Messi memenangi Piala Dunia untuk negaranya, barulah dia layak berada setaraf mereka.”

FAM rangka pelan pertahan Piala Suzuki

FAM rangka pelan pertahan Piala Suzuki




Football Association of Malaysia (FAM), telah merangka pelan untuk mempertahankan kejuaraan Piala Suzuki tahun ini.
Pengurus pasukan kebangsaan, Datuk Subahan Kamal berkata mereka tidak akan melakukan apa sahaja untuk mempertahankan kejuaraan mereka.
"Mungkin sukar untuk mempertahankan kejuaraan ini tetapi kami optimis dalam membuktikan kemampuan kami," kata Subahan.
Jurulatih kebangsaan Datuk K.Rajagobal telah mengenal pastti 66 pemain dan akan mencuba setiap dari mereka dalam baki tujuh fasa latihan pusat selepas kejuaraan AFF bermula dari 14 November hingga 22 Disember.
Subahan berkata mereka telah mengaturkan lapan perlawanan percubaan antarabangsa termasuk dengan India pada Mei, Singapura pada June, New Zealand pada September, Arab Saudi dan Qatar pada bulan Oktober.
Beliau turut memberitahu bahawa terdapat juga jelajah tiga perlawanan sama ada di Australia atau China dari 27 Julai hingga 12 Ogos.
"Kami hampir selesai dengan proses pemilihan dan telah memilih campuran pemain senior dan pemain muda dari kumpulan Bawah-21. Pada akhir bulan April kami akan memilih 35 pemain terakhir untuk persediaan kami di peringkat yang seterusnya," kata Subahan.
Sasaran utama pasukan kebangsaan adalah untuk melayakkan diri ke Piala Asia 2015 di Australia.
"Ia satu proses yang panjang tetapi kami menuju ke situ. Tahap seterusnya bagi persediaan kami adalah untuk mengaturkan perlawanan besar untuk pemain.
"Mei ini kami akan mengadakan sesi latihan yang serius. Memang akan terdapat pemain baru kerana beberapa pemain senior sedang pulih dari kecederaan. Apa yang baik adalah kami mempunyai bakat hebat dari skuad Harimau Muda juga," kata Subahan.

Suarez: Kami gagal dalam liga

Football News: Luis Suarez




Dalam sebuah paparan yang jujur, penyerang Liverpool, Luis Suarez mengaku bahawa dia telah benar-benar kecewa dengan prestasi kelab dalam liga musim ini.
Pemain Uruguay itu hanya telah menjaringkan tujuh gol dalam liga musim ini dengan pasukan Reds jauh di belakang dalam perlumbaan untuk melayakkan diri untuk Liga Juara-Juara musim depan. Di peringkat yang sama musim lalu, mereka tiga belas mata di belakang Tottenham yang berada di tempat keempat.
Satu perkara baik musim ini adalah kemenganan Piala Carling mereka di atas Cardiff dan penyokong-penyokong mengharapkan mereka akan sekurang-kurangnya dapat ke pusingan akhir Piala FA selepas mereka mendapat tahu akan menentang musuh Merseyside Everton di peringkat separuh akhir.  
Tetapi Suarez mengakui bahawa pasukannya telah gagal untuk menetapkan harapan yang diletakkan atas mereka selepas belanja banyak sebelum musim bermula dan juga dengan penyokong-penyokong mengharapkan musim yang baik.
"Matlamat kami musim ini adalah untuk memenangi piala dan layakkan diri untuk Liga Juara-Juara," Suarez memberitahu akhbar The Sun.

"Bahagian pertama itu dipenuhi tetapi kami telah gagal dalam impian kami yang lagi satu. Tiada siapa yang boleh percaya kami akan dikalahkan oleh QPR dan Wigan.

"Apa silap kami? Kami telah sangat tertinggal dalam minit-minit terakhir perlawanan, kami telah terjejas oleh kecederaan dan kad-kad.

"Skuad ini begitu marah dan kami benar-benar mahu menang di Newcastle pada hari Ahad."

Suarez percaya bahawa kekalahan dalam masa kecederaan kepada Arsenal adalah permulaan bentuk prestasi yang teruk yang telah melihat mereka dan gagal membuat ancaman yang hebat dalam beberapa perlawanan ini.
"Masalah ini berpunca dari hari itu," kata Suarez.

"Ia adalah perlawanan yang penting dan kekalahan itu benar-benar menjejaskan kami. Jika kami telah menewaskan Arsenal mungkin semuanya akan lain.

"Misi kami [sekarang] adalah untuk menamatkan musim ini dalam kedudukan yang paling tinggi dan berjuang untuk Piala FA.

"Kemenangan dalam dua piala adalah yang terbaik kami mampu memberikan kepada penyokong-penyokong yang mahu kami bermain dalam pertandingan utama di Eropah.

"Tetapi sentiasa ada tekanan kerana Liverpool bertanggungjawab untuk memenangi setiap perlawanan dan berada di kedudukan yang tinggi dalam liga."

Suarez juga mempertahankan rakan sepasukan, Andy Carroll yang telah mengecewakan sejak pemindahan kelab. Penyerang itu kembali ke bekas kelabnya dan semua fokus akan tertumpu kepada bagaimana bekas-Geordie akan bermain.

"Ini adalah satu perlawanan khas untuk Andy. Dia perlu untuk menunjukkan kualitinya dan saya pasti dia akan membuat demikian.

"Andy adalah penyerang yang hebat tetapi tidak mudah untuk mengatasi tekanan sebagai pemain baru. Saya mempunyai pengalaman yang sama apabila saya menyertai Ajax dan Liverpool.

"Andy berlatih dengan baik dalam latihan. Dia sentiasa menjaringkan gol dan saya berasa amat gembira jika dia berbuat demikian pada hari Ahad, walaupun saya tidak fikir dia akan menyambut jika ia berlaku.

"Tidak mudah untuk pergi ke Newcastle. Tidak ramai orang menyangka mereka akan berada di tangga kelima dan dengan peluang untuk melayakkan diri untuk pertandingan Liga Europa tetapi mereka telah memang patut berada di tempat itu.

"Tetapi kami mahu kembalikan maruah kami selepas kekalahan-kekalahan kami - dan kami perlu memberi sedikit kegembiraan kepada peminat."

Suarez juga bersetuju bahawa dia tidak bermain dengan cukup hebat musim ini dan beliau berharap untuk menangani masalah jaringannya dan jaringkan lebih banyak gol pada hujung musim ini. Beliau juga mahu kembali ke Wembley dan harap-harap dapat membantu pasukannya mencapai piala kedua mereka musim ini.

"Tugas saya adalah untuk menjaringkan gol dan saya mengaku saya tidak selalu memenuhkan ia musim ini," katanya.

"Tahun lepas saya tidak ditanda dengan begitu ketat dan itu membantu, tetapi sejak Ogos, pemain-pemain pertahanan telah kenali gaya permainan saya dan sudah menjadi lebih sukar untuk mengejutkan mereka.

"Saya akan terus berjuang. Saya mahu lebih banyak saat yang hebat menyambut dengan peminat-peminat.

"Memenangi Piala Carling adalah sangat istimewa dan sekarang, untuk mengalahkan Everton dan layakkan diri ke pusingan akhir Piala FA, itu akan sangat hebat.

"Wembley adalah sebuah stadium yang hebat untuk mana-mana pemain bola sepak untuk bermain dan memenangi piala di situ adalah suatu perkara yang akan diingati seumur hidup."

Dalglish sedia untuk pulang ke Newcastle

Football News: Andy Carroll, Liverpool
Pengurus Liverpool, Kenny Dalglish gembira Andy Carroll merasakan sedikit kebimbangan untuk perlawanan di Newcastle hujung minggu ini.
Bekas penyerang Newcastle itu telah menghadapi bekas pasukannya dua kali sejak meninggalkan mereka Januari tahun lepas tetapi kedua-dua perlawanan itu di Anfield dan kedua-duanya dimenangi Liverpool dengan selesa.

Walau bagaimanapun, menentang pasukan Magpies di timur utara di sebuah stadium di mana Carroll dengan cepat memantapkan dirinya sebagai wira kepada ribuan penyokong Geordie adalah prospek yang berbeza.
Pada lawatan terakhir Liverpool di sana pada Disember 2010, Carroll pemain yang berpengaruh dalam kemenangan 3-1 untuk pasukan tuan rumah, menjaringkan satu gol dalam perlawanan itu.
Dan sejak pertemuan terakhir kedua kelab itu kelab di Anfield tiga bulan lalu, keseimbangan kuasa telah mengayun kepada pasukan Alan Pardew dengan Liverpool lapan mata di belakang Newcastle yang berada di tangga keenam selepas kalah lima daripada enam perlawanan terakhir mereka dalam Liga Perdana Barclays.

Jose Enrique juga akan kembali menentang bekas pasukannya untuk kali pertama tetapi tumpuan tentu akan ditetapkan pada Carroll dan Dalglish, juga seorang pengurus bekas Newcastle, sangat memahami kebimbangan yang dirasai penyerang itu.

"Ia bukan satu perkara yang buruk, betul tak? Jika anda tidak berasa bimbang, anda mempunyai sedikit masalah," kata pengurus dari Scotland itu.

"Dalam kes saya, ia adalah lebih baik untuk berasa bimbang daripada terlalu tenang.

"Saya tidak fikir sesiapa boleh terlalu tenang apabila mereka menentang pasukan yang memberikan mereka peluang dalam bola sepak dan menolongnya menjadi seorang pemain profesional.
"Bagi beliau dan Jose, ia satu masa yang menarik untuk kembali ke sana."

Dalglish menghabiskan 20 bulan mengurus Newcastle dari tahun 1997 ke tahun 1998 dan beliau penuh dengan pujian untuk Pardew kerana masih mengekalkan kedudukan yang tinggi untuk Newcastle selepas pengkritik-pengkritik kata prestasi baik mereka awal musim akan merosot.

"Ia bukan bekas kelab yang pertama saya pernah kembali dan saya menikmati masa di setiap kelab yang saya pernah mengurus. Tidak berbeza dengan di sana," katanya.

"Saya senang dengan rakan-rakan kerja saya, pengurus-pengurus saya, dan mereka mempunyai penyokong yang hebat.

"Mereka benar-benar menyokong pasukan mereka, ia adalah sebuah tempat yang hebat untuk bermain bola sepak dan ia sebuah bandar yang hebat yang harus berbangga dengan kelab bola sepaknya.

"Tahun ini Alan Pardew telah melakukan tugas yang hebat untuk mendapatkan mereka di mana mereka berada dalam liga dan saya tidak sabar untuk ke sana."

Dalglish tentunya mahu mengakhiri bentuk perlawanan yang teruk yang melihat harapan mereka untuk mengakhiri musim ini di empat tempat teratas hampir-hampir musnah.
Hanya dua kemenangan dalam liga di tahun 2012 memberitahu ceritanya sendiri dan walaupun kelab itu telah telah memenangi Piala Carling dan akan bermain dalam pusingan separuh akhir Piala FA dua minggu dari sekarang, mereka tidak mampu untuk kalah sekali lagi dengan Sunderland, Everton, Swansea dan Norwich hanya tiga mata di belakang mereka.
"Kami mahu bersaing dalam setiap pertandingan," kata Dalglish.

"Kami telah bermain dengan hebat dalam pertandingan-pertandingan piala dan kami harus memberikan prestasi yang sama dalam liga..

"Tidak sebegitu musim ini. Terdapat banyak persembahan hebat tetapi kami tidak mendapat keputusan yang baik.

"Kami hanya perlu memperbaiki keputusan liga kami dan ia akan menjadi satu cerita yang lebih gembira."

Dalglish berharap isu kecederaan pasukannya akan susut hujung minggu ini tetapi mengakui akan mengambil masa lagi dua minggu sebelum mereka dapat tahu setakat mana teruknya kecederaan lutut Charlie Adam.
Pemain midfield Scotland itu tidak berkasi dalam kekalahan kepada Wigan bersama-sama penyerang Craig Bellamy (betis), pemain midfield Maxi Rodriguez (sakit) dan pemain-pemain pertahanan Glen Johnson (betis), Daniel Agger (tulang rusuk) dan Martin Kelly (buku lali).  
Walaupun sebahagian daripada mereka hampir kembali beraksi, Adam harus tunggu untuk satu lagi penilaian doktor.

"Lagi dua minggu sebelum kami dapat tahu setakat mana teruknya kecederaan Charlie," kata bos Reds.

"Daripada tidak tepat atau salah atau seseorang membuat cerita, kami akan tunggu dan lihat dalam beberapa minggu berapa lamakah dia tidak dapat beraksi.


"Arsenal boleh menang tahun depan"

Arsenal vs AC Milan: Philippe Mexes, Gervinho




Gervinho yakin penantian lama Arsenal untuk menang piala akan akhir musim depan, tetapi mengakui kelabnya akan menghadapai masa yang sukar jika kehilangan kapten Robin van Persie.
Arsenal telah mengalami musim yang paling tidak konsistent sejak Arsene Wenger mengambil alih kelab itu 16 tahun yang lalu.  
Pasukan dari London itu, yang belum menang sebarang piala sejak tahun 2005, mulakan musim ini dengan teruk, dengan hanya satu kemenangan dalam lima perlawanan pembukaan mereka - termasuk kekalahan teruk 8-2 kepada Manchestaer United di August.
Beberapa perlawanan yang tidak konsisten pada awal tahun ini memberi jangkaan Arsenal tidak sehebat dahulu, tetapi tujuh kemenangan berturut-turut telah menghapuskan teori itu dan pasukan Wenger kini duduk tiga mata di hadapan pasukan di tempat ke-4, Tottenham, dengan hanya tinggal lapan perlawanan untuk dimain musim ini.
Gervinho, yang ditandatangani dari Lille, mengakui beliau mendapati sukar untuk menyesuaikan diri dengan pasukan barunya selepas Cesc Fabregas dan Samir Nasri meninggalkan kelab itu, tetapi kini lebih selesa dan penuh keyakinan Arsenal akan memenangi piala musim depan.

Katanya kepada Arsenal Player: "Kami masih boleh menang banyak piala dan kami boleh melakukan perkara-perkara yang hebat di masa depan. Kami mempunyai masa depan yang cerah kerana ini adalah sebuah kelab yang baik.

"Kami semua masih muda, kami mempunyai beberapa pemain yang baik di sini, sebuah kumpulan yang baik.

"Kami telah melalui banyak situasi sukar musim ini, banyak orang telah goyah dalam kepercayaan mereka dengan kami.

"Mereka telah berkata ini dan itu, tetapi kami telah kembali ke prestasi yang tinggi dan kami akan cuba mengakhiri musim ini dengan baik."

Wenger terpaksa menjual Nasri, pemain utama kelab itu musim lalu, ke Manchester City selepas beliau menyatakan dengan jelas tidak akan melanjutkan kontraknya selepas tahun 2012.

Arsenal mungkin menghadapi dilema yang sama pada akhir musim ini dengan City mengisytiharkan mereka ingin membeli  Robin van Persie, dengan kontraknya tamat tahun depan.
Pemain Belanda itu telah menunjukkan prestasi yang sungguh hebat musim ini, dengan menjaringkan 34 gol untuk membantu Arsenal kembali dari krisis dan Gervinho berpendapat penyerang Belanda itu harus kekal di kelab dari utara London itu.

"Pemain yang menonjol untuk saya tahun ini adalah Robin van Persie," kata Gervinho.

"Anda boleh melihat bagaimana hebatnya dengan serangan beliau, bagaimana beliau mengetuai kumpulan ini, dan dengan pengalaman beliau.

"Dia adalah seorang pemain yang telah berkembang dalam peranan beliau sebagai kapten dan seorang jenis pemain yang anda perlukan pada masa-masa yang sukar."

Mengetepikan perlawanan pertamanya di mana beliau dibuang padang, Gervinho telah sesuai dalam pasukan Arsenal sejak pemindahannya, tetapi beliau telah dapati sukar untuk memulakan perlawanan-perlawanan baru-baru ini dengan persembahan-persembahan cemerlang Alex Oxlade-Chamberlain.
Walau bagaimanapun, penyerang Ivory Coast merasakan permainannya telah bertambah baik sejak beliau berada di Stadium Emirates dengan kehadirian bintang-bintang seperti Van Persie.
"Saya rasa permainan saya telah bertambah baik," katanya.

"Permainan di sini sangat berbeza dengan apa yang saya pernah alami di Ivory Coast dan di Perancis dan di Belgium.
"Ia sesuatu yang saya benar-benar gembira. Banyak perkara yang telah bertambah baik. Berada di sini hanya boleh menjadi baik untuk permainan saya dan kerjaya saya."

Sementara itu, pemain midfield tengah Denilson mahu melanjutkan pinjaman beliau di Sao Paulo di luar musim panas ini, menurut naib presiden kelab Brazil itu, Joao Lopes Paulo de Jesus.

Lopes mendakwa telah berada dalam perbincangan dengan kelab London itu mengenai meminjam pemain midfield tengah berusia 24-tahun itu untuk satu lagi tahun.

"Perbualan kami mengenai keinginan kami untuk meneruskan perkara seperti bagaiamana ia sekarang," beliau dipetik berkata pada laman web Brazil, Futnet.

"Kami mahu memperbaharui pijamannya pada akhir musim ini dan dia berkata dia mahu demikian juga. Tetapi kami tidak terburu-buru. "

Mourinho boleh mengganti Ferguson

Football News: Jose Mourinho Sir Alex Ferguson


Legenda Manchester United Bryan Robson percaya Jose Mourinho mempunyai kelayakan yang tepat untuk menggantikan pengurus Sir Alex Ferguson.
Ferguson menyambut hari jadi yang ke-70 dan ulang tahun ke-25 pelantikannya di Old Trafford musim ini dan tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti.

Oleh kerana itu, Robson, bekas kapten Ferguson, tidak fikir United telah memikirkan tentang identiti pengurus seterus mereka.

Tetapi Robson tahu masanya akan tiba untuk isu itu diuruskan dan dia berasa bekas pengurus Chelsea itu, yang kini pengurus Real Madrid, sesuai untuk menggantikan Fergie.  
Bekas kapten England itu, yang bercakap di forum Soccerex di Manchester, berkata: "Sejauh mana yang saya tahu, dan dari apa yang saya tahu mengenai Manchester United, mereka tidak menimbangkan perkara itu pada masa ini.

"Bagaimana anda menggantikan Sir Alex Ferguson? Ia hampir mustahil.

"Tetapi mereka akan perlu berbuat demikian dan Mourinho pasti salah satu yang akan menjadi di bahagian atas senarai itu. Rekod beliau bercakap untuk dirinya sendiri."

Selain daripada kesesuaian Mourinho, yang telah memenangi Liga Juara-Juara dengan Porto dan Inter Milan, Robson merasakan United mungkin ada calon lain yang lebih dekat.

Robson kagum dengan kerja pembantu-pembantu Ferguson Mike Phelan dan Rene Meulensteen dan menganggap mereka sebagai pilihan-pilihan yang baik.

Robson berkata: "Sesiapa yang menggantikan Ferguson akan mempunyai pendapat dan idea-idea mereka sendiri, tetapi kerana kejayaan United dalam tempoh 20 tahun ini, anda tidak boleh suka-suka meruntuhkan segala yang Ferguson telah membina dan membina apa yang anda mahu.
"Bagaimana anda boleh berbuat demikian selepas begitu banyak kejayaan?

"Mengapa tidak Mike Phelan dan Rene mengambil alih dari Sir Alex Ferguson apabila beliau bersara?

"Itu tidak pernah disebut tetapi mereka tahu bagaimana semuanya berfungsi di kelab itu. Ia sentiasanya harus seseorang yang benar-benar terkenal dengan rekod yang baik.

Khamis, 29 Mac 2012

Dzeko Keluar Dari Manchester City




Manchester City telah memutuskan untuk melepaskan Edin Dzeko di akhir musim ini, tindakan yang menimbulkan minat Juventus dan Real Madrid.
Pengurus City, Roberto Mancini telah membiarkan umum mengetahui yang beliau akan mendengar sebarang tawaran untuk Dzeko dengan menyatakan ketidakpuasan hati penyerangnya itu dengan peluang kesebelasan utama yang terhad.
Pengurus Real Madrid, Jose Mourinho memang meminati pemain berusia 26 tahun itu manakala Juventus pada musim panas nanti meletakkan keutamaan mencari penyerang berbisa yang boleh memberikan mereka kelebihan seperti mana yang diberikan Zlatan Ibrahimovic untuk AC Milan.
Higuain turut akan memainkan peranan dalam destinasi seterusnya untuk Dzeko selepas penyerang itu berada dalam senarai pemain sasaran Mancini musim panas nanti.
Pengurusan Juventus merasakan aksi penentu kemenangan Ibrahimovic untuk Milan telah menjadi satu-satunya perbezaan di antara kedua-dua pasukan dan berazam untuk mengatasi ketumpulan jentera serangan mereka sebelum bermulanya musim baru nanti.
Mereka memiliki bajet perpindahan hampir £30 juta dan sedia untuk berbelanja besar untuk bahagian serangan.
Dengan Dzeko mendatangkan kos £27 juta hampir setahun yang lalu dan City mahu menebus sebanyak mana yang boleh, Juve mungkin perlu melakukannya jika mahu memiliki bekas penyerang Wolfsburg tersebut.
Mourinho yakin Dzeko akan menyinar di the Bernabeu dan sedia memanjangkan minatnya jika Higuain memohon perpindahan ke sama ada Turin atau Stadium Etihad.

Milan menahan Barca

Football News: Lionel Messi.


AC Milan berjaya menahan serangan-serangan Barcelona untuk seri tanpa jaringan dalam perlawanan pertama pusingan suku akhir Liga Juara-Juara di Itali.
Walau bagaimanapun, mereka akan tertanya-tanya bagaimana mereka tidak menjaringkan beberapa peluang keemasan untuk mendahului perlawanan pertama itu.
Serangan-serangan hebat Barca tidak membuahkan hasil, manakala Milan, tetapi sia-sia, mempunyai lebih peluang dalam awal perlawanan.

Pasukan tuan rumah berjaya menahan Lionel Messi, yang sedang bermain dengan hebat, untuk memberikan diri mereka harapan untuk perlawanan kedua di Nou Camp.

Milan mensia-siakan pembukaan pertama mereka pada minit ke-3. Ruang dibuka untuk Kevin Prince-Boateng di pinggir kawasan, tetapi beliau teragak-agak dan Gerard Pique berjaya menutupi tendangannya.

Bola kemudian ditanduk masuk kembali untuk memberi peluang yang lebih baik untuk Robinho, tetapi beliau hanya dapat merembat bola jauh ke atas palang gol apabila ia kelihatan seperti beliau tentu akan membuka jaringan.

Lionel Messi, satu gol kurang untuk mencapai 50 gol dalam pertandingan itu, mendapat perhatian yang tidak diingini dari pena laser apabila dia bersedia untuk mengambil sepakan percuma di pinggir kawasan Milan, tetapi hanya boleh menyalahkan padang apabila beliau tergelincir ketika mengambil sepakan itu, dengan Seydou Keita ofside apabila beliau cuba untuk menanduk masuk hantaran yang tidak sengaja itu.
Messi kemudian melihat Christian Abbiati gagal menyelamatkan salah satu rembatannya, tetapi bola kemudian mengelak Daniel Alves dengan Milan terselamat sekali lagi.
Barca, walaupun, sepatutnya mendapat tendangan penalti beberapa minit kemudian apabila Alexis Sanchez jatuh atas Abbiati selepas permainan cantik antara Xavi dan Sergio Busquets, tetapi pemain dari Chile itu mungkin jatuh dengan terlalu mudah dan diarahkan pengadil untuk bangun.  
Barca pas bola dengan laju dan memaksa pas melalui jurang-jurang yang kelihatan mustahil, tetapi mereka terus gagal apabila masa yang paling penting tiba, dengan Messi ofside apabila dia menjaringkan dari hantaran Alves, dan Abbiati menyelematkan tendangan Xavi.

Di tengah-tengah semua itu, sebuah pas dari Clarence Seedorf meletakkan Zlatan Ibrahimovic menuju ke gawang Barca dengan hanya tinggal Victor Valdes, tetapi penjaga gawang itu berlumba keluar untuk menyelamatkan bola dari Ibrahimovic.

Sanchez kemudian kelihatan telah dapat melepasi pertahanan Milan, tetapi Luca Antonini tidak berputus asa dan membuat terjahan cemerlang untuk mencegah tendangannya.

Separuh masa kedua gagal untuk menangkap imaginasi seperti separuh masa pertama.
Andres Iniesta memotong masuk dari sebelah kiri untuk menghantar satu tendangan luas, tetapi ia bukan satu petanda untuk perkara-perkara yang akan datang dengan permainan sering diberhentikan kerana beberapa permainan kasar.
Milan kehilangan Robinho kerana kecederaan, tetapi sekurang-kurangnya mengurangkan bilangan ancaman Barca terhadap gawang mereka.

Mereka sepatutnya membuat serangan pada minit ke-67 apabila Urby Emanuelson memasuki permainan untuk diberikan peluang untuk membuat satu kesan yang segera, tetapi beliau hanya dapat melecetkan sentuhan pertamanya apabila hantaran dari jauh meletakkannya melepasi pertahahan Barca.

Barca mula mengancam sekali lagi pada 15 minit terakhir. Pemain pengganti Cristian Tello hanya dapat merembat bola ke dalam bahagian jaring dari sudut yang ketat dan kemudian Messi melihat tendangannya dicegah lalu terpesong luas.

Dari tendangan sudut, Barca hanya dapat melihat tandukkan Carles Puyol hampir-hampir luas.
Peluang terbaik mereka datang dekat dengan masa penamat apabila Messi masih dapat berdiri apabila pemain-pemain pertahanan Milan cuba menjatuhkannya, lalu membuat satu rembatan yang diselamatkan Abbiati tetapi Abbiati terlepas bola itu.
Tello berlumba untuk menjaringkan bola yang terlepas dari Abbiati itu, tetapi pemain-pemain Milan berjaya untuk mempertahankan gawang mereka sebelum beliau dapat berbuat demikian.

China, Iran ingin uji Harimau Muda

Gombak United vs Harimau Muda




Walaupun gagal dalam perebutan tiket ke Sukan Olimpik London, Harimau Muda sekurang-kurangnya membuka mata pasukan handalan di Asia.
Selepas dua pemain, Wan Zaharulnizam Zakaria dan Wan Zack Haikal Wan Noor cuba dipancing kelab Divisyen Tiga Jepun, FC Ryukyu, skuad negara kendalian Ong Kim Swee itu mula tidak ‘menang tangan' untuk memenuhi jemputan pasukan luar bagi aksi persahabatan antarabangsa.
Terbaru pasukan B-22 China dan Iran menyatakan minat untuk menguji kemampuan skuad negara sebagai aksi pemanas badan sebelum bermulanya pusingan Kelayakan Piala Asia 2013 Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-22 Jun ini.
"Kami baru menerima jemputan pasukan China dan Iran untuk mengadakan perlawanan persahabatan pada Mei dan Jun ini. Bagi saya Ini satu perkembangan positif buat skuad muda negara apabila sudah ada pasukan luar yang mula membuka mata selepas kejayaan kita melangkah ke saingan peringkat kumpulan kelayakan Sukan Olimpik London tempoh hari.
"China mahu mengadakan perlawanan pada 23 Mei atau 10 Jun manakala Iran pula hanya mengikut tarikh yang kita tetapkan. Buat masa ini saya masih mengkaji permohonan ini kerana tumpuan saya adalah membawa pasukan berlatih dan mengadakan perlawanan di Eropah," katanya ketika dihubungi Arena Metro semalam.
Kim Swee yang membimbing skuad Bawah 23 negara menjuarai pingat emas Sukan Sea Indonesia tahun lalu turut merancang mengadakan latihan dan perlawanan di Hungary menentang kelab liga utama negara itu, Budapest Honved dan Ferencvaros pada pertengahan Mei.
"Kalau boleh keutamaan saya adalah latihan di Eropah, selepas Hungary kami bercadang mengadakan beberapa perlawanan persahabatan di Slovakia ataupun Republik Czech namun ini masih dalam perancangan. Bagaimanapun saya akan memutuskan perkara ini selewat-lewatnya minggu depan.
"Bagi saya, walaupun pasukan ini mempunyai perlawanan dalam Liga Singapura, perlawanan persahabatan antarabangsa juga cukup penting sebagai persediaan pusingan kelayakan Piala Asia. Perlawanan di peringkat antarabangsa memberikan saingan dan pengalaman berbeza buat pemain," katanya.
Pada pusingan kelayakan Piala Asia B-22, Malaysia akan bersaing bersama Korea Selatan, Vietnam, Myanmar, Taiwan dan Filipina bagi merebut dua slot dalam Kumpulan G untuk beraksi di pusingan akhir kejohanan yang julung kali diadakan itu. 

Forkey Doe digelar 'hitam', 'monyet'

Forkey Doe digelar 'hitam', 'monyet'




Pemain import Francis Forkey Doe mendakwa dia telah dilemparkan kata-kata berunsur perkauman semasa bertemu LionsXII di Singapura Selasa lepas.
Sepanjang perlawanan timbal balik suku akhir Piala FA antara LionsXII dengan Singapura pada Selasa lepas, Doe telah dihina dan diherdik hebat oleh penyokong tuan rumah.
Bagaimanapun, beberapa pihak memberitahu Doe dilayan seperti itu selepas dia menunjukkan isyarat jari tengahnya kepada penyokong LionsXII semasa sesi memanaskan badan.
Antara kata-kata yang dilemparkan kepada Forkey Doe adalah 'orang hitam' dan 'monyet'.
"Mereka kerap kali memanggil saya 'monkey' (monyet) dan 'black' (hitam) dan saya sangat kecewa." kata Forkey Doe.
"Mengapa perlu menggelar saya seperti itu? Adakah kerana saya berkulit gelap atau kerana saya orang Afrika?" tambahnya lagi.
Presiden Persatuan Bola Sepak Terengganu, Datuk Che Mat Jusoh juga kecewa dengan apa yang telah berlaku di Singapura dan telah melabel mereka yang terlibat sebagai tidak bertamadun.
"Doe juga manusia ciptaan Tuhan seperti mereka dan tiada sebab mereka menghina warna kulitnya yang berlainan kerana mereka tidak mempunyai apa-apa kelebihan berbanding Doe.
"Lebih memalukan, ada di antara mereka yang tidak bermaruah itu berbangsa Melayu dan sebagai orang Islam, mereka dilarang daripada menyakiti hati orang lain dengan menghamburkan kata-kata yang tidak sedap didengar" katanya.
Bagaimanapun, kata Che Mat, pihak persatuan tidak bercadang mengambil tindakan ke atas Singapura yang menamatkan saingan Piala FA dengan kekalahan agregat 0-1 di tangan Terengganu selepas sekadar seri tanpa jaringan dalam perlawanan timbal balik kedua di gelanggang sendiri.
"Kami enggan memanjangkan perkara ini kerana insiden memalukan itu tidak membabitkan pemain dan tidak berlaku di tengah padang.
"Sebahagian penonton saja terbabit menyuarakan ejekan dan kata-kata penghinaan kepada penyerang kami dan kami anggap sudah tentu bukan semua penyokong Singapura yang berfikiran cetek," katanya lagi.

Mourinho: APOEL mencabar kami

Football News: Karim Benzema




Walaupun telah menang dengan tiga gol, pengurus Real Madrid Jose Mourinho menegaskan yang pasukannya telah mengharungi cabaran APOEL Nicosia.
Mounrinho telah memberitahu laman rasmi kelab beliau yang dia merasakan yang APOEL telah menunjukkan prestasi yang baik dan pasukannya terpaksa meningkatkan permainan untuk menang.
“APOEL telah mencabar kami dan kami menang kerana kami telah meningkatkan permainan. Mereka amat kuat dari segi pertahanan dan menunjukkan semangat yang mengagumkan.” Mounrinho berkata.
Pengurus Portugis itu telah memuji pengurus lawan setelah dia mendorong kelab Cypriot ke peringkat ini dalam kejuaraan terbaik Eropah. Walaubagaimanapun, Mourinho juga telah menegaskan yang dia yakin peluang APOEL untuk mara ke pusingan seterusnya amat nipis setelah kemenangan pasukan Los Blancos dalam perlawanan pertama.
“Saya yakin saya tidak mampu mendorongi kelab ini kepada peringkat yang lebih baik lagi berbanding dengan Jovanovic. Saya rasa APOEL telah menunjukkan prestasi yang amat baik. Kami tahu perlawanan agak sukar dan telah mengambil keputusan untuk membawa Kaka dan Marcelo, dan ia telah mendatangkan hasil.”
“Ia amat sukar untuk mereka menang 4-2 di Bernabeu.”
Kemenangan itu juga telah menandakan penampilan Nuri Sahin yang telah dikritik setelah pemindahannya ke kelab Sepanyol itu setelah gagal menyumbang dengan baik. Mourinho menegaskan yang Sahin tidak akan dilupakan di Santiago Bernabeu.
“Saya amat gembira dengan prestasi Sahin, begitu juga rakan sepasukannya kerana kami suka beliau walaupun dia telahmenghadapi masa yang sukar. Dia mendapat peluang untuk bermain malam ini dan telah menunjukkan prestasi yang baik.”
Real Madrid kini akan beraksi dalam La Liga dengan Osasuna pada hari Sabtu.

Cech: Musim pelik untuk Chelsea

Football News: Petr Cech




Pemain Chelsea Petr Cech mengakui ia satu "musim yang pelik" untuk kelabnya tetapi sangat teruja untuk masih berjuang dalam dua pertandingan.
Chelsea di ambang melayakkan diri ke pusingan separuh akhir Liga Jura-Juara selepas jaringan lewat Salomon Kalou memberikan mereka kemenangan 1-0 atas Benfica dalam perlawanan pertama pusingan suku akhir.
Kemenangan itu datang hanya beberapa minggu selepas kempen Eropah mereka kelihatan seperti akan berakhir dan Andre Villas-Boas dipecat sebagai pengurus kelab.
Pengurus sementara Roberto Di Matteo telah melihat perubahan yang memberangsangkan di Chelsea dan, manakala prestasi Liga Perdana Barclays mereka masih perlu diperbaiki, Cech gembira kerana masih berada di Eropah dan pusingan separuh akhir Piala FA.
"Saya rasa kami berada dalam satu musim yang pelik," katanya.

"Ada yang baik dan ada yang buruk dalam liga dan kami masih berada di dalam Liga Juara-Juara dan Piala FA jadi kami masih memburu dua piala.
 "Kami perlu melihat bagaimana kami menghabiskan musim ini tetapi kami telah meletakkan diri kami dalam kedudukan yang amat baik sekarang.

"Saya rasa kami boleh katakan [Selasa] adalah perlawanan yang cukup sempurna bagi kami dari segi keputusan.

"Kami berjaya mencegah gawang kami dari dibolos dan bersabar untuk peluang sepanjang permainan dan akhirnya kami berjaya menjaringkan gol dari serangan balas yang baik.
"Amat malang Juan Mata sebelum itu mempunyai peluang apabila dia dapat melepasi penjaga gawang mereka tetapi malangnya sudut terlalu ketat untuknya menjaringkan gol dan bola terkena tiang.
"Tetapi secara keseluruhan kami boleh benar-benar berpuas hati kerana dari segi rancangan permainan, kami melakukannya dengan baik.

"Kami tidak membiarkan mereka bermain di separuh masa pertama, dan dalam separuh masa kedua, kami menantikan dengan penuh sabar untuk peluang kami dan akhirnya ia datang."

Chelsea menuju ke perlwanan kedua pusingan suku akhir itu lebih selesa daripada apabila mereka menentang Napoli di pusingan sebelumnya, di mana mereka ketinggalan 3-1 selepas perlawanan pertama.
Walaupun bagaimanapun, Cech menegaskan perasaan berpuas hati tidak akan menjadi isu di Stamford Bridge dan enggan untuk berfikir beliau akhirnya akan memengani Liga Juara-Juara. 
"Sukar untuk mengatakan [sama ada ia akan menjadi tahun kami]," katanya.

"Kami perlu membuat langkah pertama untuk melayakkan diri ke pusingan separuh akhir dahulu dan kemudian melihat jika kami akan menentang Milan atau Barcelona.

"Seperti yang saya katakan, terlalu awal untuk memikirkan tentang pusingan akhir kerana ia masih jauh lagi."

Walapun tidak terlalu terbawak-bawak tentang peluang pasukannya, pemain antarabangsa Czech Republik itu gembira gawangnya tidak dibolos di stadium Estadio da Luz dan juga dengan prestasi bahagian pertahannya.
Pemain pertahanan kanan Paulo Ferreira menerima pujian dari Cech selepas bermain dengan baik apabila memulakan perlawan pertamanya tahun ini.
"Paulo adalah seorang pemain yang hebat," kata Cech. "Beliau benar-benar bijak dan tahu bagaimana untuk menyediakan diri untuk perlawanan-perlawanan penting.

"Malangnya, dia tidak bermain sebanyak yang dia ingini, tetapi setiap kali beliau bermain, beliau memberi yang terbaik untuk pasukan dan itulah mengapa beliau sangat penting hari ini dan berjaya menahan dengan baik pemain lawannya."

Mengenai prestasinya dan save cantik yang dibuatnya daripada Jardel, beliau menambah: "Saya gembira kerana mereka terlepas peluang mereka dan kami dapat menjaringkan gol, yang sering berlaku dalam bola sepak.

"Jelas sekali saya benar-benar gembira kerana sangat penting agar gawang kami tidak dibolos."

17 Kali Kena Palang Dalam 16 Perlawanan Musim Ini

Hanya terkena tiang gol sahaja.
BIRMINGHAM - Mungkin bunyinya agak kelakar, tapi itulah hakikatnya. Kenny Dalglish mengharapkan nasib akan menyebelahi Liverpool yang kini mencatatkan pemegang rekog sebagai pasukan dengan cubaan paling banyak terkena tiang dan palang gol, iaitu 17 kali dalam 16 saingan Liga Perdana Inggeris musim ini

Terbaru, Luis Suarez dinafikan gol oleh palang dan tiang gol dlam kemenangan 2-0 ke atas Aston Villa semalam.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Kami boleh mengatasi masalah ini jika kami dapat membuang beberapa inci ketebalan tiang itu,”  kata pengurus Liverpool dalam situasi bergurau.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Kami akan terus mencuba kerana apabila anda mencuba lagi maka anda akan lebih bernasib baik," katanya 


Safee Sali Tersenarai Dalam "Asian Best XI 2011"




Safee Sali telah disenarai panjang dalam "Asian Best XI 2011" walaupun hanya 
dipilih sebagai pemaian simpanan. (Sumber gambar: Portal Sukan)



Penyerang berbisa Harimau Malaya dan Pelita Jaya (Indonesia), Mohd Safee Sali telah tersenarai dalam kesebelasan pemain ASIA pilihan laman web bola sepak terkenal di dunia, Goal.com.

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Goal.com adalah sebuah laman web bola sepak popular yang mempunyai rangkaian bahasa dalam terjemahan bahan penulisannya. Dalam senarai 18 pemain terbaik itu, Safee Sali telah diiktiraf sebagai salah seorang pemain berstatus penyerang terbaik di Asia walaupun diletakkan dalam senarai pemain simpanan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com 
Beliau kini boleh berdiri setaraf dengan beberapa bintang handalan Asia yang lain yang menempa nama di Eropah. Antaranya, Yuto Nagamoto yang beraksi bersama skuad Inter Milan di barisi pertahanan, Park Chu Yong pemain Korea Selatan yang kini bersama Arsenal dan bintang Manchester United, Park Ji Sung.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com 
Walaupun ianya hanyalah pilihan laman web tersebut, namun jelas ada pihak luar dan pemerhati bola sepak mengiktiraf kebolehan Safee Sali ketika ini.

Selain Safee Sali, laman web tersebut ada menyenarai pendek nama-nama pemain dari pelbagai pasukan di Asia ini. Antaranya:

Penjaga Gol: Ali Al Habsi (Wigan Athletic dan Oman)

Pertahanan Kanan: Makoto Hasebe (VfL Wolfsburg dan Jepun)

Pertahanan Tengah: Lee Jung-Soo (Al Sadd dan Korea Selatan)
                                   Li Weifeng (Tianjin Teda dan Cina)

Midfielder Kanan: Park Ji-Sung (Manchester United dan Korea Selatan)

Midfielder Tengah: Mojtaba Jabbari (Esteghlal dan Iran)
                                  Server Djeparov (FC Seoul/Al Shabab dan Uzbekistan)

Midfielder Kiri: Matt McKay (Brisbane Roars/Glasgow Rangers dan Australia)


Penyerang: Lee Dong-Gook (Jeonbuk Motors dan Korea Selatan) ,
                    Joshua Kennedy (Nagoya Grampus dan Australia)


Pemain simpanan pula:


Penjaga gol: Mark Schwarzer (AUS)

Pertahanan: Hadi Aghily (IRN)

Pemain tengah: Ahmad Bustomi (IDN) dan Shinji Kagawa (JPN)

Penyerang: Safee Sali (MAS), Park Chu-Young (KOR) dan Mike Havenaar (JPN)

Insiden Fabrice Muamba Pengsan ketika menentang Tottenham

PEMAIN tengah Bolton, Fabrice Muamba pengsan ketika perlawanan menentang pasukan Tottenham dalam pusingan kelima persaingan Piala FA.Pegawai-pegawai perubatan meluangkan masa kira-kira 10 minit untuk memulihkan keadaan pemain berusia 23 tahun itu di padang, dengan para peminatnya tersentak dan ada yang menitiskan air mata.Ketika dia pengsan tiada pemain di sebelahnya.Laporan-laporan dari Britain menyebut pernafasan Muamba terhenti ketika dibawa keluar menerusi terowong stadium. Ketika kejadian, kedua-dua pasukan terikat 1-1 dan perlawanan yang berlangsung di White Hart Lane dan sudah masuk minit ke-41, terpaksa ditangguhkan.Dia dibawa keluar dari padang dengan alat sokongan pernafasan, dan diiringi beberapa anggota paramedik dan staf perubatan Bolton. Sejurus selepas dia meninggalkan kawasan padang, pengadil Howard Webb memutuskan untuk menangguhkan perlawanan.














Man City menawar mengambil Wayne Rooney dengan harga £60 million (RM291.3 juta).



Dikhabarkan kelab terkemuka Eropah, Manchester City akan membuat satu penawaran untuk penyerang kelab Manchester UnitedWayne Rooney berikutan banyak perselisihan antara Rooney dan pengurusnya, Sir Alex Ferguson.


United kini sedang mempertimbangkan tawaran yang dikemukan oleh City untuk mengambil Wayne Rooney dengan harga £60 million (RM291.3 juta).
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Walaupun Rooney dan kelabnya mengeluarkan kenyataan bersama pada hari Jumaat lepas untuk menidakkan dakwaan kononnya hubungan beliau dan pengurusnya ada masalah dan tidak boleh dibaiki, ketegangan terus menjadi hangat antara kedua-dua personaliti itu di Old Trafford, kata laporan itu.


Jika rundingan damai yang dipersetujui oleh United dan penasihat Rooney gagal, Roberto Mancini akan meminta Abu Dhabi untuk membuat pemindahan £60 million itu kepada United.

Menurut Ferguson, dia tidak sanggup untuk berhadapan dengan kehilangan pemain terbaik mereka itu walaupun ditawarkan dengan harga £250,000 (RM1.21 juta) seminggu.

Perselisihan antara kedua-dua hubungan itu berlaku disebabkan Rooney digugurkan dalam perlawanan Liga Perdana selepas kalah 2-3 menentang Balckburn Rovers yang dikatakan mempunyai kesilapan tatatertib dipercayai telah keluar malam bersama rakan sepasukan, Darron Gibson dan Jonny Evanssehari sebelum perlawanan.

Menurut sumber, Gibson dan Evans juga turut didenda dengan pemotongan gaji sebulan  oleh pengurusnya sementara Rooney pula diarahkan untuk membuat kerja-kerja tambahan.

United sebelum ini telah dikaitkan dengan pemain Chelsea, Frank Lampard dan khabar angin lain ada mengatakan Paul Scholes akan keluar dari persaraan untuk membantu masalah kecederaan di Old Trafford, juga telah menghangatkan spekulasi bahawa Rooney akan keluar dari kelab berkenaan.

Rooney mengatakan melalui Twitter: "Masa depan saya bersama United benar-benar komited, saya dan pengurus tidak mempunyai masalah dan kontroversi yang tidak benar adalah fitnah sahaja." 

Walau bagaimanapun, berikutan kekalahan berturut-turut United ketika menentang Blackburn danNewscastle, dilihat masalah antara Rooney dan Ferguson sekali lagi mendapat perhatian media.

Menurut sumber, Mancini adalah peminat besar Rooney dan mahu mendapatkannya untuk memenangi satu lagi perlawanan.