Live Streaming

Isnin, 1 Oktober 2012

Evra: Kami memang patut tewas

Man Utd vs Tottenham: Gareth Bale, Jan Vertonghen

Patrice Evra percaya Manchester United meletakkan harapan untuk menjuarai liga dalam bahaya jika mereka terus mempamerkan aksi hambar.
Kekalahan 3-2 ke atas Tottenham adalah kekalahan kedua United musim ini.
"Keputusan dengan Tottenham adalah apa yang akan terjadi jika anda hanya bermain selama 45 minit.
"Perlawanan berlangsung selama 90 minit dan kami memang patut tewas kerana kami hanya beraksi selama 45 minit.
"Untuk bolos tiga gol di Old Trafford adalah mengecewakan."
Evra meneruskan tentang mentaliti United.
"Masalahnya adalah minda kami," katanya.
"Kelihatannya kami berada di hotel.
"Tiada kepantasan pada 45 minit pertama, tiada fokus, kami tidak mengambil peluang dan bolos gol mudah.
"Mungkin saya terlalu berkeras dengan diri sendiri dan pasukan tetapi kami hanya United pada separuh masa kedua.
"Ini tidak mencukupi jika kami mahu jadi juara."


Mancini: Kami sedang bangkit

Fulham vs Man City: Edin Dzeko

Roberto Mancini percaya Manchester City sedang kembali semula ke tahap yang terbaik.
Juara Liga itu menang 2-1 ke atas Fulham hasil jaringan Sergio Aguero dan Edin Dzeko.
Mancini akui pasukannya sedang mencari keserasian yang ditunjukkan musim lepas tetapi percaya mereka di arah yang betul.
"Saya bimbang sebelum ini kerana kami terus beraksi dengan baik dan mempunyai peluang," kata Mancini.
"Kami tidak menjaringkan gol selama 87 minit dan saya sangat berpuas hati dengan Edin kerana dia menjaringkan gol yang penting.
"Ia juga sukar untuk saya memilih 11 pemain kerana saya mempunyai 17,18,20 pemain yang sangat bagus.
"Saya fikir kami hampir kembali kepada tahap asal seperti tahun lepas.
"Masalah yang kami hadapi adalah kami tidak memiliki semua pemain semasa pra-musim. 12 pemain memulakan pra-musim 10 hari sebelum liga bermula.
"Pada pendapat saya selepas perlawanan antarabangsa kami akan OK."


Rajagobal panggil empat muka baru

Rajagobal panggil empat muka baru

Empat muka baru merupakan antara 33 pemain yang dipanggil menjalani latihan dan pemilihan pasukan Malaysia bagi menghadapi Hong Kong dalam 16 Oktober ini.
Berdasarkan senarai dikeluarkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini, empat muka baru dalam skuad kendalian ketua jurulatih bola sepak kebangsaan, Datuk K. Rajagobal itu ialah pemain tengah Pahang, R. Gopinathan; pertahanan Kedah, Khairul Helmi Johari, Affize Faisal dari Harimau Muda dan penjaga gol Selangor, Norazlan Razali.
Dalam satu kenyataan di sini hari ini, FAM berkata, kesemua pemain dikehendaki hadir ke Wisma FAM di Kelana Jaya untuk sesi latihan dan pemilihan dari 5 hingga 13 Oktober ini.

Senarai pemain:
Amar Rohidan, Baddrol Bakhtiar, Mohd Khyril Muhymeen Zambri dan Khairul Helmi Johari (Kedah); Azamuddin Mohd Akil dan R.Gopinathan (Pahang); penyerang Pelita Jaya, Mohd Safee Mohd Sali dan Shahrizal Saad (Johor FC).
Amiridzwan Taj Tajudin, D.Christie Jayaseelan, Mohamad Azmi Muslim, Mohamad Aidil Zafuan Abdul Radzak dan Mohamad Zaquan Adha Abdul Radzak (Angkatan Tentera Malaysia); Muhammad Zubir Mohd Azmi dan Mohd Faizal Muhammad (Terengganu).
Safiq Rahim, Mohd Bunyamin Umar dan Norazlan Razali (Selangor); Ahmad Shakir Mohd Ali, Mohd Farizal Marlias dan S.Kunanlan (Negeri Sembilan); Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Shakir Shaari, Norshahrul Idlan Talaha dan S.Subramaniam (Kelantan) serta Ahmad Fakri Saarani dan Yong Kuong Yong (Felda United).
Gary Steven Robbat, Mahalli Jasuli, Mohd Fadhli Mohd Shas, Mohd Affize Faisal Mamat, Mohd Izham Tarmizi Roslan dan Wan Zack Haikal Wan Nor (Harimau Muda A).


Fabregas: Barca – Real perlawanan sengit

Real Madrid vs Barcelona: Pepe, Cesc Fabregas

Pemain tengah Barcelona Cesc Fabregas yakin bahawa persaingan antara pasukannya dan Real Madrid akan menjadi sebuah perlawanan sukar.
Fabregas telah menyertai Barcelona dari Arsenal musim lalu dan telah menampilkan prestasi hebat dalam musim pertamanya. Walaupun beliau tidak diturunkan sebagai pemain utama dalam pasukan pertama pada musim ini, beliau masih tetap dihormati pengurus Tito Vilanova dan rakan sepasukan.
Fabregas pernah bermain sebagai pemain tengah utama dan juga kapten di Arsenal pada musim 2010/11. Walaupun telah bermain selama lapan musim di London, beliau hanya mempunyai satu pingat piala FA di bawah namanya. Beliau telah melihat Chelsea dan Manchester United meraih kejuaraan liga sementara the Gunners harus bekerja keras hanya untuk mempertahankan kedudukan dalam empat teratas.
Manchester City turut menjuarai Liga Perdana dalam musim sebelumnya. Tottenham dan Newcastler juga dikatakan sebagai pasukan hebat pada musim itu.
Malah, persaingan La Liga amat penting untuk kedua-dua pasukan Real Madrid dan Barcelona. Valencia telah meraih kejohanan La Liga musim lalu.
Namun, Fabregas merasakan bahawa persaingan antara Barca dan saingan hebat mereka adalah sebuah cabaran yang lebih sukar untuk seorang pemain dari mencuba untuk memenangi Liga Perdana. Beliau juga menyatakan penyamaan antara kedua-dua pasukan iaitu kekuatan dan kecemerlangan teknikal.
"Liga membosankan? Tidak, saya terkejut mendapati bahawa Liga Sepanyol adalah lebih kompetitif berbanding Liga Perdana," Fabregas memberitahu Gazetta dello Sport.
"Barca dan Madrid adalah dua pasukan yang kuat dan ia sukar untuk pasukan lain mengikut jejak langkah mereka. Tetapi di England, anda boleh memenangi Perdana Liga walaupun anda telah kalah lima atau enam perlawanan.
"Kami dikatakan mampu hilang Liga sebaik sahaja kami kalah atau seri satu perlawanan. Ia lebih sukar. Malah pasukan Sepanyol juga lebih kuat dalam segi taktikal membuatnya lebih sukar untuk menjaringkan gol."
Walaupun Chelsea mampu memenangi Liga Juara-Juara musim lalu dan kebangkitan pasukan kecil seperti Paris Saint-German dan Manchester City, pemain antarabangsa Sepanyol itu berasa bahawa pasukan-pasukan hebat tentu akan kekal .
"Saya rasa pasukan-pasukan terbaik masih sama - kami (Barcelona), Real Madrid, Bayern Munich, AC Milan dan Manchester United," Fabregas menjelaskan.
Sekarang, Barcelona mempunyai lagi sepuluh hari sebelum perlawanan pertama El Clasico dalam liga ini yang akan berlangsung di Nou Camp.