Live Streaming

Sabtu, 17 November 2012

Johor ikat Simone Del Nero

Johor ikat Simone Del Nero

Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) mengumumkan penyertaan bekas pemain Lazio, Simone Del Nero bagi saingan Liga Super musim depan.
Selepas menandatangani pemain import termahal di Malaysia, Daniel Guiza bulan lepas, Presiden PBNJ, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail hari ini mengesahkan di sidang media di Johor Bahru bahawa Simone Del Nero akan mengikat kontrak selama setahun dengan Johor.
"Ini keputusan terbaik untuk melengkapkan pasukan Johor kerana sebelum ini kita memang mencari pemain tengah.
"Keputusan dibuat selepas menerima nasihat daripada Ketua Jurulatih, Fandi Ahmad," titah Tunku Ismail pada sidang media di sini, semalam.
Walaubagaimanapun nilai sebenar kontrak bersama Del Nero dan gaji yang bakal diberikan kepada pemain antarabangsa itu tidak didedahkan.
Del Nero menyatakan kesediaannya beraksi cemerlang bersama pasukan Johor dan berhasrat meletakkan pasukan diwakilinya di tempat terbaik.
Katanya, meskipun tidak mengenali pemain bola sepak antarabangsa Sepanyol, Daniel Guiza yang turut beraksi bersama pasukan Johor, namun beliau bersedia bergandingan untuk mencipta kejayaan pasukannya.
"Bagi saya ini pengalaman baru dan Malaysia sudah semakin dikenali di Eropah selepas pasukan ini mengikat kontrak bersama Guiza.
"Secara peribadi walaupun saya tidak mengenali Guiza, namun dia antara nama besar dan saya tidak sabar untuk beraksi bersamanya," katanya.


KAFA lantik peguam selesai isu Mat Yo

KAFA lantik peguam selesai isu Mat Yo

Kelantan FA akan menggunakan khidmat peguam bagi menangani isu perpindahan Norhshahrul Idlan selepas Johor dikatakan kurang bersetuju dengan nilai pemain itu.
Presiden Kelantan FA (KAFA) Tan Sri Annuar Musa mengesahkan di laman Facebooknya bahawa pihaknya telah menerima surat balas daripada Johor yang dihantar KAFA berkaitan perpindahan Mat Yo.
Menurut Annuar, terdapat sedikit kekeliruan dari surat Johor yang seolah-olah enggan membayar nilai perpindahan yang dituntut oleh KAFA, sebaliknya menawarkan nilai yang lebih rendah daripada tawaran surat pertama mereka sebelum ini.
"Surat tawaran telah dibalas oleh PBNJ hari ini, namun kami sedikit binggung apabila dalam surat mereka kurang bersetuju dengan nilai tuntutan yang dicadangkan oleh KAFA.
"Sedangkan mereka menyebut tetap mahukan Mat Yo," kata Annuar.
Tambah Annuar: "Lebih membingungkan kami apabila PBNJ menawarkan nilai yang lebih rendah dari tawaran pertama mereka sebelum ini."
"Bukan setakat itu sahaja, nilai itu juga lebih rendah dari gaji dan elaun Mat Yo untuk baki kontrak 13 bulan yang masih ada.
"Di sini, memang jelas Johor masih belum memahami dan melalui semua ini," kata beliau lagi.
Bagi menyelesaikan isu ini secepat mungkin, pihaknya akan menggunakan khidmat peguam yang lebih arif mengenai undang-undang sukan bagi menyelesaikan isu tersebut.
"Demi mahu melihat isu ini selesai, KAFA akan menyerahkan segala urusan kepada peguam untuk mengambil langkah seterusnya.
"Kami akan memberi mandat kepada mereka untuk berunding menurut saluran undang-undang yang betul," jelas Annuar yang akan memberi kuasa sepenuhnya kepada peguam mereka untuk menghubungi PBNJ selepas ini.
"Peguam KAFA akan diberi kuasa untuk mengambil apa jua tindakan yang wajar kepada Johor asalkan ia masih di bawah peraturan Status dan mengikuti undang-undang kontrak dalam negara kita," jelas Annuar.
Dalam pada itu, Presdien PBNJ, Tunku Ismail menolak dakwaan laporan akhbar sebelum ini mengenai penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha atau lebih dikenali sebagai Mat Yo bernilai RM6 juta.
"Saya rasa tak kan nilainya sampai macam tu, lain la kalau ada pihak yang nak ambil kesempatan terhadap isu ini sehingga macam-macam yang dimintanya," titah baginda pada sidang media di Johor semalam.
Tunku Ismail bertitah, PBNJ menghantar surat balas tawaran yang dihantar Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa berkaitan perpindahan Mat Yo dan bakal membuat keputusan mengenai pengambilan pemain itu Isnin depan.


Wenger kecewa masalah kecederaan

Schalke vs Arsenal: Theo Walcott, Olivier Giroud

Arsene Wenger mendedahkan rancangannya untuk pertemuan dengan Tottenham Hotspur telah tergendala kerana masalah kecederaan pasukan.
The Gunners akan bertemu Spurs dan mensasarkan kemenangan untuk meningkatkan semangat pasukan apabila hanya menang dua perlawanan liga setakat ini.
Walaubagaimanapun, Wenger memberitahu persediaannya telah diganggu dengan masalah kecergasan permain seperti Theo Walcott, Mikel Arteta dan juga Olivier Giroud.
"Banyak sangat - saya rasa kami memerlukan beberapa doktor pagi ini," kata Wenger.
"Kami mempunyai ramai pemain yang kembali dengan kcederaan atau kecederaan kecil.
"Kami akan perhatikan pagi ini (Jumaat), tetapi sukar untuk menyatakan siapa yang mampu beraksi Ahad ini."
Arsenal juga akan melihat keadaan penjaga gol, Wojciecg Szzesny yang mungkin akan kembali beraksi buat pertama kali sejak September setelah pulih dari masalah buku lali, sementara Alex Oxlade-Chamberlain juga akan diperhatikan.


Di Matteo berbicara tentang Falcao

Football News: Adrian Lopez Radamel Falcao

Roberto Di Matteo memberitahu bahawa setiap pengurus mesti inginkan Radamel Falcao dalam pasukan dan akui Chelsea mungkin pelu kukuhkan serangan.
Spekulasi tentang Chelsea ingin mendapatkan pemain Atletico Madrid itu semakin hebat dengan laporan mengatakan mereka akan membidanya pada Januari nanti.
Pengurus Blues, Di Matteo tetap dengan prinsip untuk tidak berbicara tentang rancangan perpindahan pasukan apabila ditanya tentang Falcao tetapi telah berkata: "Jika anda tanya mana-mana pengurus, beliau mesti mahukan Falcao dalam pasukan."
Tambahnya: "Beliau salah seorang penyerang terbaik kemungkinan di Eropah dan dunia bola sepak.
"Purata jaringannya setiap perlawanan mengagumkan, bukan hanya musim ini tetapi sejak tiga musim yang lepas."
Chelsea bersedia untuk kehilangan bintang Nigeria Victor Moses pada bulan Januari untuk Piala Afrika menyebabkan mereka harus bergantung kepada Fernando Torres dan Daniel Sturridge.
"Kami sedang mengkaji perkara itu, kerana kami akan kehilangan Victor dan John Obi Mikel bagi kejohanan itu," kata Di Matteo.
"Kami akan lihat bagaimana untuk mengatasinya, tetapi buat masa ini kami tiada masalah."



Suarez bahagia di Liverpool

Everton vs Liverpool: Luis Suarez

Penyerang Liverpool itu menegaskan bahawa beliau akan kekal di Anfield untuk beberapa tahun akan datang.
Spekulasi telah mengaitkan pemain Uruguay itu dengan permindahan mahal ke Manchester City yang enggan memberikan komen tentang dakwaan itu manakala pengurus Reds Brendan Rodgers telah menolak kemungkinan itu.
Suarez yang berumur 25 tahun, membuktikan kenyataan beliau dengan menonjolkan komitmen beliau kepada pasukan dan menyatakan keinginan untuk mencatatkan nama dalam sejarah pasukan.
Suarez yang masih berbaki empat tahun lagi dalam kontrak setelah bersetuju dengan terma yang dipertingkatkan lagi pada musim panas, memberitahu Liverpoolfc.com: "Saya masih berbaki beberapa tahun lagi dan ia adalah salah satu impian saya untuk beraksi dalam pasukan seperti Liverpool.
"Kini, saya telah berjaya menyertai pasukan. Saya ingin menikmati kerjaya dan kekal di sini, kerana saya bahagia. Saya mempunyai rakan sepasukan dan pengurus yang sama hebat. Mereka mampu menolong saya lebih meningkat sebagai seorang penyerang.
"Sebagai seorang pemain, ia amat penting untuk mendapat sokongan dari pengurus anda jadi keyakinan beliau terhadap diri saya dan juga pasukan telah mendorong kami untuk lebih berjuang di atas padang.
"Saya mengharapkan bahawa kami akan selalu memperbaiki. Saya berterima kasih kepada pasukan dan para penyokong.
"Skuad kami amat rapat. Walaupun tidak selalu mendapat keputusan yang diingini, kami mempunyai hubungan yang erat dan kami akan sama berjuang untuk mendapat lebih mata.
Rodgers telah berkata dalam persidangan akhbar beliau pada hari Khamis bahawa prestasi terbaik Suarez masih boleh dinantikan dan beliau yakin ia akan muncul bersama pasukan Liverpool selaku beliau menyesuaikan pasukan untuk berganding dengan penyerang itu.
"Beliau tidak akan dijual dan akan kekal di sini."