Live Streaming

Rabu, 4 April 2012

Ibra: Messi lebih berbakat dari Ronaldo

Football News: Lionel Messi



Pemain AC Milan Zlatan Ibrahimovic telah mengisytiharkan bahawa pemain Barcelona, Lionel Messi lebih berbakat daripada pemain Real Madrid, Cristiano Ronaldo.
Sebelum berpindah ke AC Milan, Ibrahimovic telah menghabiskan satu musim dengan Messi di Barcelona. Beliau memberitahu walaupun kedua-dua Messi dan Ronaldo pemain yang sungguh hebat, pemain antarabangsa Portugal itu harus lebih banyak usaha untuk sampai ke tahapnya kini.  
"Leo Messi adalah semuanya bakat, manakala Cristiano Ronaldo adalah produk kerja keras," Ibrahimovic dinyatakan.

Namun, penyerang Milan itu menganggap Ronaldo sebagai pemain yang lebih lengkap, mengatakan bahawa Messi terlalu bergantung pada kaki kirinya.
"Messi tidak memerlukan kaki kanannya, dia hanya menggunakan kaki kirinya dan dia masih pemain terbaik di dunia!" Ibrahimovic berkata.

"Bayangkan jika beliau juga menggunakan kaki kanannya ... Kami [Milan] akan menghadapi masalah-masalah yang serius!"

Ibrahimovic akan kembali ke Nou Camp malam ini [Selasa] untuk perlawanan kedua pusingan suku akhir Liga Juara-Juara antara Barcelona dan AC Milan.

Guardiola meramalkan banyak jaringan gol

Football News: AC Milan vs Barcelona



Jurulatih Barcelona ​​Pep Guardiola meramalkan bahawa pasukannya dan AC Milan akan menjaringkan banyak gol dalam perlawanan kedua pusingan suku akhir Liga Juara-Juara di Nou Camp.
Kedua-dua pasukan itu gagal menjaringkan gol dalam perlawanan pertama di San Siro minggu lepas, bermakna AC Milan boleh melayakkan diri ke pusingan seterusnya jika mereka seri dengan jaringan atau menang manakala Barcelona mahu megakhiri perlawanan itu sebelum masa tambahan selepas perlawanan sukar menentang Athletic Bilbao hujung minggu lalu.
Guardiola mengakui bahawa ancamam bahagian serangan AC Milan membimbangkan pasukannya. Barca dan Milan seri 2-2 kali terakhir kedua pasukan ini bertemu di Nou Camp. Jika keputusan itu berulang lagi, juara bertahan Barca akan tersingkir dari pertandingan itu.

Bekas pemain Barcelona itu menjangkakan Milan akan menjaringkan gol dalam perlawanan di Nou Camp, dan menggesa pasukannya untuk menjaringkan lebih banyak gol dari pasukan lawan mereka pada hari Selasa.

"Situasinya senang: Pemenang perlawanan ini akan melayakkan diri ke pusingan separuh akhir. Mudah untuk menganalisis itu, jadi kami harus memenangi perlawanan ini," Guardiola berkata dalam sidang akhbar sebelum perlawanan mereka. "Kami perlu berfikir Milan akan menjaringkan gol dan mereka mempunayi keupayaan untuk menjaringkan sekurang-kurangnya satu gol. Kami harus membuat banyak serangan dan harus lebih mengancam.

"Milan boleh menguasai permainan dan membuat serangan-serangan yang mengancam. Mereka mempunyai serangan balas yang sangat kuat dan pemain mereka sampai ke kotak penalti pasukan lawan dengan mudah.
Guardiola menekankan Zlatan Ibrahimovic sebagai ancaman terbesar kepada pasukannya.

Beliau berkata: "Kami perlukan tangga untuk menghentikan pemain seperti Zlatan Ibrahimović kerana dia begitu tinggi. Jika mereka menghantarkan bola tinggi, maknanya itu untuk Ibrahimović. Kami akan cuba untuk jauhkannya dari kotak penalti kami.

"Saya rasa kami akan menguasai permainan tetapi itu tidak cukup, kami harus menjaringkan peluang-peluang kami. Saya rasa mereka boleh menjaringkan lebih daripada satu gol, maka itu kami perlu menjaringkan lebih banyak gol daripada mereka.

Guardiola tidak risau dengan Lionel Messi yang mendapati sukar untuk menjaringkan gol apabila menentang pasukan-pasukan dari Itali. Beliau berkata: "Jika kamu katakan bahawa Messi tidak menjaringkan banyak gol menentang pasukan-pasukan dari Itali,  anda tahu apa yang akan berlaku: beliau akan menjaringkan banyak gol.

Pemenang perlawanan itu akan menentang sama ada Benfica atau Chelsea di pusingan seterusnya.

AOC: Song seperti Fabregas

Arsenal vs Bolton: Bacary Sagna, Alex Song



Pemain Arsenal Alex Oxlade-Chamberlain telah berbandingkan rakan sepasukan Alex Song dengan bekas pemain Arsenal Cesc Fabregas.
Walaupun tidak bermain di posisi serangan di bahagian midfield Arsenal, Song telah mempertingkatkan pengaruh beliau dalam serangan-serangan Arsenal baru-baru ini. Beliau telah menolong rakan-rakan pasukannya untuk menjaringkan gol dalam lebih dari lapan kali musim ini dengan hantaran-hantarannya, sama dengan pemain-pemain penyerang seperti Gareth Bale dan Nani.

Oxlade-Chamberlain memberitahu Arsenal Player bahawa beliau betul-betul kagum dengan persembahan-persembahan berpengaruh pemain dari Cameroon itu.

"Saya tidak ingat permainan terakhir yang beliau tidak bermain - beliau sentiasa bermain." pemain sayap itu berkata.

"Kadang-kadang anda tidak menyedari perkara yang beliau lakukan, bahagian pertahanan permainan, tetapi dia sentiasa ada untuk menolong pemain-pemain pertahanan kami."

Sejak Fabregas berpindah ke Barcelona, kebanyakan tugas "playmaking" telah jatuh ke Mikel Arteta, tetapi Oxlade-Chamberlain percaya Song juga telah memainkan peranannya.

"Jelas sekali beliau telah menolong pemain-pemain lain menjaringkan gol juga. Beberapa hantaran yang beliau lakukan, ia mengingatkan saya seperti Fabregas yang sering membuat hantaran-hantaran seperti itu." beliau berkongsi.

"Untuk seorang pemain tengah yang kerja utamanya adalah untuk membuat tahanan berbuat demikian, adalah sangat hebat. "

Pemain Inggeris itu mengakui bahawa beliau selalu melihat Song dan Arteta dalam latihan, dengan harapan untuk memperbaiki pergerakannya dan kreativitinya.

"Saya lihat mereka setiap minggu dalam latihan, saya melihat pergerakan mereka apabila tidak memegang bola, dan apabila mereka memegang bola, mereka sentiasa positif dan cuba untuk mencari Robin atau pemain sayap. Saya boleh mengambil itu ke dalam permainan saya sendiri," beliau mendedahkan.

Arsenal berharap untuk kembali menang apabila Manchester City melawati Stadium Emirates dalam perlawanan Liga Perdana Ahad ini.

"Saya tak akan putus asa dengan Balotelli."

Football News: Mario Balotelli, Manchester City



Pengurus Manchester City Roberto Mancini berkata beliau tidak akan putus asa dengan penyerang mudanya Mario Balotelli.
Penyerang dari Itali itu terus menjadi sumber kekecewaan untuk Mancini tetapi pengurus City itu masih mahu yang terbaik daripadanya.
Mancini amat kritikal dengan paparan keseluruhan pemain berusia 21 tahun itu dalam perlawanan menentang Sunderland pada hari Sabtu di Stadium Etihad walaupun beliau berjaya menjaringkan dua gol dalam perlawanan yang akhir seri 3-3.

Sejak itu terdapat juga laporan yang tidak disahkan mengenai pertengkahan antara Balotelli dan Yaya Toure selepas perlawanan itu dan spekulasi bahawa City bersedia untuk menjualnya selepas musim ini.
Tetapi apabila ditanya sama ada beliau bersedia untuk berputus asa dengan bekas pemain muda Inter Milan itu, Mancini berkata: "Tidak.

"Saya kecewa kerana kadang-kadang saya fikir ia tidak mungkin bahawa seorang pemain dengan keupayaan dan teknik beliau boleh bermain seperti ini.

"Dia masih muda dan saya berharap dia boleh meningkatkan persembahannya dengan cepat untuk masa depannya.

"Seorang pemain seperti Mario dalam Liga Perdana perlu menjaringkan satu atau dua gol dalam setiap perlawanan."

Minggu lepas merupakan satu lagi minggu yang penuh dengan insiden dalam kerjaya Balotelli.

Ia bermula dengan penampilan yang tidak dijangka pada sidang akhbar Inter Milan, dan diikuti dengan pertengakahan bersama Mancini semasa latihan.

Mancini kemudian berkata beliau tidak boleh mempercayai pemain itu selepas Balotelli bertengkah dengan Aleksander Kolarov dalam perlawanan menentang Sunderland mengenai siapa yang patut mengambil sepakan percuma.
"Ini adalah saat yang buruk," kata Mancini.

"Seorang pemain profesional tidak boleh membuat apa yang mereka lakukan pada saat itu, apabila kami sedang kalah 3-1."

Walaupun City kembali untuk menyamakan kedudukan, mereka menjatukan dua mata yang penting.
Namun Mancini menegaskan beliau tidak akan berputus asa.

Beliau berkata: "Kami perlu bersabar, saya percaya kami perlu sentiasa bersabar.

"Mesejnya masih sama - kami akan melakukan segala-galanya untuk menjadi juara."

Apabila ditanya apa yang beliau katakan kepada pemain-pemainnya selepas perlawanan pada hari Sabtu itu, Mancini berkata: "Saya tidak berkata apa-apa kerana mereka terlalu letih.

"Saya hanya berkata, 'percaya pada diri kamu kerana kami masih mempunyai tujuh perlawanan untuk dimain - 21 mata. Pada pendapat saya, kami boleh menjadi juara dengan 92 mata."

Dalglish: Liverpool mesti bersatu

Newcastle vs Liverpool: Pepe Reina



Pengurus Liverpool, Kenny Dalglish menjangka semua orang di Liverpool akan bersatu untuk melalui krisis yang semakin meningkat di kelab itu.
Liverpool kalah perlawanan keenam mereka dalam tujuh perlawanan di Newcastle pada hari Ahad untuk kekal di tempat ke lapan dalam liga, satu tempat di bawah jiran mereka Everton.

Walaupun mereka telah memenangi Piala Carling dan akan bermain dalam pusingan separuh akhir Piala FA, Dalglish berada di bawah tekanan yang berat untuk kembali menang sekali lagi.
Dalglish dipuji kerana mengembalikan keharmonian di Anfield selepas mengambil alih dari Roy Hodgson tahun lepas dan beliau yakin kelab itu mempunyai semangat untuk mengatasi masalah-masalah terkini mereka.
Pengurus dari Scotland itu berkata: "Pada pendapat saya, kami semua harus bersatu.
"Mereka (pemain-pemain) akan bersatu kerana mereka mahu meperbaiki situasi ini, dan cara terbaik untuk melakukannya adalah berjuang bersama-sama dan percaya dengan diri mereka.

"Bukannya mereka tidak bekerja keras, bukannya mereka tidak mempunyai keazaman dan keusahaan untuk memperbaiki situasi ini.

"Terpulang kepada kami untuk memanfaatkan kekecewaan dan kehampaan ini dengan betul, memperbaikinya dan mengambilnya sebagai satu benda positif kerana jika mereka mula menikmati kekalahan, kami akan mempunyai masalah."

Penyerang Luis Suarez juga telah berikrar untuk terus berjuang untuk membantu kelabnya kembali ke arah yang betul.

Prestasi buruk liga Liverpool bermula dari permulaan tahun ini, sejak mereka meragut hanya lapan mata daripada dua belas perlawanan.
Prestasi buruk liga itu sekurang-kurangnya telah diselangi oleh keputusan-keputusan yang baik dalam pertandingan-pertandingan piala tetapi mereka kini mempunyai masalah untuk perlawanan separuh akhir Piala FA menentang Everton pada 14 April setelah penjaga gawang Jose Reina dibuang padang di Newcastle.

Reina dibuang padang sembilan minit sebelum tamat permainan kerana menanduk James Perch dan kini digantung untuk tiga perlawanan termasuk pertemuan dengan Everton di Wembley.

Walaupun Perch dikutuk ramai kerana reaksi beliau, Dalglish mengakui pemain Sepanyol itu memang patut dilayang kad merah dan Liverpool tidak membuat rayuan. Kelab itu mempunyai sehingga petang Isnin untuk membuat rayuan tetapi Persatuan Bola Sepak telah mengesahkan mereka belum menerima apa-apa rayuan dari Liverpool.

Liverpool memulakan perlawanan menentang Newcastle dengan baik dengan hantaran Craig Bellamy terkena tiang dan tidak bernasib baik kerana tidak mendapat penalti apabila Danny Simpson menggunakan tangannya di garisan gol.

Tetapi Papiss Cisse membuka jaringan pada minit ke-19 dan menambah gol kedua Newcastle pada minit ke-60.

Dalglish berkata: "Kami bermain dengan baik dalam separuh masa pertama dan sepatutnya membuka jaringan.

"Jaringan pertama yang kami bolos, kami boleh mempelajari darinya.

"Kami dapat mencipta banyak pembukaan, tetapi kami harus menjaringkan peluang-peluang itu dan kami harus percaya kepada diri kami dan apa yang kami sedang lakukan.
"Jika kami membuat demikian, kami akan mempunyai peluang yang lebih baik."