Live Streaming

Ahad, 2 Disember 2012

United tewaskan Reading 4-3

Wayne Rooney

Wayne Rooney menjaringkan dua gol untuk bantu Manchester United menewaskan Reading 4-3 di Stadium Madejski.
Hal Robson-Kanu memberikan pendahuluan kepada Reading pada minit ke-7 selepas rembatan voli beliau melepasi Anders Lindergaard. Pemain tengah United, Anderson menjaringkan gol penyamaan selepas permainan yang baik antara beliau dan Ashley Young di sayap kiri sebelum Wayne Rooney menjaringkan sepakan penalti beberapa minit kemudian.
Dua kesilapan di dua sepakan sudut oleh bahagian pertahanan United membenarkan Reading untuk sekali lagi mendahului perlawanan melalui tandukan-tandukan Adam Le Fondre dan Sean Morrison.
Tetapi penyerang England, Rooney menjaringkan gol keduanya daripada hantaran Patrice Evra di sayap kiri sebelum bekas penyerang Arsenal, Robin van Persie sekali lagi menjaringkan gol kemenangan untuk pasukan Sir Alex Ferguson. Kemenangan itu bermakna United kekal di tempat pertama di liga, tiga mata di hadapan Manchester City yang hanya dapat seri 1-1 bersama Everton semalam.


Kekalahan pertama untuk Benitez

West Ham vs Chelsea: Modibo Maiga

West Ham bangkit untuk menewaskan Chelsea 3-1 dan memberikan kekalahan pertama kepada Rafa Benitez sebagai pengurus sementara Blues.
Keputusan itu bermakna Benitez adalah pengurus pertama dalam era Roman Abramovich untuk gagal menang tiga perlawanan pertamanya.
Juan Mata, yang telah kembali ke kesebelasan utama Blues, kelihatan telah memberikan kemenangan kepada Chelsea apabila beliau menjaring masuk hantaran Fernando Torres dari sayap kanan pada minit ke-13. Pasukan Benitez kemudian membazirkan beberapa peluang yang baik untuk menjaringkan gol kedua mereka. 
Dan pasukan tuan rumah berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-63 apabila Carlton Cole menanduk masuk hantaran Matt Jarvis dari sayap kiri.
West Ham berjaya mendahului perlawanan empat minit sebelum wisel penamat apabila pemain gantian Mohamed Diame merembat bola masuk dari luar kotak penalti sebelum Modibo Maiga menjaringkan gol ketiga mereka untuk memberikan kemenangan yang hebat untuk pasukan Sam Allardyce.


Rajagobal puji para pemain

Rajagobal puji para pemain

Jurulatih Harimau Malaya, Datuk K.Rajagobal memuji para pemainnya yang beraksi dengan baik pada kemenangan 2-0 ke atas Indonesia.
Kemenangan 2-0 ke atas Indonesia hasil jaringan Azamuddin Akil dan Mahali Jasuli pada separuh masa pertama cukup untuk membawa Malaysia ke separuh akhir Piala Suzuki AFF dan sekaligus menyingkirkan Merah Putih dari kejohanan ini.
Rajagobal yang berpuas hati dengan kemenangan ini telah memuji anak buahnya yang telah mempamerkan aksi hebat untuk meraih kemenanagan.
"Ia bukan satu perlawanan yang mudah tetapi kami telah bermula dengan baik. Dua gol dalam masa dua minit itu penting untuk kami tetapi Indonesia masih tidak berputus asa dan terus berjuang.
"Para pemain beraksi dengan baik pada separuh masa pertama dan pada separuh masa kedua saya telah memberitahu mereka untuk menajaringkan satu lagi gol bagi menamatkan perlawanan.
"Walaubagaimanapun kami kini telah layak ke separuh akhir dan akan bertemu Thailand." katanya di sidang media semalam.
Beliau turut akui aksi hebat Harimau Malaya ini dibawa dari kemenangan 4-1 ke atas Laos Rabu lepas.
"Pemain mendapat keyakinan dari kemenangan dengan Laos. Kami tahu Indonesia hanya memerlukan keputusan seri. Jadi, kami mesti menjaringkan gol." tambahnya.
Pemain Harimau Muda, Wan Zack Haikal yang beraksi buat pertama kalinya dalam kejohanan Piala Suzuki AFF tahun ini juga menarik perhatian banyak pihak dan kehadirannya memberi impak kepada pasukan.
"Saya memulakan Zack di kiri selepas kehilangan Kunalan yang cedera. Selepas lebih kurang 15 minit, saya menukarkan posisi Azamuddin dan Zack.
"Kedua-dua mereka memberikan satu perlawanan yang lebih mengasak dan menyerang. Apa yang penting bagi saya adalah mereka kekalkan prestasi ini.
"Ini Piala Suzuki pertama untuk Wan Zack dan dia telah beraksi dengan baik. Saya harap dia dapat mengekalkan persembahan seperti ini." katanya lagi.
Pemain pertahanan, Mahali Jasuli yang menjaringkan gol kedua Malaysia turut menyerlah menentang Indonesia dan Rajagobal akui berpuas hati dengan kombinasi Mahali dan Wan Zack.
Apabila ditanya pendapatnya tentang perbezaan pasukan Indonesia tahun ini dengan pada tahun 2010 beliau berkata: "Saya rasa pasukan Indonesia dua tahun lepas lebih baik dari tahun ini. Saya tidak bermaksud pasukan tahun ini tidak bagus tetapi ia satu pasukan yang berbeza dan saya rasa mereka mempunyai masa depan yang baik."
Malaysia akan bertemu Thailand di separuh akhir dalam masa seminggu lagi dan Rajagobal percaya Thailand akan memberi cabaran yang hebat.
"Thailand satu pasukan yang hebat tahun ini. Mereka mempunyai kepantasan dan bermain sebagai satu unit. Seperti saya katakan, tiada pilihan dalam separuh akhir ini, semuanya hebat.
"Tetapi kami akan beraksi seperti biasa dan tidak akan terlalu memikirkan kekuatan mereka." jelasnya.
Separuh akhir Malaysia vs Thailand akan berlangsung pada 9 Disember 2012.



Singapura juara Kumpulan B

Shahril Ishak, Khairul Amri, Singapore






Pasukan Singapura menjuarai Kumpulan B dengan kemenangan 4-3 ke atas Laos di Stadium Shah Alam pada hari Sabtu.
Walaupun dijangka akan menang Laos dengan senang, pasukan Radojko Avramovich dikejutkan apabila mereka dibolos oleh jaringan Khampeng Sayavutthi dan Keoviengpheth Lithideth.
Walaubagaimanapun ketua pasukan Singapura Shahril Ishak berjaya menyamakan kedudukan dengan dua jaringan gol. Khairul Amri kemudian menambah satu lagi pada minit ke 64 dari tendangan percuma dan Fazrul Mawaz menjaringkan gol terakhir Lions dua minit kemudian.
Khampeng menjaringkan gol ketiga Laos hasil tendangan penalti.
Walaupun mereka hanya memerlukan keputusan seri untuk mara ke pusingan seterusnya, Avramovich telah menamakan kesebelasan utama yang ternyata hanya ingin menyerang.
Laos membuka tirai apabila Soukaphone Vongchiengkham menggelecek ke dalam kotak dan menyepak bola kepada Khampeng yang membuka tirai dengan rembatan baik.
Gerakan Sopha Saysana kemudian mendatangkan hasil sebelum memberi bola kepada Keoviengpheth yang memecut lepas Daniel Bennett yang menyepak lepas Izwan Mahbud dengan senang.
Shahril kemudian menjaringkan gol untuk pasukannya dalam masa kecederaan apabila menerima tandukan Safuwan.
Lapan minit selepas masa rehat, pemain yang berusia 28 tahun itu menyamakan kedudukan apabila menerima tandukan Duric sebelum menyepak lepas Soukthavy.
Pada minit ke 64 pula, Amri menjaringkan gol dari tendangan percuma 30 meter dari gawang untuk gol ketiga pasukannya.
Dua minit kemudian, Fazrul menanduk masuk hantaran tepat Shaiful Esah untuk gol keempat pasukan Lions.
Sembilan minit sebelum masa tamat, Ketsada menggelecek bola dari tengah padang ke sayap kanan tetapi dijatuhkan Safuwan dan Shairul dalam kotak penalti.
Khampheng menjaringkan gol terakhir perlawanan dan Singapura menamatkan perlawanan dengan keputusan 4-3.
Singapura akan bertemu Filipina di Manila pada hari Sabtu nanti.
Singapura: Izwan Mahbud, Shi Jiayi, Baihakki Khaizan, Safuwan Baharudin, Daniel Bennett (Khairul Amri 45'), Fazrul Nawaz (Isa Halim 68'), Mustafic Fahrudin, Shahdan Sulaiman, Qiu Li (Shaiful Esah 45'), Shahril Ishak, Aleksandar Duric.
Laos: Sengphachan Bountisanh (Soukthavy Soundala 7'), Saynakhonevieng Phommapanya (Phattana Syvilay 73'), Ketsada Souksavanah, Khampoumy Hanevilay, Kovanh Namthavixay, Kanlaya Sysomvang, Soukaphone Vongchiengkham, Sopha Saysana (Vilayout Sayyabounsou 67'), Visay Phaphouvanin, Keoviengpheth Lithideth, Khampheng Sayavutthi.

Malaysia mara ke separuh akhir

Malaysia mara ke separuh akhir

Harimau Malaya akan bertemu Thailand di separuh akhir Piala Suzuki AFF 2012 selepas berjaya menewaskan Indonesia 2-0 di Stadium Bukit Jalil pada Sabtu malam.
Jaringan dari Azamuddin Akil dan Mahali Jasuli telah memberikan kemenangan kepada Malaysia ke atas Indonesia dan meletakkan pasukan Harimau Malaya itu di tempat kedua Kumpulan B dengan kutipan enam mata dan seterusnya layak ke separuh akhir.
Indonesia bermula baik dengan terus memberi asakan ke benteng pertahanan Malaysia. Seawal minit ke-3 mereka mendapat peluang melalui rembatan Vendry namun berjaya ditangkap kemas oleh penjaga gol, Farizal Marlias.
Seminit selepas itu, Samsul Arif membuat percubaan dari luar kotak penalti namun tersasar ke atas gawang gol.
Sementara Malaysia masih mencari rentak permainan, Taufiq cuba menjaringkan gol melalui sepakan percuma namun telah diselamatkan oleh Farizal sekali lagi pada minit ke-12.
Tidak lama selepas itu, pergerakan cantik dari Elie Aiboy hampir memberikan peluang kepada Irfan Bachdim menjaringkan gol namun telah tangkas ditepis oleh Farizal.
Malaysia mula mendapatkan rentak dengan melakukan beberapa serangan dan pada minit ke-27, Wan Zack dari kanan membuat hantaran ke dalam kotak penalti mencari Safee Sali namun terlepas dari tandukan Safee dan lekas dirembat oleh Azamuddin Akil yang menjaringkan gol pertama perlawanan meletakkan Malaysia 1-0 di hadapan.
Tiga minit selepas itu, pergerakan cantik sekali lagi dari Wan Zack di kanan mara ke kotak penalti, pantas membuat hantaran kepada Mahali yang berani ke depan telah memberi peluang untuknya menjaringkan gol kedua untuk Malaysia.
Pada minit ke-35, Indonesia telah melakukan perubahan pertama dalam pasukan dengan memasukkan Andik Vermansyah menggantikan Elie Aiboy.
Dua minit selepas itu, percubaan oleh Wan Zack tepat pada penjaga gol Indonesia, Wahyu.
Pada minit ke-40 Gary Robbat membuat penampilan pertamanya dalam Piala Suzuki AFF apabila dimasukakkan mengantikan Shakir Shaari yang telah dilayangkan kad kuning.
Indonesia cuba bangkit dengan ancaman Andik namun keputusan separuh masa pertama berpihak kepada Malaysia.
Andik Vermansyah melakukan gerakan cantik dari kanan pada minit le-48, mara ke kotak penalti dan cuba melakukan jaringan namun percubaannya mudah dibaca oleh Farizal yang mengawal gawang gol Malaysia dengan baik.
Tiga minit selepas itu Harimau Malaya kembali menyerang. Zubir Azmi dari kiri membuat hantaran kepada Safee Sali tetapi tandukannya tidak menepati sasaran.
Beberapa perubahan dilakukan oleh kedua-dua pasukan apabila Tonnie Cusell masuk menggantikan Oktovianus, Jhonny van Beukering menggantikan Samsul Arif untuk Indonesia.
Datuk K.Rajagobal juga telah menggantikan Azamuddin Akil dengan Fakri Saarani pada minit ke-66 dan seminit selepas itu, Norhshahrul Idlan digantikan dengan Amar Rohidan.
Pada minit ke-74, Safee Sali sekali lagi mendapat peluang dari kiri hasil gandingan dengan Safiq Rahim namun percubaannya masih gagal.
Pasukan tuan rumah mula bertahan dengan lebih kukuh tanpa membenarkan pihak lawan menembusi benteng mereka walaupun percubaan bertubi-tubi dilakukan.
Pada minit ke-80, Indonesia mendapat sepakan percuma dari kanan. Namun sepakan Taufiq ke dalam kotak penalti tidak berjaya disempurnakan penyerang mereka.
Kedua-dua pasukan masih tidak berputus asa untuk mendapatkan jaringan namun ternyata Malaysia telah menjalankan tugas mereka dengan baik dalam perlawanan 'mesti menang' ini sekaligus menyingkirkan Indonesia dari saingan Piala Suzuki AFF 2012.



Nil bertanggungjawab atas kekalahan

Nil bertanggungjawab atas kekalahan

Jurulatih Indonesia, Nil Maizar bertangunggjawab atas kekalahan 2-0 pasukannya kepada Indonesia di Stadium Bukit Jalil pada Sabtu malam.
Indonesia yang hanya memerlukan keputusan seri untuk layak ke separuh akhir selepas seri dengan Laos dan menang dengan Singapura telah tersingkir dari saingan Piala Suzuki AFF 2012 selepas tewas 2-0 kepada Harimau Malaya.
Walaubagaimanapun, jurulatih Nil Maizar memberitahu, beliau enggan menuding jari kepada sesiapa dan bertanggungjawab sepenuhnya atas kekalahan ini.
"Saya tidak mahu menyalahkan sesiapa. Saya bertanggungjawab atas keputusan ini." katanya di sidang media selepas perlawanan.
"Pasukan saya telah beraksi dengan motivasi yang tinggi. Tidak mudah untuk membentuk pasukan. Ia perlukan proses. Saya telah lakukan yang terbaik selama enam hingga lapan bulan bersama para pemain." tambahnya.
Beliau akui, moral pemain sedikit merudum selepas Malaysia menjaringkan dua gol melalui Azamuddin Akil dan Mahali Jasuli dalam masa empat minit di babak pertama.
"Pasukan telah memberikan usaha yang maksima dan berjuang sehingga ke saat terakhir. Kami mempunyai beberapa peluang yang dihalang penjaga gol Malaysia.
"Selepas ketinggalan dua gol, pemain mungkin kurang bermotivasi tetapi ia merupakan hari Malaysia dan kami kurang bernasib baik." katanya lagi.
Indonesia masih belum pernah menjuarai Piala Suzuki AFF dan telah menjadi naib juara sebanyak empat kali.
Menurut Nil, maanya belum tiba lagi untuk Indonesia menjuarai kejohanan ini.
"Kita harus membuat persediaan yang lebih baik di masa akan datang. Saya tidak boleh katakan kami tidak bersedia dengan baik kali ini. Saya tidak mahu memberikan alasan. Seperti saya katakan, saya terima kekalahan in."



Wenger: Keputusan yang adil bersama Toffees

Football News: Everton vs Arsenal

Pengurus Arsenal Arsene Wenger yakin bahawa pasukan telah melalui cabaran yang sukar apabila diancam secara fizikal oleh Everton dalam keputusan seri 1-1.
Tiada apa-apa yang mampu memisahkan Arsenal dan Everton dalam pertemuan Liga Perdana mereka semalam yang ebrakhir dengan keputusan seri 1-1 hasil jaringan gol oleh Theo Walcott dan Marouane Fellaini.
Pasukan Gunners telah menyerang dahulu namun Wenger telah menyatakan kepada laman web rasmi pasukan bahawa beliau telah menjangkakan bahawa anak didik David Moyes itu akan menyesuaikan diri dan bangkit semula dalam permainan.
"Jika saya memerhatikan permainan, ia kelihatan lebih mencabar dalam segi fizikal," Wenger berkata.
"Kami telah bermula dengan baik namun Everton mampu bangkit semula tidak lama selepas itu. Fallaini telah banyak mencabar pemain apsukan."
Walaupun pengurus Perancis itu mengakui kecewa setelah ditewaskan, beliau yakin bahawa pemain Arsenal telah berjuang sepanjang perlawanan.
"Kami kesal telah membolosi satu gol tetapi kami merasakan bahawa ia adalah keputusan seri 1-1 yang adil. Kami telah mendapat mata yang baik dan ia merupakan perlawanan yang mencabar ketangkasan anda," Wenger menyatakan.
"Kami harus menonjolkan semangat hebat untuk mendapat satu mata. Saya boleh menyatakan bahawa saya gembira dengan usaha mereka dalam perlawanan."
Arsenal akan bermain dalam perlawanan Liga Perdana seterusnya dua hari kemudian apabila Swansea berkunjung ke Stadium Emirates pada hari Sabtu.




"Teerasil antara terbaik di Asia"

Myanmar vs Thailand: Teerasil Dangda

Jurulatih Thailand, Winfried Schafer memuji Teerasil Dangda setelah kemenangan 4-0 menentang Myanmar pada hari Selasa.
Pasukan Gajah Perang itu telah menjaminkan tempat dalam peringkat separuh akhir dalam Kumpulan A setelah meraih kemenangan di Stadium Rajamagala apabila Teerasil berjaya membuka tirai pada minit ke 20.
Apipoo Suntornpanavej turut menambah mata untuk pasukan setelah diturunkan sebagai pemain gantian sebelum Teerasil menyumbang dua gol berturut-turut dalam lapan minit terakhir sekaligus mengakhiri perlawanan untuk pasukan pelawat.
Katanya pada akhir perlawanan, Schafer mengakui bangga dengan pemain utama itu dan telah menyifatkan beliau sebagai salah satu pemain terbaik serantau.
"Beliau (Teerasil) adalah salah satu pemain terbaik di Asia," beliau memberitahu ESPNSTAR. "Beliau seorang yang terhandal.
"Beliau telah menonjolkan prestasi yang hebat untuk kelab Muangthong United dan saya amat gembira dengan pencapaian beliau.
"Beliau bijak dan juga merupakan pilihan kegemaran."
Setelah menghamburkan pujian terhadap pemain duo Theerathon Bunmathan dan Anucha Kitpongsri dalam kemenangan 2-1 menentang Filipina pada Sabtu lalu, jurulatih Jerman turut menunjukan penghargaan beliau terhadap kapten Panupong Wongsa.
"Sebelum ini, saya telah memberikan pujian terhadap dua pemain - Theerathon dan Anucha dari Buriram (United) dan Chonburi," Schafer menambah.
"Saya tidak ingin melupakan seorang pemain yang telah banyak membantu pasukan - kapten Panupong. Beliau telah menjadi seorang contoh terbaik dan memberikan sumbangan dalam mesyuarat pasukan dan saya gembira bahawa beliau telah berjuang dengan kami."
Walaupun Teerasil dan Panupong dikatakan sebagai pemain utama dalam pasukan Thailand, Schafer turut memuji keyakinan pasukan yang beliau yakin adalah kunci utama dalam persembahan mantap di mana setiap pemain telah melakukan peranan masing-masing.
"Saya ingin mengucapkan syabas kepada setiap pemain, termasuk yang telah dikecualikan di bangku simpanan," beliau berkata. "Semua orang bahagia dan sedang bejuang untuk satu misi.