Live Streaming

Sabtu, 31 Mac 2012

Barca mengadu tentang padang Milan

Football News: AC Milan vs Barcelona

Barcelona telah membuat aduan kepada UEFA tentang padang di San Siro selepas pemain mengalami kesukaran beraksi di situ.
Lionel Messi tergelincir semasa mengambik sepakan percuma dan pemain Barca yang lain tidak berpuas hati dengan keadaan padang semasa seri 0-0 pada suku akhir Liga Juara Juara.
Barcelona telah mengadu kepada UEFA pada mesyuarat selepas perlawanan dan mereka telah memaklumkan perkara itu kepada AC Milan.
Pep Guardiola berkata: "Akhirnya kami menyesuaikan diri dengan semuanya, kami datang dan beraksi tetapi jelas terdapat masalah."
Messi menambah: "Kami beraksi tetapi sukar kerana keadaan padang yang teruk dan juga kerana AC Milan sangat kuat."
Rakan sepasukannya Javier Mascherano turut bersetuju dengan Messi dan memberitahu: "Padang itu memberikan masalah dan kesan tak baik untuk pasukan lain."
Milan membalas segala aduan dengan menyatakan bahawa padang mereka di tahap yang boleh diterima.
"1) Penyiraman air di padang sejam sebelum perlawanan dimulakan, seperti yang telah dipersetujui pada mesyuarat organisasi pagi semalam, tidak dilakukan kerana tahap kelembapan padang sudah memadai.
"2) Keadaan padang di mana Barcelona berlatih petang sebelumnya tanpa sebarang masalah, telah ditegaskan boleh diterima oleh pengadil dan pegawai UEFA."


Kedah dabik dada, benam Perak




Kedah berjaya mencuri tiga gol dalam saingan Liga Super menentang Perak (3-0), untuk mengekalkan rentak kemenangan mereka selepas menumpaskan Terengganu T-Team dalam saingan suku akhir Piala FA.
Dalam aksi di Stadium Darul Aman itu, Hamidan Mohammed berjaya menghadiahkan dua gol untuk skuad hijau kuning sekaligus menamatkan kebimbangan peminat terhadapnya, selepas pemain import dari Ghana itu beraksi hambar sejak diawal permainan.
Satu gol selebihnya turut melibatkan pemain itu apabila usahanya yang membuat hataran di depan gawang, ditampan oleh pemain Perak Syazwan Roslan sehingga jaringan sendiri dihasilkan.
Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) yang sebelum ini mahu menggugurkan Hamidan pastinya akan menimbang semula hasrat itu selepas menyaksikan prestasinya pada malam ini.
Di awal saingan, Perak banyak menguasai perlawanan dengan membuat gerakan menarik sehingga membuahkan beberapa peluang berbahaya. Namun di minit-minit akhir babak pertama, Hamidan muncul menjaringkan gol pembukaan ketika keadaan kelam kabut didepan gawang Perak.
Penguasaan Perak dibabak kedua nyata tidak kelihatan ditambah, penampilan Akmar Rizal Rakhli turut kurang menyerlah.
Selepas, Syazwan Roslan menjaringkan gol sendiri diminit ke-78, Hamidan sekali lagi tampil dengan membuat rembatan dari jarak jauh menuju tepat kearah penjuru gol untuk menyempurnakan kemenangan Kedah 3-0.
Kemunculan semula Wan Jamak Wan Hassan daripada bangku simpanan untuk menerajui Kedah, jelas meyuntik semangat anak buahnya untuk terus mencari kemenangan selepas berjaya mara ke separuh akhir Piala FA.