Live Streaming

Isnin, 26 Mac 2012

Kami mempunyai kelebihan atas City

Football News: Chris Smalling Mario Balotelli


Chris Smalling percaya yang pasukan Manchester United mempunyai momentum untuk mengatasi Liga Barclays setelah mengalahkan Fulham.
Walaupun keputusan seri dengan Stoke tidak begitu teruk, kegagalan Manchester City untuk menang di Stadium Britannia pada hari Sabtu telah memberi peluang untuk United meraih kelebihan tiga mata kepada satu-satunya pasukan yang mampu menghalang kejuaraan ke 20 mereka.
City tidak menunjukkan prestasi yang baik dalam perlawanan di padang lawan dan United telah mengambil kesempatan dan telah terlepas hanya dua mata dari jadual yang sukar dengan Arsenal, Chelsea, Liverpool dan Tottenham.
“Kami mempunyai kelebihan ke atas City setakat ini.” Smalling berkata.
“Pengalaman memenangi kejuaraan adalah satu perkara, momentum memberi pengaruh juga. Kami sedang meningkatkannya pada masa ini.”
“Itulah dua perkara yang boleh membangkitkan kami.”
Ia sukar untuk mengelakkan perbincangan tentang kemenangan kejuaraan di Manchester, dengan kedua-dua pasukan merah dan biru amat optimis dalam jangkaan mereka.
“Kenyataan yang pasukan City mencabar kami memberi kami lebih pengaruh.”
“Kamu melihat kedudukan dan banyak pihak yang berbincang tentang jadual kami.”
“Kami berlatih hampir-hampir empat atau lima hari seminggu dan ia menambah kepada kepentingannya.”
Smalling dapat menghadapi kelab lamanya setelah pulih dari kecederaan kepada yang dialami dalam perlawanan persahabatan England dan pasukan Belanda di mana mereka telah tewas.
Sementara itu, pengurus Manchester United Sir Alex Ferguson telah memuji pengaruh Ferdinand do Old Trafford.
“Dia telah mengambil tanggungjawab penting di pasukan. Dia telah mempengaruhi para pemain dengan baik.” Ferguson berkata.
“Dia masih muda untuk seorang pemain pertahanan.” Kata Fergie. “Ia perkara biasa untuk menyaksikan seseorang pemain pertahanan dalam lingkungan umur 30 tahun keatas.”

Fergie: Kemenangan liga di tangan kami

Football News: Manchester United.


Sir Alex Ferguson percaya Manchester United berada di tempat yang tepat pada masa yang tepat untuk menjadi juara Liga Perdana Barclays musim ini.
Kegagalan Manchester City untuk menang di Stoke semalam bererti keputusan seri dalam perlawanan mereka menentang Fulham di Old Trafford esok akan cukup untuk United kembali ke tempat teratas.

Walau bagaimanapun, Ferguson akan mengharapkan untuk sebuah kemenangan untuk meningkatkan tekanan kepada City, yang Ferguson dapat merasakan mungkin mula terjejas dengan tekanan persaingan.
"Kami berada di tempat yang tepat, pada masa yang tepat dan yang paling penting, dengan pemain-pemain yang tepat," katanya kepada United Review.

"Selepas berminggu-minggu di tempat kedua, kami dapat naik ke tempat pertama dan saya pasti pemain-pemain kami sudah bersedia untuk memberikan tekanan sekali lagi.
"Pemain-pemain kami telah bermain dengan bersungguh-sungguh dan mungkin tertanya-tanya jika mereka akan dapat mengejar City sebelum garisan penamat.  
"Kami dapat lakukannya dan kami mempunyai kemampuan untuk berada di hadapan sekali lagi dalam pertarungan kami dengan City. Kedua-dua pasukan sangat dekat sekarang dan saya rasa sekarang masa yang tepat untuk bersaing dengan pemimpin liga dengan hanya sembilan perlawanan lagi dalam perlumbaan untuk menjadi juara."

Namun, walaupun rekod City di padang lawan tidak begitu baik, ia akan mengambil mata jumlah yang tinggi untuk mendapatkan gelaran rekod ke-20.

Dan kedudukan United untuk mendapatkan rekod itu sungguh menakjubkan memandangkan mereka disingkir di pusingan-pusingan awal dalam kedua-dua pertandingan Eropah musim ini.
Dalam sama minggu yang akan melihat Chelsea menentang pasukan Benfica yang terlalu kuat untuk United dalam Liga Juara-Juara awal musim ini, mereka juga harus menangani kenyataan Athletic Bilbao bermain jauh lebih hebat dari mereka dalam kedua-dua perlawanan Liga Eropah mereka.
"Kami menerima kenyataan Bilbao bermain dengan jauh lebih baik dari kami dan kami patut dikritik untuk persembahan kami di Eropah musim ini," kata Ferguson.

"Saya menerima bahagian kritikan saya dengan pilihan-pilihan pasukan saya.

"Saya telah mengambil terlalu banyak peluang untuk memberi pemain-pemain muda bermain dalam usaha untuk mempercepatkan pembangunan mereka, dan mungkin saya minta terlalu banyak daripada mereka.

"Kami sentiasa berharap untuk layakkan diri ke pusingan seterusnya dan mungkin dengan itu dalam fikiran saya, saya terlalu tergesa-gesa dalam Liga Juara-Juara.
"Kami mungkin akan mendapat faedahnya di masa depan tetapi bukan di dalam fikiran penyokong-penyokong kami yang mahu melihat kami menang.
"Jadi dengan itu kami telah mengecewakan penyokong-penyokong kami dan saya tidak akan mengambil terlalu banyak risiko musim depan."

Dengan Nani dan Michael Owen mula berlatih lagi minggu ini, Ferguson bermula mendapat kebanyakkan pemainnya kembali.
Nemanja Vidic dan Darren Fletcher masih cedera dan terdapat beberapa keraguan tentang sama ada pemain midfield dari Brazil, Anderson, akan pulih daripada kecederaan hamstringnya sebelum musim tamat.

Penjaga gol kedua Anders Lindegaard juga sedang menunggu untuk tarikh kembali selepas mengalami kecederaan pergelangan kaki dalam latihan, sebaik  sahaja beliau mengganti David de Gea daripada pasukan pertama.
"Ia merupakan satu masa yang mengecewakan tetapi itu lah kehidupan," Lindegaard memberitahu MUTV.

"Saya tidak tahu bila saya akan kembali, jadi saya hanya harus terus senyum.

"Ini adalah masa yang paling teruk bagi sesiapa yang cedera."

Kekecewaan itu lebih besar kerana sejak De Gea kembali, beliau telah menghasilkan beberapa persembahan yang hebat dan itu bermakna beliau, sama seperti rakan-rakan pasukannya, bertanggungjawab untuk status United pada masa kini.

"Sudah tentu saya mahu terlibat," kata Lindegaard.

"Saya ingin menyumbang untuk memenangi kejohanan. Lebih daripada apa yang saya telah lakukan setakat ini.

"David telah bermain dengan hebat dalam masa yang saya cedera ini dan itu yang penting, pasukan dan bukannya individu.

"Secara kolektif, jika kami semua bermain dengan baik, saya pasti kami akan menjadi juara sekali lagi. "

Pique: Barca memang layak menang

Football News: Real Mallorca vs Barcelona


Pemain Barcelona Gerard Pique memuji keazaman pasukannya selepas mencatat kemenangan 2-0 di Real Mallorca walaupun bermain dengan 10 pemain.
Barca meletakkan tekanan kepada pemimpan La Liga Real Madrid setelah gol-gol daripada Lionel Messi dan Pique memberikan mereka kemenangan ketujuh berturut-turut dalam liga.
Barca bermain 33 minit yang terakhir dengan sepuluh pemain selepas Thiago Alcantara dilayang dua kad kuning, tetapi pasukan lawatan itu bertahan untuk mengekalkan jurang enam mata dari puncak La Liga.

Alcantara dibuang padang apabila skor hanya 1-0, dan Pique merasakan pasukannya bermain dengan baik walaupun hanya bermain dengan sepuluh pemain.

"Sangat sukar untuk menang, terutama sekali dengan 10 pemain," kata Pique, yang jaringannya 11 minit sebelum permainan tamat meletakkan perlawanan jauh daripada jangkauan Mallorca.

"Tiga mata ini sangat penting dan kami memang layak untuk mendapatkannya.

"Kami cuba untuk mengawal permainan, mereka mahu menyamakan kedudukan, tetapi kami bermain dengan baik dengan sepuluh pemain.

"Yang penting adalah bahawa masih ada harapan untuk kami menjadi juara. Apa yang lebih penting adalah kami menang dan kami telah berjaya mendapatkannya."

Kemenangan itu telah, dengan sementara, membuat kelab Catalan itu berada tiga mata di belakang Madrid, tetapi kemenangan 5-1 Madrid atas Real Sociedad melihat jurang kembali kepada enam mata.
Walau bagaimanapun, Madrid kelihatan seperti tertekan setelah menjatuhkan beberapa mata dalam dua daripada tiga perlawanan terakhir mereka, dan penyerang Barca Pedro Rodriguez berkata: "Kami perlu terus melakukan tugas kami, bermain dan memenangi perlawanan-perlawanan.

"Kami berasa hebat, dengan banyak keyakinan, dan kami akan terus berjuang sehingga akhir musim."

Bercakap tentang perlawanan, beliau menambah: "Ia adalah perlawanan yang rumit, padang tidak berada dalam keadaan yang begitu baik, tetapi kami gembira dengan kemenangan ini.

"Pasukan kami bertindak dengan baik selepas kad merah itu, sukar untuk menewaskan Mallorca kerana mereka sering mendesak anda dan mereka mempunyai pemain yang mengambil kesempatan atas ruang-ruang kosong."

Dalglish mungkin tukar taktik

Football News: Kenny Dalglish


Pengurus Liverpool Kenny Dalglish percaya bahawa pasukannya harus kurangkan tumpuan kepada bermain dengan "cantik" dan harus lebih cekap untuk memenangi perlawanan-perlawanan mereka.
Pasukan dari Anfield itu mengalami satu lagi kekalahan dari kelab yang berada dalam zon penyingkiran pada hari Sabtu apabila Wigan menewaskan mereka 2-1 untuk meningkatkan tekanan atas Dalglish dan pemain-pemainnya.
Dengan kekalahan kelima mereka dalam enam perlawanan, Liverpool mendapati sukar untuk memenangi perlawanan-perlawanan sejak kebelakangan ini dan dikritik ramai kerana cuba bermain bola sepak yang "cantik" yang tidak menghasilkan keputusan.
Dalglish mempertahankan skuadnya dengan menunjukkan bahawa pasukan lain yang masih belum memenangi sebarang pertandingan musim ini tidak ditekan seberat mereka yang sudah memenangi Piala Liga apabila mereka juga gagal menang perlawanan mereka.

"Ia sungguh menakjubkan. Anda boleh memilih prestasi liga kami dan kemudian anda boleh melihat prestasi pasukan lain yang telah disingkirkan daripada tiga pertandingan, tetapi mereka tetap menganggap musim ini sebagai musim yang baik untuk mereka," katanya kepada Guardian.

"Ia bergantung kepada bagaimana anda menggambarkannya."

Beliau berpendapat bahawa senarai perlawanan berat Liverpool baru-baru ini mungkin menjadi sebab bagi ketidakupayaan pasukannya untuk memenangi perlawan-perlawanan mereka.

"Kami tidak mengatakan kami bermain dengan sebaik mungkin [menentang QPR dan Wigan] tetapi ada keadaan, dengan tiga perlawanan dalam enam hari."

Pengurus dari Scotland itu  juga mengakui kesukaran mereka untuk menang mungkin terletak degan sistem taktikal mereka yang mungkin perlu diubah untuk perlawanan masa depan.  
"Kami mempunyai masalah untuk memenangi perlawanan dalam liga. Kami perlu mendidik diri kami dan mungkin tidak bermain bola sepak yang "cantik" seperti yang kami main selama ini," katanya.

"Mungkin kami perlu mengubah falsafah kami sedikit."

Beliau sebelum ini berkata kecederaan-kecederaan telah menghancurkan skuadnya dan dia juga ingin sebuah skuad yang lebih besar.

Fergie bidas Manchester City

Man City vs Man United: Paul Scholes, Sergio Aguero


Sir Alex Ferguson telah membidas Manchester City dan memberi amaran bahawa beliau lebih baik untuk berbalas minda.
Awal minggu ini, bekas pemain tengah City Patrick Vieira berkata, keputusan United membawa Paul Scholes masuk semula adalah atas sebab terdesak.
Namun, United telah menang sembilan perlawanan Liga dan seri sekali dengan Scholes dalam pasukan, mencadangkan keputusan mengembalian semula Scholes berkesan.
"Jika mengambil semula pemain tengah terbaik di Britain selama 20 tahun dianggap sebagai terdesak, saya rasa kami boleh terima perkara itu," kata Ferguson.
"Saya rasa dia (Vieira) telah diprogram untuk itu.
"Roberto juga telah mula berkata kata beberapa minggu lepas. Kami semua akan mula berlaku seperti itu. Tetapi ia bukan sesuatu yang baru buat saya.
"Jika anda bercakap tentang desakan, mereka menurunkan seorang pemain baru-baru ini yang telah enggan beraksi apabil diarah, pengurusnya telah memberitahu bahawa beliau tidak akan menurunkannya lagi.
Selepas itu dia pergi bercuti ke Argentina selama lima bulan. Apakah itu? Adakah itu juga boleh dilabel sebagai terdesak?"

Valdano: Messi belum sehebat Maradona


Football News: Lionel Messi 
Bekas Pengurus Besar Real Madrid, Jorge Valdano percaya bahawa Lionel Messi adalah lebih "cekap" daripada Diego Maradona tetapi kedua-duanya tidak seharusnya dibandingkan.
Valdano bermain bersama Maradona dalam pasukan Argentina yang memenangi Piala Dunia pada tahun 1986. Beliau menjaringkan gol kedua dalam perlawanan akhir menentang Jerman Barat dalam kemenangan 3-2.

Beliau pernah menjadi pengurus Real Madrid untuk setahun pada tahun 1996, memenangi La Liga sebelum menjadi pengarah sukan kelab itu.

Messi memecahkan rekod jaringan gol Barcelona pada hari Rabu selepas menjaringkan hatrik kelapan musim ini dan bintang Argentina itu telah mendapat banyak mesej mengucapkan tahniah atas pencapaian.
Namun begitu, Valdano percaya bahawa Messi masih belum lagi dalam liga Maradona dan berkata bahawa penyerang Barcelona itu masih ada jauh lagi dalam kerjayanya sebelum boleh dibandingkan dengan Maradona.

"Apabila kami bercakap tentang Maradona, kami akan bercakap tentang seluruh kerjayanya, manakala Messi masih hanya 24 tahun," Valdano memberitahu majalah Sukan.

"Hakikat bahawa kami sedang membandingkan mereka berdua adalah satu penghormatan terhadap apa yang telah dicapai oleh Lionel."

Dia percaya bahawa Maradona adalah seorang pemain yang lebih "artistik".

"Jika kami harus membezakan mereka, anda boleh mengatakan bahawa Maradona adalah pemain yang lebih artistik dan mempunyai gaya yang unik dan cara permainan yang begitu cantik.

"Messi pula lebih cekap dan lebih konsisten. Dia sungguh bahaya setiap kali dia mendapat bola.

Valdano yang berusia 56 tahun akui, bagaimanapun, bahawa Messi telah mencapai lebih banyak daripada mana-mana pemain lain yang seusia beliau. Beliau juga berpendapat bahawa pada akhir kerjayanya, Messi mungkin akan diisytiharkan sebagai pemain lebih baik daripada Maradona.

"Jika dia terus memberikan prestasi yang tinggi di peringkat ini, dia akan melebihi semua orang, termasuk Pele."


Mancini: Tevez pemain yang hebat

Football News: Carlos Tevez, Roberto Mancini


Pegurus Manchester City Roberto Mancini mendakwa bahawa Carlos Tevez telah berlakukan "sempurna" sejak kembali ke latihan dan tidak sabar untuk beraksi semula.
Tevez bersedia untuk membuat penampilan pertama untuk City sejak enam bulan yang lalu dengan Mancini dijangka akan menamakan beliau di bangku simpanan untuk perlawanan Liga Perdana Barclays bersama Chelsea.
Pemain Argentina itu belum bermain untuk City sejak bertengkar dengan kelabnya selepas perlawanan Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich.
Tetapi selepas ketiadaan selama tiga bulan yang tidak dibenarkan kelab, pemain berusia 28 tahun itu kembali ke latihan lima minggu lalu dan meminta maaf atas kelakuannya, sekali gus menyediakan beliau untuk kembali beraksi untuk City.
Penjaring gol terbanyak dua musim berturut-turut kelab itu kini boleh membara semangat City pada masa yang penting dalam perlumbaan Liga Perdana dan Mancini dapat rasa semangatnya.
Tevez menjadi sumber inspirasi City selepas mereka memenangi Piala FA musim lalu dan Mancini percaya usaha beliau lebih baik dari 12 bulan yang lalu.
Mancini berkata: "Apa yang berlaku dengan Carlo enam bulan yang lalu adalah kisah lama. Carlo menjadi sebahagian daripada rancangan kami sejak dua bulan yang lepas, beliau adalah seorang pemain City.
"Saya fikir Carlo pada saat ini mahu bermain bola sepak. Dia perlu bermain bola sepak, untuk dia dan untuk masa depannya. Dia mahu bermain.
"Saya dapat melihat dalam latihan dia cukup baik, lebih baik daripada tahun lepas. Dia mahu bermain dan dia berhak untuk bermain dan membantu pasukan.
"Saya selalu berfikir Carlo adalah pemain yang hebat, walaupun apabila kami mempunyai beberapa masalah."
City di belakang musuh Manchester United dengan empat mata tetapi sedang cuba untuk mengurangkan defisit dengan memenangi perlawanan kerana telah bermain satu perlawanan lebih kurang dari United.
Mancini tidak menjangkakan Tevez, yang menghabiskan sebahagian besar musim sejuk di Argentina tanpa kebenaran dari kelab, untuk bersedia sehingga bulan depan.
Tetapi selepas beraksi dalam dua perlawanan untuk pasukan simpanan City, pengurus dari Itali itu percaya kini adalah masanya untuk membawanya kembali kepada pasukan pertaman kelab.
Beliau berkata: "Dia semakin baik tetapi saya tidak fikir Carlo boleh bermain lebih daripada 25-30 minit.
"Seorang pemain seperti Carlo perlu bermain selama 90 minit tetapi pada masa ini, ia adalah mustahil.
"Jika beliau boleh bermain 30 minit, selepas itu 45 minit dalam tiga atau empat perlawanan, maka dengan mudah dia boleh mempunyai 90 minit.​​"
City masih mempunyai masalah di bahagian pertahanan berhadapan dengan perlawanan menentang Chelsea itu dengan pilihan pertahanan tengah pertama Vincent Kompany dan Joleon Lescott cedera.
Lescott pasti tidak akan beraksi dalam perlawanan dengan masalah pangkal paha manakala kapten Kompany tidak mungkin untuk kembali daripada kecederaan betis.


Mourinho senyap selepas perlawanan

Football News: Jose Mourinho 


Jose Mourinho enggan bercakap dengan media selepas dibuang dari tepi padang dalam perlawanan menentang Villarreal.
Pendahuluan mereka di tempat pertama dipotong kepada enam mata akibat keputusan seri 1-1 dengan Villarrael. Sepakan Cristiano Ronaldo selepas 60 minit memberikan Real Madrid pendahuluan yang tipis tetapi Marcos Senna menyamakan kedudukan tendangan percuma tujuh minit sebelum tamat permainan.
Beberapa minit kemudian, Mourinho dibuang dari tepi padang oleh pengadil Jose Paradas Romero apabila menyindir keputusannya untuk menghadiahkan tendangan percuma yang dijaringkan oleh Senna itu dengan membuat tepukan. Mourinho terpaksa ke tempat penyokong untuk menyakasikan saat-saat akhir perlawanan bersama jurulatih kecergasan beliau Rui Faria, yang telah lebih awal dihantar ke situ buat kali keempat musim ini.
Sergio Ramos dan Mesut Ozil juga dibuang padang apabila Ramos ditunjukkan kad kuning keduanya bagi cabaran liarnya ke atas Nilmar dan Ozil kerana cabaran kasar dan menggunakan bahasa kesat.
Keputusan di El Madrigal bermakna bahawa pendahuluan Madrid di puncak La Liga telah dikurangkan daripada sepuluh ke enam mata dalam masa lima hari sahaja.

Dengan perlawanan El Clasico di Nou Camp akan datang tidak lama lagi, keputusan yang tidak disangka ini telah memberi harapan kepada Barcelona dalam perlumbaan untuk menjadi juara liga.

Walau bagaimanapun, pemain pertahanan Real Madrid Marcelo percaya bahawa tidak ada sebab untuk panik sekarang.

"Saya fikir mana-mana pasukan ingin mempunyai kelebihan enam mata," pemain Brazil itu berkata. "Kami mesti tenang. Malam ini adalah satu perlawanan yang sukar tetapi kami okay. Kami tidak mendapat kemenangan tetapi semangat pasukan masih baik."

Beliau kemudian meratapi hakikat bahawa pasukannya sekali lagi memasukan satu lagi gol dari tendangan percuma; Santi Cazorla menjaringkan gol pada minit akhir permainan untuk menyamakan kedudukan untuk Malaga hujung minggu lalu, manakala Marcos Senna adalah penjaringnya kali ini.

Marcelo menambah: "Kami sedang terus bekerja tetapi kadangkala keputusan pengadil tidak begitu baik untuk kami. Kami harus terus bekerja keras.
"Kami perlu lebih baik dalam banyak perkara. Malam ini gawang kami dibolos dari tendangan percuma sekali lagi tetapi kami masih di hadapan dan kami akan terus berusaha."

Pemain pertahanan Madrid Pepe mungkin dikenakan tindakan kerana menggunakan kata-kata kasar kepada pengadil selepas perlawanan.
Dilaporkan bahawa pemain dari Brazil itu cuba untuk menghadapi pengadil di dalam terowong selepas perlawanan di El Madrigal dan menjerit kepadanya: "Ini satu rompakan, anda anak  a*****"
Romero dikatakan telah menulis kata-kata Pepe dalam laporannya, yang bermaksud kejadian itu kini akan dikaji semula oleh Persekutuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF).