Live Streaming

Jumaat, 23 Mac 2012

Ronaldinho - Sukar Untuk Mempunyai Teman Wanita


Tiada teman wanita kerana pencerobohan media ke dalam kisah peribadinya.

Ronaldinho mendedahkan bahawa dia sukar untuk mempunyai teman wanita kerana campur tangan media ke dalam kehidupan peribadinya.

Striker berusia 31 tahun itu kembali ke Brazil tahun lepas, menyertai Flamengo setelah sedekad di Eropah, yang mana dia dua kali dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Dunia Tahunan FIFA.

Namun, Ronaldinho kini mendapati apa yang dia lakukan di luar padang sedang diteliti rapat, menjadikan sukar untuk dia mencari cinta.

"Sukar untuk miliki teman wanita kerana semua yang saya lakukan adalah satu berita," kata bekas pemain Gremio. "Saya tak akan berputus asa kerana orang akan sentiasa bercakap, tapi kadang-kadang itu mengganggu. Orang mahu menjalani kehidupan yang normal. Saya cuba menjadi pandai, tapi saya tak dibenarkan melakukannya. Selepas kamera telefon dicipta."

Walau bagaimanapun, ketika Ronaldinho akui dia mahu mencari seseorang untuk menghabiskan sisa hidupnya bersama-sama, dia masih belum bersedia untuk melakukannya.

"Saya terlalu gila untuk berkahwin," katanya. "Saya tak mahu berkahwin tanpa kehidupan yang betul. Saya rasa saya perlu bersara terlebih dulu, ketika saya masih ada masa."

Squad 2012 Player Man Utd


MAN UTD SQUAD: GOALKEEPERS
  • David De Gea
  • Tomasz Kuszczak
  • Anders Lindegaard
  • Ben Amos
  • Sam Johnstone
MAN UTD SQUAD: DEFENDERS
  • Patrice Evra
  • Phil Jones
  • Rio Ferdinand
  • Jonny Evans
  • Chris Smalling
  • Nemanja Vidic
  • Fabio
  • Rafael
  • Ritchie De Laet
  • Reece Brown
  • Marnick Vermijl
  • Michael Keane
  • Tom Thorpe
  • Sean Mcginty
  • Ezekiel Fryers
MAN UTD SQUAD: MIDFIELDERS
  • Anderson
  • Ryan Giggs
  • Park Ji-Sung
  • Michael Carrick
  • Nani
  • Ashley Young
  • Paul Scholes
  • Tom Cleverley
  • Darren Fletcher
  • Luis Antonio Valencia
  • Paul Pogba
  • Matthew James
  • Davide Petrucci
  • Ryan Tunnicliffe
  • Larnell Cole
  • Jesse Lingard
MAN UTD SQUAD: FORWARDS
  • Michael Owen
  • Dimitar Berbatov
  • Wayne Rooney
  • Javier Hernandez
  • Danny Welbeck
  • Will Keane

Ferguson - Valencia Boleh Jadi Kunci Kejayaan



Ferguson jangka Valencia boleh memainkan peranannya untuk baki musim

Sir Alex Ferguson berharap Antonio Valencia kekal cergas untuk baki musim dengan dia percaya winger itu mempunyai peranan penting untuk dimainkan dalam cabaran pemburuan kejuaraan Manchester United.
 
Valencia telah baru-baru ini diketepikan akibat masalah hamstring dan membuat penampilan pertamanya dalam lebih sebulan ketika kelab membelasah Wolves 5-0 Ahad lalu.
 
Dia telah menjaringkan satu gol di Molineux dan mencipta dua gol lagi dengan pemain berusia 26 tahun itu membantu United membuka pendahuluan empat mata ke atas pesaing, Manchester City di persada Liga Perdana.
 
Pemain kebangsaan Ecuador itu kembali dari kecederaan jangka panjang ketika dua bulan terakhir musim lalu untuk memainkan peranan penting dalam kejayaan Red Devils menjulang rekod kejuaraan ke-19.
 
Ferguson kini berharap yang bekas pemain sayap Wigan itu akan membuat impak serupa selepas memuji bakat dimiliki Valencia.
 
"Dia mampu jadi sangat penting," kata pengurus United itu.
 
"Prestasinya sebelum dia cedera sangat bagus. Kini dia kembali kami harap dia kekal cergas. Dia seorang pemain yang jujur dan rajin berusaha."
 
"Anda dapat dua sisi berbeza dari Antonio. Dia seorang yang sedia untuk kerja sangat keras. Dia boleh buat terjahan, boleh berlari pantas, namun dia juga mampu lepasi benteng lawan. Dia ada semuanya sebenarnya."

Saya Tak Tikam Belakang AVB


 Di Matteo nafi semua khabar angin, hanya fokus untuk perlawanan menentang City.

ROBERTO DI MATTEO menegaskan beliau sama sekali tidak menikam belakang Andre Villas-Boas.
 
Di Matteo gembira dengan peluang mengambilalih tugasan mengurus pasukan utama Chelsea selepas  Villas-Boas dipecat dua minggu lalu.
 
Namun bekas pengurus pasukan itu menafikan beliau memperdayakan AVB demi mendapatkan jawatan pengurus Chelsea.
 
Beliau memberitahu: "Saya tidak berkonspirasi menentang Andre. Saya sentiasa bersikap profesional."
 
"Andre pengurus dan lelaki yang hebat. Saya akan sentiasa menghormatinya."
 
"Tapi saya tidak teragak-agak semasa saya ditawarkan peluang ini. Saya berhak dengan peranan baru saya."