Live Streaming

Rabu, 14 November 2012

"Pemain akan tunjuk karakter sebenar"

"Pemain akan tunjuk karakter sebenar"

Datuk K.Rajagobal yakin semua pemain akan menunjukkan karakter dan kualiti sebenar apabila bertemu Hong Kong dalam perlawanan persahabatan esok.
Pengendali skuad bola sepak kebangsaan Datuk K.Rajagobal hari ini memanggil penyerang pasukan Harimau Muda, Ahmad Hazwan Bakri dan pemain pertahanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Irwan Fadzli Idrus untuk menjalani latihan.
Rajagobal berkata dua pemain itu akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan empat pemain yang beliau gugurkan daripada senarai pemainnya.
"Hari ini saya memanggil Ahmad Hazwan dan Irwan untuk melihat sejauh mana kemampuan mereka dalam menyesuaikan diri dengan skuad sekarang selain untuk melihat kualiti mereka sama ada sesuai untuk saya senaraikan ke skuad piala AFF Suzuki atau tidak.
"Empat pemain yang saya gugurkan itu bukan bererti mereka tidak sesuai tetapi saya lebih mengutamakan pemain yang boleh bermain di dua posisi bagi memastikan sekiranya ada pemain yang cedera tidak akan berlaku kekosongan posisi," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pengurus pasukan di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia, hari ini.
Empat pemain yang digugurkan ialah Amiridzwan Taj Tajudin (ATM), Yong Kuong Yong (Felda United), Nik Shahrul Azim Abdul Halim dan Mohd Rizal Fahmi Abdul Rosid (Kelantan).

Jurulatih berusia 56 tahun itu bagaimanapun menafikan tindakannya memanggil Ahmad Hazwan adalah untuk memperbaiki ketumpulan penyerang negara sebaliknya bagi melihat keserasian pemain muda itu dengan pemain yang lebih senior.
"Saya nak lihat komitmen Hazwan dan keserasian sekiranya dia diturunkan malam esok. Dulu masa dia diberi peluang turun bermain dia berjaya lakukan hatrik semasa skuad negara menentang Sri Lanka, saya yakin pemain ini ada sesuatu yang boleh digunakan untuk pasukan.
Ditanya mengenai perlawanan persahabatan antara pasukan kebangsaan menentang Hong Kong pada malam esok di Stadium Shah Alam, Rajagobal berkata pemainnya akan lebih serius dan akan melihat perkembangan setiap pemain yang benar-benar boleh diserap kepada Skuad Piala AFF Suzuki.
"Esok, saya akan lihat perkembangan pemain disebabkan kita sudah masuk fasa akhir persedian bagi Piala AFF Suzuki sebelum senarai 22 pemain disahkan.
"Saya yakin esok kita akan lihat kualiti dan karakter pemain yang sebenar disebabkan mereka perlu bersaing sesama sendiri untuk memastikan mereka terpilih".
Kini, seramai 35 pemain masih menjalani latihan di bawah kendalian Rajagobal sebelum senarai 22 pemain yang terpilih untuk bermain di Piala AFF Suzuki yang bermula 23 Nov ini diumumkan.
Sementara itu, Ketua Jurulatih Hong Kong, Kim Pan Goh berkata pasukannya akan tampil lebih lengkap untuk perlawanan malam esok setelah melakukan lima perubahan di dalam skuadnya.
"Pada perlawanan lepas kami kalah kepada Malaysia disebabkan faktor pasukan lepas bukanlah pasukan sebenar kerana tidak dapat memanggil beberapa pemain yang terpaksa bermain bersama pasukan kelab di Liga Bola Sepak China.
"Esok, saya yakin keputusan yang lebih baik mampu kami hasilkan setelah melihat gaya permainan yang Malaysia pamerkan pada perlawanan lepas," katanya.
Pada 16 Okt lepas, pasukan negara menewaskan Hong Kong 3-0 dalam satu perlawanan persahabatan di Stadium Mong Kok, Hong Kong.


Iniesta: Messi No.1 di dunia

Football News: Lionel Messi.

Andres Iniesta mungkin bersaing dengan rakan sepasukan Lionel Messi untuk Ballon d'Or tahun ini namun pemain itu akui hanya ada seorang pemenang.
Pemain tengah Sepanyol itu telah menikmati musim yang hebat bersama Messi apabila mereka membantu Barcelona mencapai pelbagai kejayaan.
Namun, Iniesta telah mengecapi lebih kejayaan bersama pasukan kebangsaannya - sesuatu yang Messi belum capai bersama Argentina - apabila Sepanyol menambah trofi Euro 2012 musim panas lepas dan juga Piala Dunia yang dijuarai dua tahun lepas.
Messi telah dinamakan sebagai Pemain La Liga Pilihan tahun ini dan juga Penyerang Terbaik musim lepas dan Iniesta merasakan ia satu pilihan yang tepat jika Messi memenangi Ballon d'Or buat kali keempat Januari ini.
"Leo Messi adalah nombor satu di dunia," kata Iniesta.
"Messi adalah yang terbaik bukan sahaja kerana jaringannya tetapi permainannya.
"Beliau sangat penting bagi pasukan dan dia juga unik sebab itu beliau memecahkan banyak rekod.
"Apa yang membuatkan orang di Barcelona lebih gembira adalah beliau masih mempunyai banyak masa dalam sukan ini.
"Mereka yang mengundi untuk Ballon d'Or mengundi jaringan gol dan apa yang beliau telah lakukan sepanjang tahun."


Gullit: Masa Torres telah tamat

Football News: Fernando Torres.

Bekas pengurus Chelsea Ruud Gullit merasakan bahawa kelab harus memikirkan tentang menamatkan projek mereka dengan Fernando Torres.
Torres telah ke Stamford Bridge dalam pertengahan musim 2010/11 dengan yuran perpindahan bernilai £50 juta. Beliau telah menjaringkan 65 gol dalam 102 penampilan liga untuk pasukan Reds - yang juga bermakna 81 jaringan gol dalam 142 permainan dalam kesemua pertandingan.
Pemain antarabangsa Sepanyol itu disifatkan sebagai salah satu penyerang terbaik dalam Liga Perdana England - memegang rekod tujuh jaringan gol dalam tujuh perlawanan menentang pasukan Blues.
Namun, jangkaan terbukti keterlaluan untuk pemain itu.
Torres hanya mampu menemui sasaran sekali dalam musim penampilan dan penyerang yang juga digelar 'El Nino' itu hanya mampu menyumbang enam gol dalam Liga Perdana.
Setakat ini, Torres telah menyumbang empat gol walaupun telah disertakan dalam kesebelasan pasukan sejak permulaan musim ini.
"Mereka ingin memberikan peluang kepada Torres untuk membuktikan diri tetapi mampukah beliau melakukan sedemikian? Saya kurang pasti," Gullit memberitahu The Sun.
"Sumbangan beliau di Liverpool dan Atletico amat menakjubkan tetapi beliau tidak mampu mengulangi kejayaan yang sama di Chelsea. Saya kurang pasti mengapa dan ia kekal sebagai sebuah misteri.
"Jika beliau tidak mampu membawa pasukan ke hadapan, Chelsea harus menyelesaikan masalah ini."
Torres telah berpindah ke Liga Perdana pada umur 23 tahun setelah menghabiskan jangka masa 12 tahun di Atletico Madrid.
Beliau telah menjaringkan tiga hatrik dalam perjuangan ke 33 gol dalam musim pertama di England.


Ibrahimovic kagumi Steven Gerrard

Sweden vs England: Zlatan Ibrahimovic, Steven Gerrard

Kapten Sweden Zlatan Ibrahimovic mengagumi kapten England Steven Gerrard yang bakal membuat penampilan ke 100 dalam pertemuan di Stockholm pada hari Rabu.
Ibrahimovic telah menyatakan bahawa Gerrard 'lebih dari seorang pemain England biasa' dan mempunyai bakat untuk bermain di tahap antarabangsa. Pemain bintang Liverpool itu bakal menambah jumlah penampilan beliau dalam pasukan kebangsaan memandangkan beliau tidak mempunyai kesakitan ke atas kecederaan lutut yang dialami dalam perlawanan seri di Chelsea sebelum itu.
Ibrahimovic berkata: "Saya merasakan bahawa Steven Gerrard adalah seorang pemain yang hebat. Beliau telah kekal dan memenangi beberapa trofi bersama pasukan.
"Beliau sentiasa berjuang dan meninggalkan kesan lebih sebagai pemain antarabangsa dalam perlawanan. Kesemua pemain England amat agresif tetapi Gerrard merupakan cabaran yang lebih sukar. Beliau mempunyai kemampuan lebih dari seorang pemain biasa."
Pengurus Sweden Eric Hamren menyokong kenyataan Ibrahimovic.
Beliau berakat: "Saya gemar melihat beliau bermain. Beliau mampu memberikan yang terbaik dalam setiap perlawanan. Saya kecewa mendapat tahu bahawa beliau mengalami kecederaan yang mungkin menjejaskan prestasi beliau. Namun, beliau tetap kekal sebagai salah satu pemain teratas kerana kemampuan beliau untuk menyesuaikan diri kepada corak permainan dan memberikan hantaran jauh.
"Beliau telah membuktikan diri dalam Liverpool dan pasukan kebangsaan England."


Cech: Suarez tidak menipu helah

Chelsea vs Liverpool: Luis Suarez

Penjaga gawang Chelsea yakin bahawa Luis Suarez patut dikredit kerana tidak menipu helah dalam keputusan seri bersama Liverpool di Stamford Bridge pada hari Ahad.
Suarez dikritik kerana beliau terlalu mudah jatuh pada musim ini namun pemain itu tidak melakukan sedemikian dalam perlawanan pada hari Ahad di mana beliau telah menyelamatkan pasukan dengan tandukan gol penyamaan.
Cech memberikan pujian kepada Suarez dan yakin bahawa kelakuan pemain antarabangsa Uruguay itu patut dinilai tanpa merujuk kepada reputasi beliau.
"Kami harus memberikan beliau kredit kerana beliau tidak jatuh secara berlebihan atau bersikap teatrikal," Cech berkata kepada The Sun.
"Kami tahu akan ancaman beliau dalam kotak. Beliau adalah seorang penjaring gol secara semulajadi dan mempunyai bakat yang sukar diperolehi ramai pemain.
"Beliau menyerlah dalam beberapa jaringan gol musim ini dan mempunyai peluang untuk mengukir lebih peluang pada hari Ahad."
Gol penyamaan Suarez pada babak kedua tiba apabila beliau menolak Ramires untuk menanduk bola melulusi penjaga gawang. Cech turut menyatakan bahawa insiden itu tidak perlu dibincangkan kerana pasukan beliau telah mencipta lebih dari cukup peluang untuk melebarkan jarak mata.
Pemain yang berumur 30 tahun itu berkata: "Suarez merupakan seorang pemain yang bijak dan beliau telah melakukan sedemikian apabila pengadil dan pembantu terganggu dengan perkara lain."

Polis tamatkan siasatan kes Clattenburg

Football News: Mark Clattenburg, John Obi Mikel.

Pihak polis telah menamatkan siasatan kes pengadil Mark Clattenburg yang didakwa telah menyatakan komen kurang sopan dalam perlawanan.
Scotland Yard mengatakan bahawa penyiasatan kes sedang dijalankan setelah mendapati masalah perkauman telah berlaku dalam perlawanan bola sepak antara Chelsea dan Manchester United di Stamford Bridge pada 28 Oktober.
Pihak polis telah memberikan kenyataan: "Siasat telah dilakukan namun kami tidak menerima kenyataan dari pihak mangsa.
"Siasatan kes akan dihentikan lalu dimasukkan dalam rekod.
"Tanpa kenyataan mangsa atau bukti untuk menyokong dakwaan itu, penyiasatan kes tidak boleh dilakukan.
"Hanya jika situasi berubah dan kami menerima kenyataan dari pihak mangsa atau bukti tentang kesalahan itu, siasatan dijangka akan bersambung."
Pengadil yang berumur 37 tahun itu telah kembali ke sesi latihan minggu lepas untuk kali pertama sejak kes beliau dengan Chelsea diperkenalkan.
Chelsea telah mengambil tindakan setelah Clattenburg didapati bersikap rasis terhadap pemain tengah John Obi Mikel dalam perlawanan Liga Perdana.
Namun, para pegawai itu kekal menafikan dakwaan itu.
Clattenburg yang disertai oleh ketua para pengadil, Mike Riley telah membuat keputusan supaya beliau tidak menyertai perlawanan hingga akhir penyiasatan kes itu.
Persatuan Bola Sepak (FA) masih belum mengumumkan keputusan mereka.


Ejen: Balotelli akan kekal di Man City

Mario Balotelli, Man City

Ejen Mario Balotelli mengesahkan bahawa penyerang itu akan kekal di Manchester City.
Spekulasi mengenai masa depan pemain antarabangsa Itali itu semakin meningkat setelah beliau dikecuali dalam kemenangan 2-1 menentang Tottenham pada hari Ahad.
Balotelli terpaksa menyaksikan perlawanan di bangku simpanan sementara rakan sepasukan Sergio Aguero dan Edin Dezko menemui sasaran untuk pasukan juara bertahan Liga Perdana itu.
Ia kini dicadangkan bahawa pemain yang berumur 22 tahun itu akan mengakhiri kontrak di England dan pulang ke Itali di mana bekas pasukan Inter Milan dikatakan ingin mendapat khidmat beliau.
Namun, Balotelli yang telah menandangani kontrak sehingga bulan Jun 2015. turut menyatakan bahawa beliau akan berjuang untuk membuktikan diri kepada Roberto Mancini sekali lagi.
"Tiada rancangan untuk kembali ke Itali pada masa ini," Mino Raiola berkata.
"Beliau akan kekal dan tidak ingin meninggalkan pasukan.
"Sudah tentu beliau tidak bahagia setelah dikecualikan dalam permainan tetapi beliau memahami keputusan pengurus. Ia sebahagian dari sebuah perlawanan. Ia tidak bermakna bahawa beliau akan meninggalkan Manchester."

Vieira tidak meragui Roberto Mancini

Roberto Mancini, Man City

Patrick Vieira yakin bahawa keraguan terhadap kedudukan Robert Mancini sebagai pengurus Manchester City telah menjejaskan kejayaan pasukan.
Walaupun telah memenangi kejohanan Liga Perdana Barclays dan Piala FA pada tahun 2011, Mancini kini diletakkan di bawah penelitian media akibat prestasi lemah City dalam Liga Juara-Juara dan pendedahan terbaru bahawa beliau telah bertemu dengan Monaco pada musim lalu.
Jaringan gol yang telah membolosi berturut-turut dari set-pieces telah menimbulkan keraguan setelah Mancini menggunakan formasi 3-5-2 dalam pasukan pada musim ini. 
Namun, ia terbukti berbaloi apabila beliau mengubah sistem sekali lagi dalam separuh masa kedua yang telah menyebabkan kemenangan 2-1 mengatasi Tottenham pada hari Ahad sekaligus mengekalkan rekod tanpa kalah City dalam liga dan meninggalkan mereka dengan jarak dua mata di belakang pasukan teratas Manchester United.
"Ia sebahagian dari permainan bola sepak," Vieira yang sedang memegang tempat sebagai eksekutif pembangunan bola sepak di Stadium Etihad.
"Ramai orang terumata pihak wartwawan, akan sentiasa membesar-besarkan masalah kecil untuk dijadikan akhbar kerana ia terbukti dapat menarik perhatian ramai orang. Sudah tentu, kami tidak mempunyai masalah dengan itu."
Pada malam Isnin di Anugerah Bola Sepak Timur Barat, Mancini telah dinamakan sebagai Pengurus Terbaik dan Vieira menunjukan kontrak lima tahun bekas pengurus Inter Milan itu yang telah ditandangani akhir musim lalu sebagai bukti bahawa beliau sedang menikmatikan kerjaya di Manchester.
Tambahan lagi, beliau menegaskan bahawa City tidak perlu melihat jauh untuk menyaksikan maanfaat kesinambungan jangka panjang dalam pasukan
Beliau berkata: "Saya mengharapkan Mancini akan kekal di pasukan kerana saya yakin bahawa kestabilan dapat menghasilakn kejayaan.
"Manchester United merupakan salah satu contoh yang terbaik, bukan? Kami boleh mengikuti langkah yang sama.
"Rekod Mancini amat hebat dalam pasukan. Anda tidak mampu memenangi piala dan liga sebagai seorang pengurus sederhana. Ia terbukti bahawa beliau amat hebat dalam pekerjaan beliau. Beliau telah bekerja kuat sepanjang minggu dalam sesi latihan untuk menumpukan perhatian kepada pasukan dan sedang memburu taktik sesuai dalam permainan.
"Beliau selalu berjuang untuk mendapat permainan yang sempurna dan itu mungkin salah satu sebab mengapa beliau mampu meraih kejayaan."