Live Streaming

Rabu, 28 November 2012

Rajagobal: Mesti menang dengan Laos

Malaysia vs Singapore: Amar Rohidan, K. Rajagobal

Jurulatih Harimau Malaya, Datuk K.Rajagobal menegaskan mereka tiada pilihan lain selain mengutip tiga mata apabila bertemu Laos pada hari Rabu.
Selepas tewas 3-0 kepada Singapura dalam perlawanan pembukaan Piala Suzuki AFF Ahad lepas, pasukan tuan rumah kini mesti mendapatkan kemenangan bertemu Laos dan Indonesia untuk mara ke separuh akhir.
Rajagobal berkata, perlawnanan dengan Laos sangat penting dan pasukan kini hanya fokus untuk menang.
"Laos adalah satu pasukan yang mempunyai semangat yang kuat. Kami telah menyaksikan perlawanan mereka dengan Indonesia. Mereka juga berdisiplin dan serangan balas mereka tidak kurang hebatnya jadi kami harus berwaspada," katanya kepada media.
Beliau juga memberitahu akan terdapat beberapa perubahan dalam pasukan esok namun enggan menyatakan perubahan itu.
"Kami telah menjalani sesi latihan yang baik semalam. Saya telah memberitahu pemain bahawa saya serius dan mereka kenal saya.
"Semestinya terdapat perubahan dalam pasukan esok dan perubahan ini harus dilakukan." jelasnya.
Apabila ditanya jika beliau kecewa dengan kritikan dari pelbagai pihak terhadapnya dan pasukan, beliau berkata: "Kami harus menerima kritikan. Saya faham semua orang kecewa dan sebagai jurulatih, saya paling kecewa.
"Memang saya tak jangka tewas dengan Singapura tetapi anda mahu saya bimbangkan perlawanan itu atau fokus perlawanan seterusnya? Saya seorang pejuang dan optimistik.
"Semua mesti ingat, mereka harus menghargai pasukan ini kerana pasukan inilah yang pertama menjuarai Piala AFF Suzuki untuk Malaysia."
Ramai penyokong telah kecewa dengan kekalahan Malaysia Ahad lepas, namun beliau berharap sokongan akan terus diberikan.
"Kami perlukan penyokong. Saya sangat patriotik tentang pasukan saya dan negara."
Sementara itu, jurulatih Laos, Kokichi Kimura akui bukan mudah untuk bertemu Malaysia namun berharap ia akan menjadi satu perlawanan yang baik.
"Saya jangkakan satu perlawanan yang sukar dengan Malaysia. Mereka akan memberikan tekanan kepada kami kerana sebagai tuan rumah mereka mesti ingin menang." katanya.
"Kami masih mempunyai banyak peluang untuk mara. Terdapat sedikit perubahan taktik ketika bertemu Malaysia nanti kerana mereka berbeza dengan Indonesia.
"Saya tahu Malaysia akan berikan 100 peratus, jadi Laos mesti beri 110 peratus nanti," tambahnya.


Wright: Roman akan kesal pecat RDM

Roberto Di Matteo

Bekas penyerang England, Ian Wright yakin bahawa pemilik Chelsea, Roman Abramovich akan kesal memecat Roberto Di Matteo sebagai pengurus.
Lagenda Arsenal itu telah menulis dalam kolum akbar untuk The Sun, mengkritik sikap Abramovich terhadap pengurus pasukan. Beliau juga menyatakan bahawa ia mungkin telah menghindari Pep Guardiola - seorang pengurus yang amat diingini oleh jutawan Russia itu di Stamford Bridge - dari menerima tawaran kelab.
Di Matteo baru dipecat sebagai pengurus Chelsea minggu lalu setelah permulaan kempen yang tidak memuaskan walaupun telah membawa pasukan untuk meraih kejohanan UEFA Liga Juara-Juara dan piala FA.
"Semua orang dapat melihat bahawa Roman teringin sangat menawar Pep Guardiola," Wright berkata.
"Tetapi cara beliau telah membuat keputusan untuk menyelesaikan masalah, ia tentu akan menghindari Pep dari mengambil tempat itu. Ia dicadangkan bahawa beliau sedang menantikan Manchester United - atau mungkin City - kerana pemilik pasukan sanggup memberikan pengurus lebih masa untuk membuktikan diri.
"Sejujurnya, ia bukan sesuatu yang anda boleh menjangkakan dari Abramovich.
"Roman telah menunjukkan bahawa beliau tidak menghiraukan pendapat para penyokong, lebih lebih lagi setelah mengambil khidmat Rafa Benitez sebagai pengurus eksperimen.
"Pada masa ini, tentu ia lebih sukar untuk anda mencari seorang penyokong Blues yang berpuas hati.
"Beliau seperti seorang budak kecil dalam kedai permainan terbesar di dunia yang suka menukar mainan apabila keadaan tidak stabil."
Ia juga dilaporkan oleh The Sun bahawa Abramovich telah memecat sebanyak tujuh dari lapan pengurus Chelsea beliau dengan nilai harga £70juta.



Kemelut Mat Yo-KAFA tamat

Kemelut Mat Yo-KAFA tamat

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini memutuskan bahawa kontrak Norhsharul Idlan Talaha bersama Kelantan FA tamat dan berkuat kuasa hari ini.
Setelah berminggu-minggu isu kontrak Norshahrul dengan Kelantan berlarutan, akhirnya kemelut itu selesai apabila FAM memaklumkan bahawa beliau bebas dari sebarang kontrak mulai hari ini.
Beliau yang kini bersama skuad kebangsaan dijangka akan megikat kontrak dengan Johor secara tertutup di Kuala Lumpur pertang ini.
Pengerusi Jawatankuasa Status FAM, Datuk Takiyuddin Hassan di Wisma FAM memberitahu: "Setelah mendengar dan meniliti dokumen yang dikemukakan, maka jawatankuasa yang bersidang memutuskan bahawa kontrak Norshahrul atau dikenali Mat Yo tamat dan berkuat kuasa hari ini.
"Hari ini juga secara rasminya, wakil KAFA yang hadir di hadapan Jawatankuasa Status turut mengesahkan bahawa pihak mereka tidak akan mendaftar nama Mat Yo bagi mewakili Kelantan pada tahun 2013.
"Jadi, Mat Yo kini bebas dan boleh beraksi dalam mana-mana pasukan lain musim depan," katanya.
Menurut Takiyuddin, ini bermakna penyerang itu bebas untuk mengikat kontrak dengan mana-mana pasukan untuk siangan Liga Malaysia musim depan.
"Apabila diumumkan telah bebas, maka dia sudah tidak terikat dengan KAFA. Jadi mana-mana pasukan boleh mendaftarnya untuk musim depan.
"Begitu pun, pihak terbabit perlulah mematuhi setiap syarat yang ditetapkan," ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Takiyuddin turut menjelaskan bahawa pemain yang menamatkan kontraknya secara sebelah pihak, perlu membayar baki bayaran kontraknya kepada pasukan asal.
"Mengikut perkara 8.5 kontrak pemain - pemain yang menamatkan kontrak sebelah pihak perlu mmbayar baki kontraknya kepada pasukan asal.
"Dan kami dimaklumkan kontrak Mat Yo dengan KAFA masih berbaki setahun, jadi, Mat Yo perlu membayarnya.
"Jumlah bayaran tersebut bagaimanapun tidak dapat dijelaskan hari ini," kata beliau.
Tambah Takiyudin, "Mat Yo perlu membuat secara afidavit mengenai jumlah bayaran yang perlu dibayar kepada Kelantan, seperti mana yang diminta oleh Kafa."
"Dan Kelantan akan menjawab dalam bentuk affidavit jawapan.
"Apabila ada afidavit dan jawapan, barulah FAM akan memanggil untuk mendengar isu berkaitan tebusan kontrak dan lain-lain.
"Selepas itu, baru kami akan putuskan mengenai jumlah bayaran tersebut," jelasnya lagi.



Singa tak ambil mudah Indonesia

Football News: Radojko Avramovic

Jurulatih Singapura, Radojko Avramovic menggesa pasukannya untuk tidak mengambil mudah pasukan Indonesia apabila mereka bertemu Rabu ini.
Walaupun Indonesia tidak pernah menang dengan Singapura dalam kejohanan Piala AFF Suzuki, namun Radojko percaya Indonesia kali ini adalah pasukan yang berbeza.
"Indonesia mempunyai pemain yang berpengalaman yang pernah beraksi dalam Piala Suzuki sebelum ini. Kali ini mereka mempunyai beberapa penambahan pemain neutralisasi yang berkualiti dan juga pemain-pemain muda.
"Jadi kita tidak boleh ambil mudah Indonesia nanti dan seperti dengan pasukan yang lain, kita hormati mereka," kata Radojko.
"Sebelum ini tidak mudah untuk kami beraksi dengan Indonesia. Mereka mempunyai kumpulan pemain yang banyak dan pelbagai jenis pemain.
"Apa yang boleh saya katakan adalah, jika kita benarkan mereka bermain, kami akan hadapi masalah." tambahnya lagi.
Walaupun menang 3-0 ke atas Malaysia dalam perlawanan pertama, namun beliau enggan pasukan leka kerana kejohanan masih belum tamat.
Menurutnya: "Ia satu kelebihan kepada kami untuk mendapatkan tiga mata pada perlawanan pertama. Kami kekal positif. Saya percayakan pasukan saya dan mereka percayakan saya. Apa yang penting mereka yakin dan percaya diri sendiri."
Apabila ditanya siapa yang berbahaya dalam pasukan Indonesia, beliau berkata: "Sesiapa sahaja dalam pasukan boleh jadi berbahaya kepada kami. Dalam bola sepak, pemain pertahanan juga mampu menjaringkan gol. Jadi kami melihat pasukan secara keseluruhan tentang bagaimana cara permainan mereka."


Baihakki harap Singa kekalkan prestasi

Singapore vs Malaysia: Baihakki Khaizan, Safee Sali

Pemain pertahanan Singapura, Baihakki Khaizan menggesa rakan sepasukan untuk tidak leka dan terus kekalkan prestasi untuk dua perlawanan seterusnya.
Singapura berjaya menewaskan Malaysia di laman sendiri pada hari Ahad dengan keputusan 3-0 pada perlawanan pembukaan Kumpulan B Piala Suzuki AFF 2012.
Baihakki yang beraksi cemerlang di benteng pertahanan dalam perlawanan itu berharap agar Singapura mengekalkan prestasi dan momentum yang baik menjelang perlawanan dengan Indonesia dan Laos.
"Selepas kemenangan ke atas Malaysia, pasukan dalam keadaan yang positif. Saya rasa kami telah menjalani persediaan yang baik sebelum kejohanan ini walaupun keputusan persahabatan tidak berpihak kepada kami.
"Walaubagaimanapun, saya berharap kami dapat kekalkan momentum ini untuk perlawanan yang seterusnya," kata Baihakki kepada ESPN.
Beliau percaya Malaysia masih boleh bangkit selepas jaringan gol kedua Shahril Ishak yang disebabkan oleh kesilapan penjaga gol, Khairul Fahmi namun menurutnya, perlawanan tamat selepas Aleksandar Duric mrnyumbat gol ketiga sepuluh minit sebelum masa tamat.
"Dalam bola sepak terdapat saat-saat di mana beberapa perkara tidak berpihak kepada anda. Saya rasa masih awal lagi untuk Malaysia bangkit selepas jaringan gol kedua tetapi kami telah tamatkan perlawanan selepas gol ketiga," tambahnya lagi.
Baihakki yang beraksi dalam Piala Suzuki AFF buat kali kelima dalam karier bola sepaknya berharap untuk melakukan yang terbaik sehingga kejohanan tamat.
Singapura akan bertemu Indonesia pada hari Rabu dan beliau akui ia bukan satu perlawanan yang mudah.
"Bukan perlawanan yang mudah dengan Indonesia nanti tetapi kami akan menggunakan pendekatan yang sama untuk perlawanan itu seperti perlawanan yang lain. Kami akan terus berusaha keras dan kekal positif." jelasnya.



Bambang yakin pasukan mampu bangkit

Bambang Pamungkas

Bambang Pamungkas yakin bahawa Indonesia mampu bangkit semula setelah terikat seri 2-2 bersama Laos dalam perlawanan pembukaan dalam kempen Piala AFF Suzuki Kumpulan B.
Indonesia bernasib baik setelah mampu menyamakan kedudukan pada minit ke 89 untuk mengelakkan diri dari kekalahan yang memalukan kepada Laos. Vendry Mofu telah menjaringkan gol untuk pasukan Merah Putih itu yang telah ketinggalan dua kali dalam pertemuan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Dalam perlawanan menentang Singapura - yang baru menewaskan salah satu pasukan tuan rumah Malaysia 3-0 dalam perlawanan pembukaan - akan berlangsung pada hari Rabu, Indonesia sedar bahawa mereka harus lebih meningkat secepat mungkin jika mereka ingin mengekalkan peluang untuk memasuki peringkat suku akhir.
Ia sesuatu yang Bambang yakin pasukan mampu melakukan.
"Perlawanan pertama kami dalam pertandingan amat sukar dan anda dapat menyaksikan dari pertemuan bersama Laos," pemain yang berusia 32 tahun itu berkata.
"Keputusan (menentang Laos) telah mengecewakan kami tetapi keputusan seri itu juga bermakna bahawa kami masih dalam perjuangan untuk dua permainan akan datang. Kami akan melupakan keputusan itu dan fokus untuk yang akan datang.
"Kami mempunyai banyak pemain baru dalam skuad dan kami agak terkial-kial kerana ia adalah perlawanan pertama tetapi kami akan bekerja keras dalam permainan dan keputusan tidak begitu lemah.
"Dalam perlawanan seterusnya, kami akan berusaha sedaya upaya untuk menang," kapten Indonesia itu berkata.
Sebagai seorang pemain berpengalaman, Bambang merasakan bahawa Indonesia patut mempelajari dari kesilapan mereka dalam perlawanan menentang Laos - mampu membantu pasukan menjadi lebih kukuh dalam dua pertemuan Kumpulan B seterusnya.
"Ia mungkin penampilan terakhir saya dalam saingan Piala AFF Suzuki namun saya akan tetap memberikan sokongan kepada pasukan tidak kira apa jua." Bambang berkata.
"Perlawanan pertama kami telah menunjukkan para pemain bahawa permainan di tahap antarabangsa lebih sukar dari biasa. Suasana berlainan dan tekanan akan menambah jadi saya mengharapkan pasukan akan menonjolkan persembahan yang lebih baik dalam perlawanan seterusnya.
"Cabaran mengatasi Singapura dan Malaysia akan tampil berbeza tetapi kami akan tetap berjuang sepanjang perlawanan."


Laporan: United intai Baines, Ogbonna

Leighton Baines

Ia dilaporkan bahawa pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson akan mengukuhkan benteng pertahanan dengan dua tawaran mahal pada musim akan datang.
Setelah menghabiskan sebanyak £24 juta untuk menawar penyerang Arsenal Robin va Persie pada awal kempen ini, pasukan Red Devils telah menonjolkan kehebatan di jentera serangan yang juga disertai oleh pemain utama England, Wayne Rooney.
United tidak mengecewakan sesiapa di bahagian depan dan setelah hanya 13 pusingan dalam saingan Liga Perdana Braclays musim 2012/13, mereka telah menjaringkan sebanyak 32 gol - terbanyak di England setakat ini.
Namun, pasukan bimbingan England itu turut terkial-kial di bahagian belakang dan telah membolosi 18 gol dalam 13 perlawanan yang juga merupakan jumlah yang terbanyak antara pasukan dalam tempat enam teratas.
Dua akhbar England telah mengemukakan racangan Ferguson untuk menyelesaikan masalah itu apda musim akan datang untuk menggantikan pemain pertahanan Rio Ferdinand dan Patrice Evra.
Menurut Daily Mail, United telah meletakkan pemain Leighton Baines sebagai pilihan utama walaupun beliau kini merangkul nilai sebanyak £15 juta di Everton.
Ia turut dilaporkan bahawa United telah gagal melamar pemain itu pada awal musim ini dan akan cuba sekali lagi dengan pasukan Toffees untuk mendapat tandatangan pemain antarabangsa England yang berusia 27 tahun itu.
Malah, Daily Mail turut yakin bahawa Ferguson sedang memerhatikan pemain pertahanan antarabangsa Itali, Angelo Ogbonna dan menyatakan bahawa beliau adalah pilihan terbaik untuk menggantikan pemain veteran Ferdinand.
Wakil dari Old Trafford telah menyaksikan dua permainan Serie A pemain itu.
Ogbonaa berharga sebanyak £16 juta sementara United akan kehilangan Ferdinand pada musim panas nanti apabila kontrak beliau tamat.



Ahad, 25 November 2012

Harimau Malaya sedia bertemu Singa

Harimau Malaya sedia bertemu Singa

Jurulatih Harimau Malaya, Datuk K.Rajagobal akui tidak menjangkakan banyak kejutan dari pasukan Singapura apabila mereka bertemu Ahad ini.
Malaysia dan Singapura sudah bertemu dalam beberapa perlawanan sebelum ini dan Rajagobal pasti pasukannya tahu apa yang akan dihadapi oleh mereka.
"Saya tidak rasa akan terdapat banyak kejutan dari Singapura esok. Kami telah beraksi dalam pelbagai perlawanan dengan Singapura dan kami tahu pemain mereka.
"Yang paling penting, saya beri perhatian kepada pasukan saya dan perlawanan dengan Singapura Ahad ini. Kami mesti beraksi dengan penuh keyakinan." kata Rajagobal di sidang media pagi ini.
Dalam pada itu, terdapat laporan dalam akhbar hari ini yang mengatakan Rajagobal kurang senang dengan tindakan Khairul Fahmi mengadakan sidang media semalam untuk mengumumkan tarikh perkahwinannya tanpa pengetahuannya.
Beliau juga telah ditanya jika Norshahrul Idlan Talaha terganggu dengan isu kontraknya dalam Liga Malaysia.
Namun, Rajagobal lantas menegaskan bahawa beliau pasti kedua-dua pemainnya itu fokus sepenuhnya kepada perlawanan Ahad ini.
"Apa yang saya tahu para pemain saya sangat fokus. Saya menyaksikan mereka di sesi latihan dan saya kenal mereka.
"Mungkin persembahan mereka nanti akan menunjukkan jika mereka terganggu atau tidak. Apa yang pasti kami mahukan perlawanan yang baik dengan Singapura nanti," jelasnya lagi.



Vietnam terikat dengan Myanmar

Football News: Vietnam

Vietnam terikat 1-1 dengan Myanmar dalam perlawanan pembukaan Piala AFF Suzuki Kumpulan A di Stadium Rajamangala pada hari Sabtu.
Penyerang Vietnam telah membuka tirai pada minit keVietnam membuka tirai pada minit ke 34 hasil tandukan Le Tan Tai dari hantaran tetapi Kyi Lin menyamakan kedudukan untuk Myanmar apabila dijatuhkan pada minit ke 52.
Keadaan hujan lebat tidak menjejas saingan sengit kedua-dua pasukan dan Vietnam melancarkan serangan seperti dijangkakan dari minit pertama dengan aksi gelecek Le Cong Vinh yang akhirnya ditangani benteng pertahanan Myanmar.
Thanh Luong, 19 tahun, merupakan pemain paling bahawa untuk Vietnam dengan hantaran-hantaran tepat dari tengah padang. Kyi Lin juga sering mengamcam untuk Myanmar dalam perlawanan yang agak menghiburkan.
Walaubagaimanapun, keadaan benteng pertahanan Myanmar yang sering berlanggar antara pemain sendiri menyebabkan ketidakstabilan dan menghadiahkan Thanh Luong Pham dengan tendangan percuma pada minit ke 34.
Hantaran beliau yang tepat ditanduk masuk oleh Tan Tai untuk gol pembukaan.
Myanmar cuba membalas dengan gerakan serangan tetapi usaha Kyi Lin senang ditangani benteng pertahanan Vietnam.
Babak kedua menyaksikan beberapa asakan yang merbahaya dan Van Phong Dao terpaksa digantikan dengan Van Vien Nguyen akibat kecederaan.
Kyi Lin meningkatkan permainan dan aksi gelecek beliau memaksa Minh Duc untuk membuat asakan yang akhirnya menjatuhkan penyerang muda itu.
Kyi Lin kemudian menyempurnakan penalti pada minit ke 53 dan sekaligus menyamakan kedudukan 1-1.
Prestasi perlawanan semakin merosot dengan keadaan padang yang amat teruk dan keputusan kekal hingga wisel penamat.


Singapura tak hirau rekod lalu

Singapore vs Malaysia: Baihakki Khaizan, Safee Sali

Penolong jurulatih Singapura, Mike Wong menegaskan rekod lepas Singapura dengan Malaysia tidak diambil kira dan setiap perlawanan harus diberi perhatian.
Walaupun Singapura mempunyai rekod kemenangan yang lebih baik ke atas Malaysia, namun Mike Wong enggan menganggap itu sebagai kelebihan buat mereka apabila bertemu Harimau Malaya pada perlawanan pembukaan Piala AFF Suzuki dengan Singapura Ahad ini.
"Setiap perlawanan adalah perlawanan yang baru buat kami. Rekod lalu tidak diambil kira. Perlawanan Ahad ini sangat penting and kami harus benar-benar bersedia," katanya di sidnag media Kumpulan B Piala Suzuki pagi ini.
Menurutnya lagi, perlawanan pertama ini akan menentukan tahap sebenar pasukan.
"Kami telah beraksi dalam beberapa perlawanan persahabatan sebelum ini dan ia 15 hari yang sukar. Saya rasa perlawanan pembukaan ini akan menentukan beberapa aspek dalam pasukan dan kami tidak sabar untuk beraksi," tambahnya.
Untuk Piala Suzuki tahun ini, terdapat beberapa perubahan dalam pasukan berbanding dengan pada tahun 2010 dimana beberapa pemain muda telah disertakan.
"Kami telah melakukan beberapa perubahan dalam pasukan berbanding Piala Suzuki sebelum ini. Hariss Harun dan Qiu Li pertama kali beraksi dalam kejohanan ini.
"Pertahanan, Safuwan yang tidak banyak diturunkan sebelum ini akan mendapat lebih peluang. Kami mengenali sedikit sebanyak tentang pihak lawan. Kami telah menyaksikan mereka dan membuat analisa." jelasnya lagi.
12 pemain dari pasukan LIONSXII yang beraksi dalam Liga Super Malaysia telah disenaraikan dalam pasukan kebangsaan Singapura kali ini dan Mike percaya itu bukan sahaja satu kelebihan untuk pasukannya namun juga untuk Malaysia.
"Saya rasa perkara itu satu kelebihan untuk kedua-dua pasukan. Lions mungkin mengenali cara permainan Malaysia tetapi begitu juga dengan Malaysia yang menyaksikan Lions di Liga Super."



Harry Redknapp ambil alih QPR

Harry Redknapp

Harry Redknapp telah diumumkan sebagai pengurus baru QPR setelah pemecatan Mark Hughes pada hari Jumaat.
Bekas pengurus Tottenham itu telah diumumkan sebagai pengganti Mark Hughes oleh Queens Park Rangers di laman rasmi kelab mereka.
Beliau telah menandatangani kontrak selama dua setengah tahun tetapi hanya mampu menyaksikan pertembungan pasukan baru dengan Manchester United nanti.
Beliau telah berkata kepada laman rasmi QPR: "Saya amat teruja dengan pelantikan sebagai pengurus QPR.
"Apabila pihak pemilik memberitahu rancangan mereka, saya rasa ini adalah peluang yang saya tidak boleh tolak.
"Saya tidak boleh nafikan bakat skuad kami yang tidak bernasib baik sejak permulaan musim.
"Saya tidak sabar untuk terus bekerja dan memulakan musim saya."
Redknapp dianggap sebagai satu-satunya pengurus England terbaik dan rekod beliau amat menyerlah.
Setelah meraih Piala FA bersama Portsmouth pada tahun 2007, beliau mendorong pencapaian Tottenham Hotspur dalam penampilan pertama dalam Liga Juara-Juara pada tahun 2009.
Beliau juga meraih anugerah pengurus Liga Barclays terbaik pada tahun itu.
Pengerusi QPR Tony Fernandes berkata: "Harry adalah sasar utama kami. Kami amat bangga dengan penyertaan beliau.
"Rekod beliau dalam Liga Barclays amat menyerlah dan kami memerlukan ciri-ciri dan kemahiran beliau."


Benitez ingin lepaskan Lampard, Cole

Football News: Frank Lampard, Ashley Cole, Chelsea


Pengurus baru Chelsea Rafael Benitez telah menyatakan yang beliau mungkin melepaskan Ashley Cole dan Frank Lampard.
Kedua-dua bintang antarabangsa England itu belum menandatangani kontrak dengan juara bertahan Liga Juara-Juara setakat ini dan masa depan mereka belum ditentukan.
Mengikut Benitez, yang telah menggantikan Roberto Di Matteo di Stamford Bridge pada hari Rabu, beliau tidak jangka yang mereka akan menjejas prestasi kelab Chelsea dalam musim akan datang.
Apabila ditanya jika kedua-dua pemain itu akan berpindah: "Besar kemungkinan. Saya tidak mempunyai informasi lanjut dan saya belum berupaya untuk mendapatkan semua kenyataan kerana hanya ada di sini selama tujuh bulan, tetapi saya rasa besar kemungkinan."
Jike jangkaan Benitez betul, ia menandakan akhirnya sumbangan dua pemain penting Chelsea.
Lampard yang kini berusia 34 tahun, telah serta Chelsea dari West Ham pada 2001 dan telah menjadi penjaring gol ketiga terbanyak dalam sejarah kelab itu dengan 189 gol. Beliau telah menang tiga kejuaraan liga, empat Piala FA, dua Piala Liga dan kejuaraan Liga Juara-Juara dengan pasukan Blues. Walaubagaimanapun ketua pasukan Chelsea itu telah dikaitkan dengan perpindahan ke MLS di Amerika.
Cole, yang kini berusia 31 tahun, telah meraih Piala FA dan Liga Juara-Juara setelah serta kelab itu dari Arsenal pada 2006.



Sabtu, 24 November 2012

Hazwan tak sangka dipilih

Hazwan tak sangka dipilih

Penyerang Harimau Muda, Ahmad Hazwan Bakri tidak sangka telah disenaraikan dalam skuad 22 pemain Harimau Malaya untuk Piala Suzuki AFF 2012.
Hari ini, jurulatih skuad kebangsaan Malaysia, Datuk K.Rajagobal telah menamakan senarai 22 pemain untuk saingan Piala Suzuki AFF termasuk tiga pemain Harimau Muda, Wan Zack Haikal, Gary Robbat dan Ahmad Hazwan yang pertama kali dipilih untuk kejohanan Piala Suzuki AFF.
Hazwan yang dikatakan sebagai pengganti Safee Sali satu hari nanti akui terkejut dan tidak sangka telah disenaraikan dalam skuad akhir Harimau Malaya untuk kejohanan Piala Suzuki ini.
"Pertama sekali saya bersyukur dan gembira kerana disenaraikan dalam skuad senior Malaysia untuk Piala Suzuki. Saya tidak sangka jurulatih telah memilih saya tahun ini. Bagi saya ini adalah satu impian setiap pemain bola sepak di Malaysia," kata Hazwan kepada ESPNSTAR.my
Bakat Hazwan mula mendapat perhatian sejak dia bersama skuad Kuala Lumpur FA dan kemudian telah diserap masuk dalam skuad Harimau Muda A.
Pada bulan April 2012, Hazwan pertama kali telah dipanggil untuk menyertai skuad Malaysia dan telah beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang Sri Lanka dimana dia berjaya menjaringkan hatrik.
Walaupun saingan untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama sedikit sukar dengan adanya pemain asal seperti Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha, namun Hazwan berjanji untuk tidak berputus ada dan terus berusaha untuk memberikan sumbangan kepada skuad negara.
Menurutnya lagi: "Saingan dalam skuad memang sukar untuk mendapatkan tempat tetapi itu tidak bermakna saya harus sambil lewa sahaja. Peluang seperti ini tidak dinikmati oleh semua pemain. Jadi, saya akan mengambil peluang yang sepenuhnya jika diberi peluang beraksi."
Pasukan tuan rumah Kumpulan B akan membuka tirai Piala Suzuki AFF menentang pasukan negara jiran, Singapura dan pemain muda kelahiran Labuan itu sudah bersedia jika diturunkan dalam perlawanan itu.
"Saya sentiasa bersedia jika diturunkan untuk beraksi. Itu sesuatu yang saya akan pastikan untuk diri saya dan saya sentiasa berazam untuk berikan yang terbaik." katanya lagi.



Schafer sedar ancaman Filipina

Singapore vs Philippines: Phil Younghusband, Hyrulnizam Juma'at

Jurulatih Thailand Winfried Schafer sedar bahawa pasukannya harus berwaspada kepada ancaman Filipina pada hari Sabtu nanti.
Pasukan Thailand merupakan pasukan tuan rumah bagi kumpulan A dalam kejuaraan Piala AFF Suzuki dan dijangka akan melayakan diri ke pusingan seterusnya dengan senang.
Walaupun sebelum ini perlawanan dengan Filipina dianggap sebagai pertembungan yang senang, prestasi mereka ternyata telah meningkat.
"Saya telah menyaksikan perlawanan Filipina dan Singapura [dalam perlawanan persabahatan pada bulan September]" beliau memberitahu ESPNSTAR. "Mereka adalah pasukan yang baik."
"Kebanyakkan pemain mereka berpangkalan di Jerman dan satu darinya bermain di Bundesliga.
"Mereka kuat dan pantas- corak permainan seperti pasukan England."
Pemain yang dikatakan Schafer itu adalah pemain Hoffenheim Stephan Schrock, yang tidak dapat serta bersama dengan penjaga goal Fulham Neil Etheridge akibat tanggungjawab bersama kelab.
Jurulatih Jerman itu mengakui yang pasukannya sedar mereka mempunyai harapan yang lebih dengan ketiadaan mereka.
"Kami bernasib baik mereka tidak dapat bermain." Schafer menambah.
"Saya harap para peminat akan menyumbang dengan sokongan mereka."
Bekas pengurus Cameroon itu juga telah mendedahkan persiapan pasukannya yang dikatakan tidak berjalan dengan lancar.
"Kami telah melancarkan persiapan selama tiga minggu sekarang." beliau berkata.
"Walaubagaimanapun ramai pemain masih cedera.
"Semangat pasukan kami semakin meningkat dan semua ingin cuba meraih kejuaraan Piala Suzuki.
"Kami telah bekerja keras dalam beberapa minggu ini dan akan memberi tumpuan penuh dalam perlawanan pertama kami.
"Kami mempunyai peluang yang baik untuk sampai ke perlawanan akhir dan perlu cuba yang terbaik.
Juara 2008 Vietnam pula akan bertemu Myanmar dalam perlawanan lain Kumpulan A pada hari yang sama.


Weiss menjangka pertemuan sengit

Teerasil Dangda, Thailand

Jurulatih Filipina Michael Weiss berpendapat bahawa pertembungan dengan Thailand adalah ujian paling mencabar untuk pasukannya.
Pasukan Azkal akan menghadapi perlawanan pembukaan yang paling mencabar apabila bertemu Thailand, yang merupakan juara Piala AFF Suzuki tiga kali dan pasukan tuan rumah Kumpulan A, pada hari Sabtu nanti.
Walaupun dianggap sebagai pasukan yang lemah sebelum ini, Filipina kini adalah pasukan kedua terbaik di kedudukan FIFA dan semakin meningkat sejak kejuaraan 2010.
Walaubagaimanapun, Weiss enggan terbawa-bawa oleh gelaran 'pasukan pilihan' dan menyatakan bahawa pasukannya harus bertungkus-lumus jike ingin menang.
"Saya rasa pasukan Thailand adalah pilihan kegemaran untuk menang." kate Weiss kepada ESPNSTAR.
"Ia tidak penting yang kami akan bertemu mereka dalam perlawanan pembukaan, kami akan bertemu semua pasukan. Kami amat teruja untuk bertemu pasukan kegemaran.
"Thailand adalah pasukan yang hebat dan berpengalaman setelah bersaing dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia dengan Australia, Oman dan Saudi Arabia. Kami ingin lihat kemajuan pasukan sendiri."
Ia telah diumumkan bahawa Filipina tidak akan serta penjaga goal Neil Etheridge dan Stephan Schrock akibat tanggungjawab bersama kelab mereka Fulham dan Hoffenheim.
"Kami mempunyai pemain gantian yang berupaya untuk menjalankan tugas jadi kami tidak bimbang."
Filipina berlum pernah menang kejuaraan ini sementara kali terakhir Thailand menang adalah pada tahun 2002.


Diari Piala AFF Suzuki

Diari Piala AFF Suzuki

Ikuti kemeriahan dan liputan Kumpulan B Piala Suzuki AFF Suzuki 2012 bersama Editor ESPNSTAR.my, Aysha Ridzuan!
Hari Pertama: 24/11/12
Saya tiba di Kuala Lumpur dari Singapura semalam disambut dengan cuaca yang mendung dan hujan di tengah hari.
Kebetulan juga semalam jurulatih Harimau Malaya, Datuk K.Rajagobal telah menyenaraikan skuad 22 pemainnya untuk Piala Suzuki yang akan bermula Ahad ini.
Beliau membuat keputusan untuk mengugurkan penjaga gol Harimau Muda, Izham Tarmizi dan juga Irwan Fadzli Idrus dari ATM. Keputusannya itu tidak begitu mengejutkan dan sudah dijangka oleh ramai pihak.
Satu peluang berharga pula untuk tiga pemain Harimau Muda, Hazwan Bakri, Gary Robbat dan Wan Zack Haikal yang pertama kali diebri peluang beraksi dalam kejohanan ini.
Saya sempat menemu bual mereka bertiga semalam dan reaksi pertama mereka adalah mereka tidak menjangkakan akan terpilih untuk Piala Suzuki tahun ini. Saya percaya mereka mampu membantu pasukan negara.
Hari ini sidang media pasukan Singapura dan Malaysia akan diadakan di Hotel Palace of The Golden Horses dan kemudian saya akan ke sesi latihan Malaysia di sebelah petang.



Mark Hughes dipecat QPR

Mark Hughes

Mark Hughes telah dipecat QPR akibat gagal mendapatkan kemenangan dalam Liga Barclays musim ini.
Hughes telah menerima kritikan setelah kekalahan 3-1 kepada Southampton dan ia merupakan perlawanan ke 12 yang mereka gagal menang.
Pengurus Wales itu dijangka akan terus mengurus pasukan setelah bertemu pengerusi Philip Beard awal minggu ini tetapi akhirnya dipecat juga selepas satu setengah tahun.
"Queens Park Rangers telah menamatkan kontrak pengurus Mark Hughes hari ini." kata kelab itu di laman rasmi Twitter mereka.
"Mark Bowen dan Eddir Niedzwieki akan mengambil alih pasukan dalam perlawanan dengan Manchester United pada hari Sabtu.


Ferguson: Benitez bernasib baik

New Chelsea manager Rafael Benitez

Pengurus Manchester United Sir Alex Ferguson telah menyindir Rafael Benitez dengan menyatakan bahawa beliau hanya bernasib baik.
Saingan sengit dalam pertembungan antara Manchester United dan Liverpool semasa pengurus Sepanyol itu berada di Liverpool kini berterusan lagi.
Ferguson dan Benitez telah bertelingkah apabila pengurus Manchester United itu enggan menjual Gabriel Heinze kepada Liverpool dan pada tahun 2009, pengurus Scotland itu telah menyatakan yang Liverpool terjejas kelemahan keyakinan.
Benitez telah membalas dengan mengatakan yang Ferguson hanya berjaya kerana mendapat pihak FA memilih kasih.
Setahun kemudian, United kemudian menang kejuaraan liga dan Benitez meninggalkan Liverpool.
"Benitez telah lama menunggu peluang untuk bekerja dan amat bernasib baik kerana mempunyai peluang untuk meraih dua kejuaraan walaupun tidak menyumbang kepada pasukan." kata Ferguson.
"Jose Mourinho telah menang treble di Inter dan Rafa mengambil alih dan menang kejuaraan tanpa perlu menukar apa-apa."
"Beliau tidak menyumbang kepada struktur pasukan."
"Saya harap beliau akan mendapat nasib baik pada hari Ahad nanti."
"Ia perkara biasa untuk pengurus baru meraih kemenangan dalam perlawanan pembukaan mereka."
Ferguson juga telah memberi pandangan tentang Roberto Di Matteo yang baru sahaja dipecat.
"Saya rasa semua kesian dengan Roberto Di Matteo." katanya lagi.
"Ia mengagumkan kerana beliau telah menang Piala FA dan Liga Juara-Juara."
"Kekecewaan terbesar adalah beliau akan serta dalam Piala Kelab Sedunia. Saya jangka mereka akan memberinya peluang."
"Itu sebab utama saya kesian terhadapnya - beliau sepatutnya menambah kejuaraan Piala Kelab Sedunia kepada pencapaian Piala FA dan Liga Juara-Juara."



Wenger beri pujian kepada Ferguson

Football News: Sir Alex Ferguson.

Pengurus Arsenal Arsene Wenger telah memuji saingannya Sir Alex Ferguson setelah penghargaan dari Manchester United.
United telah memberi penghargaan kepada pengurus mereka, Sir Alex Ferguson yang kini berusia 70 tahun, untuk sumbangannya selama 26 tahun dalam bentuk patung dengan nama beliau di Old Trafford.
Wenger sering bersaing dengan Ferguson selama 16 tahun di Arsenal tetapi masih menghargai pengurus Scotland itu dan menyatakan bahawa sesiapa yang ia amat sukar untuk menggantikannya.
Pengurus Perancis itu telah berkata: "Saya tidak rasa yang pengurus lain dapat kekal di tahap tertinggi untuk begini lama."
"Ia amat mengagumkan kerana jika beliau meinggalkan kelab, ia amat sukar untuk penggantinya mencapai apa yang dibuat beliau.
"Kelab ini akan terjejas peninggalan beliau kerana Ferguson terlibat dengan hampir kesemua aspek Manchester United.
"Beliau adalah ikon dan wira kelab ini.
"Apa yang saya mengagumi tentang Ferguson adalah fikiran jangka masa panjang beliau yang sering menyesuaikan diri.
"Beliau tahu yang perubahan harus berlaku jika ingin terus berjaya dan tidak terjejas oleh pencapaian lama.
"Beliau sering dahagakan kejayaan dan Ferguson telah melancarkan perubahan dengan penuh keyakinan.
"Kerjaya sebagai pengurus memerlukan pengorbanan yang besar dan Ferguson telah melakukannya demi bola sepak.
"Beliau telah menang kesemuanya dan ini amat mengagumkan."
Ferguson telah menang kejuaraan Liga pertama dengan United pada tahun 1993 sebelum meraihnya 11 kali lagi dan juga telah mendorong kemenangan United dalam Liga Juara-Juara dua kali termasuk lima kemenangan Piala FA.
Ryan Giggs, pemain veteran yang penting dalam pasukan United juga memuji Ferguson dan berkata: "Beliau adalah seorang yang hebat. Walaupun beliau mengurus kelab terbesar di dunia, beliau masih meluangkan masa untuk pemain muda atau mereka yang bermasalah.
"Beliau adalah pengaruh utama dalam kerjaya saya."
Wira England David Beckham yang telah bermain di bawah arahan Ferguson dan meraih kejuaraan liga enam kali sebelum berpindah ke Real Madrid pada 2003 juga mempunyai pendapat yang sama.
Beckham berkata: "Saya rasa Ferguson sering mencapai kejayaan kerana beliau amat bersemangat dalam kerjaya beliau.
"Beliau tahu apa yang perlu dibuat untuk menang perlawanan dan sedar bagaimana untuk mengharungi tekanan sambil menjaga pasukan dan pemain beliau.
"Saya menganggapnya sebagai bapa dalam masa saya di Manchester United."



Jumaat, 23 November 2012

Piala Suzuki LIVE di ESPN Star Sports

Piala Suzuki LIVE di ESPN Star Sports

ESPN Star Sports berbangga untuk membawakan kepada anda siaran langsung perlawanan Piala Suzuki AFF 2012.
Liputan akan melibatkan penyiaran semua 18 perlawanan peringkat kumpulan bermula Sabtu ini yang secara langsung memberi peluang kepada penyokong bola sepak untuk mengikuti pasukan kegemaran mereka dan pasukan lain yang bertanding di rantau ini.
ESPN Star Sports juga akan mmembuat liputan berita di ESPN SportsCenter, Score Tonight di Star Sports dan saluran berita 24 jam sehari, ESPNEWS.
Ini juga termasuk laporan di lokasi di Kuala Lumpur dan Bangkok dari pasukan wartawan yang akan membawa kepada anda temu bual eksklusif pemain dan pengurus, disebalik tabir, laporan terkini pasukan, sidang media dan sorotan perlawanan.
Piala Suzuki tahun ini dianjur oleh Malaysia dan Thailand dari 24 Nov hingga 21 Disember bagi peringkat kumpulan.



Rajagobal akan ambil tindakan tegas

Rajagobal akan ambil tindakan tegas

Datuk K.Rajagobal akan mengambil tindakan tegas jika pasukan Malaysia gagal mendapatkan keputusan positif apabila bertemu Singapura Ahad ini.
Pasukan Harimau Malaya telah dikritik hebat selepas aksi hambar dalam empat perlawanan persahabatan terakhir menjelang Piala Suzuki AFF.
"Kami tidak mendapat keputusan yang diharapkan menentang Bangladesh dan saya akan mengambil tindakan tegas jika kami tidak mendapatkan keputusan positif dengan Singapura," kata Rajagobal kepada The Star.
"Saya bimbangkan persembahan pasukan tetapi kami mempunyai beberapa hari lagi untuk perbaiki itu. Lagi satu aksi hambar mungkin akan menggesa saya untuk melakukan perubahan drastik terhadap pasukan."
Selepas Zaquan Adha mengalami kecederaan pada perlawanan dengan Bangladesh, Rajagobal telah memanggil semula Azamuddin Akil yang digugurkan minggu lepas.
Jurulatih berusia 53 tahun itu berkata beliau akan fokus untuk memotivasikan pemain dan meningkatkan semangat mereka.
"Kami semua perlu positif pada masa yang genting ini dan kekalkan momentum," katanya.
Malaysia akan bertemu Singapura pada perlawanan pembukaan Piala Suzuki AFF Ahad ini di Stadium Bukit Jalil.


Negeri Sembilan nafi intai Ghaddar

Negeri Sembilan nafi intai Ghaddar

Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS)menafikan khabar angin yang mengatakan mereka berminat untuk mendapatkan import Kelantan, Mohamed Ghaddar.
Baru-baru ini Mohamed Ghaddar telah dikaitkan dengan perpindahan ke Negeri Sembilan selepas permohonan kenaikan gajinya bersama Kelantan dikatakan terlalu tinggi dan Kelantan mungkin akan melepaskannya.
Namun, Presiden PBNS Datuk Seri Mohamad Hasan telah menafikan perkara itu.
"Usah dengar khabar angin." katanya kepada Sinar Harian.
Beliau turut tidak mengetahui dari mana timbulnya berita itu dan memberitahu bahawa mereka masih dalam pencarian pemain import.
"Seperti kita maklumkan sebelum ini, kita masih lagi mencari pemain import berkualiti dari benua Afrika dan Amerika Selatan, khususnya negara Argentina.
"Tidak pernah pula kita sebut ingin mencari pemain dari benua Asia," katanya lagi.



Hart kecewa dengan pasukan

Football News: Man City vs Real Madrid

Joe Hart kecewa dengan pasukan Manchester City setelah mereka gagal melayakkan diri akibat keputusan seri 1-1 menentang Real Madrid di padang sendiri.
Karim Benzema telah membuka tirai perlawanan untuk pasukan juara Sepanyol itu manakala City kekal yakin apabila Sergio Aguero berjaya menyamakan kedudukan hasil sepakan penalti setelah dikasari Alvaro Arbeloa yang dibuang padang.
City turut berjuang mencari gol kemenangan untuk menewaskan pasukan Real Madrid yang terpaksa bermain dengan hanya sepuluh pemain pada sesaat terakhir perlawanan.
Ia terbukti tidak berhasil dan keputusan seri itu telah meninggalkan pasukan juara Liga Perdana itu dengan hanya tiga mata dalam Kumpulan D sekaligus menyingkirkan dari saingan Liga Juara-Juara.
"Kami amat kecewa. Kami mempunyai cukup peluang dalam kumpulan untuk melayakkan diri," penjaga gawang England Hart memberitahu Sky Sports 2.
"Kami telah mensia-siakan beberapa perlawanan. Kami dikalahkan dalam dua perlawanan lawatan dan tidak pernah menang di padang sendiri.
"Kami telah mendahului di Amsterdam dan juga di Madrid. Ia merupakan sebuah kempen yang amat mengecewakan."
Pasukan pelawat telah menguasai perlawanan apabila Benzema melulusi Maicon untuk memberikan hantaran jarak dekat walaupun City mempunyai kecukupan pemain pertahanan pada masa itu.
Jaringan gol itu terbukti menjejaskan prestasi pasukan dan pengurus Roberto Mancini mengakui bahawa pasukan tidak memuaskan dalam beberapa detik perlawanan.
"Mereka berjaya mengukir peluang pertama dan telah mengambil kesempatan ke atas kesilapan kami. Kami mempunyai lima pemain pertahanan dalam kotak penalti tetapi masih ditewaskan." pengurus Itali itu memberitahu Sky Sports 2.
"Kami tidak mampu bermain dengan baik dalam babak pertama dan telah mensia-siakan satu dua peluang.
"Namun, kami tidak kalah malam ini (Rabu), kami dibenam dalam beberapa perlawanan pertama - kami telah mendahului 2-1 di Madrid pada lima minit terakhir; Mendahului di Amsterdam dan telah kehilangan beberapa peluang untuk mengakhiri perlawanan.
"Saya kecewa seperti semua orang di sini. Kami telah membuat beberapa kesilapan nahas.
"Kami sedar akan tahap kesukaran bermain dalam kumpulan ini tetapi kami telah yakin dengan kekuatan pasukan. Anda mampu kalah menentang Real Madrid, Borussia Dortmund tetapi kami dikecewakan - kami teringin sangat melangkah masuk peringkat seterusnya."



Rafael Benitez dilantik pengurus Chelsea

Rafa Benitez.

Roman Abramovich melalui detik kontroversi lagi apabila mengumumkan Rafael Benitez sebagai pengganti Roberto Di Matteo.
Pemilik Rusia itu telah melantik bekas pengurus Liverpool hingga akhir musim apabila kelihatan gagal mendapatkan Pep Guardiola, sasaran utama mereka.
Mereka telah mengumumkan yang Benitez adalah pengurus "interim" dan bukan untuk jangka masa yang panjang dalam kenyataan: "Kelab Bola Sepak Chelsea telah mengumumkan yang Rafael Benitez telah dilantik sebagai jurulatih interim hingga akhir musim.
"Pemilik dan pihak pengurusan berpendapat bahawa Benitez adalah pengurus yang berpengalaman dan dapat membantu mendorong kejayaan pada musim ini.
"Pengurus Sepanyol yang kini berusia 52 tahun itu akan bertemu pemain di Cobham esok.
"Juara dua kali pengurus terbaik UEFA itu telah membuktikan kemampuan.
"Beliau telah mula kerjayanya di Sepanyol dan mendapat reputasi sebagai pengurus yang berkaliber terutama dari masa beliau di Valencia setelah meraih kejuaraan Liga Sepanyol dua kali dan Piala UEFA.
"Beliau kemudian ke Liverpool selama enam tahun dan memberi mereka Piala Eropa kelima mereka dan Piala FA."
Kontrak Benitez jelas memberi tanda yang Abramovich masih sasar Guardiola sebagai pengurus beliau setelah bekas pengurus Barcelona itu mengakhiri masa rehat beliau.
Pengumuman itu hanya 24 jam setelah pengurus lama dipecat.
Di Matteo tidak menyertakan Fernando Torres dalam perlawanan terakhir beliau dengan Juventus dan kini pengurus yang telah mendorong kejayaan pemain yang bernilai £50 juta telah dilantik.
Di Matteo merupakan pengurus kesembilan yang telah dipecat dalam lapan tahun.
Pelantikan Benitez telah dikritik oleh peminat Chelsea yang tidak puas dengan pencapaian di Anfield dan Intermilan.
Benitez pula kelihtan tidak terjejas dan berkata kepada Sport360: "Saya sasar kelab yang mampu bersaing untuk trofi dan Chelsea adalah pilihan yang jelas."



Mourinho: Real patut tewaskan City

Football News: Man City vs Real Madrid

Jose Mourinho yakin bahawa pasukan patut menewaskan Manchester City dalam pertemuan Liga Juara-Juara Kumpulan D yang berakhir dengan keputusan seri 1-1.
Pasukan juara Liga Perdana memerlukan kemenangan untuk melangkah masuk peringkat kalah mati dalam saingan Liga Juara-Juara, tetapi permainan menentang Real Madrid telah megecewaskan apabila jaringan Karim Benzema membawa pasukan bimbingan Mourinho ke hadapan.
Namun, pasukan Los Blancos gagal mengambil kesempatan ke atas kelebihan walaupun sedang menguasai eprlawanan dan pasukan Roberto Mancini berjaya menyamakan kedudukan dari sepakan penalti setelah Alvaro Arbeloa dibuang padang.
Mourinho kecewa dengan ketidakmampuan pasukan untuk menyempurnakan peluang yang dicipta dalam babak pertama.
Beliau berkata kepada uefa.com pada akhir perlawanan: "Saya berpendapat bahawa kami patut menang. Kami telah mengukir cukup peluang untuk menjaringkan gol kedua dan jika kami telah melakukan sedemikian dalam babak pertama, kami boleh mengakhiri perlawanan lebih cepat. Mereka telah menggunakan kelebihan sepakan penalti dalam babak kedua dan kami harus berjuang setelah kehilangan satu pemain." beliau mendedahkan.
"City mempunyai ramai pemain di kubu serangan: Tevez, Nasri, Aguero, Dzeko. Kami hanya mempunyai sepuluh pemain namun kami mampu bertahan. Kami telah menguasai perlawanan dan berjaya melayakkan diri."
Perlawanan kedua dalam Kumpulan D telah menyaksikan Borrusia Dortmund meraih kemenangan mudah 4-1 menentang Ajax, membenarkan pasukan juara Bundesliga itu untuk berakhir di tempat utama dalam kedudukan tetapi pengurus Los Blancos itu tampil tetap bangga dengan percapaian pasukan.
Real Madrid akan bermain dalam perlawanan domestik dengan Real Betis hujung minggu ini.



Peminat Spurs ditikam di Rome

Football News: Tottenham fans

Ia dilaporkan bahawa beberapa penyokong bola sepak English ditikam oleh geng samseng terkenal di Rome, meninggalkan dua peminat cedera parah di hospital.
Masalah timbul sebelum perlawanan Liga Eropah antara Tottenham dan Lazio di Rome pada malam Khamis.
Akhbar Itali La Repubblica telah melaporkan bahawa kejadian itu berlaku awal pagi ini pada jam 1 pagi di Campo de Fiori apabila sebanyak 100 Ultras - geng samseng terkenal - menyerang sekumpulan peminat Spurs.
Sepuluh penyokong dikatakan cedera, dua ditikam dan salah satu yang sedang berada dalam tahap kritikal.
Keganasan itu dipercayai telah berlaku di pub Drunken Ship di mana peminat kelab London itu sedang menikmati minuman.
Pelbagai gambar telah menunjukkan kerosakan pub itu. Akhbar turut melaporkan bahawa para penyokong Lazio telah bersenjata dengan pisau, tali pinggang dan banyak-banyak lagi sebelum merosakkan pub itu.
Seorang saski telah memberikan kenyataan: "Kami telah menantikan yang paling buruk pada masa itu."
Ia dipercayai bahawa pihak polis telah menangkap beberapa suspek di tempat kejadian. Seorang wakil dari - Pejabat Asing dan Commonwealth - telah mengesahkan penyiasatan mereka.



Wenger lega Arsenal menang

Football News: Arsenal vs Montpellier

Pengurus Arsenal Arsene Wenger lega dengan kemenangan Arsenal untuk melayakkan diri masuk peringkat kalah mati dalam saingan Liga Juara-Juara.
Pasukan Gunners telah menewaskan pasukan juara Perancis Montpellier dengan mudah di Stadium Etihad apabila Lukas Podolski menjaringkan gol voli setelah gol pertama Jack Wilshere dalam dua tahun.
Kemenangan 2-0 serta keputusan di mana Schalke telah menang lewat dengan Olympiacos telah menjaminkan tempat Arsenal dalam tempat 16 teratas walaupun masih berbaki satu lagi kunjungan ke Greece.
Pasukan London Utara itu telah mendapat tempat kedua dalam Kumpulan B sebelum memasuki eprlawanan terakhir dalam peringkat berkumpulan dan Wenger ingin pasukan berjuang mengastasi pasukan bimbingan Huub Stevens itu.
"Kami memerlukan dua keputusan baik - keputusan hasil kami sendiri dan juga Schalke - dan kami sangat bahagia sekarang," pengurus PErancis itu menyatakan.
"Saya menyaksikan pasukan Montpellier yang teratur dan kuat dalam cabaran mereka. MEreka juga agresif jadi pasukan tidak mampu sabar atau leka membuat kesilapan.
"Kami melalui beberapa masalah dalam babak pertama sambil mengubah dari pertahanan ke serangan dan ia telah meningkat dalam babak kedua. Kami mampu memikul bola dan mengukir lebih peluang.
"Saya gembira dengan jaringan gol Wilshere kerana ia hanya bermakna bahawa beliau telah kembali kuat seperti dahulu malah gol kedua oleh Podolski sama hebat."
Wilshere telah menyatakan bahawa Arsenal harus lebih memperbaiki jika mereka ingin berjuang meraih kejohanan Liga Juara-Juara pada akhir perlawanan itu dan Wenger telah menyokong kenyataan pemain tengah itu.
"Saya setuju akan kenyataan beliau," pengurus Perancis itu berkata.
"Kami sedar akan itu dan akan bermain pada bulan Mac nanti. Apa yang penting untuk pemain seperti Jack adalah untuk mereka melalui beberapa perlawanan akan datang dan lebih meningkat."


Brendan Rodgers berterima kasih

Football News: Raheem Sterling, Jose Enrique, Luis Suarez, Liverpool

Pengurus Liverpool Brendan Rodgers berterima kasih kepada pemilik pasukan yang telah sentiasa memberikan sokongan kepada beliau.
Pasukan juara Liga Juara-Juara Chelsea sedang berada jarak lapan mata di atas Liverpool dalam kedudukan Liga Perdana tetapi ia adalah Roberto Di Matteo yang dipecat oleh pemilik Blues Roman Abravmoich setelah pasukan gagal 3-0 menentang Juventus baru-baru ini.
Beliau berkata kepada Daily Mail, Rodgers mengakui bahawa pasukan Reds tidak patut mendapat tempat terakhir dalam kedudukan liga tetapi beliau yakin pemilik pasukan akan memberikan sokongan dalam visi untuk membawa pasukan ke hadapan.
"Saya menghormati sesiapa yang telah sabar dengan saya kerana Liverpool merupakan sebuah pasukan yang sentiasa mempunyai banyak permintaan dan salah satu teratas dunia, namun saya amat menghormati orang yang lebih realistik dengan jangkaan mereka terhadap pasukan." Rodgers bekata.
"Kami telah berusaha sedaya upaya untuk memahami etika dan nilai pasukan untuk membawa pasukan ke hadapan. Pemilik pasukan telah menyakinkan saya terutama awal musim ini di mana kami banyak kecundang."
Sejak menjadi pengurus pada musim panas, bekas pengurus Swansea itu terpaksa menggunakan beberapa pemain muda akibat kekurangan pilihan dalam skuad. Walaubagaimanapun, Rodgers yakin musim ini akan monolong pasukan Reds dalam perjuangan jangka panjang.
"Saya telah mendapat mesej sokongan, ada yang telah meminta maaf kerana memberikan saya kurang pemain. Apabila realiti mula melanda pasukan, ia mampu menolong kami dalam segi masa, kewangan dan usaha serta mampu mendorong kami dalam masa sukar. Ini hanya merupakan awal perjuangan kami."
Liverpool akan berhijrah ke Stadium Liberty untuk bertemu Swansea dalam perlawanan liga pada hari Ahad.


Di Matteo masih sokong Chelsea

Di Matteo

Roberto Di Matteo menyatakan bahawa beliau kagum sebagai pengurus Chelsea sejurus setelah dipecat oleh pasukan Liga Perdana Barclays itu.
Di Matteo dipecat setelah kekalahan Liga Juara-Juara kepada Juventus di Turin pada hari Selasa.
Pengurus Itali itu digantikan oleh bekas pengurus Liverpool Rafael Bernitez yang dilantik sebagai pengurus terbaru pasukan utama sehingga akhir musim ini.
Di Matteo telah mendidik pasukan di Stamford Brdige itu selama lapan bulan untuk meraih kemenangan Piala FA dan kejohanan Liga Juara-Juara untuk kali pertama dalam sejarah pasukan.
"Ia amat memuaskan sebagai pengurus pasukan yang amat saya sayangi," beliau berkata dalam kenyataan yang didedahkan oleh Persatuan Pengurus Liga.
"Saya berasa bangga dengan percapaian pasukan terutama kejayaan yang dicapai beberapa bulan yang lalu.
"Peluang untuk meraih piala Liga Juara-Juara pertama bagi pasukan Chelsea di Munich adalah salah satu memori terbaik dan tidak meragukan, detik paling mengembirakan dalam kerjaya saya sebagai seorang pemain dan pengurus. Ia akan kekal sebagai sebuah memori yang yang paling diingati buat selamanya.
"Saya ingin berterima kasih kepada kesemua kakitangan, pemain dan sudah tentu peminat pasukan Chelsea untuk sokongan mereka selama kerjaya saya di Stamford Bridge. Semoga berjaya kepada setiap orang sehingga akhir musim."


Isnin, 19 November 2012

Arsenal menang, nasib Spurs malang

Arsenal vs Tottenham: Emmanuel Adebayor, Howard Webb

Emmanuel Adebayor telah dibuang padang dalam kekalahan 5-2 Tottenham di tangan Arsenal pada perlawanan London derby hari Sabtu.
Adebayor berjaya menjaringkan gol ke atas bekas kelab beliau apabila beliau membuka tirai pada minit ke 10 tetapi telah dibuang padang tujuh minit kemudian setelah mengasari Santi Cazorla.
Arsenal mengambil kesempatan dan Per Mertesacker menyamakan kedudukan sebelum jaringan Lukas Podolski serta gol kelima Olivier Giroud dalam lima memberi kelebihan dua gol sebelum masa rehat.
Tottenham berjuang kembali dan Gareth Bale berjaya menjaringkan gol saguhati selepas jaringan Cazorla.
Theo Walcott kemudian menjaringkan gol terakhir untuk mengakhiri saingan dengan keputusan 5-2.
Kemenangan ini bermakna Arsenal melompat atas Tottenham dalam kedudukan liga sementara Spurs kini telah mengalami kekalahan keempat berturut-turut di bawah pengurusan Andre Villas-Boas, yang pasti disoal mengapa beliau pilih untuk menyertakan Adebayor jika tidak yakin beliau dapat mengawal emosi.
Adebayor jelas amat bersemangat untuk bertembung dengan bekas rakan sepasukan beliau terutama setelah diabaikan mereka dalam terowong pemain.
William Gallas yang juga merupakan bekas pemain Arsenal telah diejek penyokong tuan rumah tetapi Spurs tidak terjejas dan berjaya membuka tirai pada minit ke 10. Szczesny telah menepis keluar percubaan Jermain Defoe ke Adebayor yang menyepaknya masuk dengan senang.
Walaubagaimanapun, tujuh minit kemusidan, asakan Adebayor ke atas Cazorla yang merbahaya telah berakhir dengan pengadil Howard Webb membuangnya dari padang.
Arsenal terus menyerang dan menyamakan kedudukan pada minit ke 23 apabila Walcott menerima hantaran Wilshere dan memberinya kepada Mertesacker yang menanduk bola lepas Hugo Lloris.
Kesilapan Huddlestone kemudian memberi bola kepada Podolski dan penyerang antarabangsa Jerman itu memberi rembatan kencang yang terpesong masuk oleh Gallas.
Cazorla mencipta gol ketiga apabila dikasari Kyle Naughton tetapi terus bangkit dan memberi bola kepada Giroud sebelum hantarannya kepada Gallas disepak masuk dengan senang.
Lloris telah bertindak dengan baik dalam separuh masa kedua tetapi gagal menangani tandukan Cazorla dari gerakan Walcott dan Podolski untuk gol keempat Arsenal.
Bale menjaringkan gol saguhati apabila memecut lepas Mertesacker dan memberi rembatan kencang pada minit ke 80.
Perlawanan berterusan hingga masa kecederaan dimana Alex Oxlade-Chamberlain mengambil kesempatan Jan Vertonghen dan mencipta peluang untuk gol kelima Arsenal oleh Walcott.