Live Streaming

Khamis, 29 Mac 2012

Dzeko Keluar Dari Manchester City




Manchester City telah memutuskan untuk melepaskan Edin Dzeko di akhir musim ini, tindakan yang menimbulkan minat Juventus dan Real Madrid.
Pengurus City, Roberto Mancini telah membiarkan umum mengetahui yang beliau akan mendengar sebarang tawaran untuk Dzeko dengan menyatakan ketidakpuasan hati penyerangnya itu dengan peluang kesebelasan utama yang terhad.
Pengurus Real Madrid, Jose Mourinho memang meminati pemain berusia 26 tahun itu manakala Juventus pada musim panas nanti meletakkan keutamaan mencari penyerang berbisa yang boleh memberikan mereka kelebihan seperti mana yang diberikan Zlatan Ibrahimovic untuk AC Milan.
Higuain turut akan memainkan peranan dalam destinasi seterusnya untuk Dzeko selepas penyerang itu berada dalam senarai pemain sasaran Mancini musim panas nanti.
Pengurusan Juventus merasakan aksi penentu kemenangan Ibrahimovic untuk Milan telah menjadi satu-satunya perbezaan di antara kedua-dua pasukan dan berazam untuk mengatasi ketumpulan jentera serangan mereka sebelum bermulanya musim baru nanti.
Mereka memiliki bajet perpindahan hampir £30 juta dan sedia untuk berbelanja besar untuk bahagian serangan.
Dengan Dzeko mendatangkan kos £27 juta hampir setahun yang lalu dan City mahu menebus sebanyak mana yang boleh, Juve mungkin perlu melakukannya jika mahu memiliki bekas penyerang Wolfsburg tersebut.
Mourinho yakin Dzeko akan menyinar di the Bernabeu dan sedia memanjangkan minatnya jika Higuain memohon perpindahan ke sama ada Turin atau Stadium Etihad.

Milan menahan Barca

Football News: Lionel Messi.


AC Milan berjaya menahan serangan-serangan Barcelona untuk seri tanpa jaringan dalam perlawanan pertama pusingan suku akhir Liga Juara-Juara di Itali.
Walau bagaimanapun, mereka akan tertanya-tanya bagaimana mereka tidak menjaringkan beberapa peluang keemasan untuk mendahului perlawanan pertama itu.
Serangan-serangan hebat Barca tidak membuahkan hasil, manakala Milan, tetapi sia-sia, mempunyai lebih peluang dalam awal perlawanan.

Pasukan tuan rumah berjaya menahan Lionel Messi, yang sedang bermain dengan hebat, untuk memberikan diri mereka harapan untuk perlawanan kedua di Nou Camp.

Milan mensia-siakan pembukaan pertama mereka pada minit ke-3. Ruang dibuka untuk Kevin Prince-Boateng di pinggir kawasan, tetapi beliau teragak-agak dan Gerard Pique berjaya menutupi tendangannya.

Bola kemudian ditanduk masuk kembali untuk memberi peluang yang lebih baik untuk Robinho, tetapi beliau hanya dapat merembat bola jauh ke atas palang gol apabila ia kelihatan seperti beliau tentu akan membuka jaringan.

Lionel Messi, satu gol kurang untuk mencapai 50 gol dalam pertandingan itu, mendapat perhatian yang tidak diingini dari pena laser apabila dia bersedia untuk mengambil sepakan percuma di pinggir kawasan Milan, tetapi hanya boleh menyalahkan padang apabila beliau tergelincir ketika mengambil sepakan itu, dengan Seydou Keita ofside apabila beliau cuba untuk menanduk masuk hantaran yang tidak sengaja itu.
Messi kemudian melihat Christian Abbiati gagal menyelamatkan salah satu rembatannya, tetapi bola kemudian mengelak Daniel Alves dengan Milan terselamat sekali lagi.
Barca, walaupun, sepatutnya mendapat tendangan penalti beberapa minit kemudian apabila Alexis Sanchez jatuh atas Abbiati selepas permainan cantik antara Xavi dan Sergio Busquets, tetapi pemain dari Chile itu mungkin jatuh dengan terlalu mudah dan diarahkan pengadil untuk bangun.  
Barca pas bola dengan laju dan memaksa pas melalui jurang-jurang yang kelihatan mustahil, tetapi mereka terus gagal apabila masa yang paling penting tiba, dengan Messi ofside apabila dia menjaringkan dari hantaran Alves, dan Abbiati menyelematkan tendangan Xavi.

Di tengah-tengah semua itu, sebuah pas dari Clarence Seedorf meletakkan Zlatan Ibrahimovic menuju ke gawang Barca dengan hanya tinggal Victor Valdes, tetapi penjaga gawang itu berlumba keluar untuk menyelamatkan bola dari Ibrahimovic.

Sanchez kemudian kelihatan telah dapat melepasi pertahanan Milan, tetapi Luca Antonini tidak berputus asa dan membuat terjahan cemerlang untuk mencegah tendangannya.

Separuh masa kedua gagal untuk menangkap imaginasi seperti separuh masa pertama.
Andres Iniesta memotong masuk dari sebelah kiri untuk menghantar satu tendangan luas, tetapi ia bukan satu petanda untuk perkara-perkara yang akan datang dengan permainan sering diberhentikan kerana beberapa permainan kasar.
Milan kehilangan Robinho kerana kecederaan, tetapi sekurang-kurangnya mengurangkan bilangan ancaman Barca terhadap gawang mereka.

Mereka sepatutnya membuat serangan pada minit ke-67 apabila Urby Emanuelson memasuki permainan untuk diberikan peluang untuk membuat satu kesan yang segera, tetapi beliau hanya dapat melecetkan sentuhan pertamanya apabila hantaran dari jauh meletakkannya melepasi pertahahan Barca.

Barca mula mengancam sekali lagi pada 15 minit terakhir. Pemain pengganti Cristian Tello hanya dapat merembat bola ke dalam bahagian jaring dari sudut yang ketat dan kemudian Messi melihat tendangannya dicegah lalu terpesong luas.

Dari tendangan sudut, Barca hanya dapat melihat tandukkan Carles Puyol hampir-hampir luas.
Peluang terbaik mereka datang dekat dengan masa penamat apabila Messi masih dapat berdiri apabila pemain-pemain pertahanan Milan cuba menjatuhkannya, lalu membuat satu rembatan yang diselamatkan Abbiati tetapi Abbiati terlepas bola itu.
Tello berlumba untuk menjaringkan bola yang terlepas dari Abbiati itu, tetapi pemain-pemain Milan berjaya untuk mempertahankan gawang mereka sebelum beliau dapat berbuat demikian.

China, Iran ingin uji Harimau Muda

Gombak United vs Harimau Muda




Walaupun gagal dalam perebutan tiket ke Sukan Olimpik London, Harimau Muda sekurang-kurangnya membuka mata pasukan handalan di Asia.
Selepas dua pemain, Wan Zaharulnizam Zakaria dan Wan Zack Haikal Wan Noor cuba dipancing kelab Divisyen Tiga Jepun, FC Ryukyu, skuad negara kendalian Ong Kim Swee itu mula tidak ‘menang tangan' untuk memenuhi jemputan pasukan luar bagi aksi persahabatan antarabangsa.
Terbaru pasukan B-22 China dan Iran menyatakan minat untuk menguji kemampuan skuad negara sebagai aksi pemanas badan sebelum bermulanya pusingan Kelayakan Piala Asia 2013 Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-22 Jun ini.
"Kami baru menerima jemputan pasukan China dan Iran untuk mengadakan perlawanan persahabatan pada Mei dan Jun ini. Bagi saya Ini satu perkembangan positif buat skuad muda negara apabila sudah ada pasukan luar yang mula membuka mata selepas kejayaan kita melangkah ke saingan peringkat kumpulan kelayakan Sukan Olimpik London tempoh hari.
"China mahu mengadakan perlawanan pada 23 Mei atau 10 Jun manakala Iran pula hanya mengikut tarikh yang kita tetapkan. Buat masa ini saya masih mengkaji permohonan ini kerana tumpuan saya adalah membawa pasukan berlatih dan mengadakan perlawanan di Eropah," katanya ketika dihubungi Arena Metro semalam.
Kim Swee yang membimbing skuad Bawah 23 negara menjuarai pingat emas Sukan Sea Indonesia tahun lalu turut merancang mengadakan latihan dan perlawanan di Hungary menentang kelab liga utama negara itu, Budapest Honved dan Ferencvaros pada pertengahan Mei.
"Kalau boleh keutamaan saya adalah latihan di Eropah, selepas Hungary kami bercadang mengadakan beberapa perlawanan persahabatan di Slovakia ataupun Republik Czech namun ini masih dalam perancangan. Bagaimanapun saya akan memutuskan perkara ini selewat-lewatnya minggu depan.
"Bagi saya, walaupun pasukan ini mempunyai perlawanan dalam Liga Singapura, perlawanan persahabatan antarabangsa juga cukup penting sebagai persediaan pusingan kelayakan Piala Asia. Perlawanan di peringkat antarabangsa memberikan saingan dan pengalaman berbeza buat pemain," katanya.
Pada pusingan kelayakan Piala Asia B-22, Malaysia akan bersaing bersama Korea Selatan, Vietnam, Myanmar, Taiwan dan Filipina bagi merebut dua slot dalam Kumpulan G untuk beraksi di pusingan akhir kejohanan yang julung kali diadakan itu. 

Forkey Doe digelar 'hitam', 'monyet'

Forkey Doe digelar 'hitam', 'monyet'




Pemain import Francis Forkey Doe mendakwa dia telah dilemparkan kata-kata berunsur perkauman semasa bertemu LionsXII di Singapura Selasa lepas.
Sepanjang perlawanan timbal balik suku akhir Piala FA antara LionsXII dengan Singapura pada Selasa lepas, Doe telah dihina dan diherdik hebat oleh penyokong tuan rumah.
Bagaimanapun, beberapa pihak memberitahu Doe dilayan seperti itu selepas dia menunjukkan isyarat jari tengahnya kepada penyokong LionsXII semasa sesi memanaskan badan.
Antara kata-kata yang dilemparkan kepada Forkey Doe adalah 'orang hitam' dan 'monyet'.
"Mereka kerap kali memanggil saya 'monkey' (monyet) dan 'black' (hitam) dan saya sangat kecewa." kata Forkey Doe.
"Mengapa perlu menggelar saya seperti itu? Adakah kerana saya berkulit gelap atau kerana saya orang Afrika?" tambahnya lagi.
Presiden Persatuan Bola Sepak Terengganu, Datuk Che Mat Jusoh juga kecewa dengan apa yang telah berlaku di Singapura dan telah melabel mereka yang terlibat sebagai tidak bertamadun.
"Doe juga manusia ciptaan Tuhan seperti mereka dan tiada sebab mereka menghina warna kulitnya yang berlainan kerana mereka tidak mempunyai apa-apa kelebihan berbanding Doe.
"Lebih memalukan, ada di antara mereka yang tidak bermaruah itu berbangsa Melayu dan sebagai orang Islam, mereka dilarang daripada menyakiti hati orang lain dengan menghamburkan kata-kata yang tidak sedap didengar" katanya.
Bagaimanapun, kata Che Mat, pihak persatuan tidak bercadang mengambil tindakan ke atas Singapura yang menamatkan saingan Piala FA dengan kekalahan agregat 0-1 di tangan Terengganu selepas sekadar seri tanpa jaringan dalam perlawanan timbal balik kedua di gelanggang sendiri.
"Kami enggan memanjangkan perkara ini kerana insiden memalukan itu tidak membabitkan pemain dan tidak berlaku di tengah padang.
"Sebahagian penonton saja terbabit menyuarakan ejekan dan kata-kata penghinaan kepada penyerang kami dan kami anggap sudah tentu bukan semua penyokong Singapura yang berfikiran cetek," katanya lagi.

Mourinho: APOEL mencabar kami

Football News: Karim Benzema




Walaupun telah menang dengan tiga gol, pengurus Real Madrid Jose Mourinho menegaskan yang pasukannya telah mengharungi cabaran APOEL Nicosia.
Mounrinho telah memberitahu laman rasmi kelab beliau yang dia merasakan yang APOEL telah menunjukkan prestasi yang baik dan pasukannya terpaksa meningkatkan permainan untuk menang.
“APOEL telah mencabar kami dan kami menang kerana kami telah meningkatkan permainan. Mereka amat kuat dari segi pertahanan dan menunjukkan semangat yang mengagumkan.” Mounrinho berkata.
Pengurus Portugis itu telah memuji pengurus lawan setelah dia mendorong kelab Cypriot ke peringkat ini dalam kejuaraan terbaik Eropah. Walaubagaimanapun, Mourinho juga telah menegaskan yang dia yakin peluang APOEL untuk mara ke pusingan seterusnya amat nipis setelah kemenangan pasukan Los Blancos dalam perlawanan pertama.
“Saya yakin saya tidak mampu mendorongi kelab ini kepada peringkat yang lebih baik lagi berbanding dengan Jovanovic. Saya rasa APOEL telah menunjukkan prestasi yang amat baik. Kami tahu perlawanan agak sukar dan telah mengambil keputusan untuk membawa Kaka dan Marcelo, dan ia telah mendatangkan hasil.”
“Ia amat sukar untuk mereka menang 4-2 di Bernabeu.”
Kemenangan itu juga telah menandakan penampilan Nuri Sahin yang telah dikritik setelah pemindahannya ke kelab Sepanyol itu setelah gagal menyumbang dengan baik. Mourinho menegaskan yang Sahin tidak akan dilupakan di Santiago Bernabeu.
“Saya amat gembira dengan prestasi Sahin, begitu juga rakan sepasukannya kerana kami suka beliau walaupun dia telahmenghadapi masa yang sukar. Dia mendapat peluang untuk bermain malam ini dan telah menunjukkan prestasi yang baik.”
Real Madrid kini akan beraksi dalam La Liga dengan Osasuna pada hari Sabtu.

Cech: Musim pelik untuk Chelsea

Football News: Petr Cech




Pemain Chelsea Petr Cech mengakui ia satu "musim yang pelik" untuk kelabnya tetapi sangat teruja untuk masih berjuang dalam dua pertandingan.
Chelsea di ambang melayakkan diri ke pusingan separuh akhir Liga Jura-Juara selepas jaringan lewat Salomon Kalou memberikan mereka kemenangan 1-0 atas Benfica dalam perlawanan pertama pusingan suku akhir.
Kemenangan itu datang hanya beberapa minggu selepas kempen Eropah mereka kelihatan seperti akan berakhir dan Andre Villas-Boas dipecat sebagai pengurus kelab.
Pengurus sementara Roberto Di Matteo telah melihat perubahan yang memberangsangkan di Chelsea dan, manakala prestasi Liga Perdana Barclays mereka masih perlu diperbaiki, Cech gembira kerana masih berada di Eropah dan pusingan separuh akhir Piala FA.
"Saya rasa kami berada dalam satu musim yang pelik," katanya.

"Ada yang baik dan ada yang buruk dalam liga dan kami masih berada di dalam Liga Juara-Juara dan Piala FA jadi kami masih memburu dua piala.
 "Kami perlu melihat bagaimana kami menghabiskan musim ini tetapi kami telah meletakkan diri kami dalam kedudukan yang amat baik sekarang.

"Saya rasa kami boleh katakan [Selasa] adalah perlawanan yang cukup sempurna bagi kami dari segi keputusan.

"Kami berjaya mencegah gawang kami dari dibolos dan bersabar untuk peluang sepanjang permainan dan akhirnya kami berjaya menjaringkan gol dari serangan balas yang baik.
"Amat malang Juan Mata sebelum itu mempunyai peluang apabila dia dapat melepasi penjaga gawang mereka tetapi malangnya sudut terlalu ketat untuknya menjaringkan gol dan bola terkena tiang.
"Tetapi secara keseluruhan kami boleh benar-benar berpuas hati kerana dari segi rancangan permainan, kami melakukannya dengan baik.

"Kami tidak membiarkan mereka bermain di separuh masa pertama, dan dalam separuh masa kedua, kami menantikan dengan penuh sabar untuk peluang kami dan akhirnya ia datang."

Chelsea menuju ke perlwanan kedua pusingan suku akhir itu lebih selesa daripada apabila mereka menentang Napoli di pusingan sebelumnya, di mana mereka ketinggalan 3-1 selepas perlawanan pertama.
Walaupun bagaimanapun, Cech menegaskan perasaan berpuas hati tidak akan menjadi isu di Stamford Bridge dan enggan untuk berfikir beliau akhirnya akan memengani Liga Juara-Juara. 
"Sukar untuk mengatakan [sama ada ia akan menjadi tahun kami]," katanya.

"Kami perlu membuat langkah pertama untuk melayakkan diri ke pusingan separuh akhir dahulu dan kemudian melihat jika kami akan menentang Milan atau Barcelona.

"Seperti yang saya katakan, terlalu awal untuk memikirkan tentang pusingan akhir kerana ia masih jauh lagi."

Walapun tidak terlalu terbawak-bawak tentang peluang pasukannya, pemain antarabangsa Czech Republik itu gembira gawangnya tidak dibolos di stadium Estadio da Luz dan juga dengan prestasi bahagian pertahannya.
Pemain pertahanan kanan Paulo Ferreira menerima pujian dari Cech selepas bermain dengan baik apabila memulakan perlawan pertamanya tahun ini.
"Paulo adalah seorang pemain yang hebat," kata Cech. "Beliau benar-benar bijak dan tahu bagaimana untuk menyediakan diri untuk perlawanan-perlawanan penting.

"Malangnya, dia tidak bermain sebanyak yang dia ingini, tetapi setiap kali beliau bermain, beliau memberi yang terbaik untuk pasukan dan itulah mengapa beliau sangat penting hari ini dan berjaya menahan dengan baik pemain lawannya."

Mengenai prestasinya dan save cantik yang dibuatnya daripada Jardel, beliau menambah: "Saya gembira kerana mereka terlepas peluang mereka dan kami dapat menjaringkan gol, yang sering berlaku dalam bola sepak.

"Jelas sekali saya benar-benar gembira kerana sangat penting agar gawang kami tidak dibolos."

17 Kali Kena Palang Dalam 16 Perlawanan Musim Ini

Hanya terkena tiang gol sahaja.
BIRMINGHAM - Mungkin bunyinya agak kelakar, tapi itulah hakikatnya. Kenny Dalglish mengharapkan nasib akan menyebelahi Liverpool yang kini mencatatkan pemegang rekog sebagai pasukan dengan cubaan paling banyak terkena tiang dan palang gol, iaitu 17 kali dalam 16 saingan Liga Perdana Inggeris musim ini

Terbaru, Luis Suarez dinafikan gol oleh palang dan tiang gol dlam kemenangan 2-0 ke atas Aston Villa semalam.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Kami boleh mengatasi masalah ini jika kami dapat membuang beberapa inci ketebalan tiang itu,”  kata pengurus Liverpool dalam situasi bergurau.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
“Kami akan terus mencuba kerana apabila anda mencuba lagi maka anda akan lebih bernasib baik," katanya 


Safee Sali Tersenarai Dalam "Asian Best XI 2011"




Safee Sali telah disenarai panjang dalam "Asian Best XI 2011" walaupun hanya 
dipilih sebagai pemaian simpanan. (Sumber gambar: Portal Sukan)



Penyerang berbisa Harimau Malaya dan Pelita Jaya (Indonesia), Mohd Safee Sali telah tersenarai dalam kesebelasan pemain ASIA pilihan laman web bola sepak terkenal di dunia, Goal.com.

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Goal.com adalah sebuah laman web bola sepak popular yang mempunyai rangkaian bahasa dalam terjemahan bahan penulisannya. Dalam senarai 18 pemain terbaik itu, Safee Sali telah diiktiraf sebagai salah seorang pemain berstatus penyerang terbaik di Asia walaupun diletakkan dalam senarai pemain simpanan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com 
Beliau kini boleh berdiri setaraf dengan beberapa bintang handalan Asia yang lain yang menempa nama di Eropah. Antaranya, Yuto Nagamoto yang beraksi bersama skuad Inter Milan di barisi pertahanan, Park Chu Yong pemain Korea Selatan yang kini bersama Arsenal dan bintang Manchester United, Park Ji Sung.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com 
Walaupun ianya hanyalah pilihan laman web tersebut, namun jelas ada pihak luar dan pemerhati bola sepak mengiktiraf kebolehan Safee Sali ketika ini.

Selain Safee Sali, laman web tersebut ada menyenarai pendek nama-nama pemain dari pelbagai pasukan di Asia ini. Antaranya:

Penjaga Gol: Ali Al Habsi (Wigan Athletic dan Oman)

Pertahanan Kanan: Makoto Hasebe (VfL Wolfsburg dan Jepun)

Pertahanan Tengah: Lee Jung-Soo (Al Sadd dan Korea Selatan)
                                   Li Weifeng (Tianjin Teda dan Cina)

Midfielder Kanan: Park Ji-Sung (Manchester United dan Korea Selatan)

Midfielder Tengah: Mojtaba Jabbari (Esteghlal dan Iran)
                                  Server Djeparov (FC Seoul/Al Shabab dan Uzbekistan)

Midfielder Kiri: Matt McKay (Brisbane Roars/Glasgow Rangers dan Australia)


Penyerang: Lee Dong-Gook (Jeonbuk Motors dan Korea Selatan) ,
                    Joshua Kennedy (Nagoya Grampus dan Australia)


Pemain simpanan pula:


Penjaga gol: Mark Schwarzer (AUS)

Pertahanan: Hadi Aghily (IRN)

Pemain tengah: Ahmad Bustomi (IDN) dan Shinji Kagawa (JPN)

Penyerang: Safee Sali (MAS), Park Chu-Young (KOR) dan Mike Havenaar (JPN)

Insiden Fabrice Muamba Pengsan ketika menentang Tottenham

PEMAIN tengah Bolton, Fabrice Muamba pengsan ketika perlawanan menentang pasukan Tottenham dalam pusingan kelima persaingan Piala FA.Pegawai-pegawai perubatan meluangkan masa kira-kira 10 minit untuk memulihkan keadaan pemain berusia 23 tahun itu di padang, dengan para peminatnya tersentak dan ada yang menitiskan air mata.Ketika dia pengsan tiada pemain di sebelahnya.Laporan-laporan dari Britain menyebut pernafasan Muamba terhenti ketika dibawa keluar menerusi terowong stadium. Ketika kejadian, kedua-dua pasukan terikat 1-1 dan perlawanan yang berlangsung di White Hart Lane dan sudah masuk minit ke-41, terpaksa ditangguhkan.Dia dibawa keluar dari padang dengan alat sokongan pernafasan, dan diiringi beberapa anggota paramedik dan staf perubatan Bolton. Sejurus selepas dia meninggalkan kawasan padang, pengadil Howard Webb memutuskan untuk menangguhkan perlawanan.














Man City menawar mengambil Wayne Rooney dengan harga £60 million (RM291.3 juta).



Dikhabarkan kelab terkemuka Eropah, Manchester City akan membuat satu penawaran untuk penyerang kelab Manchester UnitedWayne Rooney berikutan banyak perselisihan antara Rooney dan pengurusnya, Sir Alex Ferguson.


United kini sedang mempertimbangkan tawaran yang dikemukan oleh City untuk mengambil Wayne Rooney dengan harga £60 million (RM291.3 juta).
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Walaupun Rooney dan kelabnya mengeluarkan kenyataan bersama pada hari Jumaat lepas untuk menidakkan dakwaan kononnya hubungan beliau dan pengurusnya ada masalah dan tidak boleh dibaiki, ketegangan terus menjadi hangat antara kedua-dua personaliti itu di Old Trafford, kata laporan itu.


Jika rundingan damai yang dipersetujui oleh United dan penasihat Rooney gagal, Roberto Mancini akan meminta Abu Dhabi untuk membuat pemindahan £60 million itu kepada United.

Menurut Ferguson, dia tidak sanggup untuk berhadapan dengan kehilangan pemain terbaik mereka itu walaupun ditawarkan dengan harga £250,000 (RM1.21 juta) seminggu.

Perselisihan antara kedua-dua hubungan itu berlaku disebabkan Rooney digugurkan dalam perlawanan Liga Perdana selepas kalah 2-3 menentang Balckburn Rovers yang dikatakan mempunyai kesilapan tatatertib dipercayai telah keluar malam bersama rakan sepasukan, Darron Gibson dan Jonny Evanssehari sebelum perlawanan.

Menurut sumber, Gibson dan Evans juga turut didenda dengan pemotongan gaji sebulan  oleh pengurusnya sementara Rooney pula diarahkan untuk membuat kerja-kerja tambahan.

United sebelum ini telah dikaitkan dengan pemain Chelsea, Frank Lampard dan khabar angin lain ada mengatakan Paul Scholes akan keluar dari persaraan untuk membantu masalah kecederaan di Old Trafford, juga telah menghangatkan spekulasi bahawa Rooney akan keluar dari kelab berkenaan.

Rooney mengatakan melalui Twitter: "Masa depan saya bersama United benar-benar komited, saya dan pengurus tidak mempunyai masalah dan kontroversi yang tidak benar adalah fitnah sahaja." 

Walau bagaimanapun, berikutan kekalahan berturut-turut United ketika menentang Blackburn danNewscastle, dilihat masalah antara Rooney dan Ferguson sekali lagi mendapat perhatian media.

Menurut sumber, Mancini adalah peminat besar Rooney dan mahu mendapatkannya untuk memenangi satu lagi perlawanan.