Live Streaming

Jumaat, 4 Januari 2013

ASDg

TV1 * TV2 * TVi * Muzik Aktif - Channel

*Sila refresh page jika ingin bertukar channel














*Sila refresh page jika ingin bertukar channel




RTM Malaysia


RTM Malaysia


RTM Malaysia


RTM Malaysia

Arsenal: Wenger akui tertekan

Arsenal vs Barcelona: Lionel Messi, Jack Wilshere

Pengurus Arsenal Arsene Wenger mengakui tertekan untuk menandangani pemain seperti 'Lionel Messi' dalam musim perpindahan pada bulan Januari.
Pasukan Gunners dikaitkan dengan perpindahan bernilai £10 juta untuk penyerang Atletico Madrid Adrian Lopez sementara pemain antarabangsa England dari kelab Crystal Palace Wilfried Zaha dan pemain tengah Schalke Lewis Holtby juga didakwakan sedang diintai oleh Wenger.
Walaubagaimanapun, Wenger mengakui tertekan untuk memenuhi permintaan para peminat Arsenal yang kurang sabar untuk menyaksikan seorang pemain yang dapat membantu pasukan.
"Ia amat sukar kerana saya harus mengembirakan kelab - ramai orang ingin menyaksikan seorang pemain seperti Lionel Messi di sini," Wenger berkata yang akan membawa pasukan ke Swansea dalam peringkat ketiga dalam saingan Piala FA pada hari Ahad.
Swansea adalah salah satu kelab yang telah banyak diperhatikan dalam Liga Perdana kali ini setelah berjaya mendapat seorang pemain seperti Michu yang ditandangani oleh pengurus Michael Laudrup hanya untuk bayaran nilai £2 juta dari Rayo Vallecano dan penyerang Sepanyol itu telah menjaringkan kededua gol dalam kemenangan 2-0 di Arsenal pada 1 Disember.
Wenger mengakui bahawa kakitangan kelab kini lebih tertekan kerana sedang diperhatikan untuk mengemukakan bakat yang mampu menyerlah.
"Kadang kala apabila anda sedang bermain di salah satu kelab teratas, wakil dari kelab lain akan lebih berhati-hati kerana mereka berpendapat bahawa anda adalah seorang pemain yang hebat hanya kerana anda sedang bermain di Arsenal jadi seperti biasa, wakil dari kelab lain tidak mempertimbangkan pemain yang sedang beraksi di kelab lebih rendah dalam liga," Wenger berkata.
"Anda akan menjadi cemas jika pemain itu tidak kemampuan. Ia amat sengit untuk mendapat pemain yang baik di benteng serangan kali ini.


Mancini, Balotelli bertengkar

Man City vs Man United: Rio Ferdinand, Mario Balotelli

Persiapan kelab Manchester City untuk saingan Piala FA tergantung akibat pentengkaran dalam sesi latihan antara Roberto Mancini dan Mario Balotelli.
Penyerang Itali itu terpaksa dipisahkan dari pengurus City Roberto Mancini setelah mereka bertengkar akibat aksi kekasaran yang dilakukan oleh Balotelli terhadap Scott Sinclair dalam sesi latihan.
Walaupun kakitangan kelab hanya berdiam diri apabila disoalkan tentang insiden itu, beberapa keping gambar telah menunjukkan kededua kelihatan amat berang.
Ahli pengurusan kelab sedang membawa Balotelli jauh dari pengurus itu yang juga sedang menujukan jari ke arah penyerang itu setelah aksi kekasaran yang dilakukan sebelum itu. Mancini juga telah menarik baju Balotelli dan sedang berbual dengan jarak dekat walaupun pemain muda itu lebih tinggi daripada bekas pemain antarabangsa Itali itu.
City enggan memberikan kenyataan pada petang Khamis dan menyatakan bahawa insiden itu hanya perkara yang kecil dan tidak perlu dibimbangkan.
Walaubagaimanapun, Mancini dijangka akan berbual bersama pihak media pada pagi Jumaat sebelum perlawanan peringkat ke tiga bersama Watford di mana Sergio Aguero akan dikecualikan akibat kecederaan hamstering yang dialami pada kemenangan tahun baru bersama Stoke.
Insiden itu juga telah meragukan ramai peminat jika Balotteli akan kekal di City.



Joe Cole kembali ke West Ham

Football News: Joe Cole

West Ham berharap dapat menyelesaikan kontrak perpindahan Joe Cole dari Liverpool pada pagi Jummat.
Cole telah melalui ujian kecergasan di padang latihan kelab pada hari Khamis setelah ia dikatakan bahawa Liverpool kini bersedia untuk menamatkan kontrak pemain yang berusia 31 tahun itu.
Pasukan Hammers yang telah mengemukakan bakat Cole dari akademi belia kelab pada 1990, sedang mengharapkan bahawa pemain tengah itu akan menandangani kontrak baru bersama pasukan timur London hari ini supaya beliau dapat bermain dalam perlawanan peringkat ke tiga bersama Manchester United dalam saingan Piala FA pada hari Sabtu akan datang.
Jika kontrak itu dapat diselesaikan hari ini, ia juga akan mengakhiri masa silam selama lebih kurang dua tahun bagi bekas pemain Chelsea itu.
Cole hanya menyertai sembilan perlawanan dalam saingan Liga Perdana Barclays sejak berpindah ke Liverpool dari Chelsea pada musim panas 2010 dan telah menghabiskan masa sepanjang musim lalu sebagai pemain pinjaman di kelab Perancis, Lille.
Cole dikatakan teringin sangat untuk kembali ke Upton Park di mana beliau telah menggunakan masa selama empat tahun dalam sistem akademi sebelum menjadi pemain bintang dalam kesebelasan pasukan selama lima musim.
Ia difahamkan bahawa Liverpool akan membayar Cole untuk memenuhi nilai gaji sebanyak £100,000 seminggu di kelab.



FAM luluskan 41 pemain asing

FAM luluskan 41 pemain asing

Jawatankuasa Integriti Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah meluluskan permohonan pemain asing bagi Liga Malaysia 2013.
Seramai 41 pemain asing telah diluluskan dan menolak dua orang pemain. Minimum kontrak bagi setiap pemain adalah selama 6 bulan bagi membolehkan semua pemain bermain dalam Liga Malaysia musim ini yang bermula pada 5 Januari 2013.
Dua pemain yang tidak diluluskan adalah pemain import Kuala Lumpur dari Slovakia, Juraj Kuhajdik dan Vladislav Palsa kerana permohonannya lewat diterima oleh FAM.
Berikut adalah senarai pemain import yang diluluskan bagi Liga Malaysia 2013.
Liga Super
Kelantan
1. Dimitrios Petratos* (Australia)
2. Keita Mandjou (Guinea)
3. Obinna Nwaneri (Nigeria)
4. Lek K'cria* (Croatia)
Selangor
1. Ramez Dayoub (Lebanon)
2. Francis Forkey Doe (Liberia)
3. Michal Kubala* (Slovakia)
4. Peter Chrappan*
Perak
1. Rafael Sauza Silva Novais (Brazil)
2. Karim Rouani (Perancis)
Pahang
1. Borgi Mohamed (Morocco)
2. Nikolche Klechkaroski (Macedonia)
PKNS FC
1. Patrick Ronaldinho Wlhe (Liberia)
2. Helmi Loussaief (Perancis)
T-Team FC
1. George Boateng (Belanda)
2. Caleb Folan (Britain)
Johor Darul Takzim
1. Daniel Guiza (Sepanyol)
2. Simone Del Nero (Itali)
Negeri Sembilan
1. William Paul Modebo (Cameroon)
2. Emanuel Matias De Poras (Argentina)
ATM
1. Bruno Martelotto (Argentina)
2. Marlon Alex James (St. Vincent & The Grenadnes)
Terengganu
1. Vincent Bikana (Cameroon)
2. Effa Owona (Cameroon)
Felda United
1. Stephen Damalie (Ghana)
2. Carlos Roberto Alvis Pareira Junior (Brazil)
3. Mohamad Ghaddar (Lebanon)
Liga Perdana
Sime Darby FC
1. Carlo Primorac (Croatia)
2. Goran Perak (Croatia)
Sarawak
1. Ivan Babic (Croatia)
2. Guy Bwelle (Cameroon)
Kedah
1. Nelson Marcelo San Martin Arria Gada (Chile)
2. Chayene Medeiros Oliveira Santos (Brazil)
Johor
1. Muriel Juan Orlando (Argentina)
2. Andre Francisco William (Brazil)
Sabah
1. Koh Traore (Mali)
2. Rhys David Weston (Britain)
Perlis
1. Dennis Agware Antwi (Ghana)
2. Emmanuel Ayaah Okine (Ghana)
NS Betaria FC
1. Tomas Chovanec (Slovakia)
2. Hillary Odada Echsa (Kenya)
PDRM
1. Kaye Edrisar (Uganda)
2. Mohamadou Sumareh (Gambia)


*hanya beraksi untuk Piala AFC


Chelsea tak sabar gunakan Ba

Football News: Demba Ba, Newcastle

Chelsea ingin menurunkan Demba Ba dalam perlawanan peringkat ke tiga menentang Southampton dalam saingan Piala FA pada hari Sabtu.
Pengurus Newcastle Alan Pardew menyatakan bahawa kontrak perpindahan Ba ke Stamford Bridge hampir selesai setelah pasukan Blues berjaya mengatasi bayaran nilai £7 juta untuk melepaskan penyerang Senegal itu dari kelab.
Masalah kecederaan lutut yang dialami Ba beberapa kali pada musim ini mampu menjejaskan rundingan kontrak tetapi pengurus Chelsea enggan memberikan sebaran kenyataan tentang perkara itu.
Benitez tetap mengakui bahawa pasukan Blues harus merehatkan Torres setelah menyalahkan masalah keletihan dalam kekalahan 1-0 kepada QPR dalam saingan Liga Perdana Barclays semalam.
"Fernando merupakan salah seorang pemain yang harus direhatkan." beliau berkata.
"Beberapa pemain tidak bermain dengan baik dalam perlawanan menentang QPR jadi akhir keputusan terjejas.
"Kami tidak mempunyai banyak pilihan di kubu serangan jadi kami tidak mampu merehatkan seorang penyerang."
Shaun Wright-Phillips telah merampaskan harapan bekas kelab beliau dengan menjaringkan gol kemenangan dalam babak kedua di Stamford Bridge.
Manchester United kini berada jarak 14 mata di depan Chelsea yang sedang berada di tempat ke empat. Ia kelihatan seperti Chelsea akhirnya terbenam dengan jadual yang padat setelah beraksi dalam saingan Piala Kelab Dunia di Jepun bulan lalu.



Pato serta Corinthians, Llorente ke Juventus

Alexandre Pato of AC Milan

Alexandre Pato bakal kembali ke Brazil setelah AC Milan mengesahkan bahawa mereka telah mencapai persetujuan bersama pasukan juara Piala Kelab Dunia Corinthians.
Pemain yang berusia 23 tahun itu dilaporkan telah menandatangani kontrak tempoh empat tahun setelah mendedahkan keinginan untuk kembali ke Brazil pada bulan lalu.
Milan mengumumkan pemergian Pato setelah menghabiskan masa tempoh lima tahun di San Siro dalam kenyataan yang diletakkan di laman web rasmi pasukan.
"AC Milan akan mengumumkan bahawa Alexandre Pato akan berpindah kepada kelab Sporting Corinthians Paulista," seperti apa yang tertulis dalam kenyataan.
Corintians kemudian mengemukakan tawaran bernilai 15 juta euros (£12.2 juta) yang diterima oleh pemain itu. Kelab juga dikatakan akan memberikan jersi nombor tujuh kepada Pato pada malam Khamis.
"Pato yang akan memakai jersi nombor tujuh bersama 'Timao' akan melalui beberapa ujian medikal dan menandatangani kontrak tempoh empat musim.
"Corinthians kini menerima hak Alexandre Pato seratus peratus untuk bayaran nilai sebanyak 15 juta euros."
Pato merupakan salah satu pilihan kegemaran di Milan setelah menyertai pasukan dari Internacional pada 2007 dan telah menjaringkan sebanyak sembilan gol dalam babak pertama musim itu sebelum mencapai lebih kejayaan dalam tiga musim berturut-turut.
Sementara itu, Athletic Bilbao turut mengumumkan bahawa penyerang Fernando Llorente sedang berada dalam rundingan kontrak bersama Juventus.
Kontrak pemain yang berusia 27 tahun itu bakal tamat di San Mames pada akhir musim dan pemain antarabangsa Sepanyol itu telah mengatakan bahawa beliau akan meninggalkan kelab Divisi Primera itu.
Juventus dan beberapa kelab Liga Perdana telah dikaitkan dengan Llorente yang telah menjaringkan sebanyak 24 gol pada musim lalu untuk membawa pasukan bimbingan Marcelo Bielsa ke peringkat final dalam saingan Liga Eropa dan tempat ke sepuluh dalam kedudukan liga.



Kelantan: Petratos bakal ke England

Kelantan: Petratos bakal ke England

Pemain import baru Kelantan, Dimitri Petratos sedang hampir mendapatkan peluang untuk menjalani ujian di England selepas aksi pra-musim yang positif.
Mengikut laporan Four Four Two Australia, Petratos akan mengetahui dalam beberapa hari lagi jika dia akan ke UK selepas hanya sebulan mengikat kontrak selama setahun dengan Kelantan.
Pemain berusia 20 tahun itu telah menjaringkan enam gol dalam enam perlawanan untuk Kelantan yang disertainya dari Sydney FC.
Ejennya, James Hardy memberitahu au.fourfourtwo.com bahawa wakil dari Kelantan telah berada di UK untuk merunding tentang pemain itu.
"Buat masa ini, kemungkinan besar Dimitri akan ke England pada bulan ini untuk menjalani ujian," kata Hardy.
"Kelantan mempunyai hubungan yang baik di England dan telah membuka peluang untuknya di sana."
Petratos yang tiba di Kelantan bulan lepas akui sangat gembira di Kelantan.
"Saya gembira di sini - penyokong mereka juga hebat. Mereka telah menyokong saya dengan baik dan mereka menerima saya dengan baik pada setiap perlawanan saya beraksi."
Apabila ditanya tentang situasinya di Kelantan, dia menambah: "Saya telah beraksi dalam enam perlawanan dan mereka berpuas hati dengan saya. Mereka akan berbincang dengan saya esok dan maklumkan saya perkembangan di England.
"Ejen saya telah memberitahu untuk terus fokus di sini dan lihat apa yang berlaku nanti.
"England satu tempat yang hebat, semua tahu itu. Jika mendapat peluang dan saya ke sana, saya harap dapat bermain di sana."
Walaubagaimanapun, jika dia tidak berjaya ke England, Petratos hanya akan beraksi untuk Kelantan untuk saingan Piala AFC.



Sturridge akhirnya ke Liverpool

daniel sturridge

Daniel Sturridge menjadi pemain pertama untuk berpindah ke Liverpool dari Chelsea dalam persetujuan yang dilaporkan bernilai £12 juta.
Pasukan Reds telah lama sasar penyerang yang berusia 23 tahun itu dan telah menghubunginya pada bulan Ogos lepas.
Sturridge telah memberitahu liverpoolfc.com: "Saya amat teruja dan bangga untuk ke sini."
"Brendan Rodgers menyatakan bahawa beliau telah lama merancang perpindahan ini - dan saya rasa yang saya akan kekal di sini. Saya tidak menandatangani kontrak semata-mata untuk berpindah ke tempat lain.
"Saya telah menandatangani kontrak untuk kekal di sini. Ini adalah kelab gergasi dan bagi saya - satu=satunya kelab terbesar di dunia - mereka mempunyai para peminat dan pemain yang bertaraf dunia."
Sturridge telah mula kerjayanya di Manchester City di mana beliau merangkul penghargaan sebagai penjaring gol terbanyak Piala Pemuda FA 2008, beliau telah menjaringkan enam gol dalam 32 penampilan - sebahagian besar darinya sebagai pemain gantian.
Beliau kemudian berpindah ke Stamford Bridge pada musim 2009 dimana beliau menjaringkan 24 gol dalam 96 penampilan, tetapi beliau hanya membuat 31 penampilan dalam kesebelasan utama dalam tiga setengah tahun.
Dalam masa itu, beliau telah melalui persetujuan pinjaman di Bolton, dengan menjaringkan lapan gol dalam 12 penampilan.
Sturridge telah menyatakan yang beliau ingin berpindah pada awal musim ini supaya dapat bersaing untuk peluang mewakili England terutama setelah membuat penampilan untuk negara pada bulan November 2011 di Sukan Olimpik.
Rodgers telah merancang persetujuan pinjaman pada mulanya tetapi Sturridge ingin terus berpindah.
"Saya sangat teruja. Saya tidak sabar untuk memulakan perlawanan." kata Sturridge.
"Saya sudah lama belum bermain - saya telah mengalami beberapa kecederaan dalam beberapa bulan lepas - tetapi kini saya bangga dapat serta kelab gergasi ini, untuk menyumbang kepada revolusi yang akan datang.
"Saya harap kami dapat membawa kejayaan kepada para peminat.
"Saya anggap diri saya sebagai penyerang. Saya rasa saya dapat menyumbang dengan baik kerana mempunyai ciri-ciri yang diperlukan dan dapat menjalankan tugas yang terbaik sebagai penyerang utama.
"Saya telah bermain di bahagian sayap dan telah menimba banyak pengalaman. Saya tidak akan menolak permintaan untuk bermain di mana-mana dan saya tidak minta untuk hanya bermain di posisi penyerang.
"Bagi saya, apa sahaja yang pengurus minta saya akan cuba dengan sepenuh hati demi kelab dan para penyokong."
Sturridge juga telah menyatakan bahawa beliau tidak sabar untuk bergabung dengan Suarez.
"Ia amat mengagumkan untuk mempunyai beliau sebagai rakan sepasukan." katanya.
"Beliau pemain yang handal, berbakat dan merupakan antara penyerang terbaik di dunia sekarang.
"Saya gembira dapat bergabung bersamanya dan saya yakin kami dapat bermain dengan baik bersama-sama.
"Bersama dengan Luis, Raheem (Sterlin) dan pemain lain di sini, saya yakin kami dapat berganding bahu dengan baik.
"Kami mempunyai ciri-ciri yang sama jadi saya harap gabungan kami akan digeruni pemain pertahanan lain."



Chelsea: Benitez pertahankan taktik

Football News: Adel Taarabt, David Luiz, Victor Moses, Chelsea vs QPR

Pengurus baru Chelsea Rafael Benitez menyatakan bahawa beliau terpaksa merehatkan beberapa pemain utama.
Chelsea telah ditewaskan 1-0 oleh kelab cotor Liga, QPR di padang sendiri pada hari Rabu.
Shaun Wright-Phillips telah menjaringkan gol kemenangan pada minit ke 78 menentang bekas kelab sekaligus pasukan Rangers mencatatkan kemenangan pertama di Stamford Bridge sejak tiga dekad yang lalu.
Benitez telah merehatkan Ramires, Juan Mata dan Eden Hazard di bangku simpanan.
Pengurus Sepanyol itu menegaskan bahawa beliau melakukan sedemikian memandangkan kelab sedang melalui jadual yang agak padat.
"Banyak pemain amat letih dan tidak mampu memanfaatkan beberapa peluang emas. Kami telah melakukan kesilapan dan memberikan peluang kepada pasukan lawan." Benitez berkata.
"Saya tidak menyesali perubahan kepada kesebelasan pasukan kerana kami tidak mampu berjuang dengan pemain yang sama dalam setiap permainan.
"Jika anda sedang bermain bersama kelab corot di padang sendiri, anda harus menyakinkan pemain."
Benitez mengakui bahawa Fernando Torres yang merupkan satu-satunya penyerang Chelsea perlu berehat tetapi beliau tidak memberikan sebarang kenyataan tentang Demba Ba yang dikatakan telah ditawarkan kontrak baru oleh kelab Stamford Bridge itu.
"Saya tidak mempunyai butiran lanjut tentang situasi itu. Beliau belum lagi menandatangani kontak," beliau berkata.
"Kelab sedang berusaha sedaya upaya dan kami mengharapkan dapat bantuan dari pemain baru."



"Suarez seperti Messi di sini"

Football News: Luis Suarez, Liverpool vs Sunderland

Pengurus Liverpool Brendan Rodgers telah menyifatkan Luis Suarez sebagai 'Messi' dalam pasukan.
Pemain antarabangsa Uruguay itu telah menjaringkan dua gol dalam kemenangan 3-0 mengatasi Sunderland sekaligus menambahkan jaringan gol Liga Perdana ke 15 pada musim ini - pemain Liverpool yang pertama untuk melakukan sedemikian sejak Fernando Torres pada 2009-10.
Rodgers bukan membandingkan kededua pemain Amerika Selantan itu dalam segi kebolehan tetapi sikap masing-masing walaupun Suarez dijangka akan menjadi salah satu yang terbaik di dunia dengan tahap peningkatan pada masa ini.
"Apabila anda bekerja bersama pemain seperti Luiz Suarez, beliau mempunyai sikap yang sama seperti MEssi di mana beliau akan menjadi berang jika saya akan merehatkan beliau," pengurus Reds itu berkata.
"Saya pernah berhasrat untuk merehatkan beliau pada awal musim tetapi beliau tidak suka dengan cara itu."
"Beliau adalah seorang pemain yang selalu memberikan yang terbaik dan ingin bermain dalam sebanyak perlawanan yang mampu. Satu perlawanan tidak cukup.
"Prestasi beliau tidak pernah merosot. Beliau adalah seorang rakan sepasukan yang sering berlatih untuk mengekalkan kecergasan diri."


Modric: Kehidupan di Real mencabar

Football News: Luka Modric, Real Madrid

Pemain tengah Real Madrid, Luka Modric akui kehidupan di Bernabeu sangat mencabar sejak berpindah dari Tottenham.
Pemain dari Croatia itu berhijrah ke pasukan juara La Liga itu selepas empat tahun di White Hart lane, tetapi dia telah mengalami kesukaran untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama dibawah jurulatih, Jose Mourinho.
Mourinho baru-baru ini telah mengkritik aksi tidak konsisten pemain berusia 27 tahun itu dan Modric telah memberi reaksi tentang itu.
"Ini adalah Real Madrid. Saya faham terdapat tekanan yang besar bagi pemain baru untuk berjaya di sini.
"Saya bukan memberi alasan, saya bukan seperti itu, tetapi ia sangat mencabar untuk menyesuaikan kehidupan dengan kelab besar seperti Madrid.
"Saya telah memberi persembahan yang baik dalam beberapa perlawanan dan saya percaya saya boleh buktikan diri saya."
Modric telah diturunkan dalam kesebelasan utama lapan perlawanan liga dan menjaringkan satu gol.