Live Streaming

Jumaat, 23 Mac 2012

Ferguson - Valencia Boleh Jadi Kunci Kejayaan



Ferguson jangka Valencia boleh memainkan peranannya untuk baki musim

Sir Alex Ferguson berharap Antonio Valencia kekal cergas untuk baki musim dengan dia percaya winger itu mempunyai peranan penting untuk dimainkan dalam cabaran pemburuan kejuaraan Manchester United.
 
Valencia telah baru-baru ini diketepikan akibat masalah hamstring dan membuat penampilan pertamanya dalam lebih sebulan ketika kelab membelasah Wolves 5-0 Ahad lalu.
 
Dia telah menjaringkan satu gol di Molineux dan mencipta dua gol lagi dengan pemain berusia 26 tahun itu membantu United membuka pendahuluan empat mata ke atas pesaing, Manchester City di persada Liga Perdana.
 
Pemain kebangsaan Ecuador itu kembali dari kecederaan jangka panjang ketika dua bulan terakhir musim lalu untuk memainkan peranan penting dalam kejayaan Red Devils menjulang rekod kejuaraan ke-19.
 
Ferguson kini berharap yang bekas pemain sayap Wigan itu akan membuat impak serupa selepas memuji bakat dimiliki Valencia.
 
"Dia mampu jadi sangat penting," kata pengurus United itu.
 
"Prestasinya sebelum dia cedera sangat bagus. Kini dia kembali kami harap dia kekal cergas. Dia seorang pemain yang jujur dan rajin berusaha."
 
"Anda dapat dua sisi berbeza dari Antonio. Dia seorang yang sedia untuk kerja sangat keras. Dia boleh buat terjahan, boleh berlari pantas, namun dia juga mampu lepasi benteng lawan. Dia ada semuanya sebenarnya."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan