Live Streaming

Jumaat, 23 Mac 2012

Ronaldinho - Sukar Untuk Mempunyai Teman Wanita


Tiada teman wanita kerana pencerobohan media ke dalam kisah peribadinya.

Ronaldinho mendedahkan bahawa dia sukar untuk mempunyai teman wanita kerana campur tangan media ke dalam kehidupan peribadinya.

Striker berusia 31 tahun itu kembali ke Brazil tahun lepas, menyertai Flamengo setelah sedekad di Eropah, yang mana dia dua kali dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Dunia Tahunan FIFA.

Namun, Ronaldinho kini mendapati apa yang dia lakukan di luar padang sedang diteliti rapat, menjadikan sukar untuk dia mencari cinta.

"Sukar untuk miliki teman wanita kerana semua yang saya lakukan adalah satu berita," kata bekas pemain Gremio. "Saya tak akan berputus asa kerana orang akan sentiasa bercakap, tapi kadang-kadang itu mengganggu. Orang mahu menjalani kehidupan yang normal. Saya cuba menjadi pandai, tapi saya tak dibenarkan melakukannya. Selepas kamera telefon dicipta."

Walau bagaimanapun, ketika Ronaldinho akui dia mahu mencari seseorang untuk menghabiskan sisa hidupnya bersama-sama, dia masih belum bersedia untuk melakukannya.

"Saya terlalu gila untuk berkahwin," katanya. "Saya tak mahu berkahwin tanpa kehidupan yang betul. Saya rasa saya perlu bersara terlebih dulu, ketika saya masih ada masa."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan