Live Streaming

Isnin, 26 Mac 2012

Mourinho senyap selepas perlawanan

Football News: Jose Mourinho 


Jose Mourinho enggan bercakap dengan media selepas dibuang dari tepi padang dalam perlawanan menentang Villarreal.
Pendahuluan mereka di tempat pertama dipotong kepada enam mata akibat keputusan seri 1-1 dengan Villarrael. Sepakan Cristiano Ronaldo selepas 60 minit memberikan Real Madrid pendahuluan yang tipis tetapi Marcos Senna menyamakan kedudukan tendangan percuma tujuh minit sebelum tamat permainan.
Beberapa minit kemudian, Mourinho dibuang dari tepi padang oleh pengadil Jose Paradas Romero apabila menyindir keputusannya untuk menghadiahkan tendangan percuma yang dijaringkan oleh Senna itu dengan membuat tepukan. Mourinho terpaksa ke tempat penyokong untuk menyakasikan saat-saat akhir perlawanan bersama jurulatih kecergasan beliau Rui Faria, yang telah lebih awal dihantar ke situ buat kali keempat musim ini.
Sergio Ramos dan Mesut Ozil juga dibuang padang apabila Ramos ditunjukkan kad kuning keduanya bagi cabaran liarnya ke atas Nilmar dan Ozil kerana cabaran kasar dan menggunakan bahasa kesat.
Keputusan di El Madrigal bermakna bahawa pendahuluan Madrid di puncak La Liga telah dikurangkan daripada sepuluh ke enam mata dalam masa lima hari sahaja.

Dengan perlawanan El Clasico di Nou Camp akan datang tidak lama lagi, keputusan yang tidak disangka ini telah memberi harapan kepada Barcelona dalam perlumbaan untuk menjadi juara liga.

Walau bagaimanapun, pemain pertahanan Real Madrid Marcelo percaya bahawa tidak ada sebab untuk panik sekarang.

"Saya fikir mana-mana pasukan ingin mempunyai kelebihan enam mata," pemain Brazil itu berkata. "Kami mesti tenang. Malam ini adalah satu perlawanan yang sukar tetapi kami okay. Kami tidak mendapat kemenangan tetapi semangat pasukan masih baik."

Beliau kemudian meratapi hakikat bahawa pasukannya sekali lagi memasukan satu lagi gol dari tendangan percuma; Santi Cazorla menjaringkan gol pada minit akhir permainan untuk menyamakan kedudukan untuk Malaga hujung minggu lalu, manakala Marcos Senna adalah penjaringnya kali ini.

Marcelo menambah: "Kami sedang terus bekerja tetapi kadangkala keputusan pengadil tidak begitu baik untuk kami. Kami harus terus bekerja keras.
"Kami perlu lebih baik dalam banyak perkara. Malam ini gawang kami dibolos dari tendangan percuma sekali lagi tetapi kami masih di hadapan dan kami akan terus berusaha."

Pemain pertahanan Madrid Pepe mungkin dikenakan tindakan kerana menggunakan kata-kata kasar kepada pengadil selepas perlawanan.
Dilaporkan bahawa pemain dari Brazil itu cuba untuk menghadapi pengadil di dalam terowong selepas perlawanan di El Madrigal dan menjerit kepadanya: "Ini satu rompakan, anda anak  a*****"
Romero dikatakan telah menulis kata-kata Pepe dalam laporannya, yang bermaksud kejadian itu kini akan dikaji semula oleh Persekutuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan