Live Streaming

Selasa, 3 April 2012

Blackburn 0-2 Manchester United


Blackburn vs Man United: Ashley Young


Jaringan-jaringan lewat Antonio Valencia dan Ashley Young menolong Manchester United menewaskan Blackburn Rovers dalam Liga Perdana.
Pengurus Manchester City Roberto Mancini telah mengharapkan Rovers dapat teruskan prestasi baik mereka di padang sendiri di mana mereka telah kalah hanya dua kali dalam dua belas perlawanan terakhir menentang United tetapi beliau akan kecewa dengan keputusan perlawanan itu.
Jika beliau sedang menonton perlawanan itu, pengurus dari Itali itu tidak boleh menyalahkan Blackburn.
Selepas beberapa halangan cemerlang dari David de Gea, serangan-serangan United akhirnya membuahkan hasil, dengan Valencia membuka jaringan sepuluh minit sebelum Young menajaringkan gol kedua United.
Keputusan itu juga bermakna Rovers jatuh kembali ke dalam zon penyingkiran atas perbezaan gol.

Walaubagaimanapun, nasib Rovers tidak dikesah sesiapa di Manchester.

Kegagalan City untuk menewaskan Sunderland pada hari Sabtu telah membuat suasana yang hangat di kalangan 7,000 penyokong United yang hadir di Ewood Park.

Setelah digelar juara buat kali ke-19 di perlawanan yang sama musim lepas, penyokong-penyokong United telah sedia untuk meraikan kemenangan ke-20 tidak lama lagi.

Dan selama 20 minit, ia kelihatan pemain-pemain United bersedia untuk menewaskan Blackburn dengan penyokong-penyokong mereka di belakang mereka.

Valencia kelihatan mengancam di sayap kanan dan Wayne Rooney beroperasi di posisi yang lebih luas daripada posisi serangannya yang lebih mengancam. Gerakan Javier Hernandez juga meneybabkan kebimbangan untuk Blackburn.  
Penyerang dari Mexico itu hampir-hampir membuka jaringan dari dekat apabila tendangannya dari hantaran Valencia terkena tiang lalu dihalang oleh Robinson.
Ia seolah-olah hanya menunggu masa untuk United membuka jaringan dengan pasukan lawat itu membuat serangan demi serangan. Michael Carrick dan Paul Scholes kelihatan mengancam dengan hantaran-hantaran mereka setelah diberikan banyak ruang oleh pemain-pemain Blackburn.
Carrick hanya dapat menyaksikan tendangannya menyeleweng ke atas dan rayuan penaltinya ditolak.

Patrice Evra dan Phil Jones, dalam perlawanan menentang bekas pasukannnya, hanya dapat menyaksikan tandukan mereka luas.

Blackburn mengambil hati daripada kegagalan United untuk menjaringkan gol, dan mula membuat serangan mereka sendiri.

Pengaja gawang United De Gea dijatuhkan dari kesebelasan utama United kerana persembahan buruknya dalam perlawanan kedua-dua pasukan ini di Old Trafford awal musim ini.
Tetapi prestasi beliau telah meningkat dengan dramatik sejak perlawanan itu dan beliau menunjukannya apabila membuat halangan yang cemerlang dari usaha Junior Hoillet.

Kemudian, seminit sebelum masa rehat, rembatan Marcus Olsson dan tandukan Grant Hanley - penjaring gol kemenangan Blackburn di Old Trafford awal musim - juga dihalang De Gea.

Itu menandakan perubahan dalam sikap permainan pasukan tuan rumah, yang terus membuat serangan-serangan yang bersemangat selepas masa rehat.

Scott Dann hanya dapat menanduk luas, penjaring gol terbanyak mereka Yakubu mensia-siakan beberapa peluang yang baik dan Rio Ferdinand menyelamatkan De Gea selepas beliau terlepas usaha sengit Morten Gamst Pedersen.

Selepas kemenangan kejutan Wigan dan QPR atas pasukan-pasukan "besar" liga, Blackburn kelihatan seperti akan membuat satu lagi kejutan apabila usaha Pedersen melepasi De Gea dan masuk ke dalam gol.

Walaubagaimanapun, penyokong-penyokong pasukan tuan rumah dikecewakan, kerana bola telah melintasi garisan sebelum Steven Nzonzi menghantar bola kepada Pedersen.
Ferdinand sekali lagi menyelamatkan United apabila beliau menghalang Yakubu, yang hampir-hampir menjaringkan gol dari hantaran rendah Marcus Olsson.
United mula terdesak, tetapi untuk tidak lama.

Walaupun Valencia telah cedera kebanyakan musim ini, tidak ramai yang akan menafikan beliau adalah pemain terbaik United musim ini.
Dengan perlawanan hampir-hampir tamat, pemain sayap Ecuador itu melepaskan rembatan kencang melepasi Robinson selepas menggelecek ke dalam kotak penalti.

Young menambah gol kedua untuk United sebelum akhir perlawanan dari luar kotak penalti untuk memberikan United kemenangan yang penting.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan