Live Streaming

Selasa, 3 April 2012

Safee pertahankan resepi Rajagobal



Penyerang Malaysia, Mohd Safee Sali (kanan) berusaha melepasi pemain Singapura ketika perlawanan Kelayakan Piala Dunia Zon Asia di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 28 Julai 2011. 

 Penyerang sensasi negara, Safee Sali yakin skuad negara akan dapat mempertahankan Piala AFF Suzuki musim ini bersandarkan resepi sama yang digunakan pengendali K. Rajagobal.
Bagi Safee, apa yang dilakukan Rajagobal adalah jelas untuk memastikan tidak hanya "Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha mahupun Kharul Fahmi Che Mat" yang boleh disandarkan menjelang saingan Piala Suzuki hujung tahun ini.
"Keputusan jurulatih untuk terus mencuba pemain baru adalah satu keputusan yang bagus. Kita dalam bola sepak ini tidak boleh sahaja mengharapkan saya, Khairul Fahmi dan Norshahrul ataupun Safiq Rahim.
"Kita perlu bekerja sebagai satu pasukan dan harus mencari gandingan-gandingan baru untuk kita mengekalkan Piala Suzuki pada tahun ini," katanya.
Malah Safee yakin Rajagobal dapat mencari ramuannya dan mereka akan berdiri teguh dibelakang jurulatih kebangsaan itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan