Live Streaming

Selasa, 3 April 2012

Ferguson: Masih belum tamat lagi

Blackburn vs Man United: Wayne Rooney, Jason Lowe



Sir Alex Ferguson menafikan pasukannya kini menerajui Liga Perdana walaupun berada lima mata di hadapan Manchester City selepas menang di Blackburn pada hari Isnin.
United mengalahkan Blackburn 2-0 pada hari Isnin untuk bergerak lima mata di hadapan pasukan di tempat kedua City, walaupun mereka terpaksa menunggu di hujung-hujung perlawanan untuk mendapat kemenangan itu.

Antonio Valencia menjaringkan usahanya dari sudut yang ketat sebelum jaringan Ashley Young menjaminkan tiga mata untuk United.

"Mereka bertanya adakah itu sebuah hantaran atau rembatan. Itu tidak penting," kata Ferguson.

"Dia merembat bola dengan begitu kuat dan itu akan sentiasa menjadi masalah untuk pemain-pemain pertahanan mereka.

"Ia adalah jaringan yang hebat. Pada pendapat saya, dia adalah pemain terbaik perlawanan ini."

Walaubagaimanapun, Ferguson tidak percaya akan menjadi satu kepastian pasukannya akan menjadi juara.

"Kami masih mempunyai tujuh perlawanan untuk dimain. Dalam pengalaman saya dalam situasi-situasi seperti ini, tidak kira berapa jumlah mata anda ada," katanya kepada Sky Sports 1.

"Yang penting adalah perlawanan seterusnya pada hari Ahad [menentang QPR]."

"Semua perlawanan yang tinggal adalah penting," katanya.

"Tidak kisah perlawanan Ahad depan, Rabu depan atau hari Ahad selepas itu, mereka semua adalah perlawanan yang penting.

"Para pemain saya sudah bersedia. Kami akan berjuang hingga ke akhir dalam semua perlawanan kami untuk memenangi mereka."

Pengurus dari Scotland itu mengakui pasukannya terpaksa bekerja keras menentang Rovers.

"Ia adalah satu malam yang panjang. Kami terpaksa bersabar dan tabah dan akhirnya kami mendapat ganjaran kami," katanya.

"Kami tidak dapat membuat peluang yang jelas untuk masa yang lama.

"Tetapi ia adalah satu kemenangan yang penting."

Ferguson juga merasakan beliau terhutang budi kepada penjaga gol David de Gea, yang membuat tiga halangan cemerlang pada separuh pertama untuk mengelakkan pasukannya daripada masuk ke waktu rehat di belakang Rovers.

"Peningkatan dalam prestasinya jelas untuk dilihat oleh semua," katanya.

"Beliau semakin yakin dan membuat tiga halangan cemerlang pada separuh masa pertama.

"David menolong kami kekalkan permainan kepada 0-0. Kami menguasai permainan, tetapi tidak dapat mejaringkan gol dengan cara Blackburn mempertahankan gawang mereka."

Young memuji paparan keseluruhan pasukannya dan memanggil kemenangan itu sebagai 'sangat penting' untuk pasukannya.

"Saya rasa ini adalah perlawanan yang 'sangat penting' untuk kami. Kami tahu jika kami menang, kami akan berada lima mata di hadapan City," kata Young.

"Ia adalah satu keputusan dan persembahan yang hebat."

Kemenangan ini adalah kemenangan ketujuh berturut-turut untuk United dan mereka telah mengambil peluang yang diberikan City untuk mendahului liga.
United akan menentang QPR dalam perlawanan seterusnya, yang keluar dari zon penyingkiran selepas keputusan hari Isnin itu, di Old Trafford pada hari Ahad sebelum City menentang Arsenal kemudian.
"Semua orang tahu ini adalah masa yang penting dalam musim kami," kata Young, yang mengakui jaringan gol Valencia sangat melegakan pasukannya.

"Kami tahu kami akan menjaringkan gol, sama ada ia adalah sebuah hantaran atau rembatan, ia tetap masuk ke dalam gawang."

Valencia memberikan satu lagi persembahan yang cemerlang dengan jaringan hebat itu, tetapi apabila ditanya sama ada ia adalah sebuah hantaran atau rembatan, beliau bergurau: "Ia adalah 50-50."

Pengurus Rovers Steve Kean menyaksikan pasukannya jatuh ke dalam zon penyingkiran tetapi percaya pasukannya telah menunjukkan mereka mampu untuk mengelak daripada tersingkir.
"Jika kami boleh bermain dengan prestasi yang sama untuk perlawanan-perlawanan akan datang kami - bukan untuk 80 minit tetapi 90 minit - kami akan mendapat banyak kemenangan," katanya.

"Kami harus mengambil semua yang positif daripada 80 minit pertama perlawanan ini. Kami harus tetapkan prestasi yang sama dalam perlawanan-perlawanan akan datang.

"Kami menentang pasukan yang mungkin menjadi juara.

"Pada pendapat saya, untuk 80 minit, kami bermain dengan baik untuk cuba menang. Penjaga gol mereka bermain dengan sangat baik. Beliau menghalang semua usaha-usaha kami.

"(Junior) Hoilett dan Yakubu menyebabkan mereka beberapa masalah."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan