Live Streaming

Isnin, 29 Oktober 2012

Gol tunggal Arteta singkir QPR

 



Jaringan Mikel Arteta lewat dalam perlawanan memberi Arsenal kemenangan 1-0 ke atas QPR di Stadium Emirates.
Perlawanan itu turut menyaksikan kembalinya Jack Wilshere dalam pasukan selepas dikecualikan selama lebih setahun.
Arsenal telah mengalami kesukaran selepas perlawanan antarabangsa dengan kekalahan ke atas Norwich dan Schalke.
Arsenal mempunyai peluang terbaik melalui rembatan Aaron Ramsey yang terkena tiang pada minit ke-10.
Wilsher juga beraksi dengan baik dengan menggelecek dan mengasak pihak lawan bertubi-tubi.
QPR yang masih belum menang di tempat lawan musim ini dan menduduki di tempat tercorot liga kelihatan berbahaya melalui serangan balas terutama dari Shaun Wright-Phillips.
Arsenal menguji QPR lagi melalui percubaan Olivier Giroud yang disambut oleh Lukas Podolski namun terkena benteng pertahanan QPR.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan