Live Streaming

Selasa, 2 Oktober 2012

Mourinho akan kembali ke England

Football news: Jose Mourinho.

Jose Mourinho akan pulang ke bola sepak Inggeris selepas Real Madrid - tetapi beliau berharap Sir Alex Ferguson masih mengurus Manchester United pada masa itu.
Mourinho telah lama dikatakan sebagai pengganti Ferguson, tetapi pengurus Real Madrid itu berkata bahawa beliau ingin lelaki yang dipanggilnya ‘The Boss' itu kekal di Old Trafford.
Bekas pengurus Chelsea itu menegaskan bahawa beliau masih mempunyai hubungan baik dengan pemilik pasukan Roman Abramovich dan benci akan masalah-masalah sebalik kerjayanya itu yang telah menyebabkan anak lelakinya yang berumur 12 tahun, didera semasa bermain bola sepak.
Ditanya jika beliau akan mengganti Ferguson, Mourinho berkata kepada CNN: "Tidak, saya rasa bola sepak akan kerugian jika beliau bersara.
"Untuk saya, beliau tetap ‘The Boss'. Saya memanggilnya begitu kerana beliau adalah ketua kepada pengurus-pengurus dalam bola sepak dan saya berharap beliau akan kekal di Manchester United apabila saya kembali kepada bola sepak Inggeris."
Mourinho pula enggan memberi kenyataan mengenai pengurusan pasukan Manchester City.
Beliau menambah: "Saya tidak pernah memikir dengan perkara itu, terutamanya kerana saya telah menandangani kontrak empat tahun bersama Real. Saya telah bersetuju dengan kontrak dan saya ingin kekal di Real Madrid pada masa ini. Saya tidak pernah memikir tentang pasukan lain.
"Saya hanya menyatakan bahawa langkah seterusnya untuk saya adalah untuk kembali ke bola sepak Inggeris tetapi masanya belum menentu. Saya tidak pasti namun saya amat gembira dapat mengurus pasukan terbaik dalam dunia pada masa ini."
Mourinho mengakui beliau tidak suka akan penelitian awam sebalik kerjaya sebagai seorang pengurus.
Beliau berkata: "Jika saya adalah seorang pengurus bola sepak dan pada masa itu, saya ingin meninggalkan sebuah pasukan atau setelah sebuah perlawanan berakhir, jika saya boleh berhenti dan menjadi orang biasa, saya akan melakukan demikian.
"Kerana saya tidak suka akan kehidupan saya yang sentiasa di bawah perhatian ramai orang. Saya kesal tidak dapat menjadi seorang ayah yang dapat menyaksikan perlawanan bola sepak anak lelakinya dan bersenang-senang bersama bapa-bapa yang lain.
"Saya akan pergi menonton sebuah perlawanan untuk budak-budak remaja dan ramai orang akan datang mengambil gambar, menghina dan mendera anak saya.
"Saya amat berharap dapat menghabiskan masa bersama keluarga seperti biasa namun saya tidak mampu melakukannya. Inilah sebab kenapa saya menjadi seseorang yang berbeza dalam kehidupan peribadi."


Tiada ulasan:

Catat Ulasan