Live Streaming

Sabtu, 17 November 2012

KAFA lantik peguam selesai isu Mat Yo

KAFA lantik peguam selesai isu Mat Yo

Kelantan FA akan menggunakan khidmat peguam bagi menangani isu perpindahan Norhshahrul Idlan selepas Johor dikatakan kurang bersetuju dengan nilai pemain itu.
Presiden Kelantan FA (KAFA) Tan Sri Annuar Musa mengesahkan di laman Facebooknya bahawa pihaknya telah menerima surat balas daripada Johor yang dihantar KAFA berkaitan perpindahan Mat Yo.
Menurut Annuar, terdapat sedikit kekeliruan dari surat Johor yang seolah-olah enggan membayar nilai perpindahan yang dituntut oleh KAFA, sebaliknya menawarkan nilai yang lebih rendah daripada tawaran surat pertama mereka sebelum ini.
"Surat tawaran telah dibalas oleh PBNJ hari ini, namun kami sedikit binggung apabila dalam surat mereka kurang bersetuju dengan nilai tuntutan yang dicadangkan oleh KAFA.
"Sedangkan mereka menyebut tetap mahukan Mat Yo," kata Annuar.
Tambah Annuar: "Lebih membingungkan kami apabila PBNJ menawarkan nilai yang lebih rendah dari tawaran pertama mereka sebelum ini."
"Bukan setakat itu sahaja, nilai itu juga lebih rendah dari gaji dan elaun Mat Yo untuk baki kontrak 13 bulan yang masih ada.
"Di sini, memang jelas Johor masih belum memahami dan melalui semua ini," kata beliau lagi.
Bagi menyelesaikan isu ini secepat mungkin, pihaknya akan menggunakan khidmat peguam yang lebih arif mengenai undang-undang sukan bagi menyelesaikan isu tersebut.
"Demi mahu melihat isu ini selesai, KAFA akan menyerahkan segala urusan kepada peguam untuk mengambil langkah seterusnya.
"Kami akan memberi mandat kepada mereka untuk berunding menurut saluran undang-undang yang betul," jelas Annuar yang akan memberi kuasa sepenuhnya kepada peguam mereka untuk menghubungi PBNJ selepas ini.
"Peguam KAFA akan diberi kuasa untuk mengambil apa jua tindakan yang wajar kepada Johor asalkan ia masih di bawah peraturan Status dan mengikuti undang-undang kontrak dalam negara kita," jelas Annuar.
Dalam pada itu, Presdien PBNJ, Tunku Ismail menolak dakwaan laporan akhbar sebelum ini mengenai penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha atau lebih dikenali sebagai Mat Yo bernilai RM6 juta.
"Saya rasa tak kan nilainya sampai macam tu, lain la kalau ada pihak yang nak ambil kesempatan terhadap isu ini sehingga macam-macam yang dimintanya," titah baginda pada sidang media di Johor semalam.
Tunku Ismail bertitah, PBNJ menghantar surat balas tawaran yang dihantar Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa berkaitan perpindahan Mat Yo dan bakal membuat keputusan mengenai pengambilan pemain itu Isnin depan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan