Live Streaming

Sabtu, 17 November 2012

Johor ikat Simone Del Nero

Johor ikat Simone Del Nero

Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) mengumumkan penyertaan bekas pemain Lazio, Simone Del Nero bagi saingan Liga Super musim depan.
Selepas menandatangani pemain import termahal di Malaysia, Daniel Guiza bulan lepas, Presiden PBNJ, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail hari ini mengesahkan di sidang media di Johor Bahru bahawa Simone Del Nero akan mengikat kontrak selama setahun dengan Johor.
"Ini keputusan terbaik untuk melengkapkan pasukan Johor kerana sebelum ini kita memang mencari pemain tengah.
"Keputusan dibuat selepas menerima nasihat daripada Ketua Jurulatih, Fandi Ahmad," titah Tunku Ismail pada sidang media di sini, semalam.
Walaubagaimanapun nilai sebenar kontrak bersama Del Nero dan gaji yang bakal diberikan kepada pemain antarabangsa itu tidak didedahkan.
Del Nero menyatakan kesediaannya beraksi cemerlang bersama pasukan Johor dan berhasrat meletakkan pasukan diwakilinya di tempat terbaik.
Katanya, meskipun tidak mengenali pemain bola sepak antarabangsa Sepanyol, Daniel Guiza yang turut beraksi bersama pasukan Johor, namun beliau bersedia bergandingan untuk mencipta kejayaan pasukannya.
"Bagi saya ini pengalaman baru dan Malaysia sudah semakin dikenali di Eropah selepas pasukan ini mengikat kontrak bersama Guiza.
"Secara peribadi walaupun saya tidak mengenali Guiza, namun dia antara nama besar dan saya tidak sabar untuk beraksi bersamanya," katanya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan