Live Streaming

Rabu, 28 Mac 2012

Di Matteo puas serta Kalou

Benfica vs Chelsea: Salomon Kalou


Pengurus sambilan Chelsea Roberto Di Matteo berpuas hati setelah keputusannya untuk menyertakan Salomon Kalou mendatangkan hasil.
Pemain antarabangsa Ivory Coast itu telah menjaringkan gol kemenangan perlawanan pertama di Lisbon dan meraih kelebihan untuk Chelsea dalam suku akhir Liga Juara-Juara.
Di Matteo memberitahu Sky Sports 2: “Dia telah disertakan selepas jangka masa yang panjang tidak bermain, dia telah menjaringkan gol dan menunjukkan prestasi yang baik.”
“Saya rasa ia adalah keputusan yang baik walaupun risikonya tinggi.”
“Kami menghadapi jadual yang padat dan ia penting untuk memilih pasukan yang mampu mengharungi cabaran rentak permainan yang cepat. Ia adalah keputusan yang amat baik.”
“Kami mendapat banyak peluang dan tidak mebenarkan gawang kami dibolos, kami kelihatan amat baik dari segi pertahanan. Mereka mempunyai beberapa peluang dan penjaga gol kami terpaksa menyelamatkannya tetapi kesemua percubaan mereka dari jarak jauh.”
Kalou, yang telah menjaringkan gol hasil hantaran Fernando Torres pada minit ke 75 menambah: “Ia adalah keputusan yang baik dan gol di padang lawan amat penting.”
“Kami ingin bermain setiap perlawanan dan kami harus menghormati keputusan pengurus. Dia telah memberi saya peluang malam ini dan saya perlu membuktikannya di padang. Saya amat gembira dapat menjaringkan gol.”
“Apa yang penting adalah kami mempunyai kelebihan dan kami harus bersedia sebelum perlawanan kedua di padang sendiri.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan