Live Streaming

Rabu, 28 Mac 2012

Mourinho: APOEL mencabar kami

Football News: Karim Benzema


Walaupun telah menang dengan tiga gol, pengurus Real Madrid Jose Mourinho menegaskan yang pasukannya telah mengharungi cabaran APOEL Nicosia.
Mounrinho telah memberitahu laman rasmi kelab beliau yang dia merasakan yang APOEL telah menunjukkan prestasi yang baik dan pasukannya terpaksa meningkatkan permainan untuk menang.
“APOEL telah mencabar kami dan kami menang kerana kami telah meningkatkan permainan. Mereka amat kuat dari segi pertahanan dan menunjukkan semangat yang mengagumkan.” Mounrinho berkata.
Pengurus Portugis itu telah memuji pengurus lawan setelah dia mendorong kelab Cypriot ke peringkat ini dalam kejuaraan terbaik Eropah. Walaubagaimanapun, Mourinho juga telah menegaskan yang dia yakin peluang APOEL untuk mara ke pusingan seterusnya amat nipis setelah kemenangan pasukan Los Blancos dalam perlawanan pertama.
“Saya yakin saya tidak mampu mendorongi kelab ini kepada peringkat yang lebih baik lagi berbanding dengan Jovanovic. Saya rasa APOEL telah menunjukkan prestasi yang amat baik. Kami tahu perlawanan agak sukar dan telah mengambil keputusan untuk membawa Kaka dan Marcelo, dan ia telah mendatangkan hasil.”
“Ia amat sukar untuk mereka menang 4-2 di Bernabeu.”
Kemenangan itu juga telah menandakan penampilan Nuri Sahin yang telah dikritik setelah pemindahannya ke kelab Sepanyol itu setelah gagal menyumbang dengan baik. Mourinho menegaskan yang Sahin tidak akan dilupakan di Santiago Bernabeu.
“Saya amat gembira dengan prestasi Sahin, begitu juga rakan sepasukannya kerana kami suka beliau walaupun dia telahmenghadapi masa yang sukar. Dia mendapat peluang untuk bermain malam ini dan telah menunjukkan prestasi yang baik.”
Real Madrid kini akan beraksi dalam La Liga dengan Osasuna pada hari Sabtu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan