Live Streaming

Rabu, 28 Mac 2012

Valdes waspada dengan ancaman Milan

Football News: AC Milan vs Arsenal Robinho Zlatan Ibrahimovic


Penjaga gol Barcelona, Victor Valdes berwaspada dengan ancaman AC Milan menjelang pertembungan di pusingan suku akhir Liga Huara-Juara di San Siro pada hari Rabu.
AC Milan berjaya menjaringkan empat gol dalam dua perlawanan kumpulan antara kedua-dua pasukan itu awal kempen ini, dengan juara Itali itu seri 2-2 di Stadium Camp Nou sebelum kalah 3-2 di perlawanan kedua.

Valdes menjangkakan satu lagi pertemuan yang sukar dengan pasukan Rossoneri di San Siro pada petang Rabu tetapi dirangsang dengan kemenangan sembilan perlawanan berturut-turut.
"Milan adalah sentiasa sebuah pasukan yang sangat berbahaya," penjaga gol itu memberi tahu pemberita pada hari Isnin. "Kami dapat melihatnya di peringkat kumpulan.

"Mereka adalah sebuah pasukan yang hebat dengan sejarah yang besar. Perlawanan menentang Milan, yang merupakan salah satu pasukan terbesar di Eropah, sungguh sukar.

"Tetapi ia datang pada masa yang baik untuk kami dan adalah penting bahawa kami cuba untuk bermain seperti biasa."

Walaupun rentak kemenangan meletakkan kelab Catalan itu hanya enam mata di belakang Real Madrid di La Liga dengan perlawanan El Clasico di Camp Nou akan datang, Valdes tidak terbawa-bawa dengan kemungkinan pasukannya dapat mempertahankan juara merkeka.

"Ketika kami berada 10 mata di belakang, kami tidak menukar pendekatan kami, dan sekarang apabila kami berada enam mata di belakang, kami juga tidak akan berbuat demikian," jelas pemain antarabangsa Sepanyol itu.

"Kami perlu bersaing dengan setiap pasukan lawan dan cuba untuk mengumpul kesemua tiga mata.

"Pihak media telah mengatakan bahawa kemenangan liga adalah mustahil untuk kami tetapi mesej tetap sama di pihak kami, agar jangan berputus asa.

"Bagaimanapun, jurang enam mata masih besar. Hanya masa dan permainan akan memutuskan jika defisit itu dapat dikurangkan. Kami tidak mempunyai sebarang pilihan kecuali memenangi setiap perlawanan dan lihat apa yang akan berlaku."

Barcelona menentang Milan di San Siro pada hari Rabu sebelum menentang Athletic Bilbao Stadium di Nou Camp pada hujung minggu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan