Live Streaming

Selasa, 27 Mac 2012

Manchester United 1-0 Fulham

Man United vs Fulham: Wayne Rooney, Jonny Evans


Manchester United menang tipis atas Fulham di Old Trafford untuk membuka jurang tiga mata di puncak Liga Perdana Barclays.
Jaringan gol ke-28 Wayne Rooney musim ini cukup untuk memberikan kemenangan kepada pasukan tuan rumah.
Tetapi Ferguson dengan jelas tidak kagum dengan prestasi pasukannya dan mereka hampir-hampir dibuat untuk kesal dengan pemborosan mereka apabila Michael Carrick menjatuhkan Danny Murphy di dalam kotak penaltinya seminit sebelum permainan tamat tetapi pengadil berusian 27 tahun Michael Oliver tidak menghiraukan rayuan-rayuan penalti dari pemain-pemain Fulham.  
Setelah melihat pesaing mereka Manchester City menjatuhkan dua mata di Stoke pada hari Sabtu, Ferguson bermula perlawanan ini dengan meletakkan ramai pemain serangan dalam pasukan utamanya.
Lima pemain di bahagian serangan dan dua pemain pertahanan sayap, yang sering menolong pasukan mereka untuk membuat serangan, memulakan perlawanan itu dengan rancangan Ferguson untuk membuat Fulham mempertahankan diri dan tidak dapat membuat serangan. Dan rancangannya berjaya dengan Rooney dan Ryan Giggs sering membuat ancaman atas pasukan lawatan itu.  
Fulham akhirnya muncul dari tempurung mereka dan mula mengeksploitasi ruang-ruang kosong yang ditawarkan kepada mereka.

Mousa Dembele hanya dapat melihat usahanya luas ke tepi selepas dijemput untuk menyerang bahagian pertahanan United, kemudian Clint Dempsey juga membuat satu tendangan yang tidak berjaya.
Pemain dari Amerika itu lebih mengancam dan hampir-hampir menjaringkan gol dengan tendangannya yang menyeleweng.
Terlalu baik untuk menjadi kenyataan untuk pasukan yang hanya pernah menewaskan United sekali sahaja di padang lawatan sejak tahun 1959, dan David De Gea membuat satu save akrobatik.

Dari saat itu, pasukan Red Devils meningkatkan tekanan biasa mereka.

Tetapih permainan mereka tidak fasih. Tendangan jauh Danny Welbeck dan sebuah rayuan penalti terhadap Stephen Kelly apabila bola terkena tangannya adalah yang terbaik yang mereka dapat mengusahakan sebelum Rooney membuka jaringan.
Malah jaringan itu pun agak ganjil.

Rooney mengelak hantaran Ashley Young walaupun beliau kelihatan berada di posisi yang lebih baik untuk menjaringkan gol daripada Jonny Evans yang berada di belakangnya. John Arne Riise sepatutnya menendang bola keluar dari kotak penaltinya tetapi kelihatan seperti pemain dari Norway itu terperanjat dengan gerakkan Rooney dan dia gagal mengawal bola, membenarkan Evans untuk luncur masuk. Pemain dari Ireland Utara itu mempunyai kehadiran minda untuk mencari Rooney.
Dari saat itu, Fulham kelihatan akan kalah teruk dengan Rooney menjaringkan gol kesebelas beliau dalam sembilan perlawanan.
Jika terdapat seorang pemain yang berpengaruh seperti penyerang England itu sejak awal tahun, pemain itu adalah Antonio Valencia.

Kecederaan hamstring yang membuat beliau tidak dapat beraksi selama satu bulan tidak menjejaskan prestasi permainannya dan beliau hampir-hampir menjaringkan gol kedua pasukannya selepas masa rehat.
Dengan memulakan serangannya dari kawasan pasukannya sendiri, Valencia bertukar-tukar pas dengan Rooney sebelum memberi bola kepada Ryan Giggs dan menerima kembali bola dari pemain veteran Wales itu. Valencia kemudian menuju terhadap gawang Fulham tetapi Mark Schwarzer berdiri kukuh dan membuat save yang baik.

Namun bagaimana sengangnya usaha itu kelihatan, United medapati sukar untuk menembus benteng pertahanan berdisiplin Fulham.  
Javier Hernandez dimasukkan permainan untuk memberi Fulham masalah yang lain untuk selesaikan dan Giggs mengheret luas usahanya dalam peluang seterus United.
Setelah memuji Rio Ferdinand sebelum perlawanan, penggantian pemain pertahanan veteran itu 20 minit sebelum masa tamat merupakan satu kebimbangan kerana masalah belakang beliau yang beterusan.
United sepatutnya menjaringkan gol kedua mereka tidak lama kemudian tetapi Schwarzer membuat save yang baik untuk menghalang tendangan tampar Young, dan kemudian save tendangan selanjutnya sebelum Brede Hangeland menghalang Giggs daripada menjaringkan gol.
Dengan menggantikan Rooney dengan Paul Scholes, United kelihatan seperti menginsuranskan diri mereka terhadap bencana yang tidak dijangka terhadap ancaman Fulham yang tidak wujud.

Tetapi ia adalah pemain midfield veteran itu yang meletakkan pasukannya sendiri di bawah tekanan dengan terjahan yang agak teruk atas Dempsey dan bernasib baik untuk tidak dilayangkan apa-apa kad.

Biasanya menonton prosiding daripada tempat duduknya, Ferguson dengan jelas gelisah dan tidak bahagia dengan prestasi pasukannya.

Pengurus dari Scotland itu tentunya akan menjadi marah jika Oliver menganugerahkan penalti untuk terjahan dari belakang Carrick atas Murphy pada minit terakhir perlawanan, dan ulang tayang televisyen menunjukkan beliau mempunyai setiap hak untuk sepatutnya menganugerahkan penalti itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan