Live Streaming

Ahad, 1 April 2012

Cristiano Ronaldo Buktikan Nilai Sebenar

"Cristiano Ronaldo"




Cristiano Ronaldo Buktikan Kualiti Hebatnya


Penyerang tinggi lampai Real Madrid, Cristiano Ronaldo buktikan kepada pengkritik bahawa dakwaan Lionel Messi jauh lebih hebat daripada nya adalah salah selepas menjaringkan dua gol penting buat pasukan pendahulu LA Liga itu pulang dengan tiga mata penuh selepas menewaskan Ossasuna 5 – 1.

Cristiano Ronaldo Buktikan Free Kick Terbaik

Dalam perlawanan tersebut, Ronaldo sekali lagi membuktikan kualitinya apabila sepakan percuma yang diambil olehnya akan menghasilkan keputusan positif. Dia telah pun menjaringkan satu gol melalui sepakan percuma pada perlawanan tersebut selain satu gol hasil sepakan dan satu lagi umpanannya membantu rakan sepasukan Ganzalo Higuan menjaringkan gol ke 5 perlawanan tersebut.
Permainan cantik antara Real Madrid VS Ossasuna jelas menunjukkan penguasaan penuh bola dimiliki oleh pasukan berjersi putih iaitu Real Madrid, yang hanya melepaskan satu gol bagi pihak lawan. Manakala membalas dengan jumlah jaringan yang besar. 3 gol diperoleh pada separuh masa pertama permainan dan selebihnya pada babak kedua perlawanan tersebut.

Cristiano Ronaldo Buktikan Faktor X Amat Membantu

Kami pernah kongsikan Faktor X Cristiano Ronaldo dan ternyata ianya mempunyai kebenarannya juga. Cristiano Ronaldo juga talah membuktikan Faktor X yang dimilikinya menjadikannya berbeza dan jauh lebih baik daripada pemain bola sepak yang lain.
Sumbangan Cristiano Ronaldo terhadap kelab Real Madrid terlalu besar dan ini membuktikan betapa pembelian termahal yang pernah direkodkan dalam sukan bola sepak bukan lah satu pembaziran. Ronaldo menjadi aset penting bagi Manchester United satu ketika dahulu dan kini dia merupakan pemain kesayangan Pengurus dan Peminat di Madrid pula.
Kini, Real Madrid semakin cemerlang dan mungkin juga satu hari nanti dominasi Barcelona dalam sukan bola sepak dunia akan digantikan semula dengan Kelab Unggul Real Madrid ini?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan