Live Streaming

Ahad, 1 April 2012

Kami Akan Pastikan ‘Jiran Bising’ Tidak Menang EPL


Chris Smalling-United

“CITY TAKKAN MENANG EPL”


Chris Smalling mengakui gelaran Liga Perdana Inggers lebih bermakna untuk Manchester United musim ini kerana ia melibatkan misi menafikan peluang City.
Pasukan jiran itu kini sedang bersaing sengit dan minggu lepas Sir Alex Ferguson memberitahu beliau ada ‘banyak penawar’ untuk perang satraf dengan Patrick Vieira begitu vokal mengkritik United kebelakangan ini.
Namun itu semua membantu ketegangan dalam lapan perlawanan terakhir musim dengan United kini mendahului tiga mata.
Persaingan kejuaraan liga diteruskan dengan City melayan Sunderland dua hari sebelum the Red Devils berkunjung ke Ewood Park untuk pertemuan dengan Blackburn.
Dan Smalling mengakui United mendambakan kejuaraan liga kali ke 20.
‘Ia pastinya lebih bermakna kerana City,’ kata Smalling.
‘Ia terpulang kepada kami berdua sekarang dan ia sangat penting. Media menghangatkannya dan sebagai pemain sudah tentu kami mahu memenanginya kerana kami mengenali beberapa pemain mereka.
‘Ia akan menjadi penting untuk memenanginya untuk tahun hadapan.’

Tiada ulasan:

Catat Ulasan