Live Streaming

Rabu, 4 April 2012

Dalglish: Liverpool mesti bersatu

Newcastle vs Liverpool: Pepe Reina



Pengurus Liverpool, Kenny Dalglish menjangka semua orang di Liverpool akan bersatu untuk melalui krisis yang semakin meningkat di kelab itu.
Liverpool kalah perlawanan keenam mereka dalam tujuh perlawanan di Newcastle pada hari Ahad untuk kekal di tempat ke lapan dalam liga, satu tempat di bawah jiran mereka Everton.

Walaupun mereka telah memenangi Piala Carling dan akan bermain dalam pusingan separuh akhir Piala FA, Dalglish berada di bawah tekanan yang berat untuk kembali menang sekali lagi.
Dalglish dipuji kerana mengembalikan keharmonian di Anfield selepas mengambil alih dari Roy Hodgson tahun lepas dan beliau yakin kelab itu mempunyai semangat untuk mengatasi masalah-masalah terkini mereka.
Pengurus dari Scotland itu berkata: "Pada pendapat saya, kami semua harus bersatu.
"Mereka (pemain-pemain) akan bersatu kerana mereka mahu meperbaiki situasi ini, dan cara terbaik untuk melakukannya adalah berjuang bersama-sama dan percaya dengan diri mereka.

"Bukannya mereka tidak bekerja keras, bukannya mereka tidak mempunyai keazaman dan keusahaan untuk memperbaiki situasi ini.

"Terpulang kepada kami untuk memanfaatkan kekecewaan dan kehampaan ini dengan betul, memperbaikinya dan mengambilnya sebagai satu benda positif kerana jika mereka mula menikmati kekalahan, kami akan mempunyai masalah."

Penyerang Luis Suarez juga telah berikrar untuk terus berjuang untuk membantu kelabnya kembali ke arah yang betul.

Prestasi buruk liga Liverpool bermula dari permulaan tahun ini, sejak mereka meragut hanya lapan mata daripada dua belas perlawanan.
Prestasi buruk liga itu sekurang-kurangnya telah diselangi oleh keputusan-keputusan yang baik dalam pertandingan-pertandingan piala tetapi mereka kini mempunyai masalah untuk perlawanan separuh akhir Piala FA menentang Everton pada 14 April setelah penjaga gawang Jose Reina dibuang padang di Newcastle.

Reina dibuang padang sembilan minit sebelum tamat permainan kerana menanduk James Perch dan kini digantung untuk tiga perlawanan termasuk pertemuan dengan Everton di Wembley.

Walaupun Perch dikutuk ramai kerana reaksi beliau, Dalglish mengakui pemain Sepanyol itu memang patut dilayang kad merah dan Liverpool tidak membuat rayuan. Kelab itu mempunyai sehingga petang Isnin untuk membuat rayuan tetapi Persatuan Bola Sepak telah mengesahkan mereka belum menerima apa-apa rayuan dari Liverpool.

Liverpool memulakan perlawanan menentang Newcastle dengan baik dengan hantaran Craig Bellamy terkena tiang dan tidak bernasib baik kerana tidak mendapat penalti apabila Danny Simpson menggunakan tangannya di garisan gol.

Tetapi Papiss Cisse membuka jaringan pada minit ke-19 dan menambah gol kedua Newcastle pada minit ke-60.

Dalglish berkata: "Kami bermain dengan baik dalam separuh masa pertama dan sepatutnya membuka jaringan.

"Jaringan pertama yang kami bolos, kami boleh mempelajari darinya.

"Kami dapat mencipta banyak pembukaan, tetapi kami harus menjaringkan peluang-peluang itu dan kami harus percaya kepada diri kami dan apa yang kami sedang lakukan.
"Jika kami membuat demikian, kami akan mempunyai peluang yang lebih baik."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan