Live Streaming

Rabu, 4 April 2012

"Saya tak akan putus asa dengan Balotelli."

Football News: Mario Balotelli, Manchester City



Pengurus Manchester City Roberto Mancini berkata beliau tidak akan putus asa dengan penyerang mudanya Mario Balotelli.
Penyerang dari Itali itu terus menjadi sumber kekecewaan untuk Mancini tetapi pengurus City itu masih mahu yang terbaik daripadanya.
Mancini amat kritikal dengan paparan keseluruhan pemain berusia 21 tahun itu dalam perlawanan menentang Sunderland pada hari Sabtu di Stadium Etihad walaupun beliau berjaya menjaringkan dua gol dalam perlawanan yang akhir seri 3-3.

Sejak itu terdapat juga laporan yang tidak disahkan mengenai pertengkahan antara Balotelli dan Yaya Toure selepas perlawanan itu dan spekulasi bahawa City bersedia untuk menjualnya selepas musim ini.
Tetapi apabila ditanya sama ada beliau bersedia untuk berputus asa dengan bekas pemain muda Inter Milan itu, Mancini berkata: "Tidak.

"Saya kecewa kerana kadang-kadang saya fikir ia tidak mungkin bahawa seorang pemain dengan keupayaan dan teknik beliau boleh bermain seperti ini.

"Dia masih muda dan saya berharap dia boleh meningkatkan persembahannya dengan cepat untuk masa depannya.

"Seorang pemain seperti Mario dalam Liga Perdana perlu menjaringkan satu atau dua gol dalam setiap perlawanan."

Minggu lepas merupakan satu lagi minggu yang penuh dengan insiden dalam kerjaya Balotelli.

Ia bermula dengan penampilan yang tidak dijangka pada sidang akhbar Inter Milan, dan diikuti dengan pertengakahan bersama Mancini semasa latihan.

Mancini kemudian berkata beliau tidak boleh mempercayai pemain itu selepas Balotelli bertengkah dengan Aleksander Kolarov dalam perlawanan menentang Sunderland mengenai siapa yang patut mengambil sepakan percuma.
"Ini adalah saat yang buruk," kata Mancini.

"Seorang pemain profesional tidak boleh membuat apa yang mereka lakukan pada saat itu, apabila kami sedang kalah 3-1."

Walaupun City kembali untuk menyamakan kedudukan, mereka menjatukan dua mata yang penting.
Namun Mancini menegaskan beliau tidak akan berputus asa.

Beliau berkata: "Kami perlu bersabar, saya percaya kami perlu sentiasa bersabar.

"Mesejnya masih sama - kami akan melakukan segala-galanya untuk menjadi juara."

Apabila ditanya apa yang beliau katakan kepada pemain-pemainnya selepas perlawanan pada hari Sabtu itu, Mancini berkata: "Saya tidak berkata apa-apa kerana mereka terlalu letih.

"Saya hanya berkata, 'percaya pada diri kamu kerana kami masih mempunyai tujuh perlawanan untuk dimain - 21 mata. Pada pendapat saya, kami boleh menjadi juara dengan 92 mata."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan