Live Streaming

Rabu, 4 April 2012

Guardiola meramalkan banyak jaringan gol

Football News: AC Milan vs Barcelona



Jurulatih Barcelona ​​Pep Guardiola meramalkan bahawa pasukannya dan AC Milan akan menjaringkan banyak gol dalam perlawanan kedua pusingan suku akhir Liga Juara-Juara di Nou Camp.
Kedua-dua pasukan itu gagal menjaringkan gol dalam perlawanan pertama di San Siro minggu lepas, bermakna AC Milan boleh melayakkan diri ke pusingan seterusnya jika mereka seri dengan jaringan atau menang manakala Barcelona mahu megakhiri perlawanan itu sebelum masa tambahan selepas perlawanan sukar menentang Athletic Bilbao hujung minggu lalu.
Guardiola mengakui bahawa ancamam bahagian serangan AC Milan membimbangkan pasukannya. Barca dan Milan seri 2-2 kali terakhir kedua pasukan ini bertemu di Nou Camp. Jika keputusan itu berulang lagi, juara bertahan Barca akan tersingkir dari pertandingan itu.

Bekas pemain Barcelona itu menjangkakan Milan akan menjaringkan gol dalam perlawanan di Nou Camp, dan menggesa pasukannya untuk menjaringkan lebih banyak gol dari pasukan lawan mereka pada hari Selasa.

"Situasinya senang: Pemenang perlawanan ini akan melayakkan diri ke pusingan separuh akhir. Mudah untuk menganalisis itu, jadi kami harus memenangi perlawanan ini," Guardiola berkata dalam sidang akhbar sebelum perlawanan mereka. "Kami perlu berfikir Milan akan menjaringkan gol dan mereka mempunayi keupayaan untuk menjaringkan sekurang-kurangnya satu gol. Kami harus membuat banyak serangan dan harus lebih mengancam.

"Milan boleh menguasai permainan dan membuat serangan-serangan yang mengancam. Mereka mempunyai serangan balas yang sangat kuat dan pemain mereka sampai ke kotak penalti pasukan lawan dengan mudah.
Guardiola menekankan Zlatan Ibrahimovic sebagai ancaman terbesar kepada pasukannya.

Beliau berkata: "Kami perlukan tangga untuk menghentikan pemain seperti Zlatan Ibrahimović kerana dia begitu tinggi. Jika mereka menghantarkan bola tinggi, maknanya itu untuk Ibrahimović. Kami akan cuba untuk jauhkannya dari kotak penalti kami.

"Saya rasa kami akan menguasai permainan tetapi itu tidak cukup, kami harus menjaringkan peluang-peluang kami. Saya rasa mereka boleh menjaringkan lebih daripada satu gol, maka itu kami perlu menjaringkan lebih banyak gol daripada mereka.

Guardiola tidak risau dengan Lionel Messi yang mendapati sukar untuk menjaringkan gol apabila menentang pasukan-pasukan dari Itali. Beliau berkata: "Jika kamu katakan bahawa Messi tidak menjaringkan banyak gol menentang pasukan-pasukan dari Itali,  anda tahu apa yang akan berlaku: beliau akan menjaringkan banyak gol.

Pemenang perlawanan itu akan menentang sama ada Benfica atau Chelsea di pusingan seterusnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan