Live Streaming

Selasa, 2 Oktober 2012

Arteta: Kami harus bersatu padu

Football News: Frank Lampard, Mikel Arteta

Pemain tengah Mikel Arteta mendedahkan bahawa Arsenal harus bertanggungjawab atas kekalahan 2-1 menentang Chelsea.
The Gunners telah mendapat kekalahan pertama mereka pada musim ini apabila mereka ditewaskan 2-1 di Stadium Emirates.
Kedua-dua gol mampu dihalang apabila Fernando Torres mampu melulusi Laurent Koscielny untuk memberikan tandukan kepada sepakan percuma dari Juan Mata. Gol kedua berturutan pada separuh masa kedua apabila bekas pemain tengah Valencia itu menjaringkan gol.
Koscielny telah diletakkan di tepi padang bertentangan pemain Jerman Per Mertesacker sementara kapten Thomas Vermaelen kembali beraksi setelah pulih sakit.
Arteta kemudian menegaskan bahawa setiap pemain Arsenal harus berusaha sebagai satu pasukan.
"Kami telah membolos tiga gol dalam dua perlawanan sebelum ini," Arteta berkata.
"Saya tidak rasa ia adalah sesuatu masalah berkaitan dengan benteng pertahanan kami. Kami tidak mempertahankan bola dengan baik dan telah membenarkan tiga jaringan gol dalam dua perlawanan."
Arteta menambah: "Anda tidak boleh menyalahkan satu permain sahaja. Anda harus mencipta peluang dengan cepat dan anda tidak boleh memberikan ruang untuk penyerang memasuki kotak penalti."
"Ia tentu amat pedih untuk ditewaskan di laman sendiri menentang pasukan sebegitu dan anda merasakan bahawa anda tidak sepatutnya kalah.
"Saya rasa ia adalah kesilapan kami."
Walaubagaimanapun, Arteta tetap menegaskan bahawa Arsenal lebih keyakinan sejak permulaan kempen ini.
"Kami telah bertemu beberapa pasukan terbaik dalam liga ini dan kami tidak tewas. Kami turut bermain lebih baik daripada mereka seluruh 90 minit. Saya rasa itu adalah perkara positif." beliau berkata.
"Kami akan bangkit semula pada hari Rabu (dalam perlawanan Juara Liga-Liga menentang Olympiacos)."
Wenger akui tahu prestasi mantap akan menjadi kunci utama untuk Arsenal meraih kejohanan.
Wenger menambah: "Kami akan pulih dari kesilapan ini. Ia boleh berlaku dalam musim ini tetapi mereka berasa kecewa kerana mereka telah kalah dalam sebuah perlawanan yang tidak sepatut ditewaskan."


Tiada ulasan:

Catat Ulasan