Live Streaming

Selasa, 2 Oktober 2012

"Pengadil curigakan pemain asing"

Football News: Sergio Aguero

Pemain Manchester City Sergio Aguero yakin pemain asing mempunyai masa lebih sukar dengan para pengadil dari pemain-pemain British.
Pemain yang berumur 24 tahun itu telah menyamakan kedudukan dalam kemenangan 2-1 menentang Fulham pada hari Sabtu berturutan dengan gol kedua dari pemain gantian Edian Dzeko.
Pasukan Cottagers itu telah mendahului dengan gol penalti Mladen Petric di mana Aguero menyatakan bahawa ia tidak sepatutnya diberikan terhadap Pablo Zabaleta setelah mengasari John Arne Riise.
Pendapat beliau ini telah disokong oleh pengurus City Roberto Manchini yang turut menyatakan keputusan itu adalah salah satu dari kesilapan pasukannya dalam perlawanan baru-baru ini.
Aguero hanya berdiam diri apabila ditanya jika pasukannya tidak mendapat keputusan yang sah tetapi lebih mengulas tentang masalah kewarganegaraan setelah Zabaleta dan Carlos Tecez telah dinafikan penalti.
"Saya cuba untuk tidak menyertai masalah bersama para pengadil," pemain antarabangsa Argentina itu berkata.
"Sebuah pasukan tentu akan membuat kesilapan dan beliau telah menilai (tentang penalti Fulham) dengan tidak adil tetapi perkara ini boleh berlaku dalam perlawanan.
"Apa yang kami boleh lakukan sekarang adalah untuk tidak memikir tentang masa yang lalu dan terus berjuang bermain dalam perlawanan yang akan datang."
Ditanya jika pemain asing mempunyai masa lebih sukar dari pemain dari British, beliau berkata: "Ya, sudah tentu. Ia boleh berlaku di mana-mana.
"Sudah tentu pemain yang berasal dari negeri yang sama mendapat lebih kesenangan tetapi itu semua perkara biasa.
"Kami hanya brmain dan peranan sebuah pengadil adalah untuk menilai kami dengan adil."
Ditanya lagi jika para pengadil mencurigakan pemain asing, Aguero bertambah: "Mungkin benar. Ia boleh terjadi.
"Jika ia berlaku, ia tidak akan memanfaatkan sesiapa. England mempunyai ramai pemain asing dan ia tidak benar untuk beberapa pemain mendapat lebih manfaat dari yang lain.
Aguero mungkin berasa marah tetapi beliau boleh bergembira tentang prestasi pasukan yang semakin meningkat selama ini.
"Tahun lalu juga," Aguero berkata tentang prestasi lemah City. "Kami telah bermula dengan kuat dan kemudian kami hilang fokus seketika namun tetap bangkit dengan kuat semula.
"Ia amat sukar untuk kami. Kami harus memikir tentang tanggungjawab seorang pengurus yang harus mempertimbangkan pasukan atas padang.
"Beliau telah berusaha dengan kuat, seperti kami."
City kini berada di tempat keempat dalam kedudukan setelah kemenangan di barat London, mendekatkan lagi jarak mereka dengan Manchester United dan Chelsea.
Perhatian sekarang ditumpukan ke atas Liga Juara-Juara dan perlawanan bersama juara Jerman Broussia Dortmund tengah minggu.
"Mereka adalah pasukan terbaik dalam negeri masing-masing," katanya. "Ia akan menjadi sebuah perlawanan yang sukar tetapi kami adalah sebuah pasukan yang mampu menentang sesiapa pun.
"Sekarang, kami harus bersiap sedia untuk perlawanan pada hari Rabu dan membawa pulang kemenangan."


Tiada ulasan:

Catat Ulasan