Live Streaming

Selasa, 2 Oktober 2012

Mata gembira dengan prestasi Blues

Arsenal vs Chelsea: Juan Mata

Juan Mata memberitahu bahawa Chelsea masih mempunyai banyak lagi untuk dibuktikan selepas meneruskan prestasi baiknya setelah direhatkan selama dua minggu.
Keputusan pengurus Blues Roberto Di Matteo untuk memberikan Mata masa rehat tempoh dua minggu terbukti apabila pemain Sepanyol itu meraih kemenangan 2-1 dalam perlawanan Liga Perdana Barclays menentang Arsenal pada hari Sabtu.
Dalam tiga perlawanan pertama beliau, Mata telah menjaringkan dua gol dan kelibat dalam empat gol lalu membuktikan bahawa beliau merupakan kunci utama dalam kebanyakan gol Chelsea.
Pemain yang berumur 24 tahun itu telah menggunakan masa rehatnya untuk pulang ke Sepanyol dan menghabiskan masa bersama keluarga dan kawan.
Beliau menegaskan bahawa beliau sebenarnya masih sihat untuk bermain walapun telah menyertai Euro 2012 dan Olimpiks di London namun tetap menyatakan bahawa beliau akan merasa manfaatnya tidak lama lagi.
"Bukan sekarang. Nanti. Mungkin dalam bulan Januari, Februari," beliau berkata.
"Musim ini terlalu lama untuk setiap pemain. Mungkin dua minggu untuk berehat ini amat penting untuk saya.
"Kami telah berbual pada awal musim ini kerana, setelah kelibat dalam piala Euro dan saingan Olimpik, ia tentu telah membuat saya letih.
"Jadi, ia hanya patut saya mengambil masa rehat ini.
"Sebelum saya mendapat masa rehat ini, saya masih berasa sihat. Tetapi saya rasa dengan kesemua saingan yang telah saya menyertai musim ini, ia amat baik untuk saya dan sekarang saya kembali lebih cergas.
"Ia adalah masa rehat yang baik untuk saya. Dua minggu saya telah berehat dan sekarang, saya berasa lebih cergas untuk bermain."


Tiada ulasan:

Catat Ulasan