Live Streaming

Khamis, 29 Mac 2012

Cech: Musim pelik untuk Chelsea

Football News: Petr Cech




Pemain Chelsea Petr Cech mengakui ia satu "musim yang pelik" untuk kelabnya tetapi sangat teruja untuk masih berjuang dalam dua pertandingan.
Chelsea di ambang melayakkan diri ke pusingan separuh akhir Liga Jura-Juara selepas jaringan lewat Salomon Kalou memberikan mereka kemenangan 1-0 atas Benfica dalam perlawanan pertama pusingan suku akhir.
Kemenangan itu datang hanya beberapa minggu selepas kempen Eropah mereka kelihatan seperti akan berakhir dan Andre Villas-Boas dipecat sebagai pengurus kelab.
Pengurus sementara Roberto Di Matteo telah melihat perubahan yang memberangsangkan di Chelsea dan, manakala prestasi Liga Perdana Barclays mereka masih perlu diperbaiki, Cech gembira kerana masih berada di Eropah dan pusingan separuh akhir Piala FA.
"Saya rasa kami berada dalam satu musim yang pelik," katanya.

"Ada yang baik dan ada yang buruk dalam liga dan kami masih berada di dalam Liga Juara-Juara dan Piala FA jadi kami masih memburu dua piala.
 "Kami perlu melihat bagaimana kami menghabiskan musim ini tetapi kami telah meletakkan diri kami dalam kedudukan yang amat baik sekarang.

"Saya rasa kami boleh katakan [Selasa] adalah perlawanan yang cukup sempurna bagi kami dari segi keputusan.

"Kami berjaya mencegah gawang kami dari dibolos dan bersabar untuk peluang sepanjang permainan dan akhirnya kami berjaya menjaringkan gol dari serangan balas yang baik.
"Amat malang Juan Mata sebelum itu mempunyai peluang apabila dia dapat melepasi penjaga gawang mereka tetapi malangnya sudut terlalu ketat untuknya menjaringkan gol dan bola terkena tiang.
"Tetapi secara keseluruhan kami boleh benar-benar berpuas hati kerana dari segi rancangan permainan, kami melakukannya dengan baik.

"Kami tidak membiarkan mereka bermain di separuh masa pertama, dan dalam separuh masa kedua, kami menantikan dengan penuh sabar untuk peluang kami dan akhirnya ia datang."

Chelsea menuju ke perlwanan kedua pusingan suku akhir itu lebih selesa daripada apabila mereka menentang Napoli di pusingan sebelumnya, di mana mereka ketinggalan 3-1 selepas perlawanan pertama.
Walaupun bagaimanapun, Cech menegaskan perasaan berpuas hati tidak akan menjadi isu di Stamford Bridge dan enggan untuk berfikir beliau akhirnya akan memengani Liga Juara-Juara. 
"Sukar untuk mengatakan [sama ada ia akan menjadi tahun kami]," katanya.

"Kami perlu membuat langkah pertama untuk melayakkan diri ke pusingan separuh akhir dahulu dan kemudian melihat jika kami akan menentang Milan atau Barcelona.

"Seperti yang saya katakan, terlalu awal untuk memikirkan tentang pusingan akhir kerana ia masih jauh lagi."

Walapun tidak terlalu terbawak-bawak tentang peluang pasukannya, pemain antarabangsa Czech Republik itu gembira gawangnya tidak dibolos di stadium Estadio da Luz dan juga dengan prestasi bahagian pertahannya.
Pemain pertahanan kanan Paulo Ferreira menerima pujian dari Cech selepas bermain dengan baik apabila memulakan perlawan pertamanya tahun ini.
"Paulo adalah seorang pemain yang hebat," kata Cech. "Beliau benar-benar bijak dan tahu bagaimana untuk menyediakan diri untuk perlawanan-perlawanan penting.

"Malangnya, dia tidak bermain sebanyak yang dia ingini, tetapi setiap kali beliau bermain, beliau memberi yang terbaik untuk pasukan dan itulah mengapa beliau sangat penting hari ini dan berjaya menahan dengan baik pemain lawannya."

Mengenai prestasinya dan save cantik yang dibuatnya daripada Jardel, beliau menambah: "Saya gembira kerana mereka terlepas peluang mereka dan kami dapat menjaringkan gol, yang sering berlaku dalam bola sepak.

"Jelas sekali saya benar-benar gembira kerana sangat penting agar gawang kami tidak dibolos."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan