Live Streaming

Khamis, 29 Mac 2012

Milan menahan Barca

Football News: Lionel Messi.


AC Milan berjaya menahan serangan-serangan Barcelona untuk seri tanpa jaringan dalam perlawanan pertama pusingan suku akhir Liga Juara-Juara di Itali.
Walau bagaimanapun, mereka akan tertanya-tanya bagaimana mereka tidak menjaringkan beberapa peluang keemasan untuk mendahului perlawanan pertama itu.
Serangan-serangan hebat Barca tidak membuahkan hasil, manakala Milan, tetapi sia-sia, mempunyai lebih peluang dalam awal perlawanan.

Pasukan tuan rumah berjaya menahan Lionel Messi, yang sedang bermain dengan hebat, untuk memberikan diri mereka harapan untuk perlawanan kedua di Nou Camp.

Milan mensia-siakan pembukaan pertama mereka pada minit ke-3. Ruang dibuka untuk Kevin Prince-Boateng di pinggir kawasan, tetapi beliau teragak-agak dan Gerard Pique berjaya menutupi tendangannya.

Bola kemudian ditanduk masuk kembali untuk memberi peluang yang lebih baik untuk Robinho, tetapi beliau hanya dapat merembat bola jauh ke atas palang gol apabila ia kelihatan seperti beliau tentu akan membuka jaringan.

Lionel Messi, satu gol kurang untuk mencapai 50 gol dalam pertandingan itu, mendapat perhatian yang tidak diingini dari pena laser apabila dia bersedia untuk mengambil sepakan percuma di pinggir kawasan Milan, tetapi hanya boleh menyalahkan padang apabila beliau tergelincir ketika mengambil sepakan itu, dengan Seydou Keita ofside apabila beliau cuba untuk menanduk masuk hantaran yang tidak sengaja itu.
Messi kemudian melihat Christian Abbiati gagal menyelamatkan salah satu rembatannya, tetapi bola kemudian mengelak Daniel Alves dengan Milan terselamat sekali lagi.
Barca, walaupun, sepatutnya mendapat tendangan penalti beberapa minit kemudian apabila Alexis Sanchez jatuh atas Abbiati selepas permainan cantik antara Xavi dan Sergio Busquets, tetapi pemain dari Chile itu mungkin jatuh dengan terlalu mudah dan diarahkan pengadil untuk bangun.  
Barca pas bola dengan laju dan memaksa pas melalui jurang-jurang yang kelihatan mustahil, tetapi mereka terus gagal apabila masa yang paling penting tiba, dengan Messi ofside apabila dia menjaringkan dari hantaran Alves, dan Abbiati menyelematkan tendangan Xavi.

Di tengah-tengah semua itu, sebuah pas dari Clarence Seedorf meletakkan Zlatan Ibrahimovic menuju ke gawang Barca dengan hanya tinggal Victor Valdes, tetapi penjaga gawang itu berlumba keluar untuk menyelamatkan bola dari Ibrahimovic.

Sanchez kemudian kelihatan telah dapat melepasi pertahanan Milan, tetapi Luca Antonini tidak berputus asa dan membuat terjahan cemerlang untuk mencegah tendangannya.

Separuh masa kedua gagal untuk menangkap imaginasi seperti separuh masa pertama.
Andres Iniesta memotong masuk dari sebelah kiri untuk menghantar satu tendangan luas, tetapi ia bukan satu petanda untuk perkara-perkara yang akan datang dengan permainan sering diberhentikan kerana beberapa permainan kasar.
Milan kehilangan Robinho kerana kecederaan, tetapi sekurang-kurangnya mengurangkan bilangan ancaman Barca terhadap gawang mereka.

Mereka sepatutnya membuat serangan pada minit ke-67 apabila Urby Emanuelson memasuki permainan untuk diberikan peluang untuk membuat satu kesan yang segera, tetapi beliau hanya dapat melecetkan sentuhan pertamanya apabila hantaran dari jauh meletakkannya melepasi pertahahan Barca.

Barca mula mengancam sekali lagi pada 15 minit terakhir. Pemain pengganti Cristian Tello hanya dapat merembat bola ke dalam bahagian jaring dari sudut yang ketat dan kemudian Messi melihat tendangannya dicegah lalu terpesong luas.

Dari tendangan sudut, Barca hanya dapat melihat tandukkan Carles Puyol hampir-hampir luas.
Peluang terbaik mereka datang dekat dengan masa penamat apabila Messi masih dapat berdiri apabila pemain-pemain pertahanan Milan cuba menjatuhkannya, lalu membuat satu rembatan yang diselamatkan Abbiati tetapi Abbiati terlepas bola itu.
Tello berlumba untuk menjaringkan bola yang terlepas dari Abbiati itu, tetapi pemain-pemain Milan berjaya untuk mempertahankan gawang mereka sebelum beliau dapat berbuat demikian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan