Live Streaming

Khamis, 29 Mac 2012

Forkey Doe digelar 'hitam', 'monyet'

Forkey Doe digelar 'hitam', 'monyet'




Pemain import Francis Forkey Doe mendakwa dia telah dilemparkan kata-kata berunsur perkauman semasa bertemu LionsXII di Singapura Selasa lepas.
Sepanjang perlawanan timbal balik suku akhir Piala FA antara LionsXII dengan Singapura pada Selasa lepas, Doe telah dihina dan diherdik hebat oleh penyokong tuan rumah.
Bagaimanapun, beberapa pihak memberitahu Doe dilayan seperti itu selepas dia menunjukkan isyarat jari tengahnya kepada penyokong LionsXII semasa sesi memanaskan badan.
Antara kata-kata yang dilemparkan kepada Forkey Doe adalah 'orang hitam' dan 'monyet'.
"Mereka kerap kali memanggil saya 'monkey' (monyet) dan 'black' (hitam) dan saya sangat kecewa." kata Forkey Doe.
"Mengapa perlu menggelar saya seperti itu? Adakah kerana saya berkulit gelap atau kerana saya orang Afrika?" tambahnya lagi.
Presiden Persatuan Bola Sepak Terengganu, Datuk Che Mat Jusoh juga kecewa dengan apa yang telah berlaku di Singapura dan telah melabel mereka yang terlibat sebagai tidak bertamadun.
"Doe juga manusia ciptaan Tuhan seperti mereka dan tiada sebab mereka menghina warna kulitnya yang berlainan kerana mereka tidak mempunyai apa-apa kelebihan berbanding Doe.
"Lebih memalukan, ada di antara mereka yang tidak bermaruah itu berbangsa Melayu dan sebagai orang Islam, mereka dilarang daripada menyakiti hati orang lain dengan menghamburkan kata-kata yang tidak sedap didengar" katanya.
Bagaimanapun, kata Che Mat, pihak persatuan tidak bercadang mengambil tindakan ke atas Singapura yang menamatkan saingan Piala FA dengan kekalahan agregat 0-1 di tangan Terengganu selepas sekadar seri tanpa jaringan dalam perlawanan timbal balik kedua di gelanggang sendiri.
"Kami enggan memanjangkan perkara ini kerana insiden memalukan itu tidak membabitkan pemain dan tidak berlaku di tengah padang.
"Sebahagian penonton saja terbabit menyuarakan ejekan dan kata-kata penghinaan kepada penyerang kami dan kami anggap sudah tentu bukan semua penyokong Singapura yang berfikiran cetek," katanya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan