Live Streaming

Khamis, 29 Mac 2012

Dzeko Keluar Dari Manchester City




Manchester City telah memutuskan untuk melepaskan Edin Dzeko di akhir musim ini, tindakan yang menimbulkan minat Juventus dan Real Madrid.
Pengurus City, Roberto Mancini telah membiarkan umum mengetahui yang beliau akan mendengar sebarang tawaran untuk Dzeko dengan menyatakan ketidakpuasan hati penyerangnya itu dengan peluang kesebelasan utama yang terhad.
Pengurus Real Madrid, Jose Mourinho memang meminati pemain berusia 26 tahun itu manakala Juventus pada musim panas nanti meletakkan keutamaan mencari penyerang berbisa yang boleh memberikan mereka kelebihan seperti mana yang diberikan Zlatan Ibrahimovic untuk AC Milan.
Higuain turut akan memainkan peranan dalam destinasi seterusnya untuk Dzeko selepas penyerang itu berada dalam senarai pemain sasaran Mancini musim panas nanti.
Pengurusan Juventus merasakan aksi penentu kemenangan Ibrahimovic untuk Milan telah menjadi satu-satunya perbezaan di antara kedua-dua pasukan dan berazam untuk mengatasi ketumpulan jentera serangan mereka sebelum bermulanya musim baru nanti.
Mereka memiliki bajet perpindahan hampir £30 juta dan sedia untuk berbelanja besar untuk bahagian serangan.
Dengan Dzeko mendatangkan kos £27 juta hampir setahun yang lalu dan City mahu menebus sebanyak mana yang boleh, Juve mungkin perlu melakukannya jika mahu memiliki bekas penyerang Wolfsburg tersebut.
Mourinho yakin Dzeko akan menyinar di the Bernabeu dan sedia memanjangkan minatnya jika Higuain memohon perpindahan ke sama ada Turin atau Stadium Etihad.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan