Live Streaming

Isnin, 19 November 2012

Norwich singkir United dari tempat utama


Norwich vs Man United: Anthony Pilkington

Norwich meneruskan prestasi yang mengagumkan dengan kemenangan 1-0 ke atas kelab gergasi Manchester United dalam Liga Barclays.

Manchester United memerlukan tiga mata untuk memastikan tempat di tempat utama kedudukan liga setelah saingan terdekat mereka, Manchester City menang Aston Villa 5-0.
Walaubagaimanapun, ketiadaan penyerang antarabangsa England Wayne Rooney akibat tonsilitis, kelemahan permainan pasukan Red Devils serta semangat berkobar-kobar pasukan Canaries memberi Anthony Pilkington peluang untuk menanduk masuk gol sulung perlawanan pada minit ke 60.
Penjaring gol terbanyak setakat ini, Robin van Persie, telah pulih dari ketegangan otot pada awal minggu itu dan kembali ke kesebelasan utama dan berganding bahu dengan Javier Hernandez di tonggak senrangan. Anders Lindegaard pula mengambil alih tempat David de Gea yang mengalami sakit gigi.
Manchester United telah memulakan perlawanan dengan baik dan serangan pertama mereka dilancarkan selepas tiga minit oleh Van Persie tetapi rembatannya dipesong keluar oleh John Ruddy.
Pada minit keenam, Wes Hoolahan memberi Pilkington bola di sayap kiri dalam serangan balas tetapi percubaannya tersasar.
United menguasai perlawanan dan sering menikmati kawalan bola tetapi gagal mengambil kesempatan dan Norwich terus menyerang kali ini dengan hantaran Hoolahan yang ditanduk oleh Snodgrass tetapi percubaannya terlalu tinggi.
Permainan pasukan tuan rumah terus meningkat dan Chris Smalling telah membuat asakan yang penting untuk menghalang Grant Holt dari menyepak masuk hantaran Snodgrass selepas pemain sayap Scotland itu melepasi Rio Ferdinand di sebelah kanan padang pada minit ke 37.
Pemain veteran Ryan Giggs, yang telah menjaringkan gol kemenangan pada minit terakhir pada penampilan ke 900 beliau, telah memberi hantaran baik tetapi Van Persie terlepas peluang itu.
Babak kedua bermula dengan lebih baik tetapi Van Persie sekali lagi terlepas peluang keemasan apabila gagal kawal bola dalam kotak penalti Norwich.
Selepas Snodgrass dikasari Evra di sayap kanan, tendangan percuma beliau ditendangan keluar oleh Rafael.
Norwich terus menekan benteng pertahanan United dan gerakan yang dimulakan Hoolahan apabila memberi bola kepada Garrido di saya kiri, dan hantaran beliau ditanduk masuk oleh Pilkington dengan baik untuk gol pembukaan.
Ferguson membuat perubahan 10 minit kemudian dengan menggantikan Antonio Valencia dan Hernandez yang tidak efektif dengan Paul Scholes, yang telah menyambut hari jadi ke 38 beliau semalam, dan Danny Welbeck.
United meningkatkan permainan mereka dan tandukan Welbeck meraih tendangan sudut apabila dipesong keluar.
Red Devils terus menekan dan melancarkan serangan bertubi-tubi tetapi gagal menyamakan kedudukan hingga wisel penamat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan