Live Streaming

Isnin, 26 Mac 2012

Dalglish mungkin tukar taktik

Football News: Kenny Dalglish


Pengurus Liverpool Kenny Dalglish percaya bahawa pasukannya harus kurangkan tumpuan kepada bermain dengan "cantik" dan harus lebih cekap untuk memenangi perlawanan-perlawanan mereka.
Pasukan dari Anfield itu mengalami satu lagi kekalahan dari kelab yang berada dalam zon penyingkiran pada hari Sabtu apabila Wigan menewaskan mereka 2-1 untuk meningkatkan tekanan atas Dalglish dan pemain-pemainnya.
Dengan kekalahan kelima mereka dalam enam perlawanan, Liverpool mendapati sukar untuk memenangi perlawanan-perlawanan sejak kebelakangan ini dan dikritik ramai kerana cuba bermain bola sepak yang "cantik" yang tidak menghasilkan keputusan.
Dalglish mempertahankan skuadnya dengan menunjukkan bahawa pasukan lain yang masih belum memenangi sebarang pertandingan musim ini tidak ditekan seberat mereka yang sudah memenangi Piala Liga apabila mereka juga gagal menang perlawanan mereka.

"Ia sungguh menakjubkan. Anda boleh memilih prestasi liga kami dan kemudian anda boleh melihat prestasi pasukan lain yang telah disingkirkan daripada tiga pertandingan, tetapi mereka tetap menganggap musim ini sebagai musim yang baik untuk mereka," katanya kepada Guardian.

"Ia bergantung kepada bagaimana anda menggambarkannya."

Beliau berpendapat bahawa senarai perlawanan berat Liverpool baru-baru ini mungkin menjadi sebab bagi ketidakupayaan pasukannya untuk memenangi perlawan-perlawanan mereka.

"Kami tidak mengatakan kami bermain dengan sebaik mungkin [menentang QPR dan Wigan] tetapi ada keadaan, dengan tiga perlawanan dalam enam hari."

Pengurus dari Scotland itu  juga mengakui kesukaran mereka untuk menang mungkin terletak degan sistem taktikal mereka yang mungkin perlu diubah untuk perlawanan masa depan.  
"Kami mempunyai masalah untuk memenangi perlawanan dalam liga. Kami perlu mendidik diri kami dan mungkin tidak bermain bola sepak yang "cantik" seperti yang kami main selama ini," katanya.

"Mungkin kami perlu mengubah falsafah kami sedikit."

Beliau sebelum ini berkata kecederaan-kecederaan telah menghancurkan skuadnya dan dia juga ingin sebuah skuad yang lebih besar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan