Live Streaming

Isnin, 26 Mac 2012

Fergie: Kemenangan liga di tangan kami

Football News: Manchester United.


Sir Alex Ferguson percaya Manchester United berada di tempat yang tepat pada masa yang tepat untuk menjadi juara Liga Perdana Barclays musim ini.
Kegagalan Manchester City untuk menang di Stoke semalam bererti keputusan seri dalam perlawanan mereka menentang Fulham di Old Trafford esok akan cukup untuk United kembali ke tempat teratas.

Walau bagaimanapun, Ferguson akan mengharapkan untuk sebuah kemenangan untuk meningkatkan tekanan kepada City, yang Ferguson dapat merasakan mungkin mula terjejas dengan tekanan persaingan.
"Kami berada di tempat yang tepat, pada masa yang tepat dan yang paling penting, dengan pemain-pemain yang tepat," katanya kepada United Review.

"Selepas berminggu-minggu di tempat kedua, kami dapat naik ke tempat pertama dan saya pasti pemain-pemain kami sudah bersedia untuk memberikan tekanan sekali lagi.
"Pemain-pemain kami telah bermain dengan bersungguh-sungguh dan mungkin tertanya-tanya jika mereka akan dapat mengejar City sebelum garisan penamat.  
"Kami dapat lakukannya dan kami mempunyai kemampuan untuk berada di hadapan sekali lagi dalam pertarungan kami dengan City. Kedua-dua pasukan sangat dekat sekarang dan saya rasa sekarang masa yang tepat untuk bersaing dengan pemimpin liga dengan hanya sembilan perlawanan lagi dalam perlumbaan untuk menjadi juara."

Namun, walaupun rekod City di padang lawan tidak begitu baik, ia akan mengambil mata jumlah yang tinggi untuk mendapatkan gelaran rekod ke-20.

Dan kedudukan United untuk mendapatkan rekod itu sungguh menakjubkan memandangkan mereka disingkir di pusingan-pusingan awal dalam kedua-dua pertandingan Eropah musim ini.
Dalam sama minggu yang akan melihat Chelsea menentang pasukan Benfica yang terlalu kuat untuk United dalam Liga Juara-Juara awal musim ini, mereka juga harus menangani kenyataan Athletic Bilbao bermain jauh lebih hebat dari mereka dalam kedua-dua perlawanan Liga Eropah mereka.
"Kami menerima kenyataan Bilbao bermain dengan jauh lebih baik dari kami dan kami patut dikritik untuk persembahan kami di Eropah musim ini," kata Ferguson.

"Saya menerima bahagian kritikan saya dengan pilihan-pilihan pasukan saya.

"Saya telah mengambil terlalu banyak peluang untuk memberi pemain-pemain muda bermain dalam usaha untuk mempercepatkan pembangunan mereka, dan mungkin saya minta terlalu banyak daripada mereka.

"Kami sentiasa berharap untuk layakkan diri ke pusingan seterusnya dan mungkin dengan itu dalam fikiran saya, saya terlalu tergesa-gesa dalam Liga Juara-Juara.
"Kami mungkin akan mendapat faedahnya di masa depan tetapi bukan di dalam fikiran penyokong-penyokong kami yang mahu melihat kami menang.
"Jadi dengan itu kami telah mengecewakan penyokong-penyokong kami dan saya tidak akan mengambil terlalu banyak risiko musim depan."

Dengan Nani dan Michael Owen mula berlatih lagi minggu ini, Ferguson bermula mendapat kebanyakkan pemainnya kembali.
Nemanja Vidic dan Darren Fletcher masih cedera dan terdapat beberapa keraguan tentang sama ada pemain midfield dari Brazil, Anderson, akan pulih daripada kecederaan hamstringnya sebelum musim tamat.

Penjaga gol kedua Anders Lindegaard juga sedang menunggu untuk tarikh kembali selepas mengalami kecederaan pergelangan kaki dalam latihan, sebaik  sahaja beliau mengganti David de Gea daripada pasukan pertama.
"Ia merupakan satu masa yang mengecewakan tetapi itu lah kehidupan," Lindegaard memberitahu MUTV.

"Saya tidak tahu bila saya akan kembali, jadi saya hanya harus terus senyum.

"Ini adalah masa yang paling teruk bagi sesiapa yang cedera."

Kekecewaan itu lebih besar kerana sejak De Gea kembali, beliau telah menghasilkan beberapa persembahan yang hebat dan itu bermakna beliau, sama seperti rakan-rakan pasukannya, bertanggungjawab untuk status United pada masa kini.

"Sudah tentu saya mahu terlibat," kata Lindegaard.

"Saya ingin menyumbang untuk memenangi kejohanan. Lebih daripada apa yang saya telah lakukan setakat ini.

"David telah bermain dengan hebat dalam masa yang saya cedera ini dan itu yang penting, pasukan dan bukannya individu.

"Secara kolektif, jika kami semua bermain dengan baik, saya pasti kami akan menjadi juara sekali lagi. "

Tiada ulasan:

Catat Ulasan