Live Streaming

Isnin, 26 Mac 2012

Valdano: Messi belum sehebat Maradona


Football News: Lionel Messi 
Bekas Pengurus Besar Real Madrid, Jorge Valdano percaya bahawa Lionel Messi adalah lebih "cekap" daripada Diego Maradona tetapi kedua-duanya tidak seharusnya dibandingkan.
Valdano bermain bersama Maradona dalam pasukan Argentina yang memenangi Piala Dunia pada tahun 1986. Beliau menjaringkan gol kedua dalam perlawanan akhir menentang Jerman Barat dalam kemenangan 3-2.

Beliau pernah menjadi pengurus Real Madrid untuk setahun pada tahun 1996, memenangi La Liga sebelum menjadi pengarah sukan kelab itu.

Messi memecahkan rekod jaringan gol Barcelona pada hari Rabu selepas menjaringkan hatrik kelapan musim ini dan bintang Argentina itu telah mendapat banyak mesej mengucapkan tahniah atas pencapaian.
Namun begitu, Valdano percaya bahawa Messi masih belum lagi dalam liga Maradona dan berkata bahawa penyerang Barcelona itu masih ada jauh lagi dalam kerjayanya sebelum boleh dibandingkan dengan Maradona.

"Apabila kami bercakap tentang Maradona, kami akan bercakap tentang seluruh kerjayanya, manakala Messi masih hanya 24 tahun," Valdano memberitahu majalah Sukan.

"Hakikat bahawa kami sedang membandingkan mereka berdua adalah satu penghormatan terhadap apa yang telah dicapai oleh Lionel."

Dia percaya bahawa Maradona adalah seorang pemain yang lebih "artistik".

"Jika kami harus membezakan mereka, anda boleh mengatakan bahawa Maradona adalah pemain yang lebih artistik dan mempunyai gaya yang unik dan cara permainan yang begitu cantik.

"Messi pula lebih cekap dan lebih konsisten. Dia sungguh bahaya setiap kali dia mendapat bola.

Valdano yang berusia 56 tahun akui, bagaimanapun, bahawa Messi telah mencapai lebih banyak daripada mana-mana pemain lain yang seusia beliau. Beliau juga berpendapat bahawa pada akhir kerjayanya, Messi mungkin akan diisytiharkan sebagai pemain lebih baik daripada Maradona.

"Jika dia terus memberikan prestasi yang tinggi di peringkat ini, dia akan melebihi semua orang, termasuk Pele."


Tiada ulasan:

Catat Ulasan