Live Streaming

Ahad, 2 Disember 2012

United tewaskan Reading 4-3

Wayne Rooney

Wayne Rooney menjaringkan dua gol untuk bantu Manchester United menewaskan Reading 4-3 di Stadium Madejski.
Hal Robson-Kanu memberikan pendahuluan kepada Reading pada minit ke-7 selepas rembatan voli beliau melepasi Anders Lindergaard. Pemain tengah United, Anderson menjaringkan gol penyamaan selepas permainan yang baik antara beliau dan Ashley Young di sayap kiri sebelum Wayne Rooney menjaringkan sepakan penalti beberapa minit kemudian.
Dua kesilapan di dua sepakan sudut oleh bahagian pertahanan United membenarkan Reading untuk sekali lagi mendahului perlawanan melalui tandukan-tandukan Adam Le Fondre dan Sean Morrison.
Tetapi penyerang England, Rooney menjaringkan gol keduanya daripada hantaran Patrice Evra di sayap kiri sebelum bekas penyerang Arsenal, Robin van Persie sekali lagi menjaringkan gol kemenangan untuk pasukan Sir Alex Ferguson. Kemenangan itu bermakna United kekal di tempat pertama di liga, tiga mata di hadapan Manchester City yang hanya dapat seri 1-1 bersama Everton semalam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan